Tuesday, July 23, 2013

Al-fatihah

Buka FB pagi hari, saya dikejutkan dengan berita kemalangan dua orang staf UCB (University College Bestari - dulu dikenali sebagai KTB-Kolej Teknologi Bestari) -bekas rakan sejawatan.

Kemalangan tragis itu telah meragut dua nyawa, Puan Wan Nor Fazliation (Ketua Pustakawan) dan Puan Azura di Kampung Anak Ikan, Jertih, Terengganu. Seorang daripadanya meninggal di tempat kejadian dan seorang lagi cedera parah (tetapi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besut).

Kereta arwah dikatakan bertembung dengan lori minyak yang hilang kawalan selepas salah satu dari tayar lori pecah.

Kembali mereka di hari ke 14 Ramadhan. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah...


NuKilaN:
 

19 comments:

  1. Sedihnya Nur. Kakak bayangkan macam manalah keluarga mereka rasa dgn kehilangan di bulan yg hampir nak raya.

    Tapi perginya mereka dibulan baik. Moga rohnya tenang di sana.

    ReplyDelete
  2. al fatihah buat arwah.. semoga di tempatkan di kalangan yg beriman,
    kesian keluarga arwah... :(

    ReplyDelete
  3. semoga kedua2 mereka d tempatkan d kalangan org2 beriman, amin...

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah....

    Beratnya dugaan buat keluarga yang tinggal.

    ReplyDelete
  5. Al fatihah..

    Pagi tadi rakan dah upload dlm fb, salah sorang merupakan rakan sejawat kpd beliau..

    ReplyDelete
  6. Al fatihah..
    takziah untuk keluarga mereka..moga dicucuri rahmat meninggal dibulan mulia..

    ReplyDelete
  7. al fatihah...
    saya dapat bayangkan perasaan ahli keluarga arwah menyambut lebaran nanti..

    ReplyDelete
  8. salam ramadhan # 14
    innalillah..

    ReplyDelete
  9. Alfatihah. Sedih x terucap kak. Moga dijauhkan la dari kejadian mcm ni. Moga roh mangsa dicucuri rahmat.

    ReplyDelete
  10. takziah buat kedua dua keluarga arwah... semoga diorang tabah menghadapi pemergian ini..

    ReplyDelete
  11. Innalillah.. semoga Allah merahmati roh mrk. Al fatihah ..

    ReplyDelete
  12. al fatihah!sedihnya.dah baca berita ni tak sangka nur kenal mereka. takziah untuk keluarga mangsa

    ReplyDelete
  13. al-fatihah buat arwah..
    semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian ini

    ReplyDelete
  14. Al-fatihah, kawan akak ke? Kesian kat anak arwahkan? masih kecik lagi.

    ReplyDelete
  15. Al-Fatihah untuk arwah..... Sangat sedih apatah lagi mereka adalah rakan sejawatan kitakan Bijen

    ReplyDelete
  16. Al-Fatihah buat arwah.. sedih bila baca kes2 kemalangan time2 nak raya ni..:(

    ReplyDelete
  17. Arwah Pn. Azura kawan sekolah husband saya di kampung dulu...Semoga mereka ditempatkan dikalangan org yg beriman..

    ReplyDelete
  18. Innalillah. Setiap kali Ramadhan ini yg menyedihkan dan menakutkan saya. Al-fatihah.

    ReplyDelete