Ni operasi beberapa minggu lepas. Operasi mengasingkan baju-baju yang boleh dipakai untuk musim sejuk dan yang dah tak sesuai/tak muat utk dipakai oleh anak-anak. Baju yang anak-anak dah tak boleh pakai, saya asingkan dua.
1. Mana-mana yang sesuai dipakai di M'sia, saya simpan elok-elok, labelkan dan masukkan dalam kotak siap2.
2. Baju yang tak sesuai dipakai di M'sia saya masukkan dalam plastik utk dimasukkan dalam bank baju yang biasanya diuruskan oleh pihak kebajikan.
|
Baju2 utk charity |
|
Bank baju utk charity |
Walaupun kebanyakan baju saya beli dari carboot atau ebay, tapi baju2 tu nampak masih lagi elok. Kualiti kain baju2 dan jeans kat sini sgt baik. Tanya juga kat abah, "Nak jual semula ke kat ebay ke baju2 yg elok lagi tu?". Dia kata, bawa balik aje la. Boleh sedekah kat sedara mara yang memerlukan. Saya cuma ikutkan saja. Terus label dan masuk dalam kotak siap2. Settle!
Lepas operasi tu, makin banyak ruang dalam almari. Tapi rasa macam ada lagi baju yg kena tambah utk anak-anak. Jadi ada alasan utk shopping baju, yer tak? Hihihihi
Ada bank utk bju plak ya..membeli belah tu mmg setonok..rasa nk ddk dlm pasaraya tu je.hehe
ReplyDeleteSenang nak sedekahkan baju2 kat sini… byk bank2 baju yg disediakan oleh pelbagai badan kebajikan…
DeleteHahaha, klau boleh nak berkampung terus dalam supermarket…. ekekkeke
Saya so far belum sempat masukkan baju ke dalam bank2 ni lagi sebab baju2 JJ setakat ni kami perturunkan kat cousin dia, and ada lagi ni some yg still elok I simpan jer dulu Insya Allah adik dia boleh pakai nnt (walau dah ketinggalan pesen) hehehe. Apa lagi, time for shoppingggg.
ReplyDeleteOk la kalau ada org yg boleh pass baju2 JJ… but mostly yang saya letak dlm bank tu uniform anak2… ala, baby bukan tahu pesen apa pun, janji selesa :)
Deleteskrang mmg dalam mood shopping… sale sana sini… pening ambo...
shopping jgn tak shopping..
ReplyDeletejom jom… ramai2 baru best :)
Deleteohhh bagus nya ye Nur..siap ada bank baju..hehe... senang nak sedekah baju2.. msti byk lg yg elok...:)
ReplyDeletesesekali pegi shopping baju erm! mmg seronok..hehe
Tu la senang… ada juga orang yang uruskan baju2 yg masih boleh dipakai…
Deletekat sini bukan sesekali… tapi sokmo… hihihi
Bagus ye Nur ada bank baju tu senang nak disedekahkan, betul juga kata en hubby tu sedekah pada saudara mara lagi elokkan Nur ;)
ReplyDeleteTu la, boleh juga orang M'sia merasa pakaian branded walaupun third hand…. hihihi
DeleteMesti budak 3 beradik ni jenis pandai jaga baju.. patutla elok lagi bajunya.. kalau baju naim nazif ni saya rasa beberapa yang lasak betul je ok.. yang lain mmg terasa taj layak nak bg orang kalau diorang dah tak muat pakai lagi oun..
ReplyDeleteNak kata pandai sgt jaga tak jugak… mungkin sbb pakaian kat sini ikut musim, lepas tu budak2 pula cepat besar… tu nampak tak terjejas pun :)
DeleteSama la, kalau yg dah tak elok tu… buat kain lap jer… hihihi
bebudak yg tgh membesar ni mmg cepat je baju tak muat.. tu yg asyik shopping kan..
ReplyDeleteTu la, masih nampak baruu tapi dah tak padan… nasib baik baju kat sini murah2 :)
DeleteBestnya ada bank baju kat sana kalaulah di malaysia ni ada buat mcm tu diseluruh negara tentu tk berlaku pembaziran.....
ReplyDeleteRasanya ada juga NGO yang buat kutipan baju terpakai ni… tak tak berapa meluas ke semua tempat… tu yg kadang2 kita tak tahu… kalau kat sini, senang…. kat mana2 boleh jumpa clothing bank ni...
Deletebagusnya ada clothing bank...ni dh kemas2 baju lama pstu end up simpan dlm kotak, ..
ReplyDeletetu la, baik sedeah pada yg memerlukan… thanks ryyhan singgah sini :)
DeleteEh rasa mcm dah baca dan komen....
ReplyDeleteBila nak baliknya Bijen? Betul gak...bwk balik mereka yg memerlukan sure suka....tapi tulah...banyak tax le nanti hehe
kat mesia ni susah betul nak cari clothing bank ni... saya tahu mmg ada... cuma mmg susah nak jumpa... dekat kuantan dulu ada satu... kat melaka ni saya tak jumpa lagi... huhuhu sudahnya packing2 simpan je kat atas tu... huhu
ReplyDeleteBijaknya cari jalan nak shopping-mopping, kan! Tapi takpa kita shopping pun demi keperluan anak-anak. My sons pun mana baju yang tak muat, simpan siap-siap dalam kotak. Kalau agak-agak dah expire takda siapa pun yang sesuai diberikan di kalangan ahli keluarga, saya bungkus terus sedekah aje kat orang. Luasssslah sikit almarinya...luassslahhhh sikit pemandangan Mommynya kat shopping mall :D
ReplyDelete