Monday, August 30, 2010

cucuk 6 bulan - berat x naik?

Hari Sabtu lepas bawa danish gi klinik utk check up 6 bulan. So, kena cucuk dos yang kedua Hepatitis B. Danish ni mmg budak baik. Sikit pun tak nangis. Masa Dr cucuk jarum, danish rilek jer. Dia mcm terkejut skit masa Dr tarik keluar jarum. Nasib baik dia ok jer. Balik klinik, terus pegi shopping barang keperluan raya. Ramai betul orang. Nasib baik danish tak demam bila balik rumah :)

Berbalik pada check up masa kat klinik. Bila timbang, berat danish naik sikit jer. Bulan lepas 6.8 kg, berat sekarang 6.9 kg jer. Naik cuma 0.1 kg jer. Saya perasan, berat danish dah tak naik banyak sangat. Rekod berat danish lebih kurang mcm ni:
masa lahir - 2.7 kg
sebulan - 3.8 kg
dua bulan -5.1 kg
tiga bulan - 6.0 kg
empat bulan - 6.5 kg
lima bulan - 6.8 kg
enam bulan - 6.9 kg

Disebabkan berat danish x naik sgt, Dr pun mula tanya beberapa soalan.

Dr: Bagi minum susu apa?
Saya: Susu badan
Dr: Susu badan sepenuhnya ker?
Saya: A ah
Dr: Masa keje, pam la susu kat baby?
Saya: Ya, Dr. Tapi sekarang saya dah suap bubur nasi.
Dr: Ok la kalau mcm tu. Nanti lagi dua bulan datang timbang jer. Cucuk bila umur sethn pula.
Saya: Ok

Ingatkan Dr nak bagi cadangan, mcm mana nak naikkan berat danish. Tp muka dia mcm x puas hati jer bila saya kata menyusu badan sepenuhnya. Mungkin sbb bulan puasa kot, Dr pun macam malas jer nak cakap. Tp, normal ke kalau berat danish mcm ni?

Friday, August 27, 2010

kangkung goreng belacan

Salam ramadhan semua...

Hari ni kita dah berpuasa selama 17 hari. Tiga hari lagi dah masuk akhir Ramadhan. Semoga kita dapat memanfaatkan masa di bulan Ramadhan ini sebaik mungkin :)

Kali ni saya nak berkongsi resepi kangkung goreng belacan. Dalam bulan puasa ni, dah tiga kali saya masak kangkung utk menu berbuka sebab senang dan sedap. Kangkung pula dapat yang segar dari kebun. Bukan kebun sendiri tapi kebun jiran sebelah :)
Memang nampak segar, kan? Beruntung dapat jiran yang rajin berkebun :)
Untuk goreng kangkung, sediakan bahan berikut utk dikisar

bagi yg suka pedas, boleh gunakan cili padi... lg best!
belacan tu guna sikit jer, secukup rasa
dan sedikit ikan bilis
Kisar semua bahan di atas
Kemudian panaskan sedikit minyak
Tumis bahan kisar sehingga naik minyak
bila minyak dah naik, masukkan kangkung
Kacau kangkung sehingga sebati.
jangan lupa untuk masukkan garam secukup rasa.
Bila masak, macam xde rupa jer kangkung yang digoreng, tapi bila makan memang sangat sedap.
dapat menambah selera makan sewaktu berbuka.
Selamat mencuba :)

Thursday, August 26, 2010

bantuan khas kewangan aidilfitri

Gembira sangat bila dapat tahu pasal ni.
Dapat RM 500 pun ok la dari tak dapat langsung.
At least, ada jugak duit raya untuk budak budak.
Baru jer plan nak kurangkan sikit bugdet duit raya kalau tak dapat apa2 bonus.
Hehehe,
nasib baik masih lagi ada rezeki untuk duit raya budak budak tahun ni :)

Ni pic raya tahun 2008, aisyah bersama sepupunya, aqil...

aqil: nah duit raya utk aisyah
aisyah: xnak, tu kan abang aqil punya
aqil: ok la kalau mcm tu.. nanti kita gi cari duit raya lg yer?
aisyah: ok ok!

Kawan kawan macam mana?
Yg keje gomen dan dapat RM500 tu nak buat apa?

Tuesday, August 24, 2010

entry utk aisyah

Yang ni pun entry back dated jugak. Hari ahad lepas (22/8/2010), asiyah dah genap tiga tahun. Since sekarang ni bulan puasa, saya dan en suami dah buat keputusan nak celebrate time raya nanti. Meriah skit, sambut dgn sepupu sepapat.

Dah besar pun baby girl saya ni. Dah tak jadi baby dah pun... semua benda dah pandai. Mungkin sbb anak kedua kot, perkembangan aisyah cepat sikit. Sekarang ni aisyah dah lulus potty train waktu siang. Cuma malam still kena pakaikan CD. Masa aisyah umur 2 thn setengah, dia dah belajar potty train sebab dia teringin sangat nak pegi sekolah sekali dgn abg irfan. So saya cakap, kalau nak ke sekolah... asiyah dah tak boleh pakai pampers. Kena belajar buang air dalam toilet. Disebabkan nak ke sekolah punya pasal, mmg trick ni sgt berjaya. Tiap kali nak pakaikan CD @ DD, mesti dia ckp.. Tak nak pakai sbb nak ke sekolah. Sampai la sekarang dia masih ulang benda yg sama bila en suami nak pakaikan DD :). Tapi ada la juga sekali dua yang dia tak sempat buang air dalam tandas (sbb ralit sgt main @ tgk tv).

Bab bercakap pula, mmg tersangat la petah. Masih lagi pelat, tp dah pandai menyusun ayat yg panjang panjang. Disebabkan time abg irfan pegi sekolah, aisyah asyik melayan tv, so kalau perhati cara dia ckp, mcm kartun pulak (ayat yg sangat formal). Kalau balik kg dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, mmg aisyah tak berhenti sembang. Ada jer benda yang dia nak tanya. Dia akan senyap bila dah tertidur. Kalau tak, mmg kena layan dia bersembang. Kena jawab apa yang dia tanya. Tp kalau jumpa dengan orang yang dia tak kenal, secara otomatik aisyah jadi seorang yg sangat pemalu :)

Jom kita layan gambar aisyah dari baby sampai la sekarang....

setahun pertama

dua tahun

Ok, la... semoga asiyah sihat selalu, dan jadi anak yang solehah!
Selamat hari lahir yang ketiga, Aisyah!

Monday, August 23, 2010

danish 6 bulan

Entry hari ni sepatutnya dipost hari Jumaat lepas. Tapi tak dapat nak bersiaran dari kampung halaman sebab internet ada masalah. Kelmarin pulak, penyakit M datang. Tetiba jer xder mood nak update blog walaupun byk jugak citer nak story.

Danish dah cukup enam bulan. Satu fasa penyusuan telah berjaya dilaksanakan. Memang bukan satu tugas yang mudah untuk menyusukan anak secara eksklusif semasa enam bulan yang pertama. Banyak juga cabaran dan rintangan perlu ditempuhi. Dengan semangat yang waja dan sokongan dari suami, keluarga dan rakan rakan (kawan maya + fizikal), semua yang mendatang dapat ditepis dengan jayanya. Terima kasih pada semua yg memberi sokongan :). Syukur sangat kepada Yang Maha Esa kerana mempermudahkan segala urusan menyusukan danish, Alhamdulillah!

Hari Jumaat lepas juga, danish dah mula makan solid food. Saya buatkan bubur nasi + EBM. Danish ada juga 'buat muka' masa mula mula makan. Lepas dua tiga suap, laju pula dia makan. Siap tarik lagi mangkuk nasi bila lambat skit suap. Nasib baik tak tumpah. Haih danish ni, tak baik tau makan dengan gelojoh. Lain kali kena sopan skit time makan.

Minggu ni saya rancang nak bagi danish makan bubur nasi dulu. Minggu depan, baru nak tambah ayam @ ikan dalam bubur tu. Harapnya, danish tak jemu makan bubur sebagai pelengkap kepada bekalan EBM utk mengisi perut.  Jgn ikut mcm abg irfan dan kakak aisyah. Seminggu jer boleh telan solid food, pastu terus tak nak makan. Hanya bergantung pada susu semata mata utk membesar. Insya Allah, ummi akan cuba yg terbaik utk danish pula!
danish 6 bulan

Wednesday, August 18, 2010

jom masak sup lobak putih

Salam ramadhan kawan- kawan,

Hari ni saya nak share resepi sup lobak putih. Resepinya sangat mudah dan ringkas. Jom kita intai bahan bahan yg diperlukan....

dua ulas bawang merah (dimayang)
dua ulas bawang putih (dimayang)
sepaket sup bunjut adabi
sebatang lobak putih

dan beberapa ketul isi + tulang ayam
saya suka potong kecil kecil

rupa lobak putih yang siap di potong potong
Mula mula tumis bawang merah, bawang putih dan sup bunjut hingga naik bau. Kemudian masukkan isi + tulang ayam. Biarkan seketika dan tambah air. Biarkan sup mengelegak. Bila menggelegak, perlahankan api dan masukkan lobak putih dan tambahkan garam secukup rasa. Bila lobak putih dah masak, tutup api dan sup sedia utk dihidang.

Sangat senang, kan?
Tak sampai 30 minit dah siap masak :)
Selamat mencuba....

Tuesday, August 17, 2010

tandem nursing + pumping

Hari ni dah cukup seminggu kita berpuasa. Badan pun dah dapat menyesuaikan diri menjalani ibadah puasa. Tak de la rasa penat sgt mcm hari pertama dan kedua. Production susu pula... macam hari hari biasa jugak, cukup untuk bekalan harian. Alhamdulillah!

Tapi, production susu belah kiri masih lagi mendukacitakan. Paling banyak pun boleh dapat 1.5 oz jer dari belah kiri.... huhuhu! Macam mana la nak dapatkan balik kuantiti macam dulu dulu. Saya sangat risau takut danish terus refuse minum susu dari belah kiri. Perkara ini telah berlaku semasa menyusukan irfan dan aisyah. Sekarang ni pun, dia asyik nak tarik jer, dan kadang kadang tu gigit kalau menyusu dari belah kiri. Mungkin geram sebab aliran susu tak berapa laju. Tapi dia buat perangai macam tu bila kita bagi juga dia menyusu walau pun dah kenyang. Kalau time danish lapar, dia akan menyusu tanpa sebarang masalah. Rasanya masalah ni dah berlarutan hampir sebulan.

Ada jugak buat tandem nursing seperti yang mommies cadangan. Mungkin disebabkan saya menggunakan s3, danish macam tertarik dengar bunyi mesin s3 (walaupun bunyi s3 dah agak senyap). Telinga lintah betul budak danish ni :). Danish juga suka sangat menendang manja botol susu yang saya pegang sebelah lagi semasa mengepam. Bila buat tandem nursing + pumping, memang boleh rasa let down tu datang cepat sangat. Tapi tu la, bunyi mesin pula yang menggangu danish. Nak menyusu sampai danish tertidur pun susah. Bila dah kenyang, sibuk jer nak tarik botol yg saya pegang. Kadang kadang buat saya terfikir, patutkah saya dapatkan lagi satu pam manual? Tapi, pam manual ni betul betul senyap ke?

Bila dapatkan bantuan en google, macam berkenan jer pam manual kat bawah ni:
dan yang ni

Tapi, nak pilih yang mana satu yer??

Atau pun cara saya buat tandem nursing yang tak betul?
Ada tak mommies yang sudi kongsi cara dan pengalaman buat tandem nursing + pumping ni? Sangat memerlukan bantuan dari mommies semua....

Ok, la... nak balik dulu. Selamat berbuka!

Sunday, August 15, 2010

Jom join GA dari Kak Nor

Sebelum ni saya dah join GA yang kak Nor anjurkan. Tapi belum ada rezeki. Apa yang bestnya pasal GA kak Nor ni, senang sangat nak join. Just simple step to join. Hanya perlu komen pada entry berkaitan dengan GA raya ni. Sangat senang, kan? Tak perlu nak jadi follower, tak perlu nak letak banner, nak link back pada entry dan tak perlu macam macam laa.... jimat masa dan tenaga!

Blog kak Nor ni berkisar tentang barangan antik dan home decor english style. So siapa yang minat barangan antik dan home decor english style, boleh la singgah kat blog kak Nor ni. Kalau berkenan, bleh terus order. Nanti en posmen terus hantar ke depan pintu rumah :)

Jom kita pakat ramai ramai join GA ni... mana tahu, ada rezeki dapat hadiah yg ditawarkan!
Klik kat sini utk join GA ni...



Wednesday, August 11, 2010

salam ramadhan

Hari pertama puasa, mmg asyik tgk jam jer. Hahaha... rasa mcm budak budak pulak. Mak budak pun dah tak sabar nak berbuka. Tapi, menu utk berbuka tak decide lagi. Kena tanya pendapat en suami. Kalau nak yg ekspres, cari lauk tunjuk jer kat pasar ramadhan :)

Saya plan tahun ni nak ajar irfan puasa. Bila tanya irfan, nak puasa ke tak... dia jawab tak nak. Si adik, aisyah pulak cakap nak puasa. Huhuhu... puasa separuh hari pun tak apa la irfan. Bukan umi nak suruh puasa penuh satu hari pun. Tapi bila ajar dia niat puasa, nasib baik dia ikut. Pagi tadi irfan tak bangun sahur pun. Lepas siap pakai baju sekolah, dia minta donut. Saya pun cakap... mana boleh makan, hari ni kan irfan kena puasa. Irfan senyap jer, pastu dia tanya.. umi, kenapa kita perlu puasa? Aduss... macam mana nak explain kat budak 5 thn pasal puasa ni. Secara automatik saya jawab... sebab sekarang bulan puasa, semua orang Islam kena puasa. Tapi bila fikir balik, betul ke jawapan yang saya bagi? Macam mana yer nak bagi kanak kanak 5 thn faham tentang puasa? Harap ada mommies yang sudi berkongsi pengalaman menangani soalan cepu emas anak mcm ni...


Tuesday, August 10, 2010

danish dalam walker

Walaupun ada banyak isu tentang walker, tapi saya tetap memilih utk letakkan danish dalam walker. Irfan dan aisyah pun memang dah guna walker masa umur 5 bulan. Danish guna walker lama jer... yang dah digunakan oleh irfan dan aisyah. Berbaloi betul beli walker tu. Harga takde la mahal sangat sebab beli masa sale tapi boleh guna sampai tiga orang anak. Masa irfan dan aisyah guna walker ni, tak pernah lagi berlaku kejadian yang tak diingini. Mungkin sebab bentuk tapak walker ni yang stabil kot sbb tu walaupun irfan pernah jatuh tangga (satu anak tangga jer) masa kat rumah MIL, tapi walker ni tak terbalik. So kira mmg rekabentuk walker jenis ni dah mengambil kira faktor keselamatan.
Dah dua minggu danish guna walker. Sekarang dia dah pandai nak operate sendiri walker ni. Dah pandai nak explore keliling rumah. Pintu bilik air kena make sure sentiasa tertutup. Kalau tak, mesti kat situ tempat pertama yang dia tuju. Danish ni, suka sangat kalau dapat main air.

Esok kita dah nak puasa. So, kepada semua mommies.... selamat menjalani ibadah puasa. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Lagi satu, semoga bekalan susu kita tetap maintain walaupun berpuasa, Insya Allah :), sama sama kita doakan yer!

Monday, August 9, 2010

selamat hari lahir, Irfan!

Happy birthday to you...
Hepi birthday to you....
Hepi birthday to Irfan....
Happy birthday to you!

Rasanya malam  ni baru boleh nyanyi lagu birthday ni kat Irfan. Mulanya plan nak celebrate kat school jer, tapi Irfan pulak tak nak. Dia nak celebrate kat rumah. Ermm, apa apa aje la... nanti kita potong kek kat rumah jer la... jimat budget! hik hik :)... jom layan gambar gelagat birthday boy pagi tadi...

 Lepas Irfan siap mandi.... saya bersiap kat dapur, ingatkan dia terus bersiap pakai baju sekolah. Tapi, sempat lagi sambung tidur... ZzzZzZzZZzzz
Bila saya kejutkan Irfan utk makan roti sosej, nasib baik terus bangun. Memang Irfan suka sangat sarapan dengan roti bersosej....
Tanpa buang masa, terus makan roti tu.... aummm!
Berselera betul Irfan makan roti sosej yang saya sediakan. Lepas makan roti tu, ada ke patut Irfan minta donut pula... huhuhu! Nanti esok, umi buatkan donut pulak utk irfan.... Ok la, semoga Irfan jadi anak yang soleh dan jadi abang yang baik kepada adik adik!

Sunday, August 8, 2010

pengalaman lima tahun lepas

Bila tengok kalendar, esok dah 9 Ogos 2010. Ermm, anak sulong saya akan genap lima tahun esok. Terasa betapa cepatnya masa berlalu. Dah lima tahun rupanya saya bergelar Ummi. Sekarang irfan dah besar panjang. Dah pegi sekolah, dah pandai solat, dan pandai menulis, dah pandai macam macam la.....

Detik kali pertama bergelar ummi memang masih saya ingati sampai sekarang. Saat kali pertama menatap dan memangku cahaya mata sendiri serta detik menyusukan bayi buat kali pertama. Ini adalah antara detik yang terindah dalam hidup saya. Yang saya takkan lupakan pada bila bila. So dalam entry ni, saya nak share pengalaman saya lima tahun lepas melahirkan putera sulung kami, Ahmad Irfan.

Kami kahwin 17 November 2004. Sepatutnya saya kena 'angkat bendera' selepas seminggu kahwin, tapi lepas tiga minggu berlalu, tak datang juga bendera merah yang ditunggu tunggu. Melalui pembacaan, adalah normal sekiranya pusingan haid terganggu lepas kahwin disebabkan berlakunya perubahan hormon bagi pasangan yang baru kahwin. Mungkin juga saya berada dalam golongan yang sama. Tapi sangkaan saya amat meleset. Keadaan kesihatan saya juga sering terganggu terutama pada waktu malam. Balik jer kerja, mmg selalu kena demam teruk. Tp waktu pagi, kembeli cergas untuk ke tempat kerja. Malam demam, pagi ok dan situasi berterusan hingga seminggu. Selepas sebulan saya tak juga didatangi bendera merah, saya buat keputusan untuk membeli kit pregnancy test tanpa memberitahu suami. Saja tak nak bagi dia harapan kalau x pregnant. Kalau pregnant, boleh buat surprise, kan!

Bila buat ujian air kencing, keputusannya adalah postif. Memang perasaan saya bercampur baur masa tu. Happy dan terkejut. Bila suami call, terus beritahu yg saya pregnant. Mendengar suara suami yg sgt gembira dengan berita yg saya sampaikan, saya terasa amat bahagia. Kami bakal menimang cahaya mata tak lama lagi. Walaupun suami kat KL dan saya di setiu, saya tidak mengalami alahan yang teruk sepanjang mengandung. Kawan kawan sekeliling banyak beri sokongan. Alhamdulillah, saya tidak mempunyai sebarang masalah mengandungkan irfan.

Mengikut kiraan tarikh haid yang terakhir, saya dijangkakan bersalin pada akhir bulan Julai 2005. Kalau tak silap, 26 Julai 2005. Tp saya beritahu nurse yang tarikh tu adalah sebelum kami kahwin. Mana tepat. Sedih sangat dgn jawapan nurse tu, "Mana tahu kot2 kamu bersama sebelum kahwin!" Ya Allah, mmg terkejut sangat dengan tuduhan nurse tu. Mmg saya terkedu mendengar jawapan nurse tu. Saya jenis yang tak suka menjawab. Malas nak layan nurse yg macam tu. Berdosa tau menuduh org buat dosa besar ni... tp tak pe la, yg tu urusan dia dengan Pencipta. Yang penting, saya tak buat semua tu.

So, saya pun pergi scan kat sebuah klinik pakar sakit puan. Masa tu umur baby dalam lapan minggu. Berdasarkan tarikh scan, saya dijangkakan bersalin pada 8 Ogos 2005. Yang lebih menariknya, doktor dah dapat agak jantina anak kami walaupun 'bird' belum lagi terbentuk dengan sempurna. Detik scan baby utk kali pertama juga sangat mengujakan. Terasa betapa hebatnya ciptaan Yang Maha Esa bila tengok ada jasad lain dan degupan jantung dalam rahimku. Subhanallah! Dan detik itu juga, membuatkan saya percaya yang mmg sah saya dah mengandung dan bakal menjadi ummi.

Bila kandunganku cukup sembilan bulan, saya mengambil cuti rehat untuk pulang ke kampung. Memang niat nak bersalin di Kota Bharu. Bila dah masuk bulan Ogos, saya masih tak rasa sebarang kontraksi atau sebarang tanda tanda nak bersalin. Kalau ikut kiraan haid, mmg kandungan saya dah overdue. Doktor bagi tempoh sepuluh hari lagi sebelum kena induce. Cukup sepuluh hari, saya ke klinik lagi utk buat pemeriksaan dan doktor suggest utk induce. Tapi saya berjaya yakinkan doktor untuk tunggu sehingga tarikh scan iaitu 8 Ogos 2005. Nasib baik doktor setuju dengan cadangan saya. Pada 6 Ogos, saya bukan main gembira lagi bila discaj berwarna coklat dah keluar. Tapi belum rasa sebarang kontraksi. Saya terus beritahu umi. Umi kata, kalau setakat discaj warna coklat macam tu dan belum sakit apa apa, lambat lagi tu. Mungkin saya akan bersalin sehari dua lagi. Bila beritahu MIL, dia pun cakap benda yang sama. Tapi saya tetap gembira sebab baby dah nak keluar dan penantian bakal berakhir.

Pada 8 Ogos saya ke klinik utk jalani pemeriksaan. Doktor buat ujian CTG. Semasa ujian CTG, doktor kata dia dah dapat kesan yang ada sedikit contraction daripada graf CTG tu. Tapi saya belum rasa sebarang contraction lagi. So doktor suruh pulang dulu. Bila rasa sakit perut baru datang ke klinik. Malam tu, selepas solat maghrib seperti biasa saya baca mengaji quran sementara tunggu solat Isyak. Lepas mengaji, terkejut besar bila tengok atas tilam penuh dengan darah. Banyak sangat darah yang membasahi kain smyg dan kain cadar. Terus beritahu kat umi yang banyak darah dah keluar. Tapi perut belum rasa sakit lagi. Umi kata nak kena pegi hospital la kalau macam tu. Tapi kena makan kenyang kenyang dulu. Nanti baru banyak tenaga bila nak bersalin. Saya pun makan dengan berselera sekali. Maklum la, lepas tu nak kena pantang dua bulan pula.

Lepas cuci kesan darah dan pakai pad, saya terus solat Isyak. Selesai solat, saya terus ke hospital bersama suami dan umi. Lepas pendaftaran, terus masuk labour room dan tunggu doktor sampai. Nurse pasang CTG utk check jantung baby. Sepuluh minit kemudian, doktor sampai. Bila doktor check, bukaan rahim hanya 3 cm sahaja. So, doktor bagi dua pilihan. Nak bermalam kat wad atau nak balik rumah. Kata doktor, lambat lagi saya nak bersalin sebab bukaan baru 3 cm dan anak sulung. Paling awal pun saya akan bersalin pagi esok, atau ada juga kes, hari selepas esok baru bersalin. Bila berbincang dengan umi dan suami, kami buat keputusan untuk bermalam di wad.

So, malam tu kami pun bermalam di wad. Dalam pukul 11 malam, MIL dan FIL sampai. Siap bawa laksa lagi untuk saya makan. Teringat lagi kata MIL... lepas bersalin, dah tak boleh makan laksa. Baik makan dulu sebelum bersalin. Ikut aje la kata MIL dan saya pun makan laksa yang dibawa.

yum... yum... sedapnya laksa! (pic from mr google)
Masa tu pun, perut tak sakit lagi. Lepas makan makan dalam pukul 12 tgh malam, en suami, MIL dan FIL balik ke rumah. So tinggal saya bersama umi bermalam di wad.

Malam tu saya tak boleh tidur. Penat baring, saya jalan. Penat jalan, saya baring. Mata memang tak boleh nak lelap. Persaan berdebar pun ada nak menghadapi sakit bersalin. Perut belum juga rasa sakit. Dalam pukul 2 pagi, tiba tiba kepala rasa sangat pening dan tekak pun rasa loya. Saya terus ke tandas. Sebaik tiba ke tandas, segala makanan yang saya makan sebelum tu pun keluar. Bukan sekali jer saya muntah tapi berkali kali (lupa 3 atau 4 kali). Lepas semua isi dalam perut keluar, baru rasa sedikit lega walaupun saya semakin penat dan saya dah tak bertenaga. Tapi mata tak boleh juga nak lelap.

Dalam pukul 3 pagi, perut mula rasa memulas. Saya dah mula rasa sakit contraction. Perasaan saya ketika pertama kali merasa contaction bercampur baur. Ditambah pula dengan rasa berdebar nak menghadapi detik bersalin. Rasa memulas dari dalam perut menarik narik sehingga ke pinggang. Mula la tidur mengiring rasa tak kena, tidur menelentang pun rasa tak kena. Dah tidur tak boleh, saya cuba duduk. Pun rasa tak selesa. Disebabkan tak tahan rasa contraction, saya ke meja nurse utk minta ubat. Mana tahu kot kot ada ubat angin yang boleh gosok kat belakang sebab saya lupa nak bawa minyak panas. Nurse cadangkan supaya saya ambil suntikan utk kurangkan rasa sakit. Saya pun dah lupa apa nama suntikan tu. Tapi nurse cakap kalau dah amik suntikan tu, nanti dah tak boleh pergi toilet. Takut jatuh atau pengsan dalam toilet.

Lepas puas hati dengan jawapan nurse pasal suntikan tu, saya pun setuju dgn cadangan nurse. Nurse tu cucuk ubat tahan sakit kat bu*t**. Tak amik masa lama pun nak rasa kesan ubat tahan sakit tu. Lepas tu baru saya boleh tidur. Tapi sakit contraction tetap rasa. Cuma bila contraction tu datang, saya mcm sedar tak sedar rasa contraction tu. Jadi mcm org mamai. Bila sedar pagi tu, en suami dah ada kat sebelah. Tengok jam baru pukul 7 pagi. Masa mana dia sampai pun tak tahu. Then sambung tidur balik. Nak makan breakfast pun tak de selera sbb rasa mengantuk yang amat.

Dalam pukul 8 pagi, doktor datang utk check jalan. Terkejut besar doktor bila tgk saya dah nak bersalin. Terngiang ngiang lagi kata doktor "Almost full dilated... cepat tolak pergi labour room!". Doktor pulak yang cemas. Saya masih lagi mamai. Betul ke dah nak bersalin? Bukan lambat lagi ke? Sampai kat labour room, kebetulan ada patient lain dalam proses nak bersalin. Seram pulak rasa bila dengar orang menjerit masa nak bersalin. So doktor settlekan patient yang tu dulu sbb saya masih lagi mamai. Bila semua alatan bersalin dah tersedia, nurse yang ada kejutkan saya dari tidur. "Dik, bangun. Adik dah boleh bersalin ni". Susah betul nak buka mata. Bila nurse ambil air dan sapukan kat muka, baru boleh buka mata. Kemudian nurse bagi sedikit penerangan macam mana cara nak push. Masa bersalin tu jugak, ada sorang ustazah yang ajarkan baca ayat ayat yang perlu semasa bersalin.

Alhamdulillah... dengan tiga kali push, keluar lah putera sulung yang dinantikan pada pukul 10.20 pagi. Serentak dengan kelahiran Irfan, ustazah yang bertugas terus mengalunkan azan. En suami juga tak putus putus mengucapkan syukur kepada Allah dan mengucup dahi saya sambil berbisik, "Terima kasih sayang!". Indah betul saat itu dan akan terus tersimpan sebagai kenangan terindah dalam hidup kami :)





Wednesday, August 4, 2010

lagi seminggu nak puasa

Hari ni dah Rabu. Pantas betul masa berlalu. Sedar tak sedar, lagi seminggu kita akan menyambut bulan Ramadhan. Sedikit sebanyak, hati ini sebenarnya sedang gundah gulana. Huhuhu, banyak betul soalan cepu mas yang sedang bermain di fikiran. Macam mana nak hadapi puasa dgn bf baby ni? Cukup tak susu utk baby? Kalau susu merudum, nak buat macam mana? Memang soalan soalan cepu mas ni takkan ada jawapan selagi belum hadapi puasa. Tidak, saya mesti positif. Susu saya cukup utk danish. Kena doa byk2 semoga perjalanan bf di bulan Ramadhan nanti dipermudahkan oleh-Nya, Insya Allah.

Sekarang ni pun, stok beku EBM masih lagi tahap mendukacitakan. Rasanya dah hampir dua minggu tak sempat buat stok beku. Yang lebih menyedihkan, sehari dua ni beberapa botol stok EBM beku terpaksa digunakan sebab permintaan melebihi pengeluaran. Sekarang permintaan danish dah meningkat. Dalam sehari, danish minum 3 oz x 4 = 12 oz. Sebelum ni, 2 - 2.5 oz jer. Sekarang dah up kpd 3 oz. Permintaan terhadap EBM semakin meningkat tapi tahap pengeluaran EBM pula sangat menyedihkan. Dalam sehari, saya boleh hasilkan dalam 10 oz sahaja (dr dua sesi mengepam - sikit sgt kan?). Masalah sekarang, B saya sebelah kiri tak banyak hasilkan susu. Kalau mengepam sebelum ni, hasil tenusu yang saya dapat hampir sama jer dari B kiri dan kanan. Macam dalam pic kat bawah....
Memang happy sgt bila sekali pam dapat hampir 8 oz. Tapi sekarang ni, B sebelah kiri macam bermasalah sikit. Paling banyak pun boleh dapat 2 oz jer dari B sebelah kiri. Kadang kadang nak dapat 1 oz pun susah dari B sebelah kiri. Mommies kat luar sana pernah tak alami masalah macam saya ni? Harapnya, ada mommies yang sudi membantu.... huhuhu!

So, sekarang mmg saya tambah sesi mengepam. Jadual mengepam yg saya cuba ikut:
7.00 am
9.30 am
12.00 pm
tgh hari, balik rumah direct bf
 4.45 pm

Hasil ebm yang saya dapat semalam:
7.00 am - 2 oz
9.30 am - 4 oz
12.00 pm - 3 oz
4.45 pm - 2.5 oz
So, total saya dapat 11.5 oz. Masih tak cukup utk bekalan harian :(

Hari ni pula....
7.00 pm - 1 oz
9.30 am - 3 oz
12.00 pm - 3 oz
4.45 pm - 2.5 oz (update)


Kalau tengok pada pic yg terkini tu, nampak sangat perbezaan hasil ebm dari sebelah kiri dan kanan, kan? Tetiba pula teringat lagu Raihan.... Ingat lima perkara, sebelum lima perkara.... huhuhu, time mcm ni, rindu sangat masa susu masih meriah... tp kalau menyesal pun tak de guna pun, kena lipat gandakan usaha lagi ni :)

Monday, August 2, 2010

Perkahwinan Jarak Jauh

Masa ada urusan kat main ofis tadi, ada jumpa sorang geng masa induksi (member sebilik masa induksi). Dah lama betul kami tak jumpa walaupun sama tempat kerja. Lama jugak la bersembang. Tp yang sedihnya, rupanya hari ni merupakan last dia dia keje kat sini. Bermula esok, dia akan bercuti tanpa gaji selama dua tahun untuk berada di sisi suami. Memang kawan saya ni PJJ (perkahwinan jarak jauh) dengan suaminya. Suaminya kerja kat KL dan dia kat KT. Rasanya dah dua tahun lebih dia orang kahwin dan ada sorang anak. Sekarang ni pun, kawan saya sedang mengandungkan anak yang kedua.

Saya memang puji tindakannya yang sanggup mengambil cuti tanpa gaji selama dua tahun semata mata ingin bersama suami. Bagi saya, besar betul pengorbanan seorang isteri bila sanggup tinggalkan kerjaya kerana suami :)

Teringat pula kisah enam tahun lepas. Saya juga menjalani kehidupan yang sama seperti kawan saya. Pada awal perkahwinan, saya dan en suami juga terpaksa melalui PJJ. Kami kahwin tahun bulan November 2004 tetapi Januari 2008 baru kami dapat hidup bersama, mengharungi suka duka membesarkan anak anak bersama-sama. Dalam tempoh tiga tahun lebih tu, kami hanya merasai hidup berkeluarga setiap hujung minggu sahaja. Memang kesian sangat kat en suami sebab terpaksa ulang alik (KL-KB) setiap minggu. Mmg ada jugak terfikir, sampai bila nak berterusan hidup mcam tu. Hanya jalankan tanggungjawab seorang isteri pada hujung minggu sahaja. Dalam masa yg sama, saya ada juga apply kerja kat area KL, tp mmg bukan rezeki saya kat sana. Bila dapat anak yg kedua, mmg dah bertekad. Dapat keje ke tak, mmg nekad nak berhenti keje jugak. Ikut suami pegi KL walaupun dapat tentangan hebat dari kedua belah keluarga. Mmg my mum and MIL tak benarkan saya berhijrah ke KL.

Tp alhamdulillah, mungkin dah tertulis rezeki utk kami berdua. Suami dapat bertukar ke Terengganu awal tahun 2008. Rasa bersyukur sangat bila kami dapat menjalani hidup sebagai sebuah keluarga yang sempurna. Sekarang ni pun, masih ramai lagi yang kwn kwn yang kahwin PJJ kat tempat kerja saya. Yang saya kenal, ada lah dalam enam pasangan. Memang boleh faham perasaan diaorg terpaksa menjalani hidup tanpa suami di sisi. Kalau belum ada anak mungkin ok sikit kot. Tapi bila dah ada anak, semangat memang kena kuat. Bila anak menangis, silap hari bulan kita pun ikut sama menangis. Yea la, bila anak menangis panggil abah dia, kita pun menangis sama sebab rindu sangat dengan en suami!
Tapi tak semua orang diuji dengan kahwin PJJ ni. Alangkah bertuahnya bagi pasangan yang dapat hidup bersama sama menempuhi alam perkahwinan selepas disahkan sebagai suami isteri tanpa perlu melalui alam PJJ!
Related Posts with Thumbnails