Sunday, June 30, 2013

Purple ke hijau

Saya pernah post pasal bunga ni dalam WW beberapa minggu lepas.
Semalam kami ke city centre lagi. Tak sangka bunga dah berubah ke warna hijau.

Bunga purple yang kecil tu pula jadi lebih menyerlah...
Bila zoom, boleh nampak dua ekor lebah sedang menikmati madu.
Indahnya alam ciptaan Allah... tak puas menikmati pemandangan yg cantik tu....

NuKilaN:
 

Saturday, June 29, 2013

ZzzzZZzzZZzZZzz

Rajinnya anak ummi ni...
Menulis hingga tertidur...
Buku tu dia yang pilih sendiri masa pergi bookstore.
Sekarang hari-hari Danish minta nak pergi sekolah.
Bila saya bawa beg nak pergi sekolah, dia mesti cakap, "Nak ikut pergi school ummi?".
Alahai kesian pula...
Lagipun dah lama tak bawa Danish ke Play and Stay.
Kena bawa dia ke sana hari Khamis ni.
Nak masuk sekolah lambat lagi, bulan September nanti. 
Harapnya dapatlah tempat utk Danish ke nursery bulan 9 ni :)

NuKilaN:
 

Friday, June 28, 2013

Lawatan ke Saltaire Village

Hari ni kelas Irfan akan mengadakan lawatan ke Saltaire Village.

Salt Mill

Lawatan ini mempunyai kaitan dengan IPC topic, iaitu "They Made a Difference". Pelajar akan meneroka legacy yang dibina oleh Sir Titus Salt semasa revolusi perindustrian dengan melawat Salt Mill dan Roberts Park.



Yang menariknya, kali ni Irfan dan rakan-rakannya ke sana menaiki train. Dari sekolah, mereka akan berjalan kaki ke Bradford Foster Square dan menaiki train ke Saltaire rail station. Bagi saya, mmg adventerous sungguh cikgu2 kat sini latih pelajar-pelajarnya.

Saya pasti, Irfan pasti seronok dengan pengalaman pada hari ni. Ummi jeles tau dgn Irfan... ummi pun tak pernah lagi ke sana....

NuKilaN:
 

Thursday, June 27, 2013

Rumah sewa di bradford

Sepanjang berblog, saya selalu juga terima email bertanyakan tentang cara hidup di Braford. Soalan yang biasa di tanya, Macam mana cara hidup di Bradford? Boleh survive tak dgn elaun? Berapa sewa rumah? dan macam-macam lagi perkara yang sewaktu dengannya.

Biasanya saya akan cuba jawab semua persoalan yang diajukan. Saya faham, betapa gundahnya perasaan bila ingin membuat keputusan untuk menyambung pengajian di negara orang. Negara yang jauhnya berpuluh ribu baru dari tanah air. Langsung tak dapat nak bayangkan suasana tempat orang tu macam mana.

Setakat kami merantau di selama selama satu tahun setengah, saya boleh katakan pilihan yang tepat untuk sambung belajar. Sewa rumah murah, senang nak dapat makanan halal. Kat sini senang nak dapatkan makanan hala dan sgt murahl sebab ramai orang pakistan. Bradford adalah bandar yang mempunyai populasi orang Pakistan yang terbesar dibandingkan dgn bandar-bandar lain di UK.

Hari ni saya nak cerita pasal rumah sewa dulu. Masa kami datang dulu, rumah sewa saya dah sedia dicari oleh keluarga yg sedang berada di Bradford. Saya masih teringat perbualan saya dengan Kak Nor yang carikan rumah utk kami. Kak nor cakap, " Kami dah jumpa rumah. Sewa bulanan 380. Rumah tiga tingkat dan ada empat bilik". Saya agak keliru dan tanya, "Rumah saya tingkat berapa?". Sebab biasa dengar kawan-kawan menyewa kat flat jer. So nak tahu juga rumah kami tingkat berapa.

Kak Nor jawab,"Tiga-tiga tingkat tu awak punya". Eh, biar betul. Murah la kalau tiga tingkat dan sewa cuma GBP380. Rupanya rumah tu rumah teres tiga tingkat. Hingga sekarang kami masih menginap di rumah pertama tu (landlord orang Pakistan).

Rumah yg kami menginap selama di UK
Jiran sebelah kanan rumah saya orang India muslim. Yang sebelah kiri orang pakistan. Ini pula suasana kejiranan kami di waktu pagi di musim panas.
Suasana bila hari menjelang malam.

Rasanya sekarang agak susah nak dapat sewa dengan harga di bawah GBP400. Harga sewa dah naik sedikit, dan untuk rumah sewa dengan tiga bilik tidur adalah sekitar GBP450.

Selain bilangan bilik, harga rumah sewa juga bergantung kepada lokasi. Kalau nak dekat dengan University Bradford, harga agak mahal sikit (rumah kami di BD7). Kalau kawasan BD5, harga rumah sewa lebih murah. Kalau takde kenderaan macam kami ni, sesuai sgt menyewa di kawasan BD7. Boleh berjalan ke universiti dan sekolah anak-anak juga sangat dekat.

psst, Tuan Juhaida, kira dah tunai janji la kot dgn entry ni, ek?

NuKilaN:
 

Wednesday, June 26, 2013

10 Tips kebahagian anak


Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.



NuKilaN:
 

WW ::: Budak gayat!

Budak gayat atas jambatan gantung @ Pulau Langkawi
19 Mac 2009
Terikut dgn Okje, mengimbau kenangan lama :)

NuKilaN:
 

Tuesday, June 25, 2013

Kaler merah @ Ilkley

Semasa ke Ilkley, mata tertarik dgn bunga2 merah yg menawan
Saya tempek kat blog sbg perkongsian...
Tulip merah yg menawan
Lagi deretan bunga tulip
Bunga hiasan ni pun cantik, tapi seperti biasa saya tak tahu nama bunga ni
Ada bunga merah, ada bunga putih
Dari pandangan lain

Nota ummi,
Musim summer ni pun, banyak juga bunga yang cantik2 muncul. Tapi skrang ada sikit sindrom malas snap gambar. Mungkin nak cepat jalan pergi sekolah atau sebab dalam kepala duk fikir pasal research, research, research?

NuKilaN:
 

Monday, June 24, 2013

London day 2 Part II

Lagi sambungan dari entry London day 2.

Turun dari London Eye, kami mengalas perut dulu dgn kentang goreng. Kebetulan hujan turun dengan sangat lebat. So lepak2 dalam bangunan sambil makan-makan.

Bila selesai makan-makan, kami menapak ke Big Ben dengan menyeberangi River Thames.
Menyeberang River Thames dalam hujan
Eye of London dari atas jambatan
Masa menyeberang River Thames, hujan agak renyai-renyai. Malangnya hujan semakin lebat bila berada di depan Big Ben. Tak boleh nak bergambar sakan, so snap jer gambar dari tempat berteduh.

Big ben dalam hujan
Irfan dan Aisyah tetap sporting posing...
Bukan main ramai orang di Big Ben walaupun hari hujan. Tak sempat nak bergambar banyak sangat kat Big Ben - mood bergambar hilang dibawa air hujan :(

Lepas tu ingatkan nak terus mengisi perut di restoren Jom Makan berdekatan dengan National Gallery Museum. Tak sangka pula restoren tu dah tutup. Bukan kami jer yg frust bila Jom Makan tutup, ada lagi satu family lain dgn anak-anak yang mengalami nasib yang sama. Bila google, baru tahu yang restoren tu dah gulung tikar. So lepak dulu sekejap di National Gallery Museum sambil tunggu baju kering.

Untuk meneruskan pengembaraan, kami ke stesen underground terdekat, Charing Cross.
Tunggu train utk ke museum
Cadangnya nak bawa anak-anak ke Science Museum dan Natural History Museum. Dari stesen underground Charing Cross, kami tukar train di Embankment untuk ke South Kensington.

Destinasi pertama ialah Science Museum.
Science Museum
Asiyah dan Irfan ralit dengar cerita dari angkasawan
Saya pun seronok dengar cerita dari angkawasan ni... 
Anak-anak banyak luangkan masa di Lauchpad (dah lupa pula tingkat berapa). Tapi berbaloi habiskan masa di sana sbb banyak ujikaji yang anak-anak bereksperimen di situ.

Aisyah yang beria mengepam simulasi empangan
Bereksperimen dgn medan magnet
Anak2 ralit dgn ujikaji syiling magnet
Lama juga spent masa dalam Science Museum. Lepas tu, kami menapak ke National Natural Museum yang hanya bersebelahan dengan Science Museum.

National Natural Museum ni lagi besar dari Science Museum. Memang sah sah tak sempat ronda satu museum. Gambar pun tak banyak dalam tu sbb anak-anak dah mula penat.
Pameran rangka dinosaur
Bila tgk gambar ni, rasa seram pulak. Macam mana boleh ada "topi terbang" belakang Aisyah? Tak nampak pula tubuh org yg pakai topi tu.... misteri misteri....

Keluar dari museum, terus menapak ke kantin Malaysia Hall untuk mengisi perut. Kami makan nasi campur. Air pula anak-anak order air milo. Irfan dan Aisyah habis makan nasi campur sepinggan. Saya order satay untuk Danish. Saya pun tak sempat nak cuba rasa satay tu. Yang best, boleh makan sup ekor. Mmg M'sia Hall boleh menghilangkan rindu buat perantau macam kami ni. Bagi saya harga yang ditawarkan sangat murah.

Bila perut dah kenyang, kami terus ke balik ke hotel. Tamatlah pengembaraan hari yang kedua :)

NuKilaN:
 

Sunday, June 23, 2013

Kuih bakar

Rindu nak makan kuih bakar. Ambil resepi dari Azie Kitchen, tapi bakar dalam tray muffin. Dapatlah dalam kuih bakar macam ni...
Lemak manis secukup rasa. Memang kejap sangat licin.

Mohon share resepi kat sini. Senang nak rujuk bila teringin..

Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cwm air dan tapiskan)
2 cawan tepung gandum
1 tin santan
2 sudu besar mentega
3 biji telur
1/2 sudu teh garam
Pewarna hijau
Bijan

Cara-cara
1. Campurkan kesemua bahan-bahan dan blend hingga sebati.
2. Masukkan 2 sudu teh minyak dalam loyang dan oleskan rata.
3. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak telah panas, masukkan adunan tadi.
4. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C sehingga masak (dalam 1 jam 15 minit).

Senang dan sedap... cubalah :)

NuKilaN:
 

Saturday, June 22, 2013

Aktiviti craft kelas Aisyah

Bila buka website sekolah Aisyah, jumpa lagi video aktiviti Aisyah dalam kelasnya. 
Kalau tak silap, ni aktiviti kraf Year 1 pada semester lepas.
Mereka buat giant tree untuk pameran.
Jom layan gambar yg sempat di print screen...

Asiyah dan Rumasa
Seronok tgk mereka sedang berkarya
Siap pakai apron takut uniform kotor
Nampak tak Aisyah hujung sebelah kanan
Kecik jer Aisyah ni bila bersama kawan-kawannya
Cikgu Aisyah yg sedang memberi tunjuk ajar
 Last but not least, nak tempek juga gambar BFF Aisyah buat tatapan UmmuAidan di Fiji Island...
Adrian in action....
Apa plan mommies hujung minggu ni?
Jangan lupa manfaatkan masa bersama keluarga :)

NuKilaN:
 

Friday, June 21, 2013

Siang terpanjang 2013

Baru perasan yang hari ni, 21 Jun 2013 adalah hari di mana siang paling panjang di musim panas. Saya perasan sbb tgk post Amazon UK dari facebook:

Panjang kan waktu siang? Hampir 17 jam kami menikmati suasana cerah.
Bila dah tiba hari siang yang paling panjang, lepas ni siang akan beransur-ansur menjadi pendek.
Harapnya bila tiba ramadhan, masa berpuasa juga jadi sedikit pendek.
Walaupun kena puasa dalam tempoh yang panjang, tak sabar nak tunggu bulan Ramadhan.
Isnin depan dah Nisfu Syaaban, tak lama lagi kita akan bertemu dgn Ramdhan, Insya Allah :)

Nota ummi,
Tak sangka dalam post lepas terberi soalan teka teki yang double meaning.
Maafkan saya, tak perasan langsung yg ada jawapan tersirat.
Yang cikgu saya kata dulu, jawapannya sbb PAUH... orang kelantan mana kenal mempelam. Cuba pergi ke kedai di Kelantan dan tanya kalau tak percaya (walaupun saya juga tak berapa percaya dgn jawapa cikgu saya tu.. sbb saya pun tahu org luar panggil PAUH tu mempelam)

NuKilaN:
 

Mempelam = PAUH

Hari ni bawa ni jer untuk alas perut di pejabat.

Masa makan, teringat kat perbualan dengan anak-anak masa saya sedang kupas buah ni.

Aisyah: Ummi nak makan buat apa tu.
Ummi: Mango.... (kononnya nak speaking..)
Irfan: No, that's not mango. Itu "pelam" la.

Aisyah yang tak puas hati, terus datang dekat.
Aisyah: Abe, you're trying to trick me. Tu bukan "pelam", buah PAUH la.

Mesti dalam kepala Aisyah, dia ingat "pelam" tu buah ni....
sumber google...

Hahahhaha, apa apa ajelah anak-anak. Pelam ke, PAUH ke, Mango ke, semua sama jer, tak perlu nak gaduh-gaduh :)

Nota ummi,
Teringat satu teka teki, kenapa buah mempelam takde di Kelantan?

NuKilaN: