Friday, July 5, 2013

Rumah sewa - tak semuanya indah...

Bila baca komen mommies dalam entry Rumah Sewa, saya rasa tak adil kalau saya cuma cerita kelebihan rumah sewa yang murah bila menetap di Bradford. Sebenarnya ada juga beberapa perkara yang mengundang ketidak selesaan kami bila berada di sini. Apa pun, saya cuba kongsikan di sini agar bila orang datang sini, mereka dah bersedia dgn cabaran2 yang harus ditempuhi.

Sebelum tu, saya nak kongsi dua senario yg saya pernah alami sebelum datang ke Bradford....

Senario 1....
Semasa saya ditemuduga oleh pihak cuti belajar juga, saya  masih ingat tika diperli oleh Timbalan Naib Canselor (TNC) kerana memilih Bradford untuk sambung belajar. Masih terngiang ngiang kata-kata TNC, "Awak ke sana nanti rugi la. Anak-anak awak balik nanti bukannya boleh cakap English, tapi cakap bahasa Urdu". Kata-kata itu mengundang ketawa dalam bilik mensyuarat yg saya hadiri.

Senario 2...
Masih teringat kata-kata seorang kawan sebelum saya datang sini. Dia kata, "Awak jangan terkejut bila datang Bradford nanti. Memang Bradford tak sama macam kat UK." Memang saya tak berapa faham apa yang kawan saya cuba sampaikan. Kemudian kawan saya menerangkan, "Susah awak nak jumpa org putih kat Bradord. Ramai pakistan jer".

Dua senario di atas cukup untuk menggambarkan persepsi mereka yang pernah datang ke Bradford. Bradford penuh dgn Pakistan. Bila ramai pakistan, suasana kehidupan juga berbeza. Kadang-kadang tak rasa berada di UK, rasa macam duduk negera mereka pula.

1. Tiada garaj
 .... bila menyewa rumah yg murah, kebanyakkannya tiada garaj. So kereta cuma parking di bahu jalan. Nasib la kalau budak2 main bola di depan rumah. Kereta kami dulu pun tercabut side mirror penangan budak2  bermain bola di depan rumah. Bukan setakat bola, kriket pun mereka belasah main atas jalan kawasan perumahan.

2. Sampah sana sini
.... Kalau bandar lain kat UK, rasanya susah nak jumpa walau satu sampah. Keadaan cukup berbeza di Bradford. Sampah sarap boleh jumpa di mana saja. Ni salah satu pic yg saya pernah snap. Bukan setakat sampah merata-rata, troley supermarket pun mereka boleh parking depan rumah :)


3. Kadar jenayah yang tinggi
.... Bradford antara bandar yang mempunyai kadar jenayah yang tertinggi. Pernah keluar dalam suratkhabar berlaku kejadian tembak menembak di jalan belakang universiti. Saya juga pernah tulis berkaitan kejadian bunuh yang berlaku di kawasan kejiranan kami (entry penuh dgn polis).

4. Berkongsi ampaian
... Boleh bayangkan tak, ampaian di belakang rumah kami sentiasa digunakan oleh jiran-jiran yang terdekat. Mula-mula rasa bengang la juga. Lepas tu kami redha aje la. Niat wakaf aje la ampaian tu utk jiran2. Kalau sempat, kami boleh guna. Lambat sikit sidai baju, ampaian tu dah berisi oleh baju bajan orang lain :(

5. Insuran kereta yg mahal
.... Insuran kereta di UK ditentukan oleh banyak faktor. Antaranya adalah lokasi dan kadar jenayah (lagi tinggi kadar jenayah, lagi mahal insurannya). Kalau nak beli insuran kereta dan guna alamat Bradford, harganya mahal berlipat kali ganda. Kadang2 lagi mahal dari harga kereta yang kita beli :(

Rasanya cukup dulu saya senaraikan lima carta teratas ni. Kalau senarai banyak-banyak, nanti orang takut pula nak datang Bradford ni :)

Tapi saya jamin, pro lebih mengatasi cons (pro outweigh cons). Don't worry, be happy :)

NuKilaN:
 

41 comments:

  1. ooo....macam tu pulak.. tak apalah, kat mana kita berada kena sentiasa berhati2. lagipun kalau tak ada susah dulu, takkan senang kemudian kan? Pengalaman manis , pahit dan macam macam lagi semasa tinggal di tempat orang yang takkan dapat dibeli dengan wang ringgit, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dgn AN... pengalaman tu yg penting.... Biasa la tu, pahit dan manis memang dah asam garam kehidupan... kena telan dan terima seadanya.. sbb tu saya suka highlight yg positif, baru lebih bersemangat... bila buat entry negatif, baru perasan yg bukan main banyak lagi yg negatif rupanya... so atas kita utk memilih :)
      Nak happy, kena la pilih yg positif.... enjoy kehidupan tempat orang walau tak semuanya manis :)

      Delete
  2. oo, gitu pulak yer, mmg dimana2 pun ada masalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gitu la lebih kurangnya.... mmg kat mana2 pun ada cabaran tersendiri :)

      Delete
  3. Replies
    1. Kan? bukannya best pun duk tempat orang... dgn bebanan belajar lagi.... nak masuk puasa ni, lagi la rindu sgt kat M'sia :(

      Delete
  4. Sabar kena banyak ni Nur ... dah budaya org Pakistan memang camtu wlpn mrk tinggal di negara org...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. mmg kena selalu sabar... mmg mereka dah macam tu... kita pun sedar yg kita cuma menumpang jer :)
      Push factor supaya cepat2 habis belajar.. boleh cepat2 balik :)

      Delete
  5. Mcm tuh plak ye kak....ampaian kte pun jiran leh gne ske2 ati ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam2, kan? pasrah aje la dgn jiran2 sekeliling....

      Delete
  6. Tapi pada akak kalau kita tahu keadaan dan sedia hadapi semuanya jadi mudah. Macam Nur kata lambat sikit sidai ampai dah penuh org punya tapi Nur redha taklah nak marah jadi amanlah tak jadi masalah. Bergantung bagaimana kita menghadapinya kan Nur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi, suka dgn komen akak..
      Itu jalan yang terbaik yg saya rasa.. kalau kita marah pun tak mengubah keadaan... so kita yang kena berubah dan sesuaikan diri dgn keadaan persekitaran :)

      Delete
  7. InsyaAllah... cabaran yg tersedia d sana adlh kenangan manis yg akan tersemat ketika da pulang ke sini nnt, InsyaAllah....

    apa pon, sy doakan keselamatan kalian d sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Lia... cabaran tu yang mewarnai kehidupan kami di bumi eropah ni...
      Thanks doakan kami :)

      Delete
  8. Yang penting u guys dah boleh sesuaikan diri kan. Tapi part cilok ampaian tu agak pelik la jugak, nak tak nak kena redha jer la kan. Seems like gaya dorang ni macam Turkish kat sini la, facilities area dorang ni selalu rosak, kenapa yer mereka macam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Redha dan berserah aje la...
      Saya pun sampai sekarang tak jumpa jawapan utk persoalan tu...

      Delete
  9. Kak Nur,

    Nasib la ampaian belakang rumah dah tercabut tali. So skrg kiteorang guna yang portable plus belakang ada pagar so mereka tak se over KIPAS kat Bradford. hehehe. Tapi tang pengotor sampah sarap tu memang ya ampunnnnn Allah je tahu. Depan rumah ni pun every day ada aje sampah yang kiteorang kena sapu masuk tong hitam tu. Diaorang ni kan main campak je sampah. Heee geram rasa nak sesumpah je. Ada rumah jiran tu gamaknya dia dah malas nak kutip dibiarkan aje sampah penuh dalam ruang depan rumah dia. Pengotor betul geng KIPAS ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah, belakang rumah kami pun pernah tercabut dan kami cabut tali.. tapi dengan selamba KIPAS2 tu buat macam rumah mereka.... bila putus, sambung balik...
      Ingatkan rumah saya jer macam tu... sakit mata bila nak hantar anak2 pagi2 dengan sampah sarap depan rumah.... yg geram, pampers budak2 pun mereka selamba jer buang depan rumah orang...

      Delete
  10. tak pe...asalkan akak sekeluarga selesa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.... tak boleh nak ambil pusing sgt dengan mereka

      Delete
  11. owwhh...mcm tu la pulok!

    part sewenang-wenang ambik ampai tu yg tak tahan hihii..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa, gitu la lebih kurang.. banyak lagi yang tak senarai tu... biarlah kami jer yg laluinya dan simpan kemas2 dalam lipatan kenangan..
      yg ampaian tu nasib kami aje kot... orang lain ok jer...

      Delete
  12. Betul kata Nur, kat mana2 pun mesti ada pro n con, ada lebih ada kurang, moga terus tabah.

    ReplyDelete
  13. di manapun kita hidup..kita berhadapan dgn berbagai kerenah manusia dan sebagainya....kitapun antara manusia itu...setiap sesuatu pasti ada buruk dan baiknya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm tu la murah alam...
      dengan akal, kita mampu mencari apa hikmah d sebaliknya...
      dengan emosi, hanya marah menguasai diri... kita juga yg rugi

      Delete
  14. Ya Allah tkejut dgr..esp bab ampaian tu. kesian kak Nur tp sabat je la kan..tp btul kata kak Nur klu kawasan yg majoriti pakistan kt uk ni mmg kotor ..kdg malu kan..org islam tp tak mjaga kebersihan. Maludgn omputih hmm..kawasan omputih mmg bersihla..so far kt Area izu ni ok lg la..alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sabar aje la.. Kan? saya pun rasa macam tu... susah sgt nak buang sampah dalam tong even tong ada sana sini...
      Izu untung duk kawasan omputih... kurang sikit gangguan2 mcm ni

      Delete
  15. Dah sampai tahap mejoriti foreigner ke kt sana tu kak nur? Terbayang area Chow kit dan pudu plk klu kat Malaysia ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya lebih teruk dar chow kit dgn pudu kot sbb mereka tu dapat taraf warganegara...
      sbb tu gomen UK dah makin strict dengan visa uk skrang ni...
      Even kat sekolah anak-anak pun, rasanya 80% adalah bangsa mereka...

      Delete
  16. oh ye gitu plak...mmg scary bila baca entry sis...^^
    salam kenal sis..
    semoga sis sentiasa dibawah lindungan DIA selalu..ameen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks singgah sini... amin! Hanya pada Allah mampu berserah

      Delete
  17. Datang dulu Bredford baru tau macamnakan Bijen hehe
    Mana mana pun sama kot ikut nasib...
    Tak kiralah urdu ke apa janji dpt gi Disneyland hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa, pandai Okje...
      Mmg dah nasib kami.. lain orang, lain dugaannya :)
      Disneyland yg tak tahan tu... alang2 dah dekat, kan? kalau nak terbang dari M'sia mimpi aje la...

      Delete
  18. Ooo gitu.tp now dok memana pun ada cabarannya.yg penting,pro mengatasi cons.take care

    ReplyDelete
  19. Jaga diri nur.yg penting dpt pengalaman berharga duduk di benua lain n dpt melihat keindahan ciptaan Tuhan.jauh perjalanan,luas pemandangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi, thanks Ida.. sayang juga awak kat saya...
      Tu kena ambil yg positif jer, baru boleh enjoy

      Delete
  20. bl dgr bab kdr jenayah tinggi tu rase seriu la plak...apepun bile kat negara org kite kena sentiasa lebih berhati2....yg pntg doa jgn tinggal....semoga Nur sekeluarga sentiasa dlm lindunganNYa:)

    ReplyDelete
  21. oo..baru lah m3h tahu serba sedikit tentang bradford ni kak nur.tu la duk negara org mne nak same ngan negara sendiri kan..take care

    ReplyDelete
  22. Salam blogwalking. Teringat kenangan bljr kat sana, dulu sy dok Sheffield. Ramai org mat saleh tp tmpt saya duduk, neighborhood dia ramai org pakistan etc tp campur2 la. Byk jugak la jenayah kt area tu bila dah ada ghetto2 camtu. Sy penah g bradford rasanya..ada kedai pinggan kot..tu yg pegi tu kot..

    ReplyDelete
  23. Salam Nur,

    KL pun di sesetengah tempat yg ramai pendatang asing dah rupa semacam di negara mereka juga. Tak payah pergi jauh, jiran yg lama yg menyewa di belakang rumah Mak Aji dari seberang, kerja berniaga jagung di pasar malam. Dibawanya gaya hidup mereka ke sini - berkaraoke terjerit2 tengah2 malam terutama bila kenduri, suka bergaduh menjerit2, membuang sampah kat tepi2 rumah (kami yg suffer!). Sekarang kalau kat KL bila nampak orang duduk bertinggung di tepi2 kali lima memang sahlah org tu dr seberang ke, dr Vietnam ke,..... Org kita mana dok macam nak yak tu, he he!

    ReplyDelete