Tuesday, June 29, 2010

menyusu di tempat awam

Apa pendapat mommies tentang topik ni? Erm, bagi saya memang tak ada masalah. Buat apa nak malu, kan? Kita bukan buat benda salah. Malah kita patut rasa bangga sebab anak kita dapat susu yang terbaik untuk membesar. Tapi, mentaliti masyarakat sekeliling memang susah nak ubah. Bila menyusu di khalayak ramai, macam buat kesalahan besar pulak. Semacam jer tengok kat kita.

Tapi, sekarang ni macam macam baju untuk ibu menyusu dijual di pasaran. Takde la rasa kekok sangat nak menyusu walaupun sambil shopping. Setakat ni saya cuma ada dua helai baju menyusu. Dua dua saya order dari Mom's Little One.

Saya order dua helai
Satu warna pink dan satu warna purple

Baju pink ni mmg best pakai

Tp, yang purple ni lg best!

Yg pasti, mmg dua dua sgt best :)

Bila pakai baju menyusu dan kita sedang menyusu, memang orang takkan perasan walaupun sedang shopping. Biasanya, bila danish sedang merengek nak susu masa tgh shopping, mesti kena cari tempat yg sesuai utk menyusu. Tapi bila dah ada baju menyusu, saya cari rak yg tersembunyi sikit dan terus sumbat B pada danish. Lepas tu danish terus tidur dan saya pun boleh sambung shopping dengan gembiranya :). Sekarang ni sedang usha nak cari baju kurung utk menyusu pulak. Baju kurung tak berani nak order online takut nanti saiz tak muat. Kalau T-shirt takde masalah sbb saiz adalah standard.

Baby Cute Contest

First time join contest.


Siapa nak join boleh boleh klik kat sini.



Nama: Ahmad Danish
Berat Lahir: 2.70 kg
Tempat Lahir: Kota Bharu Medical Centre
Tarikh Lahir: 20 Februari 2010
Berat sekarang: 6.7 kg
Brand susu diminum: Susu ibu
Brand diapers dipakai: Coolababy, Sunny Minky

Thursday, June 24, 2010

stok susu saya

Bila merayau ke blog blog ibu yang menyusu, ramai ibu yg letak gambar suasana freezer yang meriah dengan stok ebm beku. Memang seronok sgt tengok. Saya punya stok pula mcm mana?
Erm, sebenarnya saya bekalkan danish dengan fresh ebm setiap hari. Kenapa tak buat stok ebm beku? Sebab danish lebih suka direct feeding. Dia tak banyak minum susu bila saya pergi kerja. Lagipun saya akan balik menyusu semasa rehat tengah hari. Kadang-kadang rasa bertuah juga ada rumah dekat dengan tempat kerja. Senang nak ulang alik ke tempat kerja bagi menyusukan danish.
Ni saja stok susu yang saya ada.


Saya isikan 2-2.5 oz susu utk setiap botol bagi sekali sesi menyusu. Biasanya dalam sehari, danish perlukan dalam 3-6 botol sahaja. Kalau danish tak banyak tidur atau saya tak sempat balik masa tengah hari, baru danish minum ebm sampai 6 botol. Tapi biasanya danish cuma perlukan 3-4 botol sahaja.

Sebenarnya saya duk usha nak beli fridge baru yang ada dua pintu. Dah dapat lampu hijau pun dari en suami. Tp skrang ni pun dah mula buat stok ebm sikit2 utk bulan puasa. Takut nanti susu merudum masa bulan puasa, sekurang kurangnya ada jugak back up :)


Wednesday, June 23, 2010

minum air barli

Air barli adalah kegemaran saya sekeluarga. Bila masak jer air barli, mesti anak-anak pun tak sabar nak minum. Yang bestnya, ia juga boleh bertindak sebagai penambah susu. So, sejak akhir akhir ni memang rasa tak lengkap jika tak minum air barli. Lagi satu yang saya perasan, susu yang dipam nampak lebih pekat jika selalu minum air barli dan danish pun cepat kenyang bila menyusu. Tak susah pun nak masak air barli ni. Jom kita tengok cara saya masak air barli.

Saya guna barli dalam tin jenama brand.


Macam ni la bentuk barli belum masak. So, saya masak dalam 4 hingga 5 sudu besar.



Kemudian biji barli dibasuh dan ditoskan.


Lepas tu isi air dalam slow cooker. Kalau nak cepat guna air panas. Masukkan barli yang telah ditoskan dalam slow cooker.


Kemudian, tutup tudung slow cooker.


Biarkan masak dalam 2 hingga 3 jam. Kemudian tambahkan gula secukup rasa (gambar barli yang dah dimasak lupa nak snap). Maaf yer!

Tuesday, June 22, 2010

hadiah dari anmum

Kelmarin saya dapat call dari kurier SkyNet. Dalam hati saya duk fikir, ada lagi ke barang yang order online tak sampai. Rasa macam semua barang yang saya order dah sampai. Bila tanya orang SkyNet tu, rupa-rupanya nak hantar barang dari Anmum. Ooo, baru teringat yang saya ada redeem barang dari Anmum. Disebabkan saya ada kat opis, so suruh org SkyNet tu hantar kat opis jer senang. Kebetulan dia pun ada barang opis yang nak dihantar.

Saya redeem tuala dengan menukarkan tiga pencedok susu anmum. Dalam dua bulan jer saya minum susu anmum ni. Lepas tu dah tak boleh minum. tak tahu pulak kenapa. Kalau minum jugak, asyik nak ulang alik toilet jer. Bukan setakat susu anmum, minum susu brand lain pun macam tu jugak. Ni dia tuala yang saya dapat bersama dengan surat.
Rezeki danish dapat tuala percuma :)

Monday, June 21, 2010

peria oh peria

Selain daripada lobak putih dan air barli, peria juga amat serasi utk saya bagi menambahkan SI. Saya mula sedar benda ni masa balik kampung beberapa minggu lepas. Masa makan malam, ada kerabu peria... pergh, mmg sedap sangat kerabu peria yang mak sedara buat. Saya tak de la makan banyak sangat, rasa dalam beberapa keping jer. Tapi, kesannya dapat saya rasai selepas beberapa jam. Kalau tak silap, dalam pukul 3 pagi, dah tak boleh tidur sebab rasa B bengkak. So, saya pun bangun untuk pam susu. Masa duk mengepam tu, sambil berfikir.. apa la makanan yang saya makan sampai cepat sangat B bengkak padahal danish bangun menyusu macam biasa. Masa tu la teringat, ni mesti kes makan kerabu peria. Then bila gugle kat internet, mmg sah bahawa peria juga merupakan agen penambah susu.

Semalam saya ada beli beberapa batang peria. Nak buat kerabu macam mak sedara tak pandai. So gugle la skit kat internet utk cari resepi. Jumpa la resepi sambal peria yang agak senang untuk disediakan dari sini. Saya tempek resepinya kat sini untuk rujukan pada masa akan datang.

Resepi sambal peria

Bahan Utama:-


• 1 biji peria kambas

• 1/3 cawan isi udang

• 1 camca besar sos tiram

• 1/2 cawan air

Bahan Tumbuk Lumat:-

• 1 biji bawang besar

• 1 biji lada merah

• 2 ulas bawang putih

• 1/2 camca teh garam kasar

Cara membuatnya:-

• Belah peria dan buang biji. Potong serong setiap belahan dan rendam dalam air bersama 1 camca besar garam selama 15 – 20 minit. Kemudian toskan. Tujuan untuk mengurangkan rasa pahit.

• Dalam kuali, panaskan 2 camca besar minyak. Tumis bahan2 tumbuk halus hingga wangi, masukkan sos tiram dan udang, kacau dan tuang air.

• Bila mendidih, masukkan peria tadi dan gaul hingga rata. Kecilkan api dan masak untuk 2 – 3 minit hingga peria lembut. Rasa garamnya dan jika kurang boleh ditambah sedikit lagi.

Sunday, June 20, 2010

lobak putih

Al kisahnya, dua tiga hari lepas, bahagian muka dan tangan danish ada merah merah dan macam gatal. Dia pun asyik duk genyeh jer bahagian mata sampai mata kanan jadi sepet sebelah. So pergi la minta nasihat dari yg pakar. Disebabkan danish menyusu badan sepenuhnya, so saya juga kena elakkan makan benda yang boleh menyebabkan gatal seperti telur, ikan, ayam, makanan laut. Tp yang paling penting, langsung tak boleh makan telur. Dah la telur tu makanan peberet saya sbb senang nak masak :)

Jadi pening juga la duk fikir nak masak menu apa hujung minggu lepas. Bila buka fridge, nampak ada sikit lagi lobak putih. Ermm, boleh la buat sup lobak putih. So, utk lunch dan dinner semalam dan kelmarin (dua hari berturut-turut), menu saya cuma nasi putih dan sup lobak putih berserta air barli.

Hari ni masa mengepam di pejabat, memang agak terkejut. Dapat susu dalam 8oz. Sejak akhir akhir ni memang susah nak dapat susu semewah ini. Minggu lepas, nak dapat 6oz pun susah sebab semasa balik kampung selama 4 hari, saya mengilat untuk mengepam (macam mana la nak jadi umi yang berdisiplin mengepam ni??). Alasannya - sibuk dengan majlis perkahwinan adik sampai tak sempat mengepam susu.  Boleh terima tak? Walau apa pun, bersyukur sangat sebab susu dah kembali meriah. Boleh la mula buat stok utk bulan puasa.

Sekarang, gatal gatal kat muka danish pun dah hilang dan susu juga semakin bertambah. Lalala..... seronoknya rasa :). Memang ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku.

danish 4 bulan

Pejam celik, pejam celik... hari ni danish dah masuk 4 bulan. Sekejap jer masa berlalu. Yang lagi gembira, saya berjaya menyusukan danish secara eksklusif dengan jayanya (danish minum SI semata-mata, tanpa FM dan tanpa air masak). Alhamdulillah, syukur kepada Yang Maha Esa! Tahniah juga pada diri sendiri dan en suami yang sentiasa membantu :).

Danish pun dah pandai banyak perkara. Antaranya

  • tengok cermin. Bukan main lagi gelak bila boleh tgk diri sendiri kat dalam cermin. Tapi kenapa ek, org tua kata jangan kasi bayi tengok cermin? Nanti mengigau malam-malam!

  • dah pandai mencapai dan memegang barang.

  • memang suka bercerita dalam bahasa baby. Paling suka bersembang dengan abang long. Memang abg long suka layan danish bersembang

  • dah pandai manja-manja. Kalu balik kerja , buat tak layan jer kat danish, memang dia terus meraung, uwaaa!
Itu saja untuk entry hari ini. Another two months to go, semoga berjaya! Insya Allah...

Thursday, June 17, 2010

spectra 3

Walaupun dah 3 bulan saya menggunakan s3, tp rasanya saya belum lagi mahir menggunakannya sampai ke hari ni. Tambah tambah lagi bila buat double pumping... huhuhu, asyik kena betulkan je sepanjang tempoh mengepam. Siapa la yg boleh beri tunjuk ajar, mcm mana kaedah yg betul. Atau, ada tak sebarang sumber yg saya boleh rujuk? Mungkin sbb dah terbiasa dengan pam manual, sampai kekadang tu terfikir juga untuk order lagi satu pam manual. Tp mana lagi best, Avent manual atau Medela Harmony?? Harap ada mommies yang sudi beri pandangan.

Menggunakan s3 memang ada pros and cons nya. Bagi ibu yang sedang meng'usha' untuk beli pam ni, kena fikir kita punya keperluan dan kemudahan yang ada di tempat kerja. Dari pengalaman saya yang tak seberapa ini, kebaikan menggunakan s3 ialah

  • boleh relaks sambil mengepam. Kalau guna single pumping, boleh pam sambil surf internet. Kalau guna double pumping, boleh mengepam sambil tengok tv :) 

  • boleh jimatkan masa disebabkan s3 ada function double pumping

  • mudah dicuci sbb spare partnya mudah ditanggal dan dipasang. Lagipun s3 takde banyak sgt aksesori.
Manakala kelemahan menggunakan s3
  • pam yg besar, jadi agak memakan ruang. Jadi kena sediakan beg khas utk mengusungnya ke sana ke mari.
  • kena guna letrik, jadi tak boleh guna bila tiada power supply. Sbg contoh, tak boleh mngepam dalam kereta
Kalau dibincangkan dari segi hasil, bagi saya tidak la banyak sangat perbezaan hasil yang dapat menggunakan pam manual atau pam letrik. So, tepuk dada tanya selera... pam mana yang memenuhi keperluan anda.

Wednesday, June 16, 2010

shopping online

Dalam entry lepas, saya ada cerita pasal buku yang dibeli secara online. Bermula dari situ, rasa seronok pula dapat shopping secara online. Cuma perlu klik jer pada barang yang kita berkenan, isi borang yang perlu, buat bayaran dan dalam masa beberapa hari, barang pun sampai. Rasa seronok sgt bila dapat bungkusan yang dipesan :). Dah la masa tu saya masih lagi dalam pantang. Nasib baik ada teknologi yang boleh digunakan utk shopping barang yang diperlukan.

Lepas baca buku tu, mmg rasa tak sabar nak ada pam. So, saya mula survey kedai kedai online yang jual spectra 3 (s3). Setiap kedai saya listkan harga dan aksesori yang ditawarkan. Mula - mula saya bercadang untuk beli s3 sahaja tanpa pakej double pumping. Kebanyakan kedai menawarkan single pump s3 dengan harga RM388 tak termasuk kos penghantaran. Utk double pumping, kena tambah lagi RM70. Setelah dibuat perbandingan antara kedai kedai online yang ada, kebetulan fabulousmom ada buat promotion. Harga single pam RM329.80 dan boleh buat purchase with purchase (PWP) utk dapat double pump dengan harga RM30. Bila kira sekali dgn kos penghantaran, semua sekali RM366.70. Tanpa membuang masa, saya terus buat pesanan berserta dengan bayaran.

Selang beberapa hari, barang yang dipesan dari fabulousmom pun sampai. Terus buka bungkusan, baca manual dan basuh aksesori yang perlu dibasuh. So far, ok la pam s3 ni sbb dia boleh buat double pumping. Walaupun dah tiga bulan s3 ni berkhidmat, kekdg rasa rindu jugak pada pamku yang lama walaupun sekadar pam manual.

kotak spectra3

Monday, June 14, 2010

two contests in a week

Minggu lepas, secara tak sengaja danish dah join dua contest. Contest pertama ialah Pertandingan Bayi Sihat yang dianjurkan oleh Pusat Kesihatan tempat saya bekerja sempena Minggu Kesihatan Jantung. Contest ini hanya terbuka untuk anak - anak staf sahaja. Saja jer join contest ni utk beri sokongan kepada pihak penganjur. Tapi, masa pendaftaran mmg agak terkejut sbb ramai juga staf2 yang ambil bahagian. Mmg suasana amat meriah dengan pelbagai ragam dan aksi bayi. Contest terbahagi kepada dua kategori: Kategori 1 (bayi berumur enam bulan ke bawah) dan Kategori 2 (bayi berumur 7 bulan hingga setahun). So, danish masuk dalam kategori 1.

Masa pandaftaran, berat bayi ditimbang dan panjang bayi diukur. Berat danish dah 6.5 kg dan panjang pula 65 cm. Lepas pandaftaran, kena jumpa doktor pula. Semasa jumpa doktor, doktor check keadaan fizikal baby dan kadar denyutan jantung. Alhamdulillah, semua tak de masalah tp saya terlupa bawa kad rekod kesihatan danish. Mesti kena potong markah sbb tak bawa kad. Tp masih ada rezeki danish rupanya. Danish dapat jugak hadiah walaupun saguhati. Ni dia hadiah yg danish dapat...

Dan empunya hadiah bersama hamper yg dimenangi...
Tidur dalam kepenatan...

Contest kedua pula Pertandingan Bayi Comel @ tesco. Bila shopping , minima RM50 dalam satu resit, bleh join contest. Masa mula- mula nak ambil gambar aisyah yang pakai costume princess, tapi aisyah bad mood pulak. Then cameraman tu tgk ada baby. Dia pun suggest ambil gambar baby sbb gambar tak cantik kalau ambil masa bad mood. Dalam hati, bleh ke amik gambar danish ni, pandai ke danish senyum? Rupanya, pandai pulak dia layan si danish sampai gelak besar. Dan hasil yang dapat adalah mcm ni...

Keputusannya tak tahu lagi sbb contest berakhir sehingga 11 Julai 2010.

Sunday, June 13, 2010

belajar dari kesilapan

Yang pasti, setelah disahkan mengandung anak yang ketiga, saya dah pasang niat dari awal untuk menyusukan bayi secara eksklusif. No more FM for first 6 months. Memang selalu berdoa agar niat tersebut dipermudahkan oleh - Nya.

Alhamdulillah, saya melahirkan danish di sebuah hospital swasta yang merupakan Hospital Rakan Bayi. Hospital berlainan saya melahirkan aisyah dan irfan disebabkan doktor yg menyambut irfan dan aisyah telah bertukar ke hospital tersebut. Pengalaman yang saya lalui di hospital tersebut memang cukup berbeza dengan pengalaman yang pernah saya lalui sebelum ini.

Bila danish lahir ke dunia dan siap dibersihkan, saya terus diberi peluang utk menyusu danish. Mmg seronok diberi peluang menyusukan danish dalam tempoh tersebut. Pengalaman yang tak pernah dirasai semasa melahirkan irfan dan aisyah. Walau pun danish belum pandai menyusu dan susu belum keluar, pengalaman tersebut mmg sangat indah dan terlalu manis untuk dikenang.

Disebabkan danish dilahirkan pukul 1 pagi, bayi tidak diletakkan bersama saya di dalam bilik. Pada keesokan hari, saya terus minta bayi dibawa ke bilik selepas siap dimandikan. Tanpa membuang masa, saya terus menyusukan bayi. Kali ini, danish sudah pandai menyusu dan kolestrum susu sudah mula keluar. Memang seronok sangat tengok danish sudah pandai menyusu. Sedang danish menyusu, seorang nurse datang utk memberi sedikit taklimat berkaitan penyusuan susu ibu. Dia mengucapkan tahniah sebab saya telah meyusukan bayi dengan kaedah pemangkuan dan pelekapan yang betul. Banyak juga maklumat yang dikongsikan bersama seperti cara menyimpan EBM, cara mengumpul EBM dan mcm2 lagi berkaitan penyusuan SI. Saya juga diberi satu pamplet sebagai rujukan. Dalam masa yang sama, saya seolah - olah makin teruja utk menyusukan bayi secara eksklusif.

Taklimat yang diberi semasa berada di hospital mmg amat bermakna pada saya. Apabila pulang ke rumah, saya terus mencari maklumat dalam internet. Disebabkan pam yang saya guna sebelum ni sudah agak uzur, saya bercadang utk mendapatkan pam yg baru. Bukan dah x boleh guna, tp ada spare partnya yang perlu ditukar. Spare part nya pulak, dah lupa letak kat mana. Maklum la, beli 4 tahun yang lalu. Mmg sayang jugak pam tu sbb senang nak guna. Pam yang sedia ada jenis manual jer. Walau pun manual, tp boleh beroperasi pada tahap yang optima.

Bila minta pendapat salah sorang kawan, dia cadangkan guna Spectra 3 (s3). Masa first time dengar brand tu mcm jakun jugak la. Dalam hati berbisik, ada jugak pam jenis elektrik rupanya. Sebelum ni saya ingat ada jenis manual dan bateri jer.  Hahaha... kawan saya kata, bukan setakat yang guna elektrik, jenis freestyle pun ada. Saya dah ketinggalan zaman rupanya. Masa godek2 maklumat pasal s3 la, saya jumpa laman web susuibu.com dan terus daftar jadi ahli.

Disebabkan saya susah nak akses internet kat rumah (sbb laptop hubby rosak), saya mintak ehsan mak sedara. Nasib baik dia bermurah hati pinjamkan labtop nya. Masa survey harga s3 kat kedai online, saya cuba order buku Panduan Menyusu bagi ibu yang berkerjaya. Dalam dua hari, buku yang saya order dah sampai.

Buku ini mmg banyak membantu saya mendapatkan maklumat yang diperlukan. Bila ada rujukan dalam bentuk hard copy, lebih senang untuk dirujuk pada bila-bila masa. Saya juga rasa lebih bersedia utk membuat stok EBM apabila kembali bekerja.

Salah satu maklumat berguna yang saya pelajari ialah jika kita hendak melatih bayi meminum EBM, seelok- eloknya biar orang lain yang memberi EBM kepada bayi seperti suami atau pengasuh. Sebab jika bayi sudah terbiasa dengan bau ibu, kemungkinan besar bayi akan menolak EBM yang diberi. Jadi saya pun terfikir, mungkin disebabkan saya sendiri yang memberi EBM kepada irfan, maka irfan sentiasa menolak apabila diberi EBM seperti yang saya ceritakan dalam entry lepas. So, utk perkenalkan EBM pada danish, saya serahkan pada maid. Alhamdulillah, danish tidak menolak EBM dan saya merasa cukup lega sekali kerana part yg sgt digeruni tidak berulang.

Related Posts with Thumbnails