Thursday, October 10, 2013

Kisah Danish di nursery

Hari ni genap 7 hari Danish ke nursery.
Alhamdulillah, danish dan semakin dapat menyesuaikan diri. Legaa sgt ummi :)
Tapi lima hari pertama tu agak mencabar juga nak pujuk Danish pergi nursery.

Kronologi Danish di nursery buat kenangan....

Hari pertama (Rabu), Danish ke nursery selama sejam (9-10 am). Masa Danish ralit main playdough, cikgu beri isyarat suruh saya tinggalkan Danish. Saya pun berlalu perlahan-lahan. Bila toleh belakang, nampak cikgu sedang ekori Danish yg nak ikut saya balik. Pukul 10, saya jemput Danish. Masa tu nampak Danish duk sedih sorang2. Bila nampak kelibat saya, terus sambung menangis. Kata cikgu, Danish senyap lima minit jer. Lepas tu sambung menangis. Patutlah masa ambil tu dia masih teresak-esak. Masa balik rumah, saya tanya Danish, "Kenapa nangis masa kat sekolah?". Danish jawab, "Kawan adik pun nangis juga." Hehehehe, kelakar betul jawapan Danish.

Hari kedua (Khamis), masih lagi sejam. Pergi pagi tu, Danish main lego. Saya temankan dia main dulu. Tgk dia ralit, saya terus tinggalkan Danish. Belum sempat saya keluar dari pagar, boleh dengar suara Danish menangis. Masa jemput Danish dari nursery pukul 10, dia sedang ralit main pasir. Bila nampak saya, dia nak nangis, tapi cepat2 ok lepas saya peluk dia. Cikgu kata Danish menangis kejap jer pagi tadi. Lepas tu dah join main dgn kawan2.

Hari ketiga (Jumaat), masih lagi tempoh percubaan sejam. Masa hantar pagi tu, dia dah refuse nak masuk dalam nursery. Lama juga dia main-main kat luar nursery. Lepas berjaya pujuk masuk, dia langsung tak nak lepaskan tangan saya. Bila cikgu menghampiri kami, cepat2 Danish peluk saya dgn kuat dan mula menangis. Cepat2 cikgu ambil Danish dari pelukan saya. Sedihnya nak tinggalkan Danish masa tu. Tapi kena kuatkan hati aje la. Pukul 10, masa ambil Danish dia dah tak nampak sedih. Cikgu kata dia menangis pun tak lama. Kali ni dah pandai say good bye kat cikgu di nursery.

Nursery Danish
Kakak yg byk beri semangat kat adik

Hari keempat (Isnin), Danish ke nursery masih sejam. Pergi pagi tu, dia tak nak masuk dalam nursery. Lama juga kat luar. Baca buku dan main blok. Bila masuk dalam nursery, dia join kawan main toys animal. Masa ambil pukul 10, saya nampak Danish seronok duk nyanyi lagu twinkle twinkle little star ramai-ramai. Cikgu kata, Danish dan makin serasi. So esok boleh tambah lagi setengah jam, tgk mcm mana perkembangan Danish.

Main blok luar nursery

Hari kelima (Selasa), Danish beria ikut kakak nak masuk dalam kelas. Dia kata nak sekolah dgn kakak, tak nak pergi nursery. Kat nursery takde kawan. Haih, macam2 la Danish ni. Mula2 Danish nangis juga bila kami menapak ke nursery. Nasib baik tak lama. Sampai nursery, Danish join kawan-kawan main air dan saya terus balik. Hari tu dia dah ok, kata cikgu. Lega saya dengar. So, hari setersunya dah boleh full day :)

Hari keenam (Rabu), hari pertama Danish full day di nursery. Full day pun sebenarnya dua jam setengah jerHari rabu dah nampak Danish dah ada keberanian ke nursery. Pergi pagi tu, dia terus menuju ke meja join kawan-kawan main playdough. Bila duduk di kerusi, dia kata, "Ummi tak payah tunggu. Pergi la balik." Eh biar betul Danish ni. Saya pun terus tinggalkan dia. Bila ambil pukul 11.30 pagi, muka dah macam biasa. Dah takde muka sedih2....

Dan untuk hari yang ketujuh (hari ni la tu), Danish dan makin confident untuk ke sekolah. Pergi pagi tadi, dia duduk di bahagian buku-buku. Dia pilih baca buku Dinosaur. Dinosaur minat terbaru Danish masa ni :)
Danish baru balik sekolah :)
Harapnya, lepas ni Danish terus serasi dgn nursery tu. Bila semua anak-anak ke sekolah, rasa dah semakin tua pulak, ahaks!

12 comments:

  1. Ohhhh...tu kira ok dah Bijen... jenis budak yang tak mo ke sekolah mau sebulan mama kena tunggu hehe...mama pun kena belajar tadika balik....haha...
    Sebelum ni Danish dgn sapa kat rumah Bijen?

    ReplyDelete
  2. Sekejap juga tempoh danish sesuaikan diri.. siap suruh balik lg ;)

    ReplyDelete
  3. Biasalah Nur... nabil dulu pun macam tu jugak... lama2 baru ok... :)

    Caiyok danish... good boy kan :)

    ReplyDelete
  4. lama2 nti pasti Danish serasi dgn nurserya... lumrah kehidupan kan Nur...bila anak2 semua dah sekolah itu tandanya umur kita dah meningkat...hehe:)

    ReplyDelete
  5. bagus Danish... pandai serasikan diri...

    ReplyDelete
  6. Bagusnya danish...pandai bwk diri.. :D

    ReplyDelete
  7. Ooo bagusnya danish ni..dah pandai berdikari kat nursery ye.. tengok percubaan demi percubaan ni legalah ye.. kita taklah paksa danish sekali gus..

    ReplyDelete
  8. Hehehe good boy Danish :D:D JJ pulak terbalik, masa tempoh percubaan beriya dia nak ke school, tak hirau pun I tercongok kat corner kelas dia tu. Skang ni dah pandai pulak merengek2 tak nak masuk kelas, cikgu dia ambik dukung pun meraung. Tapi dorang cakap tak sampai 2 minit pun dia nangis. Hehehe

    ReplyDelete
  9. tua kak..xde la..blh tambah lg tu..kasi la baby bradford sorg..heheheh

    ReplyDelete
  10. gelihatilah danish nih...ada ka kwn nangis danishpun nak nangis...rajinnya ummi buat rentetan seharian tentang danish dlm seminggu tu ye...

    ReplyDelete