Ada kawan tanya saya, "Masa kat London, parking kereta kat mana?".
Dari situ terfikir nak buat entry.
Ramai yang kata susah nak cari parking kat London.
Jadi saya buat sikit "research" kat mana tempat yg sesuai utk parking kereta.
Senang bila park kereta kat satu tempat dan jalan2 ke kawasan sekitar naik tube underground.
Kebetulan kami ke London hujung minggu, jadi tak perlu bayar
Congestion Charge.
Bila duk google pasal car park di London, terbeliak juga biji mata bila tgk harga parking.
Mahal bedo'oh (baca sangat sangat).
Ada juga terfikir nak parking kereta luar London dan naik train.
Jadi intai lah jugak tiket train.
Lagi sekali terbeliak biji mata tgk harga train.
Nampaknya pilihan terbaik adalah cari car park dgn harga murah di Kota London.
Hinggalah saya terserempak dgn
website NCP.
Ada promosi untuk hujung minggu dengan harga serendah GBP5 utk 12 jam.
Jadi saya terus booking di
London Portman Square.
Sedikit maklumat berkaitan parking dari website...
Jadi untuk masuk/keluar ke tempat parking cuma guna kad debit yang kita guna untuk booking. Senang, kan?
Dari tempat parking, stesen underground yang terdekat adalah Marble Arch.
Tak jauh pun berjalan, dalam 5 minit dah sampai.
Anak-anak yang sabar menanti train....
Nak dijadikan cerita, boleh pula kami terlupa bawa Oyster Kad. Eh, apa pula oyster card ni?
Cerita dalam lain entry lah :)
NuKilaN: