Sunday, March 17, 2013

The Sun Holiday @Disneyland

Dari tahun lepas lagi saya rancang percutian ni. Segalanya bermula bila saya dapat email dari The Sun untuk kumpul token bagi percutian ke Disneyland. Saja gurau dgn hubby utk kumpul token tu. Tapi tak sangka yang big bos bagi lampu hijau :)

Promo yg mencuri perhatian :)
Sebelum ni saya ada juga godek website Disneyland utk tgk pakej yang mereka sediakan. Tiap kali check tu mesti terbeliak biji mata bila tgk kos penginapan dan tiket. Untuk kami sekeluarga, kena sedia £1k++ kalau nak menginap di Hotel Disneyland. Tu tak termasuk pengangkutan lagi.

Dengan mengumpul sepuluh token, kami diberi tawaran yang sangat menarik. Untuk percutian tiga hari dua malam dan menginap di Hotel Disney Davy Crochet, hanya £385 termasuk termasuk tambang feri dan tiket ke disneyland park untuk dua hari.
Gigih kumpul 10 token untuk dapat diskaun :)
Walaupun rancangan asal untuk ke sana dengan menyewa kereta, tapi ada sikit masalah. Sebagai alternatif, saya intai tiket flight dan train. Kebetulan Jet2.com dan train Eurostar juga ada promosi. Jadi selepas mesyuarat meja bulat (dah lama tak duduk meja bulat sebenarnya), kami mengambil keputusan untuk pergi naik flight dan balik dengan Eurostar.

Bila tidak pergi dengan flight, agar sukar untuk menginap di Davvy Crochet, sebab hotel tu terletak agak jauh. Hanya sesuai untuk mereka yang self drive. Nak sewa kereta rasa tak berbaloi. Ada juga risik dengan perkhidmatan teksi, tapi banyak blog tak sarankan naik teksi sebab charge teksi sekitar disneyland tidak berpatutan. Nasib baik tergerak hati untuk baca term and condition dari voucher yang diterima. Saya terus call agent untuk tukar hotel yang dekat dengan disney park. Alhamdulillah, dibenarkan untuk tukar hotel dengan bayaran £70 untuk dua malam di Hotel Disney's Sequoia Lodge. Selesai masalah :)

Hari yang telah dirancang tu telah tiba. Insya Allah, hari ni kami akan bertolak ke Paris dahulu sebelum bertolak ke Disneyland pada hari Isnin. Doakan semoga perjalanan kami dipermudahkan, selamat pergi dan selamat kembali.... amin!

Nota ummi,
Gigih sediakan entry untuk autopublish semasa tuan rumah sedang bercuti... jenguk jenguk la kat sini yer, buat macam rumah sendiri :)

NuKilaN:

11 comments:

  1. wah..semoga emjoy disana,..snap gambar n cerita menarik nnt yaa

    ReplyDelete
  2. Ohmygod, you are going to Paris!! How funnnnn. Just went there a month ago, hope the weather is nice now since spring has started here in France :D It would be such a great adventure going to Paris through the English Channel and all. Hehe. Hope you and family are having a great time!!!! <3

    Xoxo,
    Farah ♥

    ReplyDelete
  3. wah tahniah2 dpt jgk jejak kaki kesana yer..apapun selamat berseronok...jgn tak balik plak nanti..hehehh

    ReplyDelete
  4. untongnya akk dpt bcuti..
    epy holiday..
    krm pluk cium kt putra putri akk..

    ReplyDelete
  5. yeayyy best best pi disneyland. Anis pi tahun lepas. masa tu kami stay kat radisson. pi satu hari jer untuk dua park. aduhhh rasa nak fengsan!

    ReplyDelete
  6. Bestnya dpt gi Disneyland. Enjoy!

    ReplyDelete
  7. wow...have fun there. hehe I am sure u guys will.

    ReplyDelete
  8. Rugi jugak kalau dah kat sana tak pusing duniakan Bijen.... gunakan kemudahan yang ada....
    Selamat jalan dan kembali!

    ReplyDelete
  9. Wah.... Seronoklah kat sana ye... Nati cerita aktiviti k..

    ReplyDelete