Sunday, March 31, 2019

Happy 3rd birthday Aina

Hari ni FB keluarkan gambar ni..
Gambar dua tahun lepas, jadi hari ni Aina dan tiga tahun.. Happy birthday Aina!

Bila kata nak potong kek hari ni, dia kata tak nak. Sebab dah potong kek kat taska masa Khamis (21/3/19) yang lepas.

Cikgu Taska celebrate birthday anak-anak yang lahir dari bulan Januari hingga Mac.

Princess Aina yang sedang potong kek...

Suka buat muka notty bila kita cakap senyum...






Semoga membesar sebagai anak yang solehah, serta diberi kejayaan di dunia dan di akhirat :)

Tuesday, March 26, 2019

Aina dan Firas #03

Sorang happy, sorang lagi not in a good mood... tapi layan aje lah...








Wednesday, March 20, 2019

Aina dan Firas #02

Gambar pagi tadi..
Ceria jer Aina dan Firas nak pergi sekolah :)







Monday, March 18, 2019

Berbasikal ke pantai

Rumah kami ni memang dekat sangat dengan pantai.
Kadang2, pergi naik kereta.
Bila nak balik rumah dan baju dah basah main air, anak2 balik jalan kaki jer.. hehehe

Hari Jumaat lepas, kali pertama kami ke pantai naik motor dan basikal.
Of course, Aisyah dan Danish aje lah yg naik basikal.
Kami empat orang (saya, abah, firas dan Aina) naik motor.

Dalam pukul 7 lebih dah turun dari rumah.
Sempat lah tengok sunrise kat pantai.

Cantik jer view, tapi sakt pula mata bila tengok sampah sana sini.
Ada masa, boleh boleh aktiviti gotong royong bersihkan pantai.
Sempat tgk sunrise walau matahari malu2 di sebalik awan.
Dan penat main pasir, jom kita balik.
Aktiviti kat sana nanti saya update kemudian.


Hati2 nak lintas jalan.. jalan ni dikira jalan besar jugak.. banayak kereta yg drive laju... huhuhu


Itu jer kisah kami pagi Jumaat lepas.
Aina pun happy dapat naik motor pergi pantai :)

Sunday, March 17, 2019

Cara urut anak sembelit

Bagaimana nak ketahui bayi anda sembelit?
Mak mak selalu mengadu anak sembelit anak sembelit. Tapi macam mana nak kenal betul ke anak sembelit?
.
1. Najis ada berketul-ketul seperti tahi kambing

2. Tidak membuang pada tempoh yang lama. Biasa tidak seperti kebiasaan

3. Bayi nampak sukar membuang najis, terpaksa meneran-neran

4. Najis kering dan ada sedikit darah akibat najis keras dan melukai dinding salur najis

5. Anak takut untuk membuang. Sesetengah gelisah sampai menangis bila mahu membuang

Macam mana nak atasi masalah sembelit ni?
Ajomms tengok gambar di bawah. Cuba lakukan urutan lembut pada tubuh bayi anda.  Insyaallah moga sedikit ilmu ini dapat melegakan keadaan anak anda.



#donesharing
#atasisembelitanak

Nota ummi,
Setakat ni anak2 belum ada masalah sembelit.
Saja tempek kat blog kot2 ada yg sedang mencari petua bila sembelit.
Moga bermanfaat :)

Tuesday, March 5, 2019

Aina dan kawan-kawan #01

Setiap hari taska Aina buat macam2 aktiviti.
Tu yang dia sangat happy tiap kali pergi taska.
Cikgu pula rajin update aktiviti mereka kat Facebook.
Jadi saya pun tempek la kat blog.
Lagi 10 tahun, mesti Aina suka tengok balik entry ni... hehehe.







Sunday, March 3, 2019

Aina dan Firas #01

Saya suka snap moment bonding antara Aina dan Firas.
Jadi nak letak kat blog sbg kenangan.









Related Posts with Thumbnails