Sunday, July 28, 2013

Gooseberries picking

Selain blackcurrant, anak-anak juga memetik gooseberries. Buah gooseberries yang merah macam ni dah bersedia untuk dituai. Kalau tak merah, rasanya agak masam.
Nak petik gooseberries, kena sangat hati-hati sebab pokoknya yang berduri dan sangat tajam. 
So hanya Irfan dan Aisyah yang diberi kebenaran untuk memetik gooseberries. Danish cuma tengok jer kat luar agar.

Tak banyak pun yang dapat. Dapat lah dalam semangkuk gooseberries.
Rupa buah gooseberries apabila dibelah dua...
Ada juga mommies yang tanya, macam mana rasa gooseberries? Entah la, nak describe macam mana pun tak tahu. Ada orang kata macam buah cermai. Tapi saya rasa buah cermai lagi masam dari buah gooseberries ni. Tapi Aisyah boleh makan buah gooseberries ni dengan muka selamba, tanpa kerut di kening. Dia kata sedap. Lagi merah buah gooseberries, lagi kurang rasa masamnya. Tapi tetap tak rasa manis. So so jer :)

NuKilaN:
 

18 comments:

  1. Buah tempatan kat sana nampaknya sesuai dengan taste aisyah tu..kebanyakan budak perempuan suka makan buah masam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. kadang2 Aisyah lebih banyak makan buah dari nasi... kalau lapar, dia suka cari buah berbanding dgn nasi :)

      Delete
  2. rasanya kalau buat jus sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit sangat nak buat jus kak tini.... nanti kalau terlebih sedap, tak cukup pulak... hihihi

      Delete
  3. Banyaknya biji! Boleh ke makan tu hehehehe

    Salam Ramadhan kak, saje blogwalking. Terjumpa blog akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks singgah sini :)
      Boleh jer makan, ada yg buat pie guna gooseberries ni :)

      Delete
  4. assalam.. dah lama follow blog ni..kali ni nyinggah .. puasa-puasa ni tengok buah tu pun boleh telan air liur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai sorry la kalau tgk gambar buah pun jadi terliur...
      btq, thanks for drop the comment :)

      Delete
  5. Ni mmg kebun @ tanaman liar yer? Seronok tgk pengalaman adik beradik ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taman kat uni... saja jalan2 waktu petang sambil picking buah2an :)

      Delete
  6. salam kenal kak...

    selalu nengok buah ni kt cite masakan omputeh... msti syok kalu dpt petik sndiri...
    kalu sekali tgk cam anggur tp tgk kali kedua lain pulak...

    ReplyDelete
  7. terliur lak rasanya,,,
    cam buah anggur pun ada gak kan
    kalau rasa cermai sedap laa tuu

    ReplyDelete
  8. Skrg mmg musim berries picking kan. kiteorang je tak gi lagi. Nak kena pergi ni. Tunggu raya kiteorang nak gi jalan2 petik buah. hehehe

    ReplyDelete
  9. Mcm anggur pun ada juga. Seronoknya boleh petik dan makan.

    ReplyDelete
  10. mace anggur jugakkan Bijen structure dalam tu

    ReplyDelete
  11. Jenis masam2 lagu ni mmg favourite JJ, I kureng sikit buah2 ni. Danish sabar jer la next year boleh pick the fruits ;)

    ReplyDelete