Sunday, October 31, 2010

Peraduan Dunia Susu Ibu (siri 1)


Bagaimana saya mengepam dan menguruskan susu ibu perahan (EBM) di tempat kerja/ di rumah?

Sharing is caring. Jom kita berkongsi pengalaman menguruskan EBM.

Biasanya pagi pagi selepas mandi, saya akan mengepam untuk sesi pagi.  Lepas tu, saya akan menyiapkan peralatan mengepam untuk dibawa ke tempat kerja. Semua peralatan menyusu saya bersihkan dan masukkan dalam beg menyusu. Corong pam dan botol susu berserta penutup saya letak dalam 'uncang' khas mcm kat bawah:
dry air pouch dari MLO

Disebabkan tempat kerja saya tidak mempunyai peti sejuk, saya menyediakan beg pendingin (cooler bag) dan bungkusan ais (ice pack) untuk menyimpan EBM. Kesemua peralatan mengepam saya letakkan dalam beg menyusu.
beg pendingin, mesin spectra, uncang MLO, bungkusan ais MLO yang diisikan dalam beg Reebok

Setiap hari, saya bekalkan EBM segar pada danish. Danish memerlukan 4 botol x 2.5 auns EBM setiap hari. Tapi saya akan pastikan ada lima botol EBM dalam peti sejuk sebelum ke tempat kerja. Bila tiba masa untuk menyusu, pembantu rumah cuma perlu panaskan EBM dalam air panas dalam 5 hingga 8 minit.

EBM segar untuk danish

Semasa di pejabat, saya cuma mengepam dua kali sahaja iaitu pukul 11 pagi dan pukul 3 petang. Selepas mengepam, saya terus membersihkan corong pam untuk kegunaan seterusnya. Hasil EBM saya tak terus masukkan dalam beg pendingin. Saya biarkan sekurang-kurangnya selama 30 minit sebelum dimasukkan ke dalam beg pendingin.

Apabila pulang ke rumah, saya terus masukkan EBM dalam beg pendingin ke dalam peti sejuk. Sebelum itu, saya isikan setiap botol dengan 2.5 auns EBM. Lebihan EBM yang ada dalam peti sejuk saya turunkan di bahagian dingin beku (freezer) sebagai stok EBM beku. Semasa nak masukkan EBM dalam bahagian dingin beku, baru saya letakkan tarikh sebagai rujukan. Untuk stok harian, saya tak letakkan tarikh sebab terus digunakan untuk keperluan danish.

Begitulah rutin harian saya menguruskan EBM untuk keperluan harian danish sepanjang saya berada di tempat kerja. Mommies yang lain macam mana pula?

Wednesday, October 20, 2010

danish 8 months @ 20102010

How fast the time flies? Kejap jer si kecil danish dah besar :) Sekarang ni pun dah macam macam benda yang danish dah pandai buat dan dah pandai nak geng dengan abang dan kakak (tgk la pic kat atas tu). Abang dan kakak pula, suka sangat melayan karenah danish. Tapi masih belum dapat merangkak lagi. Baru pandai menjulur ke depan. Irfan kata, adik dah pandai berenang, hahaha... kelakar betul, irfan ni : D

Memang perkembangan anak anak tak sama. Kalau irfan dan aisyah, lepas dapat meniarap, tak lama lepas tu terus merangkak. Tak de la nak menjulur ke depan dulu. Danish ni, lain pulak... pandai pulak dia menjulur ke depan. Seronok pula tengok bila danish beria menjulur ke depan nak capai mainan yang dia nak. Tak sempat lagi nak snap gambar danish sedang menjulur, nanti boleh tempek kat blog ni sebagai kenangan :)

Sekarang ni danish makan 3 kali sehari. Biasanya satu periuk bubur nasi yang saya masak boleh tahan sampai tiga hari. Tapi sekarang ni, dua hari dah licin. Bila orang makan pun, sibuk jer nak makan sama. Tapi, mana boleh suap lagi. Tunggu lagi empat bulan yer danish. Tengok la pic kat bawah pula... bila orang sibuk makan kek, dia pun cuba nak capai kek jugak. Curi curi makan, yea!

Kadang kadang macam tak percaya,
dah lapan pun saya menyusukan danish sepenuhnya!
Thank you Allah, Alhamdulillah!

Tuesday, October 12, 2010

pantai batu rakit

Actually, pantai batu rakit ni, dekat sangat dengan rumah saya. Perjalanan ke pantai ni tak sampai lima minit pun dari rumah. Kadang kadang bila musim hujan, bunyi ombak boleh kedengaran dari dalam rumah. Selalu juga bawa anak anak makan angin kat pantai waktu petang. Tapi, sejak ada danish ni, masa ada tetamu jer baru bawak dia orang jalan jalan kat pantai.

Biasanya kami pergi waktu pagi. Suka pergi time tu sebab takde orang. Bebas nak mandi bersama keluarga. Lagipun, boleh mandi lama sikit. Kalau sampai pantai pukul 7.30 pagi, boleh berendam lama lama sampai pukul 11 pagi. Memang seronok mandi pantai kat sini.


Jom tengok aktiviti anak anak kat pantai... danish tak bawak, kena tinggal kat rumah!

Aisyah yang suka main pasir... penat main pasir, dia mandi... penat mandi, dia main pasir

Irfan pun suka main pasir... Gambar yang ada ni diambil sebelum saya mula main air. Sebab tu, baju dan rambut belum basah. Sempat la candid gambar sedara mara yang sedang berseronok main air.

Memang seronok sangat dapat main air pantai... kalau boleh nak pergi hari hari pun tak pe, kan?


Tuesday, October 5, 2010

anak anak 7 bulan

Masa tengah susun gambar gambar lama dalam desktop, seronok pula tengok gambar irfan, aisyah dan danish masa baby. Orang kata, semua muka anak anak saya sama dan ikut abah dia. Bila dah besar jer, lain sikit. Baru nampak sikit sikit muka ummi dia. Cuma danish jer ada orang kata lain sikit, tak sama dengan abang irfan dan kakak aisyah.

Bila belek balik gambar lama, dan tenung lama lama... saya rasa muka ketiga tiga beradik ni adalah berbeza. Jom kita tengok sama sama. Kesemua gambar ni adalah masa anak anak berusia tujuh bulan.

irfan
aisyah
danish

Amacam? Apa pendapat mommies?
Betul kan kata saya?

Sunday, October 3, 2010

hasil ebm hari ni

Dah lama tak cerita pasal ebm. Dua tiga hari ni, danish tak minum banyak sangat ebm. Dalam sehari, dia minum 3-4 botol x 2.5 oz ebm sahaja sehari. So total saya kena sediakan 10 oz ebm sehari. Mungkin sebab danish makin berselara makan bubur nasi, so demand utk ebm sekarang ni dah berkurang sikit. Jadi dapat la saya simpan lebihan ebm sebagai stok beku.

Pic ni saya snap semasa sesi perahan pagi tadi:
8 oz, alhamdulillah
Semoga urusan bf ini dipermudahkan oleh-Nya... amin!
Related Posts with Thumbnails