Monday, December 31, 2012

Bilik Cabin Cruise (part6)

Selepas check in, kami terus gerak ke dalam kapal. Bila masuk dalam kapal, langsung tak rasa seperti berada dalam kapal. Lengkap dengan beberapa kedai untuk shopping, kedai makan dan juga cinema, Aisyah tanya, "Ummi bila kita nak naik kapal ni?". Saya jawab, "Kita dah ada atas kapal la ni." Aisyah bukan main seronok bila tahu dia dah atas kapal.

Sedikit kontroversi berlaku apabila saya menyedari bahawa bilik yang kami perolehi adalah 3 bilik yang berbeza dan agak jauh antara satu sama lain. Saya cuba mengadu masalah kami kepada anak kapal yang bertugas. Dia menyarankan agar saya ke Reception untuk mendapatkan bilik yang connected. Malangnya semua bilik dah fully booked. So permintaan saya tidak dapat dipenuhi. 

Agak sedih dengan keadan tersebut, namun terpaksa redha dengan ketentuan yang telah dibuat. Satu bilik digunakan untuk letak segala barang, dan yang lagi satu untuk Aisyah tidur bersama abahnya. Bilik barang tu kami tidur bertiga (Irfan, Danish dan ummi). Lagi satu bilik langsung tidak digunakan sebab jaraknya yang terlalu jauh.

Ni salah satu bilik kabin kami
Ada dua katil dalam setiap kabin
Siap dilengkapi dengan bilik air 
Juga shower room
Model saya posing depan cabin kami
Bilik-bilik cabin yg sgt banyak
Hampir 500 bilik cabin keseluruhannya atas cruise ini

Kabin kami tidak menghadap laut. Kalau nak upgrade ke cabin yang menghadap laut, kena tambah lagi GBP20 (dalam RM100) untuk semalam. Yang tak best nya, kena kemas semula bilik sebelum turun dari kapal pada esok pagi sebab semua bilik menghadap laut dah fully booked dari arah Netherland. So kami cuma simpankan saja impian nak stay di bilik yang menghadap laut (sebab mahal dan menyusahkan).

Kapal bertolak dalam pukul 8.00 malam dan dijangka tiba di Rotterdam, Netherland pukul 8.00 pagi waktu tempatan. Beza waktu UK dan Netherland adalah sejam. Waktu tempatan Netherland lebih awal sejam berbanding waktu UK. Agak terkejut bila dikejutkan yang kapal sudah menghampiri Port Northerdam padahal jam baru menunjukkan pukul 7.00 pagi (gara-gara malas nak pusing jam).

Adik masih sedap tidur
Adik tak sah kalau tidur tak nampak pusat
 Adik tidur kat atas, abang tidur kat bawah

Bersambung.....

P/S: Selamat tahun baru 2013 buat semua mommies :)

NuKilaN:
 

Sunday, December 30, 2012

Hull Ferry Port (part5)

Sementara tunggu bas datang untuk angkut kami semua ke Hull Port, layan anak-anak posing di foyer Guidhall. Banyak betul sculpture yang dipamerkan kat Guidhall ni....

Aisyah in action
Turn Irfan pula... Opps, sempat lagi kakak interprame
Mereka bertiga
Perjalanan dari Guidhall ke Hull port mengambil masa 20 minit. Setiba kami di port, Irfan jerit, "Ummi, tu ke kapal yang kita akan naik?", sambil tangannya menuding ke arah objek yang seakan-akan bangunan. Saya pun tak pasti dan cakap, "Eh, tu bangunan la".

Sejurus turun dari bas, anak-anak dah tak sabar nak naik atas kapal. Apa-apa pun, saya suruh mereka posing dulu depan bas yang bawa kami ke port.

Model sporting ummi
Bila turun dari bas, baru nampak dengan jelas "bangunan" yang saya katakan tadi. Memang betul tanggapan Irfan. Itu bukan bangunan, tapi kapal yang bakal kami naiki.

Sempat snap gambar cruise kami
Kemudian kami diberi arahan untuk check in di kaunter. Keutamaan diberi kepada keluarga yang membawa anak-anak kecil. Maka kami antara yang terawal dapat check in ke dalam cruise.

Kaunter check in
Antara peserta cruise camp

Bersambung....

NuKilaN:
 

Lunch @Guidhall (Part4)

Selepas majlis perasmian, kami dijamu makan tengah hari di ballroom Guidhall. Bukan main seronok lagi apabila dijamu dengan nasi apabila perut telah mula berkeroncong menyanyi dengan riang :)

Katerer yg sedang membahagikan makanan
Irfan dengan nasinya
Aisyah masih mengantuk lagi time ni
Adik pula nak makan sendiri, tak nak disuap
Nasi yang dihidangkan bersama roti nan

Lepas makan dan solat, kena masuk semula dalam dewan untuk berforum. Masa ni dah mula rasa mengantuk sebab perut dah kenyang.

Forum sedang berlangsung
Penyampaian token penghargaan kepada Lord Mayer Hull
Sepanjang forum, Danish layan video dan Aisyah layan game
Giliran Irfan pula, ZzzzzZZzzZZ
Rasanya saya terlelap sama semasa forum berlangsung. Bila sedar, Danish pun tidur sama. Cuma Aisyah kekal bertenaga melayan games. Lepas forum berakhir, kami mula bergerak ke lobi Guidhall untuk menunggu bas yang akan membawa kami ke Hull ferry port.

Bersambung....

NuKilaN:
 

Thursday, December 27, 2012

Peta perjalanan

Atas request Ummu Muhammad dalam komen di entri Part2 (Guidhall Hull), saya sertakan peta perjalanan sepanjang percutian kami dari Google Map.

(klik utk paparan lebih jelas)

Tapi laluan yang ditunjukkan adalah mengunakan kereta. Kami pula menggunakan pengangkutan awam. Jadi boleh kot bayangkan kami merentasi lautan "North Sea" dari UK untuk ke Netherland. Pelayaran yang mengambil masa lebih kurang 12 jam sehala.

A: Bradford (UK)
B: Leeds (UK)
C: Hull (UK)
D: Rotterdam (Netherlands)
E: Amsterdam (Netherlands)

Dari A ke B, kami menaiki minibus (taxi).

Dari B ke C pula, kami menaiki train. Train yang mengambil masa 50 minit sahaja.

Dari C ke D, kami menaiki kapal persiaran (cruise) iaitu menggunakan P&O Ferries. Kali pertama dalam hidup menaiki cruise yang besarnya macam bangunan 10 tingkat. Kami bermalam atas cruise selama dua malam (semalam pergi dan semalam perjalanan pulang).

Dari D ke E pula, kami menaiki bas yang disediakan oleh syarikat P&O ferries.

Harapnya entry ni dapat memberi gambaran pada Ummu Muhammad dan dapat merasa sama percutian kami ini :)

NuKilaN:
 

Tuesday, December 25, 2012

Perasmian Program 1Malaysia Excel Cruise Camp Hull Amsterdam (Part3)

Majlis perasmian bermula kira-kira pukul 11.00 pagi. Agak lama juga ucapan dari pihak penaja. Saya langsung tak ambil tahu intipati ucapan, lebih layankan karenah anak-anak agar tidak mengganggu majlis.

Walau bagaimana pun, saya sangat lega bila anak-anak memberi kerjasama dengan baik. Jom lihat, apa aktiviti anak-anak sepanjang majlis perasmian...

Aisyah dan Irfan menulis dan melukis
Kakak melukis toys dan belajar mengeja
Irfan pun sama
Ayat yg Irfan tulis sangat panjang
Saya tanya, kenapa tulis ayat panjang-panjang? 
Kata Irfan, "I want to write a paragraph". Hehehe, kelakar pula sebab banyak betul dia guna perkataan "and". Semata-mata nak tulis ayat biar jadi panjang.

Penat menulis, Aisyah ZzzzZzzzz
Kemudian abang layan game dan adik layan video
Masih ramai yang belum sampai
Ada juga yang tak join majlis perasmian ni...
Nasib baik kami dapat port yang selesa untuk beraktiviti di belakang dewan :)

Bersambung....

NuKilaN:
 

Monday, December 24, 2012

Guidhall, Hull (Part2)

Dari stesen keretapi Hull, kami menapak ke Guidhall untuk majlis perasmian program. Pada mulanya nak ambil teksi tetapi pemandu teksi cakap yang jarak ke Guidhall dari situ sangat dekat (walking distance).

Sempat lagi posing di train station Hull

Selepas mendapat petunjuk dari pemandu teksi, kami memulakan operasi mencari Guidhall. Ada juga beberapa orang M'sia lain yang menaiki train yang sama dengan kami. Mereka juga mengikuti program yang sama ke Amsterdam. Tapi, cepatnya mereka jalan. Sekelip mata dah hilang dari pandangan. Maklumlah budak-budak bujang yang jalan nak dibandingkan dengan kami dengan anak-anak dan luggage lagi.

Sambil jalan, sambil layan karenah anak-anak. Aisyah pula sempat lagi berposing bila nampak tempat yang dikira cantik pada pandangannya. Ummi layankan saja permintaan anak-anak.

 Danish pun nak keluar dari stroller utk posing sama. Tapi permintaan tu tak boleh perkenankan. Nanti susah pula nak pujuk untuk masuk dalam stroller.
Bila nampak meriam, Aisyah nak posing kat meriam pula. Ni depan bangunan National Maritim Museum.
 Giliran adik pula posing dalam stroller :)
Dalam setengah jam perjalanan (jalan+posing), kami selamat tiba di Guidhall. Kami antara yang terawal yang sampai. Tapi first impression tentang lawatan ni dah rasa mcm tak kena. Dalam buku program, majlis bermula pukul 8.30 pagi. Kami tiba pada pukul 9 pagi, tapi meja urusetia baru nak setup, hurm! 

Tugas saya seterusnya, layankan anak-anak posing. Bukan main excited bila tengok jalur gemilang dan simbol satu M'sia. Model saya bergambar di banner program...
 Bukti kami yang terawal... semua kerusi masih kosong :)
Semasa pendaftaran, kami diberi goodie bag dan tag nama. Tag nama tu sangat penting untuk dijaga dengan baik sebab itu dikira sbg token untuk check in dalam kapal nanti.

Muka yg bukan main happy dapat goodie bag dan name tag

Irfan siap kata, "Boleh tak nak bawa name tag tu kat sekolah?". Katanya nak tunjuk pada cikgu. Terselah keterujaan anak-anak bila dapat pakai tag nama :)

Bersambung....

NuKilaN:
 

Bradford-Leeds-Hull (Part1)

Info percutian:
Tarikh: 19 Dis 2012 - 22 Dis 2012
Tempoh: Empat hari tiga malam
Perjalanan: Bradford-Leeds-Hull-Rotterdam-Amsterdam

Untuk percutian kali ini, kami menggunakan pelbagai jenis pengangkutan awam: teksi, bas, keretapi (train) dan kapal persiaran (cruise).

Seawal 6.00 pagi hari Rabu (19 Dis), saya telah menempah kereta sewa untuk bertolak dari rumah ke stesen keretapi Leeds. Train kami dari Leeds ke Hull pada pukul 7.20 pagi. 

Alhamdulillah, anak-anak memberi kerjasama dengan baik walaupun terpaksa bangun pada awal pagi. Solat subuh juga terpaksa dilakukan di stesen keretapi kerana waktu subuh sekarang hampir pukul 7.00 pagi.

Kami tiba di train station dalam pukul 6.45 pagi. Ini kali pertama saya bawa anak-anak naik train di UK. Kali pertama juga kami menjejakkan kaki ke stesen keretapi Leeds. Stesen keretapi Leeds merupakan stesen keretapi yang ketiga tersibuk (di luar bandar London). Ia mempunyai 17 terminal. Rasa macam nak naik flight pula bila kena tengok platform mana kena tunggu train untuk ke Hull.

Ni train yang kami naik di terminal 16c
 Anak-anak posing sementara tunggu train
Danish posing dalam train
 Muka seronok naik train
Yang tak best, keadaan kat luar masih gelap masa dalam train. Anak-anak tak dapat tengok pemandangan luar train. Nasib baik ada paper untuk mereka baca dalam train. Perjalanan dari Leeds ke Hull menaiki train mengambil masa 50 minit.

Bersambung....

NuKilaN:
 

Sunday, December 23, 2012

Bercuti

Kami sekeluarga sebenarnya baru pulang dari bercuti (sebab utama kenapa blog tidak ber'update'). Insya Allah, lepas ni saya akan kongsikan pengalaman kami bercuti di Amsterdam menaiki cruise dari Hull.

Cruise kami di Amsterdam

Sekarang nak rehat dulu...

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails