Friday, March 8, 2013

Spring time - Jalan2 city centre

Hari Sabtu lepas cuaca sangat cantik. Matahari memancar dengan cantik sekali, walaupun suhu masih bawah 8 degree. Alhamdulillah, proposal untuk bawa anak-anak keluar bersiar diperkenankan oleh big boss. Lepas solat Zuhur, kami terus bersiap untuk jalan-jalan.

Seperti biasa, kami ambil bas ke city centre. Dah lama Danish request nak naik bus double decker tiap kali bertembung semasa menghantar kakak dan abang ke sekolah. Dia yang paling happy dapat naik bas. Bukan main behave lagi sepanjang atas bas :)

Masa mula-mula sampai
Aisyah juga sporting bila diminta bergambar
Abang dan kakak
Perasaan tak air pancut di belakang tu
Adik mula menunjukkan minat utk main air pancut
Giliran Irfan pula posing
Aisyah pun nak posing jugak
Ini bukan terjatuh, tapi sengaja jatuh sebab tak dapat main air
Aisyah dan Danish bukan main lagi nak main air pancut tu. Ada juga dua tiga kanak-kanak yang sedang bergembira main air yang sejuk tu. Kalau tak sejuk dan bawa baju spare, mesti saya izinkan mereka main air. Tapi, tak terfikir pula nak bawa sebab di awal spring ni, suhu masih sejuk.

Maka berlaku la adegan protes dari Danish dan Aisyah. Ingatkan boleh juga lepaskan hajat Aisyah esok, tapi kalau tengok pada ramalan cuaca macam tidak mengizinkan. Suhu kembali mencecah kosong disertai hujan renyai-renyai. Sepanjang minggu ni pun rasa macam duk dalam freezer, bak kata MyFreeMinded :)

NuKilaN:
 

20 comments:

  1. Seronok tgk budak2 ni berjalan-jalan..comel je semua. seronok ye naik bas double decker.. tak pernah lagi naik..:)

    ReplyDelete
  2. hihi..budak-budak kalau tak dapat apa yang mereka nak, tunjuk protes la

    ReplyDelete
  3. protes Aisyah dgn muka yg sgt manis... suka lak saya tgk...

    ReplyDelete
  4. alolo...cumelnyer aisyah!si irfan tu pun dah nmpk kehensemannye...danish pun cute!seronok kan dpt bw anak2 bersiar...:)
    kat tganu ni PC rase kurangla tmpt utk bw anak bermain...playground kat giant tu lah yg selalu bw aliya tu...nk bw pg pantai aliya takut pasir pulak...

    ReplyDelete
  5. Betul tu, masih sejuk lg ni. Mudah2an suhu naik day to day la after this. Kesian ank2 dok dlm rumah je kan..kesian tgk Aisyah tak dpt main air. Tgu ye sket masa lg..:)

    ReplyDelete
  6. seronok dapat jalan jalan yer..

    kak zu tgk anak anak nur ni muka semuanya nak sama jer..comel comel belaka

    ReplyDelete
  7. alalala comei comeinya putera puteri nur!bestnya depa dapat jalan2

    ReplyDelete
  8. Cantik coat aisyah... *aunty tengah aim coat mcm tu for spring. hehehe

    ReplyDelete
  9. Atie: Dah lama kena kurung... seronok la dapat keluar jalan2 :)

    Nadiah: Tu la, nasib baik masih under control :)

    Lia: Hehehe, protes penuh keayuan :)

    PC: kalau saya dulu, bawa anak2 pergi pantai batu rakit jer.. best juga dapat ambil angin pantai.. playground Giant pun kami selalu juga pergi tapi mungkin tak kenal lagi PC masa tu :)

    ReplyDelete
  10. Izu: Dah la dijangak snow lagi this Sunday... Saya pun kata macam tu, tunggu lain kali kita main air.. tup tup, hari2 duk tuntut janji tu.. dah la cuaca makin sejuk

    Kak Zu: Alhamdulillah, seronok tgk muka mereka bila mereka happy :)
    Tq kak zu, harapnya perangai pun sama comel dgn rupa, ekekeke

    TJ: Kami jalan2 city center jer, Ida la berjalan sakan... rumah kami ke city center tak sampai 10 minit naik bas, hehehe

    Farah: Teringin juga coat sedondon mcm Aisyah, tapi susahnya nak cari yg murah2... hehehe, ni rasa nak buat biz juga ni :)

    ReplyDelete
  11. bestnya jalan2..comel aisyah pakai baju tu..irfan pun kacak hensem..
    err aisyah tu nak nangis ke tu..mcm muka sedih je

    ReplyDelete
  12. wah... seronoknya dapat jalan2 yea... posing pun comei2 je...

    ReplyDelete
  13. ahahah ingatkan Aisyah nak posing, jatuh protes rupanya.

    ReplyDelete
  14. MamaRey: Aisyah tak puas hati sebab tak boleh main air pancut...

    Kak Nora: Dah lama berkurung, bila keluar matahari terus jalan sekitar city centre

    ReplyDelete
  15. Tu la pasal mamaJJ... Biasa tak pernah pulak dia protes mcm tu, ntah kenapa beria dia nak main air pancut tu.. sejuk tu belakang kira, ekekeke

    ReplyDelete
  16. cntik nye baju aisyah..sesuai dgn dia.

    ReplyDelete
  17. baju coat budak pompuan mmg lawa2... sampai tak tahu nak pilih yg mana satu, hihihii

    ReplyDelete
  18. Hehehe, Alya pun apa kurangnya... cantik dan bijak :)

    ReplyDelete
  19. Seronoknya dpt merasa duk dlm natural freezer ciptaan Allah..
    Berapa lama lagi Bijen bermastautin di sana?

    ReplyDelete
  20. Hehehe, seronok la juga sbb rasa nyaman mcm kat cameron highland :)
    Lambat lagi nak balik, Insya Allah lagi dua tahun bertapa kat sini :)

    ReplyDelete