Saturday, November 30, 2013

Clothing bank

Ni operasi beberapa minggu lepas. Operasi mengasingkan baju-baju yang boleh dipakai untuk musim sejuk dan yang dah tak sesuai/tak muat utk dipakai oleh anak-anak. Baju yang anak-anak dah tak boleh pakai, saya asingkan dua.
1. Mana-mana yang sesuai dipakai di M'sia, saya simpan elok-elok, labelkan dan masukkan dalam kotak siap2.
2. Baju yang tak sesuai dipakai di M'sia saya masukkan dalam plastik utk dimasukkan dalam bank baju yang biasanya diuruskan oleh pihak kebajikan.
Baju2 utk charity
Bank baju utk charity
Walaupun kebanyakan baju saya beli dari carboot atau ebay, tapi baju2 tu nampak masih lagi elok. Kualiti kain baju2 dan jeans kat sini sgt baik. Tanya juga kat abah, "Nak jual semula ke kat ebay ke baju2 yg elok lagi tu?". Dia kata, bawa balik aje la. Boleh sedekah kat sedara mara yang memerlukan. Saya cuma ikutkan saja. Terus label dan masuk dalam kotak siap2. Settle!

Lepas operasi tu, makin banyak ruang dalam almari. Tapi rasa macam ada lagi baju yg kena tambah utk anak-anak. Jadi ada alasan utk shopping baju, yer tak? Hihihihi

21 comments:

  1. Ada bank utk bju plak ya..membeli belah tu mmg setonok..rasa nk ddk dlm pasaraya tu je.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang nak sedekahkan baju2 kat sini… byk bank2 baju yg disediakan oleh pelbagai badan kebajikan…
      Hahaha, klau boleh nak berkampung terus dalam supermarket…. ekekkeke

      Delete
  2. Saya so far belum sempat masukkan baju ke dalam bank2 ni lagi sebab baju2 JJ setakat ni kami perturunkan kat cousin dia, and ada lagi ni some yg still elok I simpan jer dulu Insya Allah adik dia boleh pakai nnt (walau dah ketinggalan pesen) hehehe. Apa lagi, time for shoppingggg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok la kalau ada org yg boleh pass baju2 JJ… but mostly yang saya letak dlm bank tu uniform anak2… ala, baby bukan tahu pesen apa pun, janji selesa :)
      skrang mmg dalam mood shopping… sale sana sini… pening ambo...

      Delete
  3. ohhh bagus nya ye Nur..siap ada bank baju..hehe... senang nak sedekah baju2.. msti byk lg yg elok...:)
    sesekali pegi shopping baju erm! mmg seronok..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la senang… ada juga orang yang uruskan baju2 yg masih boleh dipakai…
      kat sini bukan sesekali… tapi sokmo… hihihi

      Delete
  4. Bagus ye Nur ada bank baju tu senang nak disedekahkan, betul juga kata en hubby tu sedekah pada saudara mara lagi elokkan Nur ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, boleh juga orang M'sia merasa pakaian branded walaupun third hand…. hihihi

      Delete
  5. Mesti budak 3 beradik ni jenis pandai jaga baju.. patutla elok lagi bajunya.. kalau baju naim nazif ni saya rasa beberapa yang lasak betul je ok.. yang lain mmg terasa taj layak nak bg orang kalau diorang dah tak muat pakai lagi oun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kata pandai sgt jaga tak jugak… mungkin sbb pakaian kat sini ikut musim, lepas tu budak2 pula cepat besar… tu nampak tak terjejas pun :)
      Sama la, kalau yg dah tak elok tu… buat kain lap jer… hihihi

      Delete
  6. bebudak yg tgh membesar ni mmg cepat je baju tak muat.. tu yg asyik shopping kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, masih nampak baruu tapi dah tak padan… nasib baik baju kat sini murah2 :)

      Delete
  7. Bestnya ada bank baju kat sana kalaulah di malaysia ni ada buat mcm tu diseluruh negara tentu tk berlaku pembaziran.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ada juga NGO yang buat kutipan baju terpakai ni… tak tak berapa meluas ke semua tempat… tu yg kadang2 kita tak tahu… kalau kat sini, senang…. kat mana2 boleh jumpa clothing bank ni...

      Delete
  8. bagusnya ada clothing bank...ni dh kemas2 baju lama pstu end up simpan dlm kotak, ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, baik sedeah pada yg memerlukan… thanks ryyhan singgah sini :)

      Delete
  9. Eh rasa mcm dah baca dan komen....
    Bila nak baliknya Bijen? Betul gak...bwk balik mereka yg memerlukan sure suka....tapi tulah...banyak tax le nanti hehe

    ReplyDelete
  10. kat mesia ni susah betul nak cari clothing bank ni... saya tahu mmg ada... cuma mmg susah nak jumpa... dekat kuantan dulu ada satu... kat melaka ni saya tak jumpa lagi... huhuhu sudahnya packing2 simpan je kat atas tu... huhu

    ReplyDelete
  11. Bijaknya cari jalan nak shopping-mopping, kan! Tapi takpa kita shopping pun demi keperluan anak-anak. My sons pun mana baju yang tak muat, simpan siap-siap dalam kotak. Kalau agak-agak dah expire takda siapa pun yang sesuai diberikan di kalangan ahli keluarga, saya bungkus terus sedekah aje kat orang. Luasssslah sikit almarinya...luassslahhhh sikit pemandangan Mommynya kat shopping mall :D

    ReplyDelete