Friday, May 24, 2013

Lake District, Cumbria

 Hari Sabtu lepas, kami sekeluarga mengikuti lawatan universiti ke Lake District, Cumbria. Lake district adalah antara destinasi pelancongan yang popular di England yang terletak di bahagian barat England. Perjalanan menaiki bas memakan masa selama dua jam dari Bradford.

Seawal jam 8.30 pagi, kami dah berada di tempat berkumpul depan universiti. Ramai juga yang menyertai lawatan tersebut. Rasanya mencecah 100 orang yang dimuatkan dalam tiga buah bas. Ramai juga keluarga lain yang menyertainya walaupun hari hujan. Hampir jam 9.00 pagi baru bas memulakan perjalanan.

Dipertengahan perjalanan, Irfan mengadu nak muntah. Padahal sebelum naik bas dah beri makan ubat utk motion sickness. Tapi nasib baik tak lama lepas tu bas berhenti untuk rehat dalam 20 minit. Sempat la buang hajat mana yang patut dan beli sedikit makanan buat anak-anak.

Di tempat persinggahan
Bersedia untuk menyambung perjalanan
Danish dengan chip kentang dan hot chocolate
Tak lama lepas tu terus tertidur hingga sampai ke destinasi
Alhamdulillah, anak-anak beri kerjasama yang baik masa dalam bas.  Destinasi kami yang pertama adalah Lake Winderemere. Lake windermere merupakan tasik yang paling besar di England. 

Dari Lake winderemere, kami akan menaiki boat untuk ke pekan yang terkenal di Lake District, iaitu Bowness. Kami tiba di Lake windermere pada hampir pukul 12 tgh hari dan pihak universiti telah menempah boat untuk kami pada pukul 12.30. Sementara menunggu boat sampai, sempat juga saya snap beberapa keping gambar buat kenangan walau pun hari hujan.
Walaupun hujan, pemandangan sangat cantik :)
Parking kereta pun ambil juga sbb suka bangunan belakang tu
Gunung yang diselaputi kabus...
Tenang jer tgk itik tu berenang renang
Model saya yg sporting bergambar walaupun hujan

Anak-anak yang sabar menunggu feri
Bila dah nama budak2, sengaja main air hujan bila tunggu boat tak kunjung tiba
Putera puteri saya :)
Horrey, boat dah sampai....
Dari atas boat, kami boleh menikmati pemandangan tasik yang sangat cantik (walaupun hari hujan). Insya Allah, yang tu saya akan letak dalam entry seterusnya :)

NuKilaN:
 

36 comments:

  1. Seronoknya, banyak aktiviti boleh join kat sana... Cuaca pukul 12 tghari nampak macam pagi je, sejuk tu kan? Tapi kalau boleh jalan2, tentu tak ada masalah walaupun sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk sangat AN sebab hujan dan berangin... tgk la semua pakai jaket lagi, padahal dah masuk summer :)

      Delete
  2. "make angin sokmo", ini yg akak jeles ni, huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ho la... alang duk tempat orang... kak tini, minggu depan ke London pulok.. hahhahaha, jgn jeles :)

      Delete
  3. tak dpt pii... dpt baca kisah org n tgk gambaq cantek pun JADILah noooo...cepat2 sambung critera anda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok, dah baru duk karang dalam draf... bila siap saya publish :)

      Delete
  4. Replies
    1. Alhamdulillah, seronok dapat tgk tempat orang :)

      Delete
  5. bestnya dpt makan angin kat tasek sambil naik boat gitu...bagus jgk kan uni buat lawatan begini..kurang2 dpt jgk kenal tpt orang...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu UA.. walaupun hujan, pemandangan mmg sgt menakjubkan...
      ni kali kedua kami ikut lawatan universiti.. yg kali pertama tak sempat lagi nak buat entry... huhuhu, last2 terus lupa

      Delete
  6. best ada rombongan mcm ni. Ada organizer tak perlu nak pening2 pikir, just ikut aje :-)

    Anak2 saya rasanya tak bertahan naik bas 2 jam. Semua jenis cepat pening. Naik keta lama sikit pun asik tanya bila nak sampai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, tak perlu nak fikir macam2.. ikut jer arahan urusetia :)
      Next trip ke Cambridge pun rasa macam nak join :)
      Irfan dan danish pun macam tu la... cuma Aisyah jer tak kisah jalan jauh, tetap menten :)

      Delete
  7. Kak nur

    Frh ingat lake windermere ni kat scotland rupanya kat england. Boleh la pergi nnt ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat jah farah.. kena pergi tu.. maybe dekat dgn sempadan Scotland kot...

      Delete
  8. oh irfan sama ngan auntie la... naik bas kejap sure dah rasa nak muntah walaupun makan ubat... huhuhu

    bestnya dapat pi jalan2... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfan dan Danish memang selalu macam tu... bila naik bas kena terus tidur baru ok kot... hihihi
      Alhamdulillah, boleh la kenal tempat orang :)

      Delete
  9. wah berkabus..tentu sejuk kan... comel model 2 beradik tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sejuk kat Izan.. tengok la semua bercoat bagai... dah la berangin, mmg ketor kepala lutut :)

      Delete
  10. Bestnya! rindu nak pegi sana lg..:)

    Kak Nur, Irfan mmg motion sickness ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan? Masa kat sana duk teringat kat Tasik kenyir dan cameron highlands, hihihi
      Yup, Irfan dan danish, dua2 motion sickness :)
      Kalau naik train tak pe pulak... mungkin sbb train dia tak brek kot, ekkekekke

      Delete
  11. besnya dpt makan angin sana nur..nampak tenang tasik tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, boleh la menikmati keindahan tempat orang... kan? tu yg buat saya teringat kat tasik kenyir :)

      Delete
  12. Bestnya nur.berapa lama naik boat tu?

    ReplyDelete
  13. wohoo...bestnyaaa...jelez i...hihik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena datang sini la nak kasi hilang jeles tu :)

      Delete
  14. Tambah seronok bila cuaca sejuk sebab hujan tak lebat oklah utk anak-anak menikmati perjalanan Nur. Nampak nyaman dan tenang aje perjalanan naik feri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suhu mmg sangat sejuk kak... sbb tu kena sarung winter jacket semula...
      Alhamdulilah, mmh boat tu tenang jer belayar dalam tasik tu :)

      Delete
  15. wah ! cantiknya view Nur..memang indah je klu tgk..
    budak2 seronok jalan2.. Aisyah tetap sporting dgn gaya2 nya..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, memang tenang jer mata memandang....
      Tu la, mmg seronok sgt dapat naik boat... Aisyah mmg sproting sokmo :)

      Delete
  16. wahh so nice.. The kids sangat behave everytime jalan2 kan, so worth it travel ngan dorang, suka tengok. Danish tu sempoi jer tdo... senang betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, setakat ni mereka seronok dapat jalan-jalan... ada juga gaduh2 manja sesama mereka, tapi biasa la budak2... kita yg tua ni kena pandai handle :)
      Danish mmg mudah sgt bab tido.. ngantuk jer terus ZzzzZZz :)

      Delete
  17. Wah bestnya!byk aktiviti boleh buat disana ya.ambil peluang nur sblm blk ke malaysia.tgk n pelajari keindahan ciptaan allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ida... luas perjalanan, tambah pengalaman dan pemandangan :)

      Delete
  18. Seronok yeh Bijen bila dapat cuti cuti London ni hehe..... macam-macam dapat tengok...

    ReplyDelete