Wednesday, December 6, 2017

Berapa usia perkahwinan?


Sekarang kan musim orang kenduri kahwin.
Masih ingat lagi tarikh keramat anda diijabkabulkan?
Sambil- sambil tengok pasangan pengantin,
Cuba ingat semula..
Usia perkahwinan. 
1. Fasa bulan madu ( 0-5 tahun)
2. Fasa sehati sejiwa (6-10 tahun)
3. Fasa semarak kasih (11-20 tahun)
4. Fasa syurga cinta (20 tahun ke atas)
Jom uols share 
Berdasarkn kajian panel JAKIM, pasangan di 'fasa bulan madu' paling banyak bermasalah. Sbb apa agaknya?
Jika usia perkahwinan di fasa semarak kasih, anda dikira bijak mngemudi bahtera rumhtangga.
Dan jika sudah berada di fasa syurga cinta, tahniah. Semoga kekal bersama ke syurga nanti.
Alhamdulillah, kami dah fasa Semarak kasih :)

Anda dikategori mana?

NuKilaN:
 

Friday, December 1, 2017

Permohonan UPU Online sesi Akademik 2018/2019



[PERMOHONAN UPUONLINE SESI AKADEMIK 2018/2019]

Untuk makluman, Permohonan UPUOnline bagi sesi akademik 2018/ 2019 bagi lepasan SPM/setaraf & STPM/setaraf akan dibuka mulai:

Buka:
5 FEBRUARI 2018
Jam 12.00 Tengah hari

Tutup: 
10 APRIL 2018
Jam 11.59 Malam

------------
Permohonan boleh dilakukan di portal rasmi UPU.

Pautan :  https://upu.mohe.gov.my

Pembelian nombor Unik ID boleh didapati di kaunter BSN seluruh Malaysia mulai 5 FEBUARI 2018 hingga 9 APRIL 2018
------------
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi kami di talian helpline (03) 8870 8200 atau boleh mengunjungi kaunter runding cara kami di Lobi KPT di Kementerian Pendidikan Tinggi.

Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di 

Pautan :  http://upu.mohe.gov.my

Wednesday, November 22, 2017

Tamat Darjah 6

Esok hari last Irfan belajar sekolah Rendah.
Dah habis darjah 6 pun dia.
Kejap jer rasa.
Tup tup, ummi dia dah nak terima menantu.. hahaha

Hujung minggu lepas, sekolah Irfan adakan majlis Graduasi.
Sebak pula rasa bila tengok dia naik pentas.
 Bergambar beramai-ramai semua pelajar Tahun 6 dan Puan Guru Besar.
 Semua barisan pengajar dan kakitangan sekolah bersama Murid tahun 6.
 Semua happy jer bergambar sama-sama..
 Posing lagi..
 Semoga menjadi teladan dan contoh yang baik buat adik2 yer Irfan..

Dan, esok pula akan diumumkan keputusan UPSR.
Kali pertama dalam hidup anak sulung bakal menerima keputusan peperiksaan besar.

NuKilaN:
 

Monday, November 20, 2017

Pizza lover

Dulu masa Pizza Hut buat promosi pizza dengan harga RM5 utk personal pizza, RM10 utk regular pizza, saya adalah pelanggan setia.
Time lunch hour, bila tak ada apa nak makan, terus order online dan pergi pick up sendiri.
Tapi bila promosi tu dah tamat, agak lama juga saya tak makan pizza.. huhuhu

Minggu lepas, anak2 kata nak makan pizza bila balik sekolah.
kebetulan outlet pizza dekat sgt dengan bank rakyat.
Jadi layankan aje permintaan mereka sementara saya tunggu giliran utk tukar kad ATM bank rakyat.
Tapi dengan satu syarat, mereka kena order sendiri.
Saja nak uji, berani tak mereka nak order sendiri pizza.
And surprisingly, they did it!

Aisyah..
Irfan..
dan Danish..
Berangan makan dulu sebelum pizza sampai :)
Tengok, habis licin!

Friday, November 17, 2017

Throwback 1/7/15

Dah lama tak clean msg dlm wasap.
Dalam duk delete chat lama, jumpa gambar tiga beradik ni.

Gambar kenangan di Manchester Airport lepas check in luggage.



Gambar kenangan atas flight Emirates Dubai - KL.


Ternampak handbag biru Aisyah. Sampai skrang masih lg guna handbag tu. Setia mcm ummi dia juga. Guna barang sampai lunyai ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜Ž


Thursday, November 16, 2017

Pertandingan mewarna

Sempena minggu penutup SUKIM, ada juga disediakan pertandingan mewarna utk kanak2.
Apa lagi, Irfan, Aisyah dan Danish terus join.
 Mereka bertiga..
 Ramai juga yg join..
 Aina? Tunggu kat luar dewan jer..
Alhamdulillah, ada rezeki mereka.
Irfan dapat no 2.
 Aisyah yang jadi juara.
Siap tempek gambar yg mereka warna kat opis.
Sekali dengan medal yg berjaya dirembat sepanjang SUKIM :)
Banyak juga aktiviti masa penutup SUKIM.
Lain kali lah saya cerita bila berkelapangan.

Tuesday, November 14, 2017

Riadah pagi Jumaat

Entry lama dalam draf.
Rasanya kisah bulan Oktober.
Masa tu cuaca masih lagi panas.
Jadi awal pagi di hari Jumaat, boleh bawa anak2 riadah.

Aina mmg good girl.

Aisyah dan Danish prektis badminton.

Silap bola tu Aina..

Gigih bawa bola sebelah tangan, tangan lagi satu heret racket tennis.

Irfan dan Aisyah lawan tenis.
Memang best lawan tennis.
Berpeluh satu badan :)

Sunday, November 12, 2017

Karnival Ko kurikulum Terengganu

Kisah awal November hari tu (3-4 November 2017).
Karnival ko-kurikulum MGBSIM Negeri Terengganu.
Saya pun tak tahu MGBSIM tu singkatan pun apa... huhuhu
Tapi ia melibatkan pelajar tahun 6 dari sekolah Ikram Musleh.
Kalau tak silap, ada dalam 6 sekolah yang mengambil bahagian.

Tahun ni, sekolah Irfan yang jadi tuan rumah.
Petang Jumaat mereka dah lapor diri di sekolah.
Untuk pengisian hari pertama, ada juga malam kebudayaan sebelah malam.

Pada hari Sabtu, ada pula pertandingan sukan seperti bola sepak, bola jaring, memanah, badminton dan ping pong.
Irfan ambil bahagian dalam sukan bolasepak.

Sedang beraksi di padang.

Mereka berjaya membawa pulang pingat perak.
Tahniah buat team Irfan dan kwn2.


Saturday, November 11, 2017

Throwback

Autumn..
Tak rindu pun, saja nak buat entry kat blog ๐Ÿ˜

Wednesday, November 8, 2017

WW ::: Aisyah doodle

Jumpa gambar doodle ni dalam iPad.




Rindu England la tu..

NuKilaN:
 

Tuesday, November 7, 2017

SUKIM 2017: Day 5

Hari khamis, game diteruskan lagi dgn bola tampar.
Game mula pkl 5.
Tapi hujan turun rintik2.
Dlm pkl 5.30 ptg, hujan dah reda jadi boleh mula main.


Untuk game bola tampar, team staf (P) berjaya bawa balik gangsa.

Team staf (L) yg sedang bertarung.
Game utk staf lelaki bersambung semula pada hari Ahad.
Game hari Ahad agak sengit.
Seronok tengok semangat kesukanan yang ditunjukkan.
Walaubagaimanapun, team staf (L) juga berpuas hati dengan pingat gangsa yang dibawa pulang.

Sunday, November 5, 2017

Sukim 2017: Day 4

Game hari Selasa bersambung ke hari Rabu.
Alhamdulillah, utk game ping pong, kami berjaya merangkul pingat emas.
Juara bertahan nampak gayanya :)
Untuk game badminton pula, team staf berpuas hati dgn pingat gangsa.
Sengit sungguh perlawanan.

Seperti biasa, anak2 sibuk dgn game masing2.
Aina prektis main netbal.
Sedang ralit main, tiba2 ada yg cuba nak rampas bola.
Terus diberi jelingan tajam dan bawa lari bola.
Ok, dah dapat bola boleh sambung training.

Friday, November 3, 2017

Petrol malaysia


Petrol Malaysia :
13/07/2017 - 2/11/2017

Naik : 4sen (13.7.2017)
Naik : 6sen (27.7.2017)
Naik : 4sen (3.8.2017)
Naik : 5sen (10.8.2017)
Naik : 3sen (17.8.2017)
Naik : 3sen (24.8.2017)
Naik : 1sen (31.8.2017)
Naik : 4sen (07.9.2017)
Naik : 1sen (14.9.2017)
Turun : 2sen (21.9.2017)
Turun : 3sen (28.9.2017)
Naik : 3sen (5.10.2017)
Turun : 3sen (12.10.2017)
Naik : 1sen (19.10.2017)
Naik : 3sen (26.10.2017)
Naik : 4sen (2.11.2017)

3x turun = 8sen
13x naik = 42sen

Untuk kereta saya, sekali isi penuh dalam 60 liter (bila lampu merah dah menyala).
Jadi sekali isi penuh, pejam mata aje lah bayar RM150+... huhuhu

Thursday, November 2, 2017

Pembantu Cilik Jaga Test

Minggu ni dah masuk minggu ke-7 kuliah.
Maksudnya dah pertengahan semester.
Tinggal lagi 7 minggu jer kuliah.
Tu yg agak bz seminggu dua ni sebab kena sedia ujian utk akses sejauh mana tahap pemahaman pelajar.
Lepas ujian, kena sedia soalan untuk peperiksaan akhir pula.

Semalam saya kena jaga test.
Lepas main SUKIM, terus ke pejabat untuk preparation test pula.
Aisyah dan Danish kata lapar lepas solat Maghrib.
Jadi suruh mereka keluar bertiga dengan abah untuk dinner.
Aina stay kat ofis dgn ummi.
Irfan juga tak ada sebab bermalam kat sekolah.
Hujung minggu ni dia ada game bola di sekolah.
Tu yang bermalam di sekolah untuk latihan bola.

Jadi tinggal Aina berdua jer dgn ummi di ofis.
Dalam pukul 8, saya dah ke dewan kuliah.
Angkut la si kecil ni.
Baik sangat dia semalam.
Mungkin juga sebab umpan saya menjadi.
Saya umpan dia dengan mixed fruit kering kat tangan dia tu.
Tengok lah, rileks jer duk kat depan dewan sorang2 sambil layan dried mixfruits.

Sebenarnya masa saya snap gambar ni, ada tragedi mistik yang sedang berlaku.
First time ada pelajar kena "ganggu".
Masa tu saya dah gelabah... mcm2 perasaan bermain di jiwa dan bulu roma pun asyik berdiri tegak jer.
Nasib baik ada beberapa pelajar postgrade yg datang bantu malam tu.
Mereka la cuba hubungi ustaz untuk buat rawatan.

Alhamdulillah, keadaan masih terkawal dan ujian dapat berjalan dengan jayanya.
Aina pun tak nak lepas peluang untuk jawapan soalan ujian Kalkulus :)

Perangai Aina ni pula... bila orang ramai dan tak hiraukan dia, maka dia sangat seronok explore keadaan sekitar.
Habis kabel dia cuba tarik.
Memang syok sgt la dia explore satu bilik kuliah.
Tak cukup dgn tu, siap menyanyi kecil lagi.
Mujur lepas tu abah call cakap dah siap makan.
Lega ummi :)

Wednesday, November 1, 2017

SUKIM 2017: Day 3

Tahun lepas, pernah saya tulis pasal SUKIM 2016.
Untuk tahun ni, SUKIM akan berlansung sepanjang minggu ni dan minggu depan.

Jadi mcm tahun2 lepas, bila mak ayah bersukan, anak2 pun ikut beriadah sama.
Kalau baca dari post tahun lepas, Aina ni boleh jer sapa2 jaga masa saya main.
Tapi tahun ni bila dia dah besar, mencabar juga la untuk main bila dia asyik nak melekat jer kat kaki.

Tengok la bila saya cuba lari sikit dari dia...
 Mula la buat2 nangis..
 Tapi bila kakak pujuk, pandai pula dia posing...
 Bukan boleh posing lama pun, lepas tu dia sambung balik berdrama..

Nampak sebaya jer mereka semua sebab semuanya lahir tahun 2016...
 Aina dah nak nangis masa ni...
 Kan dah kata.. Tak lama lepas tu terus drama air mata... huhuhu

Danish dan kawan2 pula main bola di bahagian belakang gelanggang..
 Lepas game habis, anak2 pula yang conquer court..
Hari ni sambung lagi main.
Tiap hari mesti mereka tanya, "Ummi, hari ni kita boleh main lagi tak?"
Seronok sgt kalau sy kata ada game.
Walau kadang2 tak main pun, saja datang bagi sokongan kat kawan2 yang main :)

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails