Tuesday, April 30, 2013

Melaksam di hujung minggu

Lagi sekali berlaku perkara ajaib pada hujung minggu lepas - saya berjaya buat laksam. Sebelum ni mmg tahu makan yg dah siap jer. Tapi tak sangka bila jauh dari tanah air sendiri, laksam pun boleh buat sendiri :)

Dibantu oleh chef cilik, Chef Aisyah... 
Suka sangat dapat tolong gulungkan laksam tu :)
Takpe la guna tangan pun sbb nak terus makan :)
 Dapatlah dalam 12 gulung laksam utk satu adunan
 Next, gunting laksam sebelum dimakan
 Masing-masing nak gunting sendiri-sendiri
Lepas Aisyah, giliran Irfan pula menggunting laksam
 Danish memerhati Irfan menggunting laksam
Tiba giliran Danish, dia pun nak buat sendiri
Saya layankan ajer...
 Akhir sekali, tiba masa utk makan :)

Budak-budak bertiga ni memang suka sangat makan laksam
Memang berbaloi mengukus laksam (tak sempat dinner semua dah licin)

NuKilaN:
 

Monday, April 29, 2013

Daffodil

Bila spring, saya suka tgk bunga daffodil yang tumbuh merata-rata. Sekarang baru dapat menikmati kecantikan daffodil dengan lebih jelas sbb matahari dah mula menyinar dgn terang :)


Sebelum ni, kecantikan daffodil tenggelam dek snow yang tebal.



Menjawab soalan Kak Ros dalam entry lepas, "Dorang tak marah ke student/public petik-petik tu?". Hehehe, sebenarnya pokok2 tu cuma ditanam di laluan pejalan kaki. So, memang ramai staf/student/public people yang main petik memetik. Macam tahun lepas, bila tengok saya dan kawan2 tengah picking blackberries, ada juga beberapa staf yang join kami. Mereka kata, tak tahu pula buah blackberries tu sedap. Ha, kita yang international bukan jakun duk petik buah2 tu, tapi local people langsung tak kisah dan ambil tahu. Mereka cakap mereka selalu petik daun rosemary, tapi langsung tak terfikir nak petik blackberries :)

Nota ummi,
Sekarang baru rasa real spring sbb hujan jer memanjang.
Harapnya hujung minggu ni cuaca elok, tak sabar nak bawa anak-anak photoshot kat taman :)

NuKilaN:

Saturday, April 27, 2013

Mula berpucuk

Setiap kali jalan kaki dari rumah ke UoB dan dari UoB ke rumah, hati sentiasa gembira melihat pokok yang sudah mula berpucuk dan mengeluarkan daun. Tak lama lagi boleh la menuai hasil.

Eh, buat macam kebun sendiri pulak (hehehe, padahal semua tu tanaman sekitar universiti). Maklumlah nak berkebun macam ummuaidan nun di Fiji memang tak boleh. So, menumpang "kasih" dari taman sekitar universiti aje laa :)

Inilah taman yang saya maksudkan tu. Taman ni dipenuhi dengan pokok blackberries. Mula-mula saya ingatkan berries liar, rupanya memang pekebun universiti yang tanam dan jaga. Tahun lepas memang tak tahu lagi yang ni pokok blackberries, tahun ni boleh la bawa anak-anak datang picking buah kat sini. Masa saya tahu pada tahun lepas, buah blackcurrent dah nak habis musim.

Tgk pokok pun dah terbayang air blackberries.... nyum nyum!
Kasi zoom sikit pokok blackberries yang mula berpucuk. Dah tak sabar nak tunggu pokok2 ni mengeluarkan hasil :)
Blackberries sedang berpucuk
Jalan ke depan sikit, jumpa pula pokok gooseberries.  Tapi saya tak berapa suka sangat dengan rasa buahnya. Masam yg teramat sangat. Nak picking buah gooseberries pun kena sgt hati-hati. Pokoknya banyak duri. Lagi banyak dari duri pokok limau purut.
Pokok gooseberries
Pokok gooseberries dari jarak dekat.
Gooseberries
Jalan lagi menyeberangi parkir kereta, jumpa pula pokok epal. Tahun lepas semapt juga hubby petik beberapa biji. Memang sedap dapat makan epal segar dari pokok. Harapnya tahun ni ada lagi la rezeki utk kami :)
Pokok epal
Tak sangka pokok epal yang kecil macam ni pun dah mengeluarkan buah. Saya bayangkan pokok epal ni besar-besar. Tapi mungkin universiti baru jer tanam, sebab tu kecil molek jer pokoknya :)
Pokok epal pun mula mengeluarkan daun
 Yang ni pula saya tak tahu pokok apa. Ada mommies yang kenal tak?
Pokok apa ni???

NuKilaN:
 

Friday, April 26, 2013

4 Tahap mendidik anak ikut sunnah Rasulullah

Salam Jumaat semua....
Irfan sekarang dah masuk tahap kedua, so kena ubah strategi sikit...
Masih dengan kasih sayang, cuma kena lebih tegas dengan arahan.
Kena mula bentuk disiplin dan beri tanggungjawab.
Irfan masih lagi belajar untuk solat dengan sempurna (latihan praktikal belum lulus lagi ni).
Insya Allah, akan terus pantau solat dia dari masa ke semasa :)

Doa utk anak-anak mudah solat...
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku".
Amin amin amin Ya Rabbal alamin!
[Surah Ibrahim, ayat 40]

Selamat berhujung minggu mommies :)
Ke mana hujung minggu ni?
NuKilaN:
 

Thursday, April 25, 2013

JJD6 ::: Disney Dreams Spectacle

** JJD6 - Jalan jalan Disneyland Paris bahagian 6

Dalam pukul 5.30 petang, dah tak berapa ramai orang kat Walt Disney Studio (WDS). Maklumlah pukul 6.00 petang, WDS akan ditutup. Lepas tu kami terus menapak ke Disneyland Park pula.

Kali ni baru kami berpeluang ke dua bahagian lain di Disneyland Park iaitu Frontierland dan Adventureland sementara menunggu majlis penutup, iaitu Disney Dreams :)

Tapi disebabkan hujan, banyak juga ride yang dah tutup. So tanda siap2 ride mana yang patut naik untuk hari yang kedua. Pukul 7.30 malam, kami dah bersedia sedia di depan Sleeping Beauty Castle. Memang masa tu dah tak larat nak jalan. So lepak atas bangku sambil anak-anak buat drawing dan main games.

Tak lama lepas tu, hujan turun lagi. Tapi tak lebat sangat. Nasib baik ada bawa payung untuk berteduh. Saya tanya en suami, "Hujan ni, nak tunggu tak?". Dia jawab, "Tunggu aje la, dah alang2 tunggu.".

Tepat jam 8, pertunjukkan pun bermula. Walaupun hujan mula turun renyai-renyai, ia tak mematahkan semangat kami untuk tunggu hingga ke akhir persembahan. Apa yang saya boleh rumuskan, the show was very awesome. Kalau tak percaya, cuba tgk video ni...


Ada juga snap beberapa gambar masa show. Tapi tak berapa cantik sebab hujan. Nak setting kamera pun tak pandai. Tapi nak tempek juga kat blog sebagai kenangan.

Bersedia untuk persembahan
Masa ni hujan dah mula renyai-ranyai
Peter pan sedang berinteraksi
Selain bunga api, persembahan diserikan dengan pancutan air

memang terkejut bila tiba2 jer air memancut dan nampak bunga api yang sgt cantik :)
Sleeping beauty castle bertukar-tukar jadi mcm2 kaler dan rupa
Penutup persembahan....

Selain gambar, en suami juga ada rekodkan video. Berkali-kali Danish minta mainkan video tu. Memang rasa tak puas nak tengok. Tiap kali lepas tgk video, mesti dia ajak ke situ lagi. Yang tak tahan tu siap kata, "Jom la ummi.. pleaseeee!" (sambil buat muka betul2 kesian).

Show habis pukul 8.30 malam. Lepas tu terus jalan balik hotel. Ingatkan anak-anak terus tidur sebab sangat penat. Tapi mereka minta juga nak dinner. Lepas mandi dan makan maggi, dalam pukul 10 semua dah tidur.

NuKilaN:
   

Wednesday, April 24, 2013

WW ::: Rambut baru

Sebelum....

 Selepas....

Nota ummi,
Bila duk UK, bukan setakat kena masak sendiri, potong rambut anak-anak/hubby pun buat sendiri juga (sbb nak jimat kos :).
Abah no 2, Danish & Irfan no 11 :)

NuKilaN:
 

Tuesday, April 23, 2013

Photobook

Dari tahun lepas lagi saya beli kupon dari Groupon utk buat photobook. Tarikh expired kupon tu bulan depan. Minggu lepas, saya siap masukkan gambar2 dalam photobook dan terus tempah. Hari ni, photobok tu dah siap sampai ke tangan penerima :)

Saya tempah photobook kat Malaysia dan hantar ke alamat pejabat. Minta tolong kawan hantarkan rumah mak cik (sbb mereka berjiran). Saya pun minta tolong kak IA utk snapkan gambar. Disebabkan muka hadapan saya letak gambar family, jadi saya letak gambar yg dah kena crop kat blog....


Semua sekali ada empat biji (ke buah?). Satu album masa autumn, satu album masa winter, satu album kat Paris dan satu album dekat Disneyland. Tapi dimaklumkan oleh kak IA yang ada beberapa kesilapan ejaan dalam photobook tu. Maklumlah, mata dah berpinar pilih gambar, memang dah tak perasan dengan ejaan yang salah tu :)

Harapnya photobook2 tu dapat menghilangkan rindu keluarga kat M'sia pada kami di sini. Ini kali kedua saya hantar photobook (sebelum ni dah buat dua biji utk tatapan keluarga).

Nota ummi,
Ada lagi 10 photobook yang dah terbeli... Tapi expired bulan September nanti... Gambar mmg banyak sgt, cuma masa jer yg sgt terhad... tapi tak per, buat slow2 (phew, tarik nafas dalam2 dulu)

NuKilaN:
 

Monday, April 22, 2013

Minggu Teddy Bear

Semester ni, kelas Aisyah akan belajar tema berkaitan dengan Teddy Bear. Setiap semester, kelas Aisyah akan mempunyai tema yang berbeza. Kalau tak silap semester lepas berkaitan dengan Party.

Jumaat lepas, dapat surat dari cikgu yang kena bawa teddy bear ke kelas pada hari ni. Bukan main eksaited Aisyah bila tahu boleh bawa teddy bear ke sekolah. Hujung minggu pun dia asyik tanya,"when is Monday?". Entah berapa kali saya kena jawap soalan yang sama.

Bukan setakat bawa teddy bear, tapi kena beri nama kat teddy dan berbincang personaliti teddy tu. Nanti kena cerita masa kat sekolah. Dari situ kot mereka belajar new vocabulary berkaitan teddy bear. Rasa macam saya pun nak tunggu dalam kelas tgk apa mereka buat dgn teddy bear tu :)

Hari ni pula, pagi-pagi lagi dia dah bangkit. Biasanya pukul lapan baru saya kejut anak-anak bersiap untuk ke sekolah, tapi hari ni pukul 6.40 pagi dia dah bangun. Siap tanya saya, kenapa tak kejut dia dari tidur? (lagipun skrang pukul 6.40 pagi dah terang benderang). Nasib baik dia puas hati bila saya kata masih terlalu awal :)

Tepat pukul 8.00 baru anak-anak mula bersiap ke sekolah dan kamai bertolak awal sikit, 10 minit sebelum gate buka. Masa jalan ke sekolah, Aisyah ternampak kawan sekelasnya yang tidak bawa teddy. Masa tu dia dah mula resah dan sorok teddy bear tu belakang stroller Danish. Tapi muka dia kembali ceria bila tgk kawan2 sedang beratur utk masuk kelas sedang memegang teddy bear :)
Saya parking stroller danish dan snap gambar :)

Aisyah terus meluru masuk ke kelas

Tapi sempat lagi posing dgn bebear nya
Masa ni muka dah ceria :)
Balik sekolah nanti, mesti lagi banyak cerita keluar dari mulut Aisyah :)

NuKilaN:

JJD5 ::: Show di Walt Disney Studio Park

** JJD5 - Jalan jalan Disneyland Paris bahagian 5

Dalam entry JJD4, baru perasan yang saya tertinggal satu show iaitu Stitch Live (lepas show tu baru kami tengok Disney Parade). Biasa saya tulis entry berdasarkan gambar. Disebabkan satu pun gambar tak snap gambar masa Stitch Live, tu yang terus lupa. Memang tak dibenarkan ambil gambar masa dalam studio, tapi search dalam Youtube, ada pula orang yang share video tu. So saya nak tempek kat blog buat kenangan....

Masa show tu, semua kanak-kanak dibenarkan duduk di depan skrin. Saya letak juga Danish kat depan, tapi dia tak nak. So hanya Irfan dan Aisyah join duduk kat depan.
Print screen dari Youtube

Anak-anak sangat terhibur tgk Stitch berinteraksi dengan para penonton. Telatahnya yang bersahaja sangat mencuit hati. Bila show habis pun, anak2 tetap tak berganjak, tak puas tengok gelagat Stitch :)

Kami juga berpeluang menonton show Cinemagic (cinema yang sangat magic). Penonton sangat kagum dengan wayang yang ditayangkan iaitu  gabungan beberapa filem popular dari zaman dulu hingga sekarang seperti Titanic, Star Wars, Marry Poppins,  Angels dan banyak lagi.


Banyak magic yang dilakukan semasa wayang ditayangkan. Ada watak yang boleh keluar masuk skrin, tiba-tiba pedang keluar dari skrin, ada pintu untuk keluar masuk antara dunia wayang dan dunia luar dan macam-macam lagi. Saya ingatkan anak-anak tidur masa wayang ditayangkan, tapi ketiga-tiga mereka menonton dengan begitu asyik sekali.

Juga nak tempek video dari youtube buat tatapan mommies yang merancang ke sana. Sangat berbaloi utk tgk show ni  :)


Show seterusnya bertempat di backlot, Moteurs.... Action!! Stunt show spectacular.

Moteurs.... Action!! juga adalah show yang mesti tengok bila ke sana. Aksi stunt motor dan kereta cukup membuatkan kami sekeluarga terpegun. Pengalaman menarik bila tengok aksi stunt motor dan kereta berkejaran, aksi tembak menembak, juga mereka menunjukkan aksi stunt orang dibakar api :)
Lokasi show sebelum bermula
Ada juga penampilan Mc Queen

Lima lapis baju kalis api dipakai untuk aksi ni :)

Untuk video penuh aksi2 stunt, boleh tengok video di bawah...



Masa kami pergi, PlayHouse Disney Live on Stage tidak ditayangkan. Memang yang ni pun sangat menarik utk tontonan anak-anak. Anak-anak memang suka tgk video kat bawah, so saya letak juga kat sini....


Animagic juga kami tak sempat masuk. Ingatkan nak masuk hari yang kedua, tapi tak sangka ada plan lain hari yang kedua. So yang ni pun layan ikut youtube aje laa :)


NuKilaN:
 

Saturday, April 20, 2013

Resepi kek pisang

Atas permintaan mommies, saya tempek resepi kek pisang yang kami anak-anak beranak cuba minggu lepas. Saya pun tak tahu dah berapa kali cuba masak kek pisang, tapi cubaan kali ni memang puas hati.

Saya dapat resepi dari blog SedetikIlham, tapi resepi asal adalah dari Periuk Tanah. Minta izin copy gambar dan resepi kat sini yer :)

Rupa kek pisang dari Sedetik Ilham
Hasil dari blog periuk tanah

Dah tgk gambar, jom kita intai resepi pula...

Resepi kek pisang...

Bahan-bahan:
4 biji pisang emas/ awak (saiz sederhana)- hiris nipis dan lecek
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum diayak bersama 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu teh esen pisang/ esen vanilla

Cara-cara:
1. Panaskan oven ke suhu 185 darjah Celcius api atas bawah. (saya guna Gas 4).
2. Sediakan loyang 4 persegi. Lenser dengan margerin dan alas kertas minyak atau kertas biasa AA
3. Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih. (3-5 minit)
4. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan campuran tepung. Kacau rata dengan senduk.
5. Masukkan pisang, esen pisang dan air limau. Gaul sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak dalam oven selama 45 minit atau kek keperangan seperti di dalam gambar. Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate untuk mengetahui kek masak sempurna atau tidak. (Saya bakar 30 minit sebab buat bentuk muffin)
*** Letakkan kek di rak paling bawah oven ( kalau guna oven elektrik 21 l) api atas bawah sepanjang proses untuk hasil memuaskan.

Ni pula hasil yang anak-anak buat...
buat dalam bentuk cupcake 
Sedia untuk makan :)

Selamat mencuba buat buat Farah, IF, dan Yati :)
NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails