Wednesday, July 24, 2013

Bantuan RM500

Akhirnya, PM mengumumkan bonus RM500. Alhamdulillah....

Copy and paste dari Sinar Harian...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan hari raya kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.

Perdana Menteri turut mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada 660,000 pesara kerajaan bagi menghargai jasa bakti mereka.

Katanya pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat pada 31 Julai ini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu masing-masing membabitkan peruntukan kewangan RM670 juta dan RM165 juta, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baik ada dari takde.... walaupun orang yang bekerja dgn kerajaan Selangor dapat sebulan gaji, rezeki masing-masing :)

NuKilaN:
 

10 comments:

  1. Alhamdulillah.. lepas belanja bli biskut raya dan duit raya budak2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... dapat lah beri kat anak2 buah duit raya lebih sikit :)

      Delete
  2. alhamdulillah, syukur daa tu..

    ReplyDelete
  3. Sedikt atau banyak itu tetap rezeki...alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. dah rezeki banyak tu utk tahun ni... Alhamdulillah...

      Delete
  4. Kira OKje ni termasuk dalam golongan mmg 'tak de'lah yeh Bijen hehe Lagi kesian!

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, nnt JJ boleh kutip duit ni dari semua pak sedara dia la. hahahha

    ReplyDelete