Wednesday, November 30, 2011

konvokesyen Irfan

Sekolah dah hampir dua minggu bercuti. Tapi hari ni baru sempat nak update pasal majlis konvokesyen Irfan :)

Sebenarnya, kami baru balik dari KL. Lepas saya selesai kursus BTN, sengaja ambil cuti untuk bersama dengan  anak-anak. Nak spend masa berkualiti bersama anak-anak. Mulanya ingat nak ke Melaka, tapi macam tak best pulak kalau pergi bercuti tanpa perancangan yang teliti. So, kami just bawa anak-anak ke mandi kolam kat Sunway Lagoon dan bermalam di Putrajaya.  Banyak benda nak cerita, tapi kena mulakan dengan yang dah nak basi dulu, ekekeke.

Ni gambar konvo yang diambil dua minggu lebih awal.
Bila tengok gambar ni, macam tak percaya jer... eh, dah besar anak teruna saya ni :)

Majlis konvokesyen ni berlangsung pada 14 November 2011 bertempat di Dewan Terbuka, SK IPG KDRI. Majlis secara rasmi bermula pada pukul 11.00 am. Yang ada kat banner tu adalah tentatif awal.

 Sebelum majlis konvo tu, Irfan ada juga buat persembahan. Pasal persembahan tu, saya akan cerita dalam entry yang akan datang. Tapi lepas persembahan Irfan, ucapan dari wakil rakyat mengambil masa hampir dua jam. Ia membuatkan Aisyah yang menemani saya sempat dibuai mimpi.
 nula-mula ralit baca buku program
kemudian terus, ZzZZzzZzZZ.....

Usai majlis perasmian, penyampaian skrol kepada pelajar Pra-sekolah dimulakan. Ni antara gambar yang sempat saya snap.
 irfan yang sedang beratur
 siap sedia dipakaikan topi
 bersedia untuk naik ke pentas
 jalan hati-hati takut topi terjatuh
Huwaa.... sedih sangat bila tengok gambar ni... tiba-tiba boleh ada muka orang yang interprem... sabar aje la.. huhuhu...

Bila dah selesai, sesi bergambar dengan Aisyah dan kawan-kawan pula.
 Irfan dan Aisyah
 Irfan dan kawan-kawan
 Aisyah ambil peluang bergambar dgn jubah konvo
Gambar akhir, posing dengan beg sekolah baru. Jimat duit ummi sebab tak perlu beli beg sekolah utk tahun depan :). Dalam beg tu banyak juga set alat tulis yang pihak sekolah bagi termasuk kotak pensil, pensel warna, marker pen.

Tak sangka, tahun depan Irfan dah nak naik Darjah Satu. Cepat betul masa berlalu!

NuKilaN:
 

Tuesday, November 29, 2011

gambar kelas Irfan

Sebelum ni dah letak gambar Aisyah bersama kawan-kawan sekelas PASTI. Hari ni nak tempek gambar Irfan pula.

Satu kelas ada 25 orang. Sebelah kiri adalah guru kelas iaitu Cikgu Suzana dan sebelah kanan adalah pembantu guru yang dikenali dengan panggilan Kak Tie. Irfan berada di kedudukan lima dari kanan.

Bila tengok gambar ni, mengingatkan saya pada perbualan Aisyah. Dia tanya, "Ummi, kenapa gambar kelas abang, lelaki kena berdiri dan perempuan duduk. Tapi dalam kelas kakak, orang perempuan berdiri, tapi orang lelaki duduk?". Saya pun terkedu nak jawab soalan Aisyah tu. Sampai ke hari ni masih lagi terfikir, apa jawapan yang sesuai untuk soalan Aisyah tu... any suggestion?

NuKilaN:
 

Wednesday, November 23, 2011

WW ::::: Hari Ihtifah Pasti

 irfan posing semasa ucapan perasmian
 danish juga ambil peluang utk posing sama
 aisyah bersama kawan-kawan menonton persembahan
 nak keluar hingga muncung mulut utk memboloskan diri
 sempat lagi posing semasa persembahan dikir barat
 Aisyah yang sedang menunggu giliran
 giliran Aisyah terima hadiah
 dapat hadiah, terus jalan ke dalam surau
 danish yang dah tak boleh duduk diam
 abang yg sentiasa beri dorongan
 posing gaya bebas
 Irfan tolong betulkan jubah Aisyah
 bergambar dengan jubah
Irfan juga tak lepaskan peluang utk bergambar dengan jubah

NuKilaN:
 

Monday, November 21, 2011

gambar pasti

Tarikh: 2 November 2011
Tempat: Pasti Istiqamah Padang Nenas

Walaupun Aisyah bersekolah di Pasti dalam tempoh sebulan lebih, tapi sempat juga Aisyah bergambar bersama bersama kawan-kawan pada akhir tahun. Ummi letak kat blog ni sebagai kenangan Aisyah di masa hadapan.

NuKilaN:
 

Wednesday, November 16, 2011

WW ::::: Hari raya korban 2011

 Irfan dan aisyah bersama sepupu
 lembu yang bakal disembelih
 proses merebahkan lembu sangat mencabar
 akhirnya, lembu telah selamat disembelih
 danish dan aisyah memerhati dari jauh
 aktiviti posing depan rumah
 penat posing, kita duduk dulu sambil main batu yang ada
 proses membahagikan daging korban kepada tujuh bahagian

NuKilaN:
 

Sunday, November 13, 2011

Hari Tautan Kasih (HTK)

Dalam entry lepas dah upload banyak gambar berkaitan Hari tautan kasih tanpa sebarang cerita. Entah kenapa, mood nak bercerita tak berapa nak ada minggu lepas.

Sebenarnya majlis HTK dianjurkan oleh pra-sekolah Irfan. Irfan bersekolah di Prasekolah Al-Falah IPG KDRI (Institut Perguruan Kampus Dato' Razali Ismail), Batu Rakit. Prasekolah terbabit adalah di bawah seliaan IPG tersebut. Maka, cikgu pelatih dari IPG boleh menggunakan prasekolah Al-falah pada bila-bila masa untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Majlis tersebut adalah salah satu 'training session' cikgu pelatih semester 5. Disebabkan ibu bapa juga dijemput sama untuk memeriahkan majlis HTK, saya memang tak lepaskan peluang untuk memeriahkan suasana sambil mengabadikan detik bermakna Irfan semasa majlis tersebut.

Pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil dan setiap kumpulan dijaga oleh tiga atau empat orang cikgu pelatih. Setiap kumpulan mempunyai tugasan masing-masing. Setiap tugasan yang diberikan adalah bertujuan untuk membiasakan rutin harian ibu bapa kepada anak-anak. Ada kumpulan yang kena menggosok baju sekolah, memasak karipap, mencuci pinggan mangkuk, membasuh baju, membasuh kasut sekolah dan macam-macam lagi.

Irfan yang bergaya dengan apron

Irfan yang ditempatkan di Kumpulan 1 dikehendaki menyediakan roti bakar. Saya sangat seronok melihat cara cikgu tersebut menerangkan satu per satu cara membakar roti. Dari perkara yang sangat asas diterangkan kepada anak-anak dengan cara yang menyeronokkan dan penuh sabar. Maklumlah kanak-kanak, bukan senang nak tarik perhatian mereka. Kena praktiskan segala yang telah dipelajari secara teori bila berdepan dengan anak-anak berusia 6 tahun ni.

Walaupun tak sempat tunggu hingga habis program, saya tetap rasa bertuah sebab dapat hadir ke program tersebut. Yang pasti, ia tentu pengalaman yang sangat bermakna  buat Irfan juga.

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails