Wednesday, December 31, 2014

WW ::: Winter Wonderland

Jalan jammed di musim perayaan dan cuti sekolah...
 Jadi cik Garmin beri laluan alternatif melalui countryside...









NuKilaN:
 

Tuesday, December 30, 2014

MB dan Sultan Kelate

Terharu tgk dua insan penting di Kelatan ni...

Ni Sultan Kelantan yang memandu sendiri kereta 4WD untuk melawat mangsa banjir...
Baginda mencemar duli melawat mangsa banjir di pusat pemindahan banjir...
Tanpa pengiring, beliau turun padang (bukan padang golf yer) untuk melihat sendiri nasib rakyat jelata...
Ya Allah, terharu sangat dengan keprihatinan tuanku....

Ini pula menteri besar Kelantan yang membeli barangan keperluan untuk mangsa banjir...
Gambar kejadian di Billion, Kota Bharu.
Dengan berpakaian sempoi dan berkasut boot getah, memang tak perasan dia adalah MB Kelantan.
Beratur macam orang biasa jugak.
Yang satu keluarga sedang buat bayaran kat depan tu adalah kawan saya satu sekolah.
Jadi memang maklumat ni adalah sahih (sebab ramai juga yang komen bukan-bukan bila gambar ni tersiar di beberapa page FB Kelate).
Lepas bayar baru perasan yang "pakcik" kat belakang tu adalah MB.
Jadi suami kawan tu pun tegur lah MB tu dan bertanya adakah semua barangan tu utk mangsa banjir.
Katanya , Ya dan bila ditanyakan boleh tak kirim sedikit bantuan utk mangsa banjir.
Kata Ustaz mad, "Boleh... ambo meme (saya memang) nok gi tempat banjir dah ni".

Semoga Allah panjang umur kedua-dua pemimpin yang berjiwa rakyat ni...

Monday, December 29, 2014

Jalan berais

Malam Sabtu lepas cik putih dah turun.
Walau tak lama (dlm 3 jam), tapi cukup utk menutupi tanah dgn pandangan memutih.
Bangun pagi, snow dah jadi keras dan menjadi ais. 

Laluan pejalanan kaki yg berais dan licin.
Ni gambar hari kedua selepas snow.
Ais agak sukar nak cair sbb suhu sekeliling sekitar takat beku...
Tempek juga gambar budak2 bertiga...


Sunday, December 28, 2014

Tidurlah sayang...

Nak share juga nukilan ni kat blog...

'Tidurlah sayang'.

Mama tahu kamu sejuk dan penat,
Kerana itu mama peluk kamu erat.

Mama tahu kamu merayu disuapkan,
Tetapi hanya dedaun yang mampu mama lumatkan.

Seperti kamu yang mengharapkan secebis makanan,
Mama juga berharap ada yang meluruhkan bantuan dari balik awan.

Hina rupanya kita di mata orang,
Sejuk dan basah bersendirian.
Tiada bekalan dan bantuan,
Seolah daerah ini daerah perang.

Rupanya begitu sekali negeri ini disisihkan,
Sehingga nyawa dianggap mainan dek kotornya partisan.

Darurat barangkali terlalu 'keramat' untuk diwartakan,
Walau negeri sudah menjadi kubur tidak bernisan.

Sabarlah sayang, 
Simpanlah airmatamu ini untuk Tuhan.
Selepas ini tidak ada lagi kelaparan, dan mengigil sejuknya di bawah rintik hujan.

'Tidurlah' sayang,
Dan selamat jalan.
Tunggu mama di syurga.

(Nukilan seorang ibu yang kematian bayinya d Bukit Manjor, Kuala Krai ketika bertahan di atas bukit tanpa bantuan)

Bertambah sayu tgk kesan banjir di Kuala Krai ni....


Semoga mangsa2 banjir mendapat pembelaan yang sepatutnya.

Bah @Pasir Tumboh

Sedikit sejarah banjir di Pasir Tumboh yang kawan share dari FB Kelantan...
Memang betul pun.
Seumur hidup, belum pernah mengalami banjir seteruk ni.
Bah 2014 yang sangat luar biasa.
Begitu juga kata saudara mara dan orang sekampung.
Memang terkejut bila tgk jalan2 ni dipenuhi air...
Jalan saya selalu lalu nak ulang alik ke sekolah naik basikal....
Memang jalan ni tak pernah dinaiki air sebelum ni walau setiap tahun kelantan dilanda banjir...
Sejarah juga tercipta bila air melimpah hingga ke kawasan rumah rumah peninggalan nenek...
Gambar ni diambil dari surau tingkat dua...
Tak sangka air penuh sebegini...

Besar sangat ujian untuk rakyat Kelantan tahun ni.
Elektrik terputus, minyak pun kena catu.
Talian telekomunikasi juga dihentikan.
Makanan apatah lagi...
Allah, hanya doa yang mampu kita panjatkan....
Sekok sebok bedooh!

Friday, December 26, 2014

Update Bah

Selepas banjir besar di bahagian hulu kelantan, Gua Musang dan Kuala Krai, gelombang banjir bergerak ke Tanah Merah, Pasir Mas dan Kota Bharu.
Tak ketinggalan rumah mertua di Tanah Merah juga mula dinaiki air.
Sepanjang kami kahwin (10 tahun), ni kali pertama banjir melimpah hingga ke dalam rumah.
Tak dapat nak bayangkan betapa besarnya bah yang melanda tahun ni.
Semoga mereka yang diuji dengan banjir diberi ketabahan dan sabar dalam menghadapinya....

Tak kurang juga banjir di Pasir Tumboh.
Ni gambar yang saya dapat dari WA dan juga FB keluarga dan kawan2....
Pemandangan air dari depan taman perumahan kami...
Retok (jambatan) Pasir Tumboh....
 Kawasan sekitar Pasir Tumboh...
 Suasana di seberang jalan...
Jalan ke rumah kakak ipar...
 Air dah makin tinggi...
 Semua tangga rumah dah tenggelam...
 Juga air dah masuk dalam rumah...
Yang lagi mengejutkan bila adik WA kata yang dapat amaran suruh siap sedia takut air melimpah hingga ke dalam rumah.
Risau pula dibuatnya, dah la dia sorang jer kat rumah sekarang ni.
Sepanjang kami duduk dah berbelas tahun, memang tak pernah air melimpah hingga ke rumah kami.
Melihatkan trend banjir tahun ni yang agak luar biasa, segala kemungkinan boleh jadi.
Hanya mampu doa dari jauh semoga semuanya terkawal.... Insya Allah...

NuKilaN:
 

Thursday, December 25, 2014

Bah besar

Sedihnya tengok gambar2 yg sedara mara dan kwn2 duk kongsi dalam WA mahupun FB.
Banyak kawasan yang mengalami banjir yang teruk.
Terutama di daerah Kuala Krai yang katanya semakin tenggelam.
Ni gambar di depan pasar besar Kuala Krai pada 23/12/14.
Keesokan harinya (24/12/14) pasar semakin ditenggalami air.
Ada juga yang melaporkan sekolah yang empat tingkat pun hampir tenggelam dan mangsa banjir terpaksa dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.
Ada juga yang terpaksa melarikan diri ke bukit berhampiran.
Tak boleh nak bayangkan nasib susah yang menimpa mereka.
Hanya mampu doa dari jauh.

Info terkini banjir juga boleh diperolehi dari ebanjir.kelantan.gov.my.
Ni printscreen aras air tertinggi dari laman tersebut di sungai2 uatama...

Kalau tgk pada hari ni, semua paras sungai berada di tahap yang merbahaya kecuali di Pasir Putih.
Bukan setakat melepasi, tetapi bacaan yg sangat jauh meninggalkan aras merbahaya.
Cepat benar air naik dan sekarang ni masih lagi naik.

Ya Allah, ampunilah dosa dosa kami. Kasihanilah kami Ya Allah....
#PrayForPantaiTimur

Wednesday, December 24, 2014

WW ::: Chocolate Spread

Kiri - coklat sapu jenama Asda yg jadi kegemaran anak2..
Yang kanan tu rasanya dah ramai yg kenal....
Nampak tak apa beza yg kiri dan yang kanan - selain saiz botol yg satu besar dan satu kecil.. huhuhu
Beri perhatian pada teksturnya...
Yang ni tekstur nutella... 
Tapi macam tak jelas pula teksturnya yang keras sebab cuaca sejuk....

Berbanding brand Asda yang tetap "smooth" walau dalam musim winter...
Sebab tu jadi kegemaran anak2...
Bukan kerana rasanya tapi kerana lebih senang nak sapu pada roti :)

Monday, December 22, 2014

Banana soup

Inilah rupa banana soup yg budak2 ni kat rumah ni beri nama...
Tapi saya panggil pengat pise (eh pengat pisang laa)..
Beli pisang tanduk ingat nak goreng, tp tetiba ubah selera lepas potong.
Malas pula nak menggoreng musim sejuk2 ni.
Tak tahan sejuk nak berdiri lama-lama kat dapur (en, bukan alasan ni.... memang betul pun boleh beku kaki bila buat keje lama2 kat dapur).
Jadi mula la fikir jalan pintas...
Letak santan, gula perang dan dua sudu sagu - masak hingga mendidih.
Dah siap utk dimakan...
Sedap juga hirup banana soup ni dalam cuaca sejuk yang makin menggigit!

Winter solstice

Hari ni dikenali sebagai winter solstice, iaitu hari yang mempunyai siang terpendek bg tahun ni.
Sebagai kenangan, saya printscreen waktu matahari naik...
Juga waktu matahari terbenam...
Tak ketinggalan, waktu solat dgn jarak terpendek...
Untung kalau ganti puasa dalam masa mcm ni...

Jadi bermula esok, waktu siang akan beransur-ansur menjadi lebih panjang :)
Related Posts with Thumbnails