Friday, August 30, 2013

Aisyah's achievement folder

Baru dapat folder ni masa hari terakhir anak-anak sekolah sebelum summer holiday. Eh, kira dah lama la kot sbb duk peram dalam draf dulu.Ekekeke.... lagipun, minggu depan anak-anak dah mula buka sekolah untuk semester yang baru pula. Dah beberapa hari dalam minggu ni budak-budak tu duk count down bila nak buka sekolah. Suka sangat anak-anak dapat pergi sekolah :)

Sepatutnya Aisyah dapat folder ni masih tamat reception dulu. Ingatkan folder Aisyah xde sebab dia masuk dah nak hujung tahun. Mungkin terselit kat mana-mana kot dan skrang baru dapat ke tangan Aisyah.

Saja nak letak kat blog buat kenangan. Ralit pula duk belek folder ni walau hanya beberapa muka surat. Dari Aisyah berambut pendek dan nampak sgt kecil.

Jom kita tgk apa isi folder pencapaian ni....

Ni muka depan... sedikit cerita berkaitan folder ni....
Ni muka surat ke dua.... senarai legend yg digunakan...
 Hand written observation....
 Photographic....
Muka mula-mula masuk sekolah... skrang rambut dah panjang dan boleh ikat dah..
Lagi foto Aisyah yang ditampal dalam folder...

Kalau tak silap, ni gambar masa mereka belajar tentang wedding. Siap ada pengantin lelaki dan pengantin perempuan bagai serta majlis berinai...
 Lagi laporan bergambar. Aisyah pakai jaket polis :)
Laporan bertulis kedua....
 Dan ni laporan yang terakhir. Aisyah ni suka sangat kalau dapat main pasir....

Ada juga folder kenangan Aisyah kat sekolah masa reception. Kena simpan baik-baik buat kenangan :)

Nota ummi,
Teringat kalau masa Aisyah reception dulu, cikgu duk ralit kemaskini folder ni masa hantar Aisyah ke dalam kelas setiap pagi. Tapi sempat lagi cikgu melemparkan senyum dan menyambut parent dengan ucapan, "Good morning!". Kat sini, cikgu ada masa utk nilai setiap pelajar sebab ada lagi dua orang pembantu guru dalam setiap kelas. Dah la dalam sekelas tak ramai, dalam 20 orang lebuh kurang. Best kan kalau tugas cikgu cuma mengajar dan memantau prestasi pelajar jer?

NuKilaN:
 

Thursday, August 29, 2013

Tapai beras versi Bradford

Alhamdulillah, raya tahun ni sempat buat tapai beras. Nasib baik sempat kirim ragi kat adik ipar utk pos sekali dgn baju melayu anak-anak. Dapatlah jamu tapai utk tetamu masa buat open house raya ke-empat hari tu.

Daun getah atau daun pisang takde, so gantikan dengan bekas ni aje la. Nasib baik sempat snap gambar dua tapai yang terakhir buat kenangan....
Kalau buat dalam daun, air tapai boleh mengalir keluar. Buat dalam bekas, banyak pula air tapai yang bertakung dalam bekas. Ke sebab terlebih ragi ni?
Untuk buat tapai ni, saya cuma guna 2 cawan beras pulut. Risau nak buat banyak takut tak menjadi. Lagipun saya main belasah jer tanak pulut tu (nak kukus pulut tak pandai). Dua cawan beras pulut tanak dengan dua cawan air. Saya guna suku jer ragi yg bulat kecil tu. Lupa pula nak bilang dapat berapa bekas.

Saya ada baca dalam blog mana ntah yang kata kena hidupkan dulu ragi sekejap dalam microwave. Entah macam mana terlebih masa sikit, terus ragi tu bau hangit. Tapi main belasah juga guna yg tu sbb sayang nak buang ragi yg import jauh nun dari M'sia. Part yang hangit tu jer saya buang sikit.

Saya letak dalam periuk besar dan bungkus dengan kain selimut. Suami pun tegur, "Kenapa tak guna kain sarung jer...". Saya pun tanya kenapa? Tak boleh ke guna selimut. Dia jawab, "Ntah la, tgk mek biasa peram guna kain sarung". Mek takpe la kain sarung banyak, saya cuma ada beberapa helai jer. Jadi proceed juga bungkus dgn kain selimut. Lagipun kat sini tak guna kain selimut. Even musim panas pun, kami tetap tidur dalam duvet...

Masa nak buka periuk lepas peram tu, bukan main berdebar lagi takut tapai tak masak. Alhamdulillah, boleh la makan buat hilang rindu :)

Tengok gambar-gambar ni, rasa nak makan tapai lagi. Kena beli beras pulut la nampak gayanya....

NuKilaN:
 

Wednesday, August 28, 2013

WW ::: Merah, putih, kuning, oren

Si merah...
 Si putih...
 Si kuning...
 Si kuning dari pandangan sisi...
 dan si oren....

Mcm biasa, jangan tanya nama bunga-bunga ni tau!

NuKilaN:
 

Tuesday, August 27, 2013

Manis rupanya gooseberries ni...

Sebelum ni saya pernah kata yang buah gooseberries ni masam (dalam link ni...)

Hari ni nak betulkan semula statement saya. Rupanya buah gooseberries ni manis bila betul-betul masak. Bila gooseberries betul-betul masak, buahnya bertukar ke warna merah pekat.

Buah yang saya petik sebelum ni bukan betul-betul masak rupanya (mcm pic kat bawah).

Tengok la, ada yg masih hijau pun. Bila betul-betul masak, buah tu lebih kurang macam ni...
Buah yang besar dan merah pekat memang manis. Ralit jer saya makan sebiji demi sebiji hingga habis.
 Ini la rupa gooseberries yang betul-betul masak... lagi besar buah tu, mmg lagi sedap!

Ada juga kawan letak buah gooseberries ni atas pavlova. Sedap jugak. Ada juga yang buat pie guna buah gooseberries ni. Tapi makan terus pun sangat nikmat... mmg tak sempat nak buat pie atau letak atas pavlova... ekekkek!

Nota ummi,
Buah ni petik kat taman uni. Bukan saya tanam sendiri. Yang penting, free of charge :)

NuKilaN:
 

Monday, August 26, 2013

Petua meredakan demam kanak-kanak

Perkongsian dari Facebook. Letak kat blog supaya senang nak rujuk...

Ibubapa mana yang tak bimbang bila anak- anak demam , kan? Melihat wajah yang selalu gembira jadi monyok, biasanya aktif berbaring atas katil dan selera makan yang hilang, selalunya kita sebagai ibubapa akan tak senang duduk mengenangkan anak kesayangan yang demam.

Berikut disertakan petua bagi meredakan demam anak- anak:

1. Pastikan anak betul- betul demam

Suhu badan manusia berubah- ubah mengikut waktu dan keadaan badan. Pada waktu petang dan selepas bersukan misalnya , badan manusia lebih panas dari pada biasa. Oleh itu dapatkanlah termometer bagi menyukat suhu anak- anak. Termometer yang digalakkan ialah termometer digital , kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, walaupun ketepatannya sedikit berkurangan.

Suhu badan biasa ialah 36- 37.4 darjah celcius.
Demam ringan: 37.5-38.4 darjah celcius.
Demam biasa: 38.4 – 39.9 darjah celcius.
Demam tinggi: 40-41.4 darjah celcius.

Demam itu sendiri tidak merbahaya kepada otak manusia melainkan apabila suhu melebihi 41.5 darjah celcius. Demam yang ringan boleh dirawat dengan “sponging” dan menggalakkan anak minum air dengan banyak.

2. Boleh buat “sponging” atau menjelum anak bagi mengurangkan suhu.

“Sponging” merupakan satu kaedah yang telah digunakan bertahun- tahun bagi melegakan suhu anak. Cara untuk melakukan sponging ;

1. Sediakan air suam dalam besen, dan 3 helai tuala kecil.
2. Rendam tuala dan perahkan.
3. Lapkan air suam pada kepala anak perlahan- lahan menggunakan tuala pertama , dan biarkan.
4. Lapkan air suam pada pada kedua- dua ketiak anak menggunakan tuala kedua, dan biarkan di celah ketiak.
5. Lapkan air suam pada paha dan celah paha menggunakan tuala ketiga , serta biarkan seketika.
6. Ulangi dan lakukan selama 30 minit.

JANGAN GUNAKAN AIR SEJUK/ AIS!
Air sejuk/ ais akan menyebabkan badan menggigil, dan badan akan memberitahu otak, bahawa badan kesejukan. Otak akan bertindakbalas dengan meninggikan suhu lagi, dan demam akan menjadi lebih tinggi.

Terdapat ibubapa yang mencampurkan asam jawa kepada air, dan memandikan anak-anak dengan air ini. Tidak ada halangan untuk menggunakan cara ini bagi menyejukkan badan.

3.Berikan ubat demam paracetamol mengikut dos dan jangkawaktu yang ditetapkan.

Ubat paracetamol ( atau panadol) merupakan ubat melegakan demam, menahan sakit dan mengurangkan radang yang telah diuji selama bertahun- tahun selamat digunakan selagi tidak melebihi dos maksimum yang dibenarkan. Dakwaan bahawa paracetamol akan berkumpul di dalam hati dan merosakkan hati adalah tidak benar, jika diberi mengikut sukatan dan jangkawaktu yang ditetapkan.

Ianya selamat untuk bayi seawal usia 2 bulan dan boleh digunakan oleh kanak- kanak serta orang dewasa. Malah mereka yang mempunyai masalah gastrik atau pedih ulu hati, juga boleh menggunakannya.

Sekiranya demam anak- anak didapati tinggi, melebihi 38.5 darjah celcius, boleh berikan loading dose 20 mg/ kg. Selepas itu, boleh diberi dengan dos biasa 15 mg bagi setiap kg setiap 4-6 jam. Tetapi pastikan tidak melebihi 4 dos sehari.

Contohnya:
anak 3 bulan ke bawah:
kirakan berat badan misalnya 4 kg , jadi
4×20 mg= 80 mg – beri semasa pertama kali badannya demam.
Selepas 8 jam , 4 x 15 mg= 60 mg setiap dos.

Jika anak berusia 1 tahun, beratnya 6 kg
6×20= 120 mg, dos pertama.
Selepas 6 jam, dos kedua 6×15 = 90 mg.
Sekiranya dos pertama diberi pada jam 6 pagi, berikan dos seterusnya pada jam 12 tengahari, 6 petang dan jangan lupa bangun malam, untuk memberikan dos keempat pada jam 11-12 tengah malam. Saya dapati jika ibubapa mematuhi waktu ini,termasuk dos tengah malam, insyaAllah demam ketika malam tidaklah begitu tinggi dan anak pun boleh tidur dengan selesa.

HARAP PERHATIKAN KEPEKATAN UBAT PARACETAMOL ANDA

Jika kepekatannya 120 mg/5 mL- maka 60 mg bersamaan 2.5 ml
Jika kepekatannya 250 mg/5 mL – maka 60 mg bersamaan dengan 1.2 mL

Biasanya kepekatan 120 mg/5 mL untuk bayi/ kanak- kanak 6 tahun ke bawah. Kepekatan 250 mg/5 mL selalunya digunakan untuk kanak- kanak 6 tahun hingga 12 tahun.

Jika dos yang diberi tidak mencukupi, kemungkinan demam tidak akan surut. Jika terlebih dos , barulah boleh mengganggu fungsi hati. Oleh itu, diminta ibu bapa mengira dengan teliti serta menggunakan picagari supaya kiraan yang dibuat adalah tepat.

4. Galakkan anak minum air dengan banyak

Letakkanlah sebotol air di tepi katil anak- anak dan segelas cawan. Jika anak- anak boleh memahami, beritahu dia supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 jam contohnya. Mintalah dia minum sedikit- sedikit, tetapi kerap.

Jika anak masih kecik, ibubapa harus rajin dan memberi anak minum sedikit- sedikit tetapi kerap, contohnya setiap 10-15 minit, suapkan 2-3 sudu air.

Boleh beri apa saja air kegemaran: jus buah, Ribena, Milo, air suam asalkan tidak mempunyai gas( air berkarbonat) atau air yang mempunyai kafein tinggi seperti Nescafe/ kopi.

Untuk menambah air di dalam badan, boleh memasakkan makanan yang mempunyai kandungan air yang banyak seperti sup ayam, bubur dan lain- lain.

Ibubapa boleh menilai tahap hidrasi anak-anak dalam artikel ini. Jika anak mengalami dehidrasi sederhana atau teruk, bawalah berjumpa doktor/ terus ke hospital untuk rawatan lanjut.

5. Berikan suppository paracetamol jika anak muntah

Dalam kes jangkitan virus, anak selalunya akan mengalami rasa loya dan muntah, dan kerap kali tidak dapat menelan ubat yang diberi. Ibubapa boleh menggunakan suppository paracetamol ( ubat berbentuk seperti roket yang dimasukkan ke dalam punggung) bagi menggantikan sirap paracetamol.

Terdapat 2 dos bagi suppository paracetamol iaitu 125 mg dan 250 mg. PASTIKAN dos yang diberi adalah tepat. Amnya, jika anak mempunyai berat 15 kg, paracetamol 125 mg. Jika anak mempunyai berat 20-30 kg, boleh diberi dos 250 mg.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan dalam pemberian suppositoy paracetamol
- oleh kerana ia bukan sirap dan keras, agak sukar memberi dalam dos yang tepat. Sekiranya dipatahkan, tidak semestinya ia tepat.
- penyerapan ubat melalui punggung adalah tidak sekata. Walaupun suhu mungkin turun dengan cepat, ia juga boleh naik semula dengan cepat. Bebarapa kajian menunjukkan sirap Paracetamol yang dimakan dan diproses oleh perut adalah bertindak dalam darah lebih pantas dan lebih stabil dari supp paracetamol.

Atas sebab di atas, penggunaan sirap/ tablet paracetamol adalah lebih digalakkan berbanding suppository. Suppository boleh digunakan jika anak muntah- muntah dan tidak dapat makan ubat.

6. Pakaikan anak-anak dengan pakaian nipis supaya haba dalam badan boleh keluar

Ibu bapa digalakkan memakaikan anak- anak dengan baju yang nipis supaya haba boleh keluar. Pakaian yang tebal akan meningkatkan suhu badan anak- anak. Kain kapas dapat menyerap peluh dengan baik dan anak- anak juga lebih selesa.

7. Sekiranya telah memberi paracetamol tetapi masih tinggi, ibubapa boleh memberikan ibuprofen sebagai tambahan kepada paracetamol.

Ibuprofen adalah sejenis ubat meredakan radang dari kumpulan NSAIDS. Ianya telah disahkan selamat untuk digunakan untuk kanak- kanak dan bayi berumur 2 bulan ke atas. Ibuprofen diberi 3 kali sehari.

Sekiranya digunakan sebagai tambahan kepada paracetamol, ibuprofen dan paracetamol diberi berselang 6 jam. Ini supaya ubat paracetamol/ ibuprofen sentiasa berada dalam badan tanpa putus. contohnya
Pukul 6 pagi- paracetamol
Pukul 9 pagi- ibuprofen
Pukul 12 tgh- paracetamol
Pukul 3 petang- ibuprofen

Dos untuk ubat ibuprofen
Bayi 1-2 tahun: 2.5 ml , 3-4 kali sehari
Kanak-kanak 3-7 tahun: 5 mL 3-4 kali sehari
Kanak-kanak 8-12 tahun: 10 mL, 3-4 kali sehari.
Seboleh- bolehnya Ibuprofen diberikan selepas makan tengahari/ malam/ sarapan pagi.

Akhirnya, sekiranya demam masih tinggi dalam 2-3 hari, bawalah berjumpa dengan doktor bagi memastikan beliau tidak mengidap masalah jangkitan yang serius dan berbahaya seperti demam denggi atau meningitis( radang pada otak).


Sumber: Facebook Anak-anak Comel

Semoga memberi manfaat :)

NuKilaN:
 

Saturday, August 24, 2013

Aktiviti petang 1 Syawal

Sambungan entry raya pertama.

Dalam pukul 1.00 tgh hari, baru kami gerak ke open house yang pertama. Ingatkan kami orang paling last, rupanya ada lagi yang belum sampai. Masing-masing sibuk sype dgn family di Malaysia sebelah pagi agaknya. Sampai line skype pun jadi agak bermasalah, hurm....

Rumah pertama, kami dijamu dgn bihun sup dan soto. Berkali-kali juga menambah. Nikmat betul dapat makan soto di hari raya. Dalam pukul 4 pula, kami gerak ke open house yang kedua. Tuan rumah menghidangkan nasi beriani dan nasi himpit. Juga makan dengan berselera sekali. Semuanya sedap2 belaka. Tapi satu gambar pun tak snap. Bila dapat makan, terus lupa kamera..... adoi!

Lepas habis makan-makan, entah macam mana tercetus idea utk ke universiti for blackcurrant picking. Kebetulan rumah yang kedua tu sangat dekat dengan universiti. Maka, jalan la kami beramai-ramai ke kebun universiti. Macam kelakar pun ada. Kalau kat M'sia, jalan ramai-ramai mcm tu untuk pergi menziarah, tapi kat sini jalan ramai2 di hari raya untuk petik buah. Budak-budak pun bukan main behave lagi sepanjang jalan tu. 

Sampai jer di lokasi yang dituju, masing-masing terus buka plastik bag yang dibawa. Semua sangat teruja tgk buah blackcurrant yang sangat banyak. 

Tengok lah Danish dengan plastik Morisson yang besar gedabak tu...
 Comel jer tgk mereka berbaju kurung tgh ready nak picking blackcurrant... semua muka sgt teruja...
Buah blackcurrant yang dah sgt2 ranum... tgk buah dah terbayang air ribena yang sedap tu... nyum nyum...
 Aisyah pun dah tak nak posing bila nampak saya ambil gambar...
 Tu dia... semua ralit mengedap buah blackcurrant utk dipetik...
Sebelum balik, sempat lagi posing ramai-ramai di pintu masuk University of Bradford. Ini baru empat keluarga. Kalau tak silap, total keluarga di Bradford ni ada tujuh.
Keluarga in white - open house pertama
Keluarga in purple - open house kedua
 Lepas posing, terus jalan balik rumah.
Macam tu la lebih kurang sambutan syawal yang pertama kami di bumi England untuk tahun ni (tahun kedua). Ada lagi dua tahun kami kena meraikan Syawal di perantauan.

NuKilaN:
 

Thursday, August 22, 2013

Selamat Hari Lahir, Aisyah!

Happy birthday to you....
Happy birthday to you...
Happy birthday to Aisyah... Happy birthday to you...

Alhamdulillah, hari ni (22 Ogos 2013)  puteri saya, Aisyah, telah melangkah ke usia enam tahun. Semoga terus membesar sebagai muslimah yang menyejukkan hati ummi dan abah yer :)
Jadi adik yang baik utk Irfan dan jadi kakak yang penyayang buat Danish :)

Tak lupa juga, Happy belated birthday utk Irfan. Maafkan ummi, tak sempat buat entry masa birthday Irfan. Sebenarnya Irfan juga telah meniti ke usia lapan tahun pada raya kedua (9/8/13) yang lepas. Semoga Irfan juga terus membesar sebagai anak yang soleh dan sentiasa dengar kata ummi dan abah. Juga "role model" yang baik utk adik-adik :)

Sambutan hari lahir anak-anak juga dah selesai. Buat sekali harung dengan open house masa raya ke-empat. Jom kita layan gambar sekitar majlis pulak...

The birthday girl...
 and the birthday boy....
 Sedia utk potong kek...
 Lilin tu hiasan jer.. tak pasang pun..... Semua kawan-kawan sabar tunggu nak makan kek...
Nyum nyum, sedap kek yang kak siti buatkan. Kejap jer licin.. terima kasih daun keladi, lain kali nak order lagi.... hihihhihi
Last sekali birthday boy dan birthday girl posing dengan hadiah. Dah lama nak buka, tapi saya kata tunggu dulu sbb nak ambil gambar.
Lepas posing, apa lagi.. terus buka hadiah masing-masing.
Terima kasih pada semua yang datang memeriahkan majlis :)

Akhir sekali, saya akhiri entry dengan doa utk anak-anak...

Ya Allah Ya Tuhanku,
Kau panjangkanlah umur anak-anakku,
Kau kurniakanlah kesihatan yang terbaik kepada mereka,
Kau peliharalah akhlak dan agama mereka,
Kau kurniakanlah kesejahteraan jiwa dan raga mereka,
Kau murahkanlah rezeki mereka Ya Allah,
Kurniakanlah kepada mereka kecerdasan akal dan kesucian hati,
Ya Allah, bantulah kami dalam mendidik mereka supaya menjadi insan yang berguna,
Ya Allah, berilah bimbingan agar mereka berjaya di dunia dan di akhirat,
Jadikan mereka anak-anak yang taat kepada kedua ibu bapanya serta taat kepada perintahMu Ya Allah,
Sesungguhnya mereka adalah anugerahMu yang tak ternilai Ya Allah...
Amin amin amin.... ya Robbal A'lamin.....



NuKilaN:
 

Saturday, August 17, 2013

Raya 2013: Pagi raya pertama

Alhamdulillah, sambutan raya tahun ni boleh dikatakan sangat meriah. Kami cuma beraya empat hari saja. Raya kelima, masing-masing sambung buka buku semula - maklumlah ramai yang bergelar pelajar.

Kami di Bradford beraya sama dengan orang Malaysia, iaitu pada hari Khamis (8/8/13). Tapi kan, ada juga beberapa masjid berdekatan yang beraya pada hari Jumaat and mostly orang Pakistan (termasuklah jiran-jiran kami) beraya pada hari Jumaat. Kami ikut IslamBradford dan Central Mosque London yang biasanya akan beraya/puasa sama dengan Mekah.

Pagi-pagi selepas Subuh di hari raya, abah dah mula skype dengan family di Kota Bharu. Tahan hati jer bila masing2 duk tunjuk juadah yang mereka makan di pagi raya. Tapi tetap rasa seronok sebab boleh sembang dengan adik beradik dan sanak saudara yang jauh di mata. Boleh lepaskan rindu gitu....

Dalam pukul 7.30 pagi, sekali lagi saya skype dengan adik-adik. Baru boleh skype dengan ummi, anak-anak buah dan sepupu-sepupu yang ada. Seronok tgk telatah mereka yang sangat ceria di hari raya. Semua segak berbaju melayu dan berbaju kurung. Nasib baik ada skype, dapat juga aura kemeriahan raya di kampung halaman.

Lepas skype, baru kami bersiap untuk solat Aidilfitri. Pagi raya, kami cuma mengalas perut dengan nasi goreng jer (sedih tak?). Tapi anak-anak tetap makan dengan berselera sekali. Nak masak takut membazir pula sebab ada dua open house masa raya yang pertama. Simpan perut untuk open house :)

Lepas sarapan, kami terus ke IslamBradford untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Yang saya perasan, Aisyah dah pandai solat sunat Aidilfitri. Mungkin pada masa akan datang, boleh mula ajarkan bacaan solat semasa takbir tu untuk Aisyah.

Solat sunat Aidilfitri di IslamBradford diadakan pada pukul 9.30 pagi. Kami tiba di IslamBradford sekitar jam 9.15. Dah hampir penuh ruang solat di bahagian wanita. Sangat lega bila kami dapat menyelit masuk ke dalam saf.
Anak-anak posing di IslamBradford selepas solat sunat Aidilfitri
 Lepas solat Aidilfitri, kami terus pulang ke rumah. Baru la mula sesi bermaafan antara satu sama lain. Selesai bermaafan, aktiviti diteruskan dengan photoshoot raya. Tempek beberapa keping gambar buat kenangan...
Aisyah and danish
Tahun kedua kami beraya di Bradford
Irfan dan Aisyah jer yang sporting posing
Tengok lah, Danish kena paksa posing oleh abang dan kakak

Lepas sesi photoshot, kami mula gerak ke rumah jiran terdekat. Cerita open house saya sambung dalam entry lain yer....

NuKilaN:
 

Tuesday, August 6, 2013

Salam Aidilfitri

Masa belum puasa, terasa juga  nak hantar gambar kat salam perantau kat suratkhabar tempatan. Tapi sampai la ke penghujung Ramadhan, langsung tak tergerak hati untuk hantar walau sekeping gambar.

Nasib baik ada blog. Boleh juga sampaikan salam Aidilfitri ala-ala salam perantauan gitu. Aci tak? Tapi kan, bila cari balik gambar2 yg sesuai.. satu pun tak jumpa. Semua gambar dah pindah dalam external hard drive gara-gara memerlukan storan yang banyak utk research. Maka, simpan aje la niat nak buat salam perantuan tu.... hiihihihi

Gini lah nasib anak rantau yang beraya beribu batu dari keluarga sendiri. Mood raya mmg tak ada. Nak buat biskut raya pun tak berapa nak ada semangat. Ditambah pula dgn tugasan dari penyelia yang kena submit sebelum raya. Menangis dalam hati aje la... sambil tulis report, sambil pujuk hati sendiri (dah byk tahun beraya sakan, apa salahnya tahun ni berkorban sedikit utk masa depan sendiri juga)... sob sob...



Apa-apa pun, buat mommies semua... selamat kembali ke pangkuan keluarga. Pandu cermat jiwa selamat.

Selamat hari raya.

Maaf zahir dan batin.


Nota ummi,
Dah lama tak mencoret di sini. Rasa nak tutup blog buat seketika pun ada. Kena utamakan yang lebih penting dulu buat masa ni...

NuKilaN: