Thursday, April 25, 2013

JJD6 ::: Disney Dreams Spectacle

** JJD6 - Jalan jalan Disneyland Paris bahagian 6

Dalam pukul 5.30 petang, dah tak berapa ramai orang kat Walt Disney Studio (WDS). Maklumlah pukul 6.00 petang, WDS akan ditutup. Lepas tu kami terus menapak ke Disneyland Park pula.

Kali ni baru kami berpeluang ke dua bahagian lain di Disneyland Park iaitu Frontierland dan Adventureland sementara menunggu majlis penutup, iaitu Disney Dreams :)

Tapi disebabkan hujan, banyak juga ride yang dah tutup. So tanda siap2 ride mana yang patut naik untuk hari yang kedua. Pukul 7.30 malam, kami dah bersedia sedia di depan Sleeping Beauty Castle. Memang masa tu dah tak larat nak jalan. So lepak atas bangku sambil anak-anak buat drawing dan main games.

Tak lama lepas tu, hujan turun lagi. Tapi tak lebat sangat. Nasib baik ada bawa payung untuk berteduh. Saya tanya en suami, "Hujan ni, nak tunggu tak?". Dia jawab, "Tunggu aje la, dah alang2 tunggu.".

Tepat jam 8, pertunjukkan pun bermula. Walaupun hujan mula turun renyai-renyai, ia tak mematahkan semangat kami untuk tunggu hingga ke akhir persembahan. Apa yang saya boleh rumuskan, the show was very awesome. Kalau tak percaya, cuba tgk video ni...


Ada juga snap beberapa gambar masa show. Tapi tak berapa cantik sebab hujan. Nak setting kamera pun tak pandai. Tapi nak tempek juga kat blog sebagai kenangan.

Bersedia untuk persembahan
Masa ni hujan dah mula renyai-ranyai
Peter pan sedang berinteraksi
Selain bunga api, persembahan diserikan dengan pancutan air

memang terkejut bila tiba2 jer air memancut dan nampak bunga api yang sgt cantik :)
Sleeping beauty castle bertukar-tukar jadi mcm2 kaler dan rupa
Penutup persembahan....

Selain gambar, en suami juga ada rekodkan video. Berkali-kali Danish minta mainkan video tu. Memang rasa tak puas nak tengok. Tiap kali lepas tgk video, mesti dia ajak ke situ lagi. Yang tak tahan tu siap kata, "Jom la ummi.. pleaseeee!" (sambil buat muka betul2 kesian).

Show habis pukul 8.30 malam. Lepas tu terus jalan balik hotel. Ingatkan anak-anak terus tidur sebab sangat penat. Tapi mereka minta juga nak dinner. Lepas mandi dan makan maggi, dalam pukul 10 semua dah tidur.

NuKilaN:
   

14 comments:

  1. bila la dapat ke sana..huuhhuh..teringin..untung nurbijen dan famili

    ReplyDelete
  2. ala ummie.. pleaseeeeeeeee. hahaha hari2 pun boleh ke sana kan semua nya best.

    ReplyDelete
  3. Oh my!!! Sgt cantik castle tu kak Nur..! Mmg awesome!

    Hehe Danish nak pegi lagi ye? Jom kita pegi thn depan nak..klu ada rezeki..amin! :)

    ReplyDelete
  4. Intan: Insya Allah, ada la rezeki tu :)

    Nastyna: hahhahaha, boleh2...

    Izu: Amin... nanti ambil la pakej The Sun Holiday tu... mmg berbaloi :)

    ReplyDelete
  5. oooo...rupanya show tu live depan mata...patutlah risau yer...
    banyak special effect kan diorang guna sbb itulah jd very interesting...:)

    ReplyDelete
  6. Haruslah suka....dapat tengok video tu pun Okje dah teruj hehe...macam okje ni jadiklah dapat tengok kat blog bijen pun.....huhu

    ReplyDelete
  7. salam nur....bukan budak je excited time closing show ni, mak bapak budak pun rasanya. heheh

    ReplyDelete
  8. ummuaidan: betul tu... boleh tgk dgn live depan mata, mmg terlopong jer mulut tgk show tu :)

    Fizah: Best sgt2 :)

    OKje: Hehehe, jangan bosan tau OKje dgn entry basi saya ni.... nak letak video sendiri byk sgt kena edit, so ambil jer dari youtube, ekekkek

    Haza: Kan? Mmg sgt terpesona sepanjang show tu :)

    Kak ros: Hahaha, betul sangat tu kak ros.. kita pun tumpang terpegun sekali :)

    ReplyDelete
  9. mmg best.... rasa mcm show tu sekejap jer, padahal dalam 30 minit jugak.. tak puas tgk dah habis :)

    ReplyDelete