Monday, June 24, 2013

London day 2 Part II

Lagi sambungan dari entry London day 2.

Turun dari London Eye, kami mengalas perut dulu dgn kentang goreng. Kebetulan hujan turun dengan sangat lebat. So lepak2 dalam bangunan sambil makan-makan.

Bila selesai makan-makan, kami menapak ke Big Ben dengan menyeberangi River Thames.
Menyeberang River Thames dalam hujan
Eye of London dari atas jambatan
Masa menyeberang River Thames, hujan agak renyai-renyai. Malangnya hujan semakin lebat bila berada di depan Big Ben. Tak boleh nak bergambar sakan, so snap jer gambar dari tempat berteduh.

Big ben dalam hujan
Irfan dan Aisyah tetap sporting posing...
Bukan main ramai orang di Big Ben walaupun hari hujan. Tak sempat nak bergambar banyak sangat kat Big Ben - mood bergambar hilang dibawa air hujan :(

Lepas tu ingatkan nak terus mengisi perut di restoren Jom Makan berdekatan dengan National Gallery Museum. Tak sangka pula restoren tu dah tutup. Bukan kami jer yg frust bila Jom Makan tutup, ada lagi satu family lain dgn anak-anak yang mengalami nasib yang sama. Bila google, baru tahu yang restoren tu dah gulung tikar. So lepak dulu sekejap di National Gallery Museum sambil tunggu baju kering.

Untuk meneruskan pengembaraan, kami ke stesen underground terdekat, Charing Cross.
Tunggu train utk ke museum
Cadangnya nak bawa anak-anak ke Science Museum dan Natural History Museum. Dari stesen underground Charing Cross, kami tukar train di Embankment untuk ke South Kensington.

Destinasi pertama ialah Science Museum.
Science Museum
Asiyah dan Irfan ralit dengar cerita dari angkasawan
Saya pun seronok dengar cerita dari angkawasan ni... 
Anak-anak banyak luangkan masa di Lauchpad (dah lupa pula tingkat berapa). Tapi berbaloi habiskan masa di sana sbb banyak ujikaji yang anak-anak bereksperimen di situ.

Aisyah yang beria mengepam simulasi empangan
Bereksperimen dgn medan magnet
Anak2 ralit dgn ujikaji syiling magnet
Lama juga spent masa dalam Science Museum. Lepas tu, kami menapak ke National Natural Museum yang hanya bersebelahan dengan Science Museum.

National Natural Museum ni lagi besar dari Science Museum. Memang sah sah tak sempat ronda satu museum. Gambar pun tak banyak dalam tu sbb anak-anak dah mula penat.
Pameran rangka dinosaur
Bila tgk gambar ni, rasa seram pulak. Macam mana boleh ada "topi terbang" belakang Aisyah? Tak nampak pula tubuh org yg pakai topi tu.... misteri misteri....

Keluar dari museum, terus menapak ke kantin Malaysia Hall untuk mengisi perut. Kami makan nasi campur. Air pula anak-anak order air milo. Irfan dan Aisyah habis makan nasi campur sepinggan. Saya order satay untuk Danish. Saya pun tak sempat nak cuba rasa satay tu. Yang best, boleh makan sup ekor. Mmg M'sia Hall boleh menghilangkan rindu buat perantau macam kami ni. Bagi saya harga yang ditawarkan sangat murah.

Bila perut dah kenyang, kami terus ke balik ke hotel. Tamatlah pengembaraan hari yang kedua :)

NuKilaN:
 

25 comments:

  1. seronoknye ank2 dpt jln2 kt kota london ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawa mereka ke sana sempena cuti sekolah bulan lepas... baru nak sambung cerita :)

      Delete
  2. Jalan2 masa hujan memang lapar Nur... tapi hepi dpt main kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, masa main tak mengadu lapar... keluar museum semua minta makanan

      Delete
  3. seronoknyer beriadah tambah ilmu macam ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak boleh belajar, tapi sayangnya masa agak terhad

      Delete
  4. wah semangat Aisyah mengepam..:)

    ReplyDelete
  5. wahh..bestnye..nasib baik boleh makan makanan malaysia kt malaysia hall

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Liza singgah sini....
      Alhamdulillah, penuh perut yg kosong dgn makanan M'sia... best!

      Delete
  6. Bukan kids jer seronok masuk Muzium Sains tu, interesting. Bila jalan2 and dah tau ada tempat makan yang best, kurang satu kerisauan kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun ralit sama duk baca dan cuba satu2... setuju, nak jalan pun senang hati

      Delete
  7. Bestnya..makcik ni pun tumpang seronok dan teruja tgk ni...macamacam ada tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama berkongsi pengalaman... boleh belajar macam2.. untung budak2 zaman skrang :)

      Delete
  8. Suka tgk bangunan kt London ni. Terutama bangunan ada jam :) jln sakan walau hujan. Masa ambil gambar tu tak nampak ke topi tu.. seram juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila baca komen ni, baru perasan yg bangunan kat sini mmg banyak yg ada jam mcm tu....
      Tak perasan pun dgn topi tu... bila transfer dalam komputer baru nampak pelik...

      Delete
  9. bestnya science museum tuuu...Kasi anak2 peluang bereksperimen :-)

    p/s: best jugaakkk bila kat mana2 senang jumpa halal food. Malaysian foods pulak tu!
    kami bila berjalan, faktor penting yg perlu nak diambik kira mesti psl nak carik makan. Sedih betull...Selagi boleh memang kena tapau dari rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun mmg suka pergi science museum... bukan anak2 jer bereksperimen, kita pun turut sama cuba mana yg boleh :)
      Kat London aje la boleh jumpa M'sian food... boleh la makan kerepok lekor :)

      Delete
  10. Bagus jgk pegi science museum tuh kan since hujan takleh nak menapak sangat..bila nur criter psl aktiviti kat museum tuh teringat kat petrosains kat KLCC ..adelah sikit2 nak sama..heheh

    ReplyDelete
  11. Enjoy the trip kan Nur..suka sgt tgk gaya budak2 ni:)

    ReplyDelete
  12. Bestkan museum dia! Nti nak pegi lg bwk kids sbb aritu pegi science museum tu tak puas sbb skjp sgt..kak Nur nest time klu dtg London mst singgah rumah izu k! Nak tdo pon bley in shaa Allah..tp kene plan n bgtau awal2 k ;D

    ReplyDelete
  13. Menarik nmpk.science muzium tu... mesti.anak2 seronok dpt belajar mcm2 benda...

    ReplyDelete
  14. Seronoklah mereka mencuba pelbagai eksperimen kat situ yeh Bijen...mama tak try sama ke? hehe

    ReplyDelete