Saturday, November 30, 2013

Clothing bank

Ni operasi beberapa minggu lepas. Operasi mengasingkan baju-baju yang boleh dipakai untuk musim sejuk dan yang dah tak sesuai/tak muat utk dipakai oleh anak-anak. Baju yang anak-anak dah tak boleh pakai, saya asingkan dua.
1. Mana-mana yang sesuai dipakai di M'sia, saya simpan elok-elok, labelkan dan masukkan dalam kotak siap2.
2. Baju yang tak sesuai dipakai di M'sia saya masukkan dalam plastik utk dimasukkan dalam bank baju yang biasanya diuruskan oleh pihak kebajikan.
Baju2 utk charity
Bank baju utk charity
Walaupun kebanyakan baju saya beli dari carboot atau ebay, tapi baju2 tu nampak masih lagi elok. Kualiti kain baju2 dan jeans kat sini sgt baik. Tanya juga kat abah, "Nak jual semula ke kat ebay ke baju2 yg elok lagi tu?". Dia kata, bawa balik aje la. Boleh sedekah kat sedara mara yang memerlukan. Saya cuma ikutkan saja. Terus label dan masuk dalam kotak siap2. Settle!

Lepas operasi tu, makin banyak ruang dalam almari. Tapi rasa macam ada lagi baju yg kena tambah utk anak-anak. Jadi ada alasan utk shopping baju, yer tak? Hihihihi

Friday, November 29, 2013

10 tips untuk membina hubungan yg kukuh dengan anak-anak - Part 1







Nota ummi,
Banyak lagi yang kena belajar untuk jadi ummi pada anak-anak yang makin membesar ni. Sama-sama kita amalkan dalam membesarkan anak-anak :)
Insya Allah, lagi lima tips akan menyusul kemudian.

NuKilaN:
 

Thursday, November 28, 2013

Key chain

Gambar hujung minggu yg lepas lepas. Dapat jemputan house warning kat rumah Ninie yang baru pindah ke Bradford. Terima kasih Ninie sediakan aktiviti design key chain ni utk budak-budak. Bukan main happy lagi mereka dapat buat key chain sendiri. Siap simpan elok2 lagi :)

Gambar sekitar housewarming takde (arghh, menyesal lagi... dah dapat makan sedap2, terus lupa kamera). Ni pun sempat snap hasil budak2 bila dah balik rumah :)

Mula2 kita tgk hasil tangan Irfan dulu....
Irfan dgn muka notty... cuba tiru muka kat key chain yg dia buat tu...
The other side of Irfan's key chain
Gambar close up...
Ni pula hasil kreativiti Aisyah..
Siap ada nama Aisyah
Aisyah punya juga
Akhir sekali kita tgk hasil tangan Danish...
Trade mark baru bila bergambar - nganga mulut..
Close up Key chain Danish :)

Wednesday, November 27, 2013

WW ::: Goodbye Autumn....






Gambar dua minggu lepas... 
Agaknya skrang ni semua pokok2 tu dah botak....

NuKilaN:
 

Tuesday, November 26, 2013

Kenwood kMix atau KitchenAid Classic

Sekarang ni sale sana sini sempena Krismas. So selalu juga la duk usha harga barang2 idaman. Salah satu barang impian dalam senarai yang masih duk survey adalah stand mixer.

Saya dah lama berkenan dengan KitchenAid Artisan.

Tapi harga boleh tahan mahal. Bila duk baca review, ramai juga yang kata KitchenAid Classic pun dah ok sangat.

Selain dari harga yang jauh lebih rendah, KitchenAid Classic juga mempunyai fungsi yang lebih kurang sama dgn KitchenAid Artisan. Cuma kekurangan dari segi pilihan warna and bowl size. KitchenAid Classic cuma ada yang warna putih macam gambar kat atas tu jer. Kalau KitchenAid Artisan, pelbagai pilihan warna yang comel2 kita boleh pilih. Dari segi bowl size, Kitchen Aid Classic kecil sikit (4 liter) berbanding KitchenAid Artisan 4.8 liter. Tapi kalau utk kegunaan rumah yang cuma bakar sebiji kek jer sekali masak, saiz tu tak berapa penting sgt. Memang saya prefer yg saiz kecil jer.

Jadi bila compare antara dua tu, saya rasa beli KitchenAid Classic pun dah ok, boleh jimat banyak. Duit lebih tu boleh spend utk benda lain lagi, kan? Tapi tiba2 dalam dilema bila kMix Kenwood pun ada sale jugak.

Harga lagi murah dari KitchenAid Classic tu. Kalau dulu, tak pandang kMix ni sebab a little bit bulky, tapi bila harga yg murah lagu tu, siapa yang tak rambang mata. ^__^

KitchenAid Classic atau kMix Kenwood? Adoi, susahnya nak buat pilihan. Mommies yang biasa guna standmixer jenis ni, boleh kongsi pengalaman tak?

NuKilaN:
 

Jom derma hasil Nuffnang

Bila buka Nuffnang, ternampak ikon terapung ni...


Tanpa buang masa saya terus klik ikon tu.
Owh, boleh menderma untuk mangsa ribut di Filipina. Boleh pilih utk sumbangkan RM5, RM 10, RM25 atau RM50.

Boleh la derma sikit hasil nuffnang yang ada. Lagipun masih lagi terfikir, apa nak buat dgn duit nuffnang yang ada ni. Jom kawan2, kita sumbang sikit sorang :)

NuKilaN:
 

Monday, November 25, 2013

Pooh pakai pamper..

Nak tergelak tgk kreativiti anak dara ni. Kebetulan hari Sabtu lepas, ada dua orang kawan dia yang datang rumah - Aufa dan Akif. Mereka main pretend pretend (kalau kita panggil main olok-olok). Kakak jadi mak, yang kawan dia dua orang tu jadi anak. Mungkin Pooh ni pun mereka jadikan baby sebab tu kena pakai pamper :)
Pandangan depan
Pandangan belakang
Hari ni juga dapat surat dari nursery yang pendaftaran untuk masuk ke primary school dah dibuka. Bulan Sept 2014 Danish dah masuk kelas Reception. Boleh isi online atau boleh minta borang dari pejabat sekolah. Lepas ni kena terus isi online takut lupa...

Sunday, November 24, 2013

Menu semalam

Kelmarin sempat masak nasi lemak dan kononnya cheese cake meleleh.
Nasi lemak
Chesse cake meleleh
Banyak juga blog yang cakap cheesecake meleleh ni sedap. Tu yang tak sabar nak tunggu hujung minggu cuba resepi ni. Kasi close up sikit gambar cheese cake meleleh tu...
Topped with full of cheese... nyum nyum!
Biasa kalau first time resepi yang saya cuba saya akan ikut step by step secara terperinci. Tapi semalam kononnya dah boleh agak utk topping tu budget dah gaya chef la tu, jadi saya main letak jer mcm2 jenis cheese dan guna double cream instead of whipping cream. Hasilnya, cheese cake tu langsung tak meleleh-leleh. My friends kata, mungkin sbb cuaca sejuk, sebab tu cheese cake tu meleleh. Rasa dah consider ok, tapi tu la... kurang meleleh. Jadi kali ni tak dapat tempek lagi resepi cheese cake meleleh tu. Kena cuba lagi sekali sampai puas hati baru boleh tempek resepi kat blog :)

Saturday, November 23, 2013

Danish dah sihat

Alhamdulillah, dah dua hari Danish dapat pergi sekolah. Terlintas untuk update bila Wir tanya khabar dalam entry ni. Terharu pula rasa bila ada rakan blogger yang mengambil berat ni. Terima kasih pada semua yang doakan kesihatan dan dan beri petua untuk melegakan sakit perut.

Bukan main happy nak pergi sekolah
Masa pergi sekolah kelmarin, Danish bawa balik kad. Belum sempat balik, Danish dah cakap dalam telefon dia buat kad kat sekolah. Bukan main eksaited lagi nak beritahu ummi. Ummi kalau hari Khamis dan Jumaat adalah hari yang paling bz setiap minggu. Hari Jumaat kena buat report mingguan dan jumpa dgn penyelia. Lepas jumpa penyelia baru la rasa lega dan boleh la update blog sambil melawat blog kawan2 :)

Sekarang pukul 4 pm dah pun gelap sbb dah maghrib. Jadi kalau saya balik pukul 5 memang dah gelap gelita. Nasib baik ada free safety bus yang terus hantar terus depan pintu rumah. Lepas solat dan makan malam, sambung buat kerja lagi. Kadang2 rasa kesian dgn anak-anak. Tapi Alhamdulilah, mereka sangat memahami. Bila saya kata lepas makan, jangan kacau ummi buat kerja. Semua kena masuk dalam bilik. Semua dengar kata. Tiga2 layan cerita Harry Potter. Kebetulan semester ni Aisyah belajar tentang movie tu dalam kelas. Tu yang beli terus set DVD utk budak2. 

Dalam pukul 9, Aisyah dah tidur dan Irfan masuk dalam bilik saya study utk simpan DVD. Tapi sempat juga saya layan dia bercerita. Sedih katanya tgk episod tu. Lepas sembang, dia tanya... "Ummi dah solat Isyak?". Saya jawab belum. Jom ummi, kita solat sama-sama... kata Irfan. Ok la, Irfan pergi ambil air semayang dulu. Lepas tu kami pun berjemaah sama-sama. 

Lepas solat, Danish ajak saya tidur. Saya kata, "Tak boleh la. Kerja ummi tak siap lagi." Tapi adik nak tidur dgn ummi, kata Danish. Kesian tgk muka Danish, saya tidur sebelah Danish sekejap. Terus Danish baca doa tidur. Doa tidur satu-satunya doa yang Danish dapat sebut dgn baik dan lancar. Kalau doa makan tu, tak berapa jelas lagi sebutannya.

Lepas beberapa minit temankan Danish, saya minta kebenaran Danish utk sambung buat kerja. Danish mengiayakan dalam pandangan sayu dan cakap, "Ok, tapi jangan buat kerja lama-lama. Kesian adik." Aduss, sempat lagi nak berdrama Danish ni.

Disebabkan kakak tidur awal, jadi dia pun bangun awal. Bangun jer tidur, dia tanya.. "Ummi tak tidur ke semalam?". Mesti pelik dia tgk saya tak berganjak dari kerusi. Ummi tidur la, tapi tak lama.. saya jawab. Aisyah kata, Ooooooo.. dan lepas tu dia pun mula bercerita tentang mimpi dia masa tidur. Dia jumpa santa claus dan santa claus beri hadiah kat dia setiap hari. Tapi kakak kata, dia tak tahu kenapa dalam mimpi tu dia tak buka pun hadiah tu. Dan panjang lagi la kisah mimpi dia tu.

Hari ni juga kakak dapat gelaran Learning Superstar lagi. Ingatkan sempat la tgk kakak naik stage, tapi banyak lagi kerja kena buat masa tu. Memang tak sempat nak curi masa pergi. Terkilan  juga rasa. Nasib baik abah pergi sebagai wakil. 

Oh dah melalut panjang. Nak cerita pasal kad Danish jer, tercerita mcm2 pulak :)
Muka depan
Bahagian dalam
Katanya Danish lukis orang. Jadi la kan, imaginasi budak umur 3 tahun. Tempek kat blog sebagai kenangan :)

Nota ummi,
Pandai anak-anak cari ruang utk meluangkan masa bersama ummi. Ummi pula yang rasa bersalah :(

Friday, November 22, 2013

Salam Jumaat


Renungan pagi Jumaat...
Alhamdulillah, terima kasih Allah atas nikmat-Mu yang tidak terhingga...


NuKilaN:
 

Thursday, November 21, 2013

Bowling time!

Lepas menonton movie, ternampak bangunan ni, "Hollywood bowl". Apa lagi, abah pun suggest nak bawa anak2 main kat sini pula. Saya cuma ikut arahan jer. Memang seumur hidup belum pernah pegang bola bowling (gelak la kalau nak gelak guling guling pun... hahahhaha)...
Main entrance
Selain anak-anak, saya pun kira first timer jugak la. Jom layan gambar anak2 main bowling...
Danish sedang pilih bola yg sesuai
Sempat lagi Irfan senyum tgk saya nak snap gambar... Aisyah pula sedang main bowling dgn abah...
Irfan yg sempat posing
Anak dara pula posing
Ni dia yang suruh saya snap gambar
Kami ambil 4 game, tapi kami tak de lawan sama sendiri. Main suka-suka jer. Nak setup papan markah pun tak pandai. Nasib baik ada orang tunjukkan cara nak pasang pagar bila tgk kami ni asyik masuk longkang jer awal-awal game tu. Hahaha, gelak la guling2 lagi sekali :)

Tapi kan, ada la juga beberapa kali dapat strike. Irfan pun bukan main happy lagi bila dapat strike tu. Ok la, pengalaman pertama main bowling dgn anak-anak :)

NuKilaN:
 

Wednesday, November 20, 2013

WW ::: Rocket


Roket kertas
Hasil inovasi Irfan. 
Guna straw utk terbangkan roket tu.

Tuesday, November 19, 2013

Autumn and sleet

Sekarang masih lagi musim luruh. Banyak lagi daun yang tunggu masa untuk gugur.
Pemain bola saya sedang posing berlatar belakang autumn leaves
Tapi, musim luruh tahun ni sangat sejuk. Ni printscreen  weather forecast yang saya buat semalam bagi minggu ni..
Ramalan cuaca minggu ni

Eh, esok turun sleet? Biar betul.... belum lagi masuk winter tapi dah ada sleet. Agak2, ada tak yg tanya apa itu sleet? Kalau orang tak tanya pun, saya nak beritahu juga. Sleet tu hujan yang bercampur dgn salji. Jadi hujan salji yang manja2 jer. Biasanya boleh nampak hujan salji, tapi tak melekat di tanah sebab sleet tu terus cair.

Patutlah sebelah pagi skrang ni sangat sejuk. Air embun pun dah bertukar jadi ais.
Rumput putih berais di waktu pagi
Pergi hantar anak-anak ke sekolah pagi ni pun rasa sejuk yang lain macam. Menyucuk-nyucuk hingga ke tulang hitam. Aisyah menggigil gigil luar kelas sementara tunggu kelas buka. Padahal dah pakai tiga lapis baju dan winter coat. Di sekitar kawasan sekolah juga dah ditabur dengan garam utk mencairkan ais. Tu pun masih ada pelajar yang jatuh akibat licin permukaan yang berais. Balik rumah dan buka muka buku, ada kawan kat Aberdeen update yang kat sana dah snow pun hari ni.

Nota ummi,
Awal tahun hari tu, snow di musim bunga. Akhir tahun pula, snow di musim luruh.

NuKilaN: