Tuesday, October 28, 2014

Bicester Village

Pagi tadi bawa anak2 jalan2 Legoland Windsor.
On the way balik, singgah Bicester Village.
Bukan singgah shopping pun, singgah solat.
Kat sini ada contemplation room.
Ada sejadah juga.
Senang jer nak cari bilik ni.
Antara kedai Prada dan Dior.
Yang nampak bumbung putih tu.
Tempek juga lah gambar Aisyah...
Alamak, gelap pulak.
Tempek juga gambar si adik.

Monday, October 27, 2014

Angry bird land

Minggu ni budak2 cuti sekolah half term selama seminggu.
Kami sekeluarga pun kat luar kawasan juga ni.
Belum sempat singgah rumah kwn2.
Balik nanti baru saya berkunjung yer.
Insya Allah, esok kami balik ke bradford.

Semalam bawa budak2 ke Angry Bird Land.
Aisyah dan danish jer yg lepas naik bumper car angry bird ni...
Kesian danish, meraung dia tak dapat naik sama.
Tak cukup satu cm aje pun.
Tapi tak boleh sbb omputih ni sgt strict dgn height restriction.
Tapi mmg ganas pun budak2 kat sini bawak bumper car tu. 
Saja main langgar2 org.
Lagi kuat kereta berlanggar, lagi lah mereka seronok.

Ada juga 4D movie experince kat sana...
Amboi, bukan main bergaya lg irfan dan danish dgn spek 4D...
Masuk dlm theatre, bukan main selesa lagi dgn seatnya yg begitu besar dan empuk.
Rupa rupanya, sepanjang movie tu mcm2 special effect yg penonton kena rasa.
Masa angry bird tarik lastik tu, kerusi pun ditarik ke belakang sama.
Begitu juga masa lastik dilepaskan, kerusi akan melantun ke depan.
Mcm2 lagi side effect lain mcm kesan air, api, angin dan gegaran. 
Patutlah mereka siap warning bagi mereka yg bawa anak2 kecil supaya pegang anak2 agar tak melantun sama.

Irfan dan aisyah lah yg paling seronok. Kata mereka, it was the best movie i ever watched.
Danish??? Sekali lagi dia meraung lepas tu.
Bukan main takut lg dia.

Byk lg cerita, tapi bila balik la saya cerita detail.
Gambar pun byk dlm kamera.
Cerita dgn letak gambar baru best sikit.

Sunday, October 26, 2014

Bye bye british summer time!!!

Hari ni kena pusing jam lagi.
Kena pusing jam ke belakang tanda berakhirnya british summer time dan kembali ke greenwich meridian time.
Jadi waktu UK dan Malaysia sekarang berbeza 8 jam.
Patutlah rasa macam lamanya tidur semalam.
Pukul 5 pagi mata dah tak boleh lelap.
Pukul 6 semua anak2 dah bangun tidur.
Bila scrool down facebook, baru perasan pasal jam dipusing bila ada kawan update status.

Saturday, October 25, 2014

Diary aisyah

Aisyah ada satu diary.
Saya tak pernah baca diary dia ni.
Sebab dia siap kunci lagi.
Dia beli diary berkunci tu masa kat kedai buku.
Tapi, suatu hari saya jumpa salah satu helaian dari diary nya atas meja.
Apa lagi, dah namanya blogger.... Haruslah snap letak kat blog buat kenangan....

Diary 1...
Kisah dia berpuasa. Hahaha, katanya dia tak dapat puasa penuh sebab si abang asyik mengusiknya. Yang part gambar tu pun kelakar, mcm mcm makanan Aisyah duk fikir dalam kepala....

Diary 2....
Aisyah tak puas hati sebab tak benarkan dia main kat luar. Tapi dia gembira bila kami belikan dia ais krim.

Diary 3....
Yang ni pun sama. Luahan tak puas hati sebab tak dapat main kat luar. Lagi tak adil bagi dia bila abah dapat sembang dengan kawannya di luar rumah (padahal masa tu abah baru balik kerja) tapi dia tak dibenarkan main kat luar.

Nota ummi,
Entry ni pun dah lama peram dalam draf. Dari zaman bulan puasa lagi.... keh keh keh...

Friday, October 24, 2014

Hikmah vs kesat

Salam Jumaat...

Juga nak share yang ini sebagai renungan di pagi Jumaat..

Kesan mengingati Allah:
1. Dijauhkan/dihilangkan sifat lalai
2. tidak bergantung kepada manusia lain
3. sentiasa merasa diri diperhatikan
4. sentiasa sedar akan kekuasaan Allah dan Allah mampu membatu dlm apa jua perkara kerana tiada yg mustahil bagi-Nya
4. zikir merupakan santapan rohani sebagaimana makanan itu santapan jasmani - kesihatan rohani terpelihara
jauh daripada penyakit hati / mazmumah
Ya! Allah, bimbinglah kami agar sentiasa mengingati-Mu dan berzikir kepada-Mu...

NuKilaN:
 

Thursday, October 23, 2014

Ummi kan bagus...

Masa Danish nursery, ada la juga kadang2 saya pergi jemput dia kat sekolah.
Sepanjang dia naik kelas reception semenjak Sept lepas, tak pernah sekali pun saya jemput dia kat sekolah.
Sebab dia dah balik sekali dengan abang dan kakak, jadi abah lah yang selalu jemput mereka bertiga sekaligus.
Kalau nursery, dia cuma sekolah tiga jam sahaja.

Beberapa hari lepas, Danish ada pujuk saya supaya jemput dia kat sekolah.
Saya kata tak boleh sebab kena pergi sekolah.
Tapi Danish tak putus asa, dia tetap juga cuba pujuk saya supaya datang jemput dia.

"Ummi, nanti ummi datang  jemput adik kat sekolah... please ummi, please??"

Ha, siap guna please lagi sekali dengan muka yang penuh harapan.
Masa ni saya dah nak mula cair.

"Tak boleh la, ummi kena pergi sekolah hari ni."

"Dulu kan ummi selalu jemput adik kat sekolah?"

"Yea la, dulu adik balik awal.... sempat lah ummi jemput adik".

Tapi dia belum puas hati dengan jawapan saya.

"Boleh lah ummi. Ummi kan bagus.. Ummi kan good girl..."

Kali ni saya dah betul2 cair.
Rupa-rupanya kata2 pujian pun jalan jugak utk kita yang tua ni... kikiki.
Sebelum ni saya yang duk guna ayat2 pujian untuk pujuk Danish, sekarang dia pula yang apply benda yang sama...

Saya pun mula bermonolog... Alahai, apalah susah sgt nak penuhi permintaan anak kecil ni.
Cuma perlu luangkan masa sekejap aje pun.
Mungkin bagi kita nampak remeh, tapi tidak bagi anak sekecil Danish.

Saya kalah.
Saya tak boleh pentingkan diri sendiri.
Saya kena luangkan masa sedikit masa utk jemput Danish dari sekolah.

Jadi, saya pergi lah juga jemput Danish kat sekolah...
Ni sebenarnya dia minta saya turunkan...
Panjat pandai, tapi turun tak pandai... Praktis lagi yer Danish...

Wednesday, October 22, 2014

WW ::: York Designer Outlet (YDO)

Tempek kenangan kali pertama jejak kaki ke YDO hari Ahad lepas..
Bukan main semangat lagi budak bertiga ni nak shopping...
Tapi haruslah posing dulu ...
Lepas posing, terus sambung misi utama....
Pintu masuk utama....
Lebih kepada window shopping...
Cuma rembat beberapa helai jersey bola kat Nike Outlet...

Tuesday, October 21, 2014

Kedai cenderahati murah di Bayswater, London

Hari ni nak share pasal satu kedai untuk beli cenderamata yang sangat murah (jika jalan-jalan ke Kota London.)
Murah sangat ke?
Bagi saya sangat murah.
Kat bawah ni fridge magnet (FM) yang saya rembat masa ke London bulan lepas.
Kalau ada yang rajin kira bilangan FM dalam gambar kat atas, semua sekali ada 22 FM London yang pelbagai bentuk.
Semua ni saya beli dengan harga GBP10.

Kalau harga biasa, kebanyakan kedai sekitar Bayswater ni jual dengan harga 3 ketul FM utk GBP5.
Kalau kita bayar GBP10 kat kedai, cuma dapat enam ketul FM aje lah.
Kat kedai ni, boleh pilih hingga 22 ketul... tak ke banyak bezanya tu?
Tapi ada syaratnya... kena cakap yang kita orang M'sia dan kawan kita baru jer beli kat kedai ni dengan harga GBP10 utk 22 ketul FM.
Baru owner dia akan angguk kepala dan berikan diskaun.

Eh tapi kat mana tu?
Ni kedainya....
Senang jer nak cari kedai ni... Keluar dari tube station "Bayswater", terus jalan ke kiri...
Jalan lagi akan nampak pemandangan mcm ni....
Tengok kiri kanan bila lintas jalan ni..
Jalan sikit jer lagi....
Jumpalah kedai "Bayswater London Souvenirs" ni.
Lagi snapshot deretan kedai utk gambaran lebih jelas...
Landmark lain: kedai ni juga berdekatan dengan Noodle Oddle... Ala, tempat orang M'sia selalu pergi makan itik tu...

Ni owner kedai utk lebih kepastian...
Owner ni memang pandai juga cakap melayu. Ala, pandai cakap beberapa patah perkataan aje pun.
Selain FM, saya juga rembat baju utk anak2.
Kalau kat kedai lain, harga T-shirt London dalam GBP 5.
Tapi kat kedai ni boleh dapat tiga helai T-shirt London dengan harga GBP10.

Selain t-shirt dan FM, ada macam2 lagi cenderahari yang menarik...

Harap entry ni dapat membantu kawan saya yang nak ke London minggu depan.
Pesanan penaja: Jangan malu, jangan segan utk tawar menawar!

Monday, October 20, 2014

Hasil tangan cikgu

Pergi sekolah tocang dua...
Balik rumah rambut dah jadi stail Elsa... 
Katanya salah satu getah yg saya gunakan utk ikat rambut putus.
Jadikan cikgu tolong ikatkan supaya nampak kemas.
Terima kasih Cikgu....
Walaupun saya tahu cikgu Aisyah tak baca post ni... kikiki...
Tak sangka cikgu pun sempat dandan rambut Aisyah jadi kemas macam ni.
Mau tak terharu kita sebagai mak ni, bila tengok rambut anak sendiri kemas cenggitu balik dari sekolah.... Tak gitu??

Papan kenyataan maya

Saja nak tempek jadual sekolah anak-anak...
Senang nak rujuk bila anak-anak cuti sekolah....
Bila2 masa boleh rujuk...


Ralat: 21 Nov tu dah dibawa ke 10 Oct sempena raya haji.... Jadi tiada cuti sekolah di bulan November....

Dah namanya blog peribadi, kalendar sekolah anak pun tempek kat sini.
Hahahha, jangan marah!
Utk kemudahan tuan punya blog sahaja....
Tak komen kat entry ni pun tak apa :p

NuKilaN:
 

Friday, October 17, 2014

Orang kaya

Salam Jumaat...
Amin amin amin Ya Rabbal alamin...


NuKilaN:
 

Thursday, October 16, 2014

Keyword popular raya Aidiladha

Ramai pula yang duk cari resepi singgang daging bila musim raya haji....
Keyword dari Nuffnang yg saya printscreen beberapa hari yang lepas (nampak sgt dah lama peram entry ni dalam draft).

Maklumlah banyak stok daging dalam simpanan..
Kalau saya pun, singgang daging lah yang selalu dicari bila musim raya korban.
Dan mostly rumah2 kat kelantan bila raya korban, mesti akan hidangkan lauk ni kat tetamu.
Tak jemu nak makan singgang daging ni.
Pekena pulak dengan nasi2 panas, mmg tak boleh nak makan sepinggan.
Pasti bertambah tambah.
Haih, rindu nya lah kat tanah air.
Tak sabar sgt dah nak balik.
Kena buat kerja lebih rajin ni.

NuKilaN:
 

Wednesday, October 15, 2014

WW ::: Roses







Tempek juga satu satunya bunga yg saya ada :)

NuKilaN:
 

Tuesday, October 14, 2014

Dad gives birth

Hari ni nak main teka-teki....
Dalam banyak2 binatang, binatang apa yg bapa mengandung dan melahirkan anak?
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Dah dapat jawapan?
Ke nak clue?
Ok lah, clue nya.. binatang ni hidup dalam air....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Jawapannya: Kuda laut....
Aisyah pun melopong bila baca fakta pasal kuda laut ni....

Sekian entry baca sambil belajar dari saya hari ni....

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails