Hari Selasa (18/2/2011) lepas,
saya perasan yg gigi danish nak naik
satu batang sebelah kiri di bhgn bwh
terlintas dalam hati...
"bagus juga si danish ni, langsung tak demam @ meragam bila nak tumbuh gigi"
tup tup, pukul 5.30 pagi hari jumaat
danish duk merengek jer lepas minum susu
biasanya, bila danish xnak tidur lepas menyusu
dia boleh jer buat hal sendiri
pagi tu, lain macam pulak jadinya
bila sentuh dahi danish, terasa sedikit panas
ooo... danish demam rupanya
tapi lupa pula nak check suhu berapa, huhuhu
Hari jumaat tu mmg seharian
asyik nak bergayut jer
nak tinggal sorang2 pun tak boleh
tiba2 terfikir...
biasanya anak2 yg lain, demam dulu baru tumbuh gigi
danish ni pulak, terbalik
tumbuh gigi dulu baru demam
jgn2 ada gigi lain nak tumbuh tak?
so saya check gusi danish
rupa-rupanya lagi sebatang gigi belah atas nak tumbuh
gigi belah atas kan lebih besar berbanding gigi bhgn bawah
gusi jadi merah dan sedikit bengkak
patut la danish tak sedap duduk
bila bagi makan pun, dia nangis
kesian, anak ummi
nasib baik demam tak lama
petang jumaat tu, badan danish dah kembali normal
danish pun dah kembali aktif
sama dengan abg dan kakak
danish ada gigi pertama ketika berusia 11 bulan
NuKilaN: