Malam Jumaat lepas, kami sekeluarga pergi rumah arwah tok bagi menghadiri majlis tahlil. Memang ramai jumpa sanak saudara sebelah arwah ayah. Bukan senang nak jumpa kalau bukan kat majlis mcm ni. Sedang saya menyusukan danish, salah seorang makcik (jiran sebelah rumah tok) tanya...
Jiran: Tak kerja ke?
Saya: Kerja.
Jiran: Habis tu, bg susu apa masa pergi kerja?
Saya: Bg susu badan la.
Jiran: Bagi macam mana? (Dgn muka berkerut)
Saya: Perah dan simpan dalam peti sejuk.
Jiran: Siapa yang jaga?
Saya: Maid.
Lepas tu perbualan lebih berkisar tentang maid. No more bf discussion.
Mungkin makcik tu fikir, buat apa menyusahkan diri utk perah susu dan bagi pada anak. padahal dah ada fm kat pasaran. Sbb saya pun pernah berfikir dengan cara yang sama semasa menyusukan irfan dan aisyah. Tapi sekarang, saya sendiri dah cuba menyusu danish secara eksklusif. Terus terang saya katakan, memang sikit pun tak menyusahkan. Yang penting, kita tahu teknik dan kaedah yang betul untuk menguruskan EBM. Utk beramal, mmg memerlukan ilmu! Ilmu tanpa amal, sia-sia. So, lg bersemangat rasanya nak teroka ilmu bf ni.