Sunday, January 31, 2016

Aktiviti hujung minggu

Masa kat UK, hujung minggu biasanya kami suka ke carboot, ke taman atau bawa anak2 shopping.
Balik kat KT, dah susah nak jumpa carboot (walaupun ada kwn yg kata ada juga carboot di KT ni).
Nak shopping, mmg tak lah dengan keadaan ekonomi skrang ni.
Kena jimat selagi boleh.
Nak ke taman, memang susah nak cari taman berdekatan yg best.
Lagipun tak best nak lepak kat taman dengan cuaca yg panas sekarang ni.

Dah namanya duk kat Terengganu, pastilah tepi pantai jadi pilihan untuk lepak di hujung minggu.
Sampai menikmati angin pantai, sambil kunyah kudapan yang dijual.
Habuan kami petang semalam.. kerepok lekor tu memang menu yg wajib...
Basahkan pula tekak dengan coconut shake... Yg milo tu pilihan Danish..
Lepas isi perut. boleh la berkubang dalam pasir pantai...
Dah macam penyu nak bertelur gayanya....
Irfan dan Aisyah bermain di gigi air...
Sekali sekala rasa seriau juga bila tengok ombak yg mengganas....
Nak ajak balik pun, berkali kali panggil baru mereka mengalah.

Nota ummi,
Minggu lepas ombak sangat tinggi disebabkan air pasang besar. Ada juga beberapa rumah di tepi pantai yang musnah ditimpa ombak. Kesian pula penduduk yang menjadi mangsa akibat penambakan laut tanpa kajian yang teliti.

Friday, January 29, 2016

Danish school trip

Kelmarin, Danish dan kawan2 sekelasnya buat lawatan ke Masjid Terapung.
Balik dari sekolah, dgn eksaited dia cerita yg cikgu memilihnya jadi imam. 
Bukan main happy lagi dia bila dpt jadi imam.

Biasanya cikgu2 akan upload gambar aktiviti di sekolah kat Telegram.
Bukan main eksaited lagi dia duk tunggu nak tengok gambar masa trip tu.
Tapi sampai pukul 6 pun belum ada gambar yg di upload. 
Kesian kat Danish, jadi saya tanyakan kat Telegram ada ke tak gambar2 Danish masa school trip tu.
Tak lama lepas tu, dapatlah beberapa keping gambar Danish diupload. 
Bukan main happy lagi dia.










Terharu jer bila tgk gambar Danish jadi imam tu.
Baru jer sekolah sebulan, tapi dia dah berani nak berdiri kat depan dan imamkan solat.
Alhamdulillah, semoga Danish terus jadi anak soleh :)

Wednesday, January 27, 2016

WW ::: Mariam






Sepupu baru mereka...
Baby Mariam ni ada iras muka Aisyah, kan?

NuKilaN:
 

Tuesday, January 19, 2016

Jamuan penghargaan

Kisah kelmarin, hari Ahad pembuka minggu

Buat pertama kalinya, kami menerima jemputan dari seorang bapa bekas pelajar untuk mengadakan jamuan penghargaan.
Masa saya terima email tu, tanpa buang masa saya terus reply email utk hadir ke majlis tersebut.
Kenal atau tidak pelajar berkenaan itu soal yang kedua, yg penting rezeki jangan ditolak :)

Jadi waktu lunch semalam, kami ke tempat yang dijanjikan.
Tak jauh pun, dalam 5 minit dari pejabat.
Masuk jer ke restoren, perut mula merasa lapar tengok lauk2 yang dihidangkan.
Majlis dimulakan dengan ucapan Dato dekan.
Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan dari bapa pelajar yang belanja kami semua...
Lepas makan, ada juga sesi bergambar beramai-ramai.
Saya ingatkan saya tak sempat ajar pelajar berkenaan, tapi katanya dia juga bekas pelajar saya.
Sempat la ajar dia sebelum saya fly ke UK.
Apa-apa pun rasa terharu juga bila diraikan dalam majlis sedemikian.
Apatah lagi, bila tengok anak didik yang sudah berjaya :)

Wednesday, January 13, 2016

WW ::: Fresh fig

Rupa kat luar...
Rupa bhgn dalam...

Entry dah lama dalam draf juga ni.
Saya first time makan fresh fig a.k.a buah tin ni masa ke Bradford utk viva bulan Sept lepas.
Sedap rupanya!

Tuesday, January 5, 2016

Boy or girl?

Soalan yang orang kerap tanya bila jalan dengan perut yang ke depan... Boy or girl?

Hari ni juga buat check up baby kat Klinik Kesihatan.
Pantas juga servis kat KK skrang sbb daftar pkl 8, pukul 8.45 dah siap check up.
Baby dah masuk 25 minggu.
Biasanya kalau baby dah masuk 25 minggu, dah boleh tahu jantina baby.
Boleh la nak mula shopping barang baby sikit2.
Tapi tiap kali scan (dah 4 kali scan), belum dapat tgk jantina baby.
Nampak gayanya kena beli semua set putih aje atau kalerful terus :)

Tapi kalau berdasarkan jadual kat bawah ni, expected baby girl :)

Ada masa, nak cuba juga kaedah soda bikarbonat tu.


NuKilaN:
 

Monday, January 4, 2016

03.01.2016

Kelmarin anak2 di beberapa buah negeri dah memulakan sesi persekolahan untuk tahun 2016.
Kebetulan. FB pula bagi notification tentang gambar ni...
6 tahun yang lalu, Irfan baru nak masuk tadika.
Sekarang dia dah pun masuk darjah 5.
Betapa cepatnya masa berlalu :)

Dan semalam juga saya daftarkan Danish di tadika yang baru.
Saya agak pengalaman yang baru bagi Danish sebab pagi2 anak2 dah diajar utk solat Dhuha.

Seronok perhatikan gelagat anak2 kecil solat dengan pelbagai gaya dan telatah.
Harapnya Danish serasi dengan tadikanya yang baru ni :)

Masa hantar anak2 ke sekolah sebelah pagi tu, saya tercakap yg skrang dan mula tahun 2016.
Kata Irfan. "You mean now already 2016? Oh yess, I can't wait to see our baby on April.".
Hahaha, ke situ pulak.
Baru nak tanya pasal azam baru mereka di tahun baru.
Tup2, Irfan buat corner baring tukar topic lain..... ekekkeke.
Related Posts with Thumbnails