Saturday, April 27, 2013

Mula berpucuk

Setiap kali jalan kaki dari rumah ke UoB dan dari UoB ke rumah, hati sentiasa gembira melihat pokok yang sudah mula berpucuk dan mengeluarkan daun. Tak lama lagi boleh la menuai hasil.

Eh, buat macam kebun sendiri pulak (hehehe, padahal semua tu tanaman sekitar universiti). Maklumlah nak berkebun macam ummuaidan nun di Fiji memang tak boleh. So, menumpang "kasih" dari taman sekitar universiti aje laa :)

Inilah taman yang saya maksudkan tu. Taman ni dipenuhi dengan pokok blackberries. Mula-mula saya ingatkan berries liar, rupanya memang pekebun universiti yang tanam dan jaga. Tahun lepas memang tak tahu lagi yang ni pokok blackberries, tahun ni boleh la bawa anak-anak datang picking buah kat sini. Masa saya tahu pada tahun lepas, buah blackcurrent dah nak habis musim.

Tgk pokok pun dah terbayang air blackberries.... nyum nyum!
Kasi zoom sikit pokok blackberries yang mula berpucuk. Dah tak sabar nak tunggu pokok2 ni mengeluarkan hasil :)
Blackberries sedang berpucuk
Jalan ke depan sikit, jumpa pula pokok gooseberries.  Tapi saya tak berapa suka sangat dengan rasa buahnya. Masam yg teramat sangat. Nak picking buah gooseberries pun kena sgt hati-hati. Pokoknya banyak duri. Lagi banyak dari duri pokok limau purut.
Pokok gooseberries
Pokok gooseberries dari jarak dekat.
Gooseberries
Jalan lagi menyeberangi parkir kereta, jumpa pula pokok epal. Tahun lepas semapt juga hubby petik beberapa biji. Memang sedap dapat makan epal segar dari pokok. Harapnya tahun ni ada lagi la rezeki utk kami :)
Pokok epal
Tak sangka pokok epal yang kecil macam ni pun dah mengeluarkan buah. Saya bayangkan pokok epal ni besar-besar. Tapi mungkin universiti baru jer tanam, sebab tu kecil molek jer pokoknya :)
Pokok epal pun mula mengeluarkan daun
 Yang ni pula saya tak tahu pokok apa. Ada mommies yang kenal tak?
Pokok apa ni???

NuKilaN:
 

24 comments:

  1. seronok kan dah tiba spring nie...semuanya menghijau kembali..buah2 citrus pun mewah jer kan kat sana..murah2 lak tuh...yang kat kebun tuh mmg bkn milik persendirian yer ummi danish..best kan dapat petik2 sambil jln2 nak pie office..heheh

    ReplyDelete
  2. Bukan milik persendirian pun takpe, janji boleh tanam buah/sayur yg kita suka... ni nak makan serai pun kena cari kat kedai. Kalau pandan pulak, kena borong satu plastik besar... hehehe, mmg murah sgt citrus skrang ni... kalau kena yg manis mmg habis 5 biji sekali hadap, kalau kena yg masam... 5 hari pun takde org nak sentuh....
    Belum petik lagi, baru berangan nak petik buah2 tu.. hihihi

    ReplyDelete
  3. tudia..x kenal lah herb apa tuu...beh plak rasa nya kan..leh petik2 t...

    ReplyDelete
  4. hehehe, tu la pasal... buat mcm taman sendiri pulak :)

    ReplyDelete
  5. banyak nyer pokok buah dorang tanam, ada jugak hasil untuk dipetik nnt. saya kalau pokok mmg tka kenal, nampak buah baru tau. hihihi

    ReplyDelete
  6. tak sabar nak picking2 kan? kalau kat sini apple & blueberries start picking penghujung summer. kalau stoberi tu masa mid summer. kat tempat nur cepat kot yea ?

    ReplyDelete
  7. Banyak jugak pokok yg dorg tanamkan.mesti best dpt mkn buah blueberries bile dah tmbuh byk nti

    ReplyDelete
  8. wow..petik epal? macam BEST jek bunyiknya...kita sini petik kat pasaraya je laa..hewhew...

    btw: mmg tak kenal pokok yg last tu..rumput agaknya...kehkeh

    ReplyDelete
  9. Bestnye tgk tanaman tanaman tu. x kenal la tu pokok apa.

    ReplyDelete
  10. wah..nnt snap gambar tau bila dah keluar buah nnt

    ReplyDelete
  11. Seronok nya..hari2 lah boleh tgk pokok berries ya Nur..sy blm pernah tgk live lagi pokok berries ni..hehe..
    pokok last tu? tak dapek den nak nolong teka....:)

    ReplyDelete
  12. salam nur....wah hasil kebun yg bakal dituai. bestnyooo. btw dorg xmarah ko public/student petik2 tu?

    ReplyDelete
  13. bestnya nur duk kat universiti dalam kebun buah ni. tak leh bayang rasa epal fresh macam mana....hari tu pi kundasang sabah pun rasa sangat2 la sedap sayur yg fresh2 tu

    ReplyDelete
  14. Ohhhh inilah pokok epal dan berries yg Bijen cakap hari tu....tak pe menumpang kasih kat U pun ok gak dpd tak de langsung haha...Tak gitu?

    ReplyDelete
  15. Seronoknya petik2 buah fresh hihi.kat sini merasa petik kat pasaraya jelah hihi

    ReplyDelete
  16. blackberries. kalau di malaysia beli yg dalam botol aja. x dpt makan fresh. jauh sekali nak menanam hehhe

    ReplyDelete
  17. Nastyna: tahun lepas ingatkan pokok2 liar, rupanya mmg ada org jaga...sama la saya pun, bila keluar buah tu baru kenal :)

    LL: Betul tu LL... rasanya kat sini cepat sikit kot, sbb strawberries biasanya awal mei dah boleh petik... apple pulak, masa summer... yg blackberries rasanya masa summer jugak, mcm tahun lepas bulan puasa :)

    MA: Luckily semua tu pokok buah yg boleh makan... tak perlu nak picking jauh2 :)

    Fizah: Kita tak sampai nak petik apple, pokok tinggi... sbb tu suruh hubby petik... hihihi, rasanya pokok tu jenis herba jugak sbb musim sejuk mmg takde... bila spring ni tetiba wujud pulak :)

    Ibu Lala: Tu la, boleh juga merasa buah blackberries fresh :)

    Ummi Iman: hehehe, mmg best :)

    Izan: Insya Allah, nanti kita letak gambar buah pulak :)

    ReplyDelete
  18. Atie: skrang baru duk tgk pokok, tak sabar nak tunggu pokok2 tu berbuah :)

    Kak ros: Mmg digalakkan sgt utk dipetik :)

    Anis: Tu dia, terus beri nama kebun... sebenarnya bukannya kebun sangat, cuma pokok2 di kiri kanan pejalan kaki... mmg best dapat makan buah segar, apatah lagi kalau sayur segar :)

    OKJe: Ha ah, betul tu OKje.. tak dapat makan durian, dapat makan blackberries pun jadi lah :)

    TJ: Kat sana boleh petik buah rambutan, kat sini nak petik rambutan kat pasaraya pun xde.. hihihi

    Nisah: Saya datang sini baru berkenalan dgn blackberries, masa kat M'sia mmg tak pandang buah2 mcm ni :)

    ReplyDelete
  19. pestaim tgk pokok epal camtu rupanya..
    alahai..tetiba rasa teringin pulak nk pegi sana..seronok kan duduk negara org..dengan cuaca sejuk lg...bestnyer..

    ReplyDelete
  20. Fairus: Insya Allah, kalau ada rezeki datang la masa kami masih kat sini, penginapan dah free :)

    NoEn: Pokok xde, buah2 jer yg ada :)

    NK: kalau berbuah lagi syok, skrang baru berpucuk :)

    ReplyDelete
  21. macam ni rupenye pokok blackberries...hehe.
    mcm org darat plok PC ni kan...pokok BB pun tak prnh tgk;p

    ReplyDelete
  22. Saya pun mula2 tak kenal hingga la ada member beritahu... lepas tu terus jatuh cinta dengan BB :)

    ReplyDelete