Wednesday, January 30, 2013

WW ::: Bowling Park

 Aktiviti wajib bila musim snow... main sledge!
Lokasinya adalah Bowling park

Ramai juga yg main sledge kat sini
Perlumbaan slegde kaum bapa
Ready... steady... go!
Horeyy....
silap hari bulan, belum sampai ke bawah dah tergolek dari sledge
 Part paling penat, nak panjat balik naik atas bukit
Kakak tak layan sledge, lebih suka main snow
 Adik juga yg tak puas2 main sledge
Tak nak turun dari slegde tu
Irfan pula tak sudah2 nak buat snowman 
Bila orang nak balik baru la dia beria main sledge :)

pstt.. ni la aktiviti yang ummi mereka paling suka... best woo turun dari atas bukit guna slegde... hilang kejap tekanan belajar :)

NuKilaN:
 

Egg 100 - Free!

Nampaknya agak ramai yang berminat tentang program Reading Eggs (RE) yang saya tulis sebelum ni.

Bila saya godek-godek web RE, baru saya tahu ada application percuma yang mommies boleh download ke dalam iPhone/iPad atau android. Boleh check link ni - Egg 100.

Saya print screen tentang application ni dari web RE...



Saya dah download application ni dalam iPad/iPhone. Danish memang tak layan, cuma Aisyah jer yang ralit main games Egg 100 ni. Egg 100 lebih kepada memperkenalkan words yang basic anak-anak perlu tahu seperti a, the, this, that, is etc. Macam flash card pun ada. Kita kena aim pada perkataan yang diperkenalkan. Bila diulang berkali-kali, diharap anak anak akan lebih mudah ingat. So dengan sekali pandang words tersebut, anak-anak dah boleh cam dan sebut. Bila dah cam words asas tersebut, anak-anak dapat membaca buku dengan lebih lancar :)

Yang pasti Egg 100 dan program membaca RE adalah dua benda yang sangat berbeza.

Ada juga yang tanya tentang umur yang sesuai untuk program Reading Eggs dalam entry sebelum ni. Sebetulnya, saya tak berani nak komen lebih. Kalau tengok dari web RE, ada maklumat berikut:
Sejujurnya, bila saya perkenalkan pada Danish (danish akan masuk 3 tahun bulan depan), dia macam tak berminat. Tapi lain anak, lain minatnya. Apa yang saya boleh sarankan, mungkin mommies boleh cuba trial version dulu (klik sini utk versi percubaan) selama dua minggu.


Kalau anak-anak menunjukkan minat yang tinggi, baru pertimbangkan untuk subscribe buat anak tersayang. Untuk harga langganan adalah seperti berikut (untuk tukar kepada RM kena darab 5)...


Kalau mommies betul-betul luangkan masa bersama anak mengikuti program RE ni, saya yakin yang ia merupakan pelaburan yang berbaloi untuk memperkenalkan si kecil belajar phonics di usia yang awal :)

NuKilaN:
 

Monday, January 28, 2013

I can cook!

Salah satu rancangan kegemaran anak-anak adalah I Can Cook dari Cbeebies. Saya pun kadang-kadang ralit menonton rancangan ni bersama anak-anak.

Hujung minggu lepas, Aisyah berkali-kali menyuarakan keinginannya untuk membuat biskut. Saya layankan aje dengan mencuba resepi yang mudah, Biskut mentega berchocolate chips :)

Saya beri Aisyah peluang untuk cuba memukul mentega dan gula hingga  kembang. Tak sampai dua minit, dia dah mengadu sakit tangan. Maka saya sudahkan dengan hand mixer (saja nak dera anak dara guna tangan, hehehe) dan siapkan adunan hingga jadi doh.

Kerja membentuk biskut saya serahkan kepada Aisyah 100%. Macam-macam bentuk biskut yang dia buat.
Chef Aisyah in action
Muka bangga dapat buat biskut
Tgk la bentuk apa yang Aisyah buat
 Sedia untuk dibakar
Saja dedahkan Aisyah main masak-masak di usia awal
Dia sangat minat tolong saya di dapur..
Harapnya Aisyah rajin menolong saya di dapur bila besar nanti :)

NuKilaN:
 

Sunday, January 27, 2013

Igloo

Projek Irfan seterusnya adalah buat igloo
Ni cubaan pertama Irfan buat igloo
Tak lama lepas tu, adik terus uji sejauh mana igloo Irfan kukuh
Dalam sekelip mata igloo Irfan berkecai dikerjakan danish
Tengok la muka tak bersalah hancurkan igloo si abang
Tapi si abang tetap tak putus asa
Dibina igloo lain di tempat yang berlainan

Irfan sedang tekun membuat igloo yang kedua
Kali ni saiz igloo yang lebih tinggi
Cukup utk menampung tinggi si adik
Idea untuk letak ranting kayu sebagai bumbung adalah dari si abah
Sentuhan terakhir di bahagian depan oleh Irfan
Ini lah hasilnya... taraaa....
Siapa lagi tukang rasmi kalau bukan danish
Berangan duk kat Antartika ler tu...
Kemudian baru la tuan punya igloo boleh posing
Tercapai juga hasrat Irfan nak buat igloo...
Well done, Irfan :)

NuKilaN:
 

Saturday, January 26, 2013

Reading Eggs (RE)

Beberapa bulan lepas, Irfan dan Aisyah bawa balik User name dan password dari sekolah untuk program Reading Eggs. Mereka banyak meluangkan masa menghadap lappy bereksperimen dengan RE. Mungkin sekolah mereka subscribe program membaca dari RE ni.

Bila login menggunakan akaun Aisyah, skrin berikut akan dipaparkan..
Banyak aktiviti yang disediakan untuk menarik minat anak-anak belajar membaca. Kadang-kadang, Aisyah boleh meluangkan masa berjam-jam dalam sehari di depan lappy menghadap RE. At least dapat juga faedah daripada menghadap iPad dan main game :)

Apa yang menariknya, saya juga diberi email berkaitan progress report anak-anak. Maka parents juga boleh tahu, sejauh mana anak-anak telah menguasai kemahiran membaca.

Ni contoh report untuk Aisyah
Ni certificate yang dimaksudkan...
Untuk dapatkan certificate, Aisyah perlu jawap beberapa soalan kuiz di hujung lesson. Aisyah dapat Silver sebab ada dua soalan yang Aisyah jawab salah. Kalau semua soalan betul, pelajar akan diberi Gold Cerificate. Setakat ni, Irfan yang selalu dapat Gold :)

Ada edisi percubaan untuk mommies yang berminat. Boleh cuba untuk anak-anak, boleh tingkatkan penguasaan English di awal usia :)

NuKilaN:
 

Friday, January 25, 2013

Jumpa dentist lagi

Perjumpaan dengan dentist pada minggu lepas hanya sekadar untuk berbincang tentang masalah gigi yang Aisyah alami. Aisyah tidak pernah mengadu yang dia sakit gigi pun sebelum ni. Tapi hasil pemeriksaan gigi di sekolah, ada empat gigi Aisyah telah rosak. Dua gigi mengalami kerosakan agak teruk dan lagi dua tu macam nak berlubang.

Maka hari ni adalah lawatan kali kedua Aisyah ke klinik gigi. Saya dimaklumkan yang kali ini akan jumpa dengan therapist untuk ambil gambar gigi Aisyah dan dianggarkan perjumpaan tu selama 30 minit.

Therapist yang kami jumpa kali ni lebih friendly dan banyak cakap. Banyak betul dia sembang dengan Aisyah walaupun Aisyah cuma mengangguk atau menggeleng sahaja. Mula mula therapist dedahkan alat-alat yang akan digunakan semasa proses tampalan gigi. Semua dia ceritakan dan tunjukkan pada Aisyah satu persatu. Dia beri peluang Aisyah rasa dengan tangan sebelum buat demo di dalam mulut. Tujuan therapist bercerita dengan terperinci adalah untuk mengurangkan rasa takut Aisyah dan memastikan Aisyah dapat memberi kerjasama yang baik semasa proses tampalan pada temujanji akan datang.

Lepas demo proses tampalan, tiba giliran untuk ambil gambar gigi Aisyah pula. "Ambil gambar" tu rupanya therapist akan membuat x-ray di gigi Aisyah bagi mengetahui sejauh mana kerosakan gigi yang Aisyah alami. Hasil x-ray nanti therapist dan doktor akan menyediakan treatment plan utk Aisyah. Harapnya gigi-gigi Aisyah boleh ditampal tanpa di cabut, kata therapist.

Lepas semuanya selesai, saya dan Aisyah diberi tugasan lagi. Aisyah diberi sekeping kertas untuk dia rekodkan setiap kali lepas gosok gigi. Saya pula diberi sekeping kertas untuk merekodkan apa yang Aisyah makan selama empat hari. Dari situ kami akan berbincang tentang diet yang sepatutnya Aisyah perlu ambil dalam sehari bagi memastikan gigi Aisyah yang lain tidak rosak. Prevention is better than cure, right?

Temujanji seterusnya pada hari Khamis depan. Nasib baik klinik ke rumah tak jauh, dalam 15 minit jalan kaki :)

Minggu depan datang sini lagi :)

NuKilaN:
 

Thursday, January 24, 2013

Autumn vs Winter

Bila autumn, saya ralit memerhati daun yang pelbagai warna
Bukan setakat pelbagai warna, malah daun yang pelbagai bentuk

Kemudian musim bertukar dari autumn ke winter
Suasana suram tanpa daun pokok 
Pokok kelihatan sangat togel
Namun kembali ceria setelah diselaputi salji
Indahnya alam ciptaan Allah
Terima kasih Allah atas pengalaman yang indah ini

Sambil taip entry ni, teringat dengan lagu "AdaMu", Najwa Latiff

Merenung ke luar jendela,
Melihat kebesaran Nya,
Mensyukuri segala nikmat,
Yang dikurniakan di dunia...

Kau berikan ku kekuatan,
Tuk berpegang pada jalan,
Walau penuh dgn cabaran,
Ku tahu ku adaMu Tuhan.

Untuk lagu penuh, layan video ni...


Salam Maulidur Rasul buat semua.
Marilah kita banyakkan selawat ke atas kekasih Allah, junjungan mulia Rasulullah s.a.w.

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).
[HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]

NuKilaN:
 

Tuesday, January 22, 2013

Snowman

Bila dah salji menebal, aktiviti wajib bagi Irfan buat snowman. 
Ni yang Irfan buat semalam...

Mula-mula dia buat daddy snowman
Lepas tu buat baby snowman pula
Irfan posing dgn snowman-snowmannya

Masa nak buat hidung, saya sengaja menguji Irfan dengan pertanyaan macam berikut:

Ummi: Eh, cantik la orang tu buat snowman. Dia letak carrot buat hidung.
Irfan: Kita guna ranting aje la buat hidung.
Ummi: Kita pun ada carrot. Nanti ummi ambilkan dalam fridge.
Irfan: Kan ummi kata tak baik buat main makanan. Guna ranting pun dah cantik.

Alhamdulillah, Irfan mudah ingat apa yang saya pesan. Selalu saya ingatkan, makanan mana boleh dijadikan mainan. Berdosa buat membazir makanan. Harapnya dia selalu ingat pesanan saya ni sampai bila-bila :)

NuKilaN:
 

Monday, January 21, 2013

Early Education @Bradford

Rabu lepas, ada hari terbuka di Princeville Children Center. Kebetulan ada kaunter yang dibuka berkaitan early education. Saya pun belek la pamplet yang diedarkan dan sangat teruja bila tengok muka surat ni....

Tanpa berlengah, saya terus bertanya macam mana cara nak daftarkan Danish. Bulan depan, Danish dah masuk 3 tahun. Berdasarkan pamplet, Danish dah boleh mula masuk nursery bermula April ni.

Kebetulan ada seorang staf dari nursery mendengar perbualan kami dan terus tanya, "It's for Danish?". Saya cuma mengiyakan dan dia terus mengambil beberapa maklumat Danish. Staf tu boleh kenal danish sebab dia pernah datang melawat ke rumah kami. Lagipun saya selalu juga bawa Danish ke Play and Stay.

Pihak nursey akan menghubungi saya apabila terdapat tempat kosong untuk Danish. Tapi hati saya masih lagi berbelah bagi. Rasa macam Danish tu masih baby utk dihantar ke nursery. Tapi kalau tak hantar macam rugi juga sebab semuanya percuma. Sekurang-kurangnya ada juga aktiviti Danish kalau ke sekolah :)

p/s: Hati berbelah bagi sebab hubby kata danish kecil lagi, hurm!

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails