Yang kelakarnya, bila dah nak sampai dekat tempat berkumpul BD5, baru teringat yang ayam bakar dalam oven lupa nak bawak. Kalut punya pasal buat persiapan utk merantau negara orang berhari-hari
Eh, dah melalut-lalut pulak. Baik cepat2 kembali ke pangkal jalan. Bila semua lima keluarga berkumpul, ketua kumpulan memberi sikit taklimat serba sedikit tentang perjalanan hari tu. Rancangan asal, kami akan stop di Cambridge utk menunaikan solat Jumaat sebelum meneruskan perjalanan ke Travelodge Cantebury.
Lepas taklimat, ketua kumpulan bacakan sedikit doa selamat semoga perjalanan kami selamat dan dipermudahkan oleh-Nya.
Then, here we go... dengan lafaz Bismillah, bermula la kembara kami ke benua Eropah.
Sepanjang perjalanan ke selatan UK, kami dihidangkan dgn rapeseed yg terbentang kuning di kiri kanan jalan....
Subhanallah... cantik sgt sgt.. rasa nak guling2 gaya hindustan jer kat ladang rapeseed tu...
Aisyah and Aufa... non-stop chatting budak berdua ni.... Sorang berangan jadi Elsa dan sorang berangan jadi Anna.. elok sgt la tu.... |
Kanak-kanak riang posing bila dapat keluar dari kereta...
Bentang tikar bawah pokok dan buka bekal masing-masing dan makan sama-sama. Kalau perasan, mat salleh dlm gambar tu bukan main cari cahaya matahari utk picnic. Kita yg M'sian ni tetap cari tempat redup... hihihihi
Gambar makanan yang mabeles tu lupa pula nak snap gara-gara perut yg tersgt lapar. Ni gambar saya snap bila perut dah kenyang....
Anak dara yg selalu sporting bila suruh posing...
Kalau tak silap, dalam pukul 6 petang juga kami sampai ke Travelodge Cantebury. Berakhirlah hari pertama kami. Tempek gambar budak2 bertiga posing di sekitar Travelogde sebelum check out hari kedua. Hari pertama tak sempat posing sbb semua dah penat...
Kat tangga pun nak posing jugak.. bukan senang nak snap gambar Danish posing cenggitu...
Haaaa.... ni pula kononya nak pow pound ummi la tu...
Takde makna nya anak-anak... Duit pound ummi dah simpan siap-siap, ada duit Euro dan Swiss aje dlm purse... hihihi, alasan baik punya :)
Till next entry...
NuKilaN: