Thursday, April 28, 2011

Giveaway : Bagaimana Menggalakkan Anak Membaca Buku

 Kaedah Penyertaan :
  • Sertakan sekeping gambar anak anda dengan buku
  • Tuliskan bagaimana anda merangsang atau menggalakkan anak anda membaca buku
  • Namakan alat bantu mengajar yang anda gunakan untuk mendapat seorang anak yang minat membaca
Syarat lain :
  • Anak berusia 9 tahun dan ke bawah
  • Letakkan link blog ini dalam bloglist blog utama anda, sila nyatakan blog utama anda di dalam entry penyertaan
  • Letakkan link blog penaja hadiah utama dalam bloglist blog utama anda dan follow R.U.M.A.H.K.A.M.I
  • Letakkan gambar rasmi giveaway ini di dalam entry dan di sidebar anda dan pastikan di linkkan ke entry giveaway ini
  • Tinggalkan link penyertaan anda di dalam kotak komen dalam entry ini
Tempoh penyertaan :
  • 1 April - 30 April 2011 (sehingga tengah malam)
Bagaimana saya meransang anak-anak membaca buku?

Dalam mendidik anak-anak, saya lebih menerapkan konsep "Ibu bapa adalah model utk anak-anak". Untuk mendapatkan anak yang suka membaca, pertama sekali kita mesti tunjuk sikap rajin membaca tu kepada anak-anak. Di waktu lapang, saya lebih suka meluangkan masa dengan membaca buku atau majalah kegemaran.
Gambar kat atas ni saya snap semasa saya sedang membaca majalan Pa&Ma. Sebenarnya mereka sedang meniru aksi saya yang sedang membaca. Dikeluarkan semua buku-buku yang ada dan mereka belajar mengenal objek-objek dari buku yang ada. Gambar ini diambil pada tahun lepas iaitu semasa Aisyah dan Irfan masing-masing berumur 3 dan 5 tahun.

Semasa keluar membeli belah, saya juga suka meluangkan masa mencari bahan bacaan di kedai buku. Kalau di Kelantan, antara kedai buku yang popular adalah Kedai Buku Muda Osman. Biasanya kami sekeluarga akan meluangkan masa mencari bahan bacaan besesuaian dan membenarkan anak-anak memilih satu buku yang mereka berkenan. Satu buku utk Aisyah dan satu buku utk Irfan. Kaedah ini mmg berkesan untuk menggalakkan kanak-kanak sukakan buku. Kata orang tua tua, 'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Biar minat tu ditanam sejak kecil walaupun mereka masih belum pandai membaca. Suka tengok gambar kat bawah ni...
Irfan ralit membaca hingga tertidur...

Alat bantu mengajar yang saya gunakan untuk menanam sikap suka membaca?

Pelbagai jenis buku, seperti board book (buku keras), interactive book (buku interaktif), buku Bacalah Anakku (satu set ada 8 biji buku) dan buku-buku bacaan yang sesuai untuk kanak-kanak. Tapi anak-anak paling suka buku interaktif sebab dia boleh dengar orang bercerita bila kita belek setiap helaian buku.

Kawan-kawan pula macam mana? Jom kita join GA ni sambil berkongsi pengalaman/pendapat :)

NuKilaN:

Monday, April 25, 2011

dah tak mengepam

Bila tengok ticker danish kat sebelah
hari ni danish dah berumur 1 tahun 2 bulan 5 hari
ini bermakna, dah dua bulan lebih danish tak minum ebm
tapi masih lagi menyusu susu umi sepenuhnya
dah pelbagai usaha yang dilakukan
especially cadangan dari mommies dari entry lepas
tapi masih tak menampakkan hasil
lastly, saya terpaksa terima hakikat
danish  nak direct feeding jer
huhuhu, banyak juga ebm yg dah dikorbankan
sbb dah tamat tarikh

dan sekarang, saya dah tak mengepam kat pejabat
sebelum ke pejabat, kena menyusu danish kenyang2
nasib baik kerja saya tak perlu punch card 
eh pembetulan, bukan tak perlu punch card
punch card jugak, tapi waktu kerja lebih fleksibel
tgh hari pun balik rumah utk menyusu

nasib baik rumah dan opis dekat jer
dalam 10 minit driving
(kalau laju, 5 minit dah sampai, hihihi)
kekadang tu mmg penat jugak
especially cuaca sekrang ni yg sgt panas masa tgh hari
tp penat tu akan hilang bila tgk muka danish 
muka yg bkn main gembira bila tgk ummi balik
dan boleh minum susu umminya yg sedap :)
betul tak danish?
mula mula risau jugak takut susu makin berkurang
tapi alhamdulillah, production masih lagi maintain
let down masih boleh dirasai semasa menyusu
bila menyusu sebelah kiri, baju belah kanan mesti basah
Ya Allah, permudahkan urusan ku
dalam menyusukan danish sehingga dua tahun... Amin!
Doakan saya yer kawan-kawan :)

NuKilaN:

Wednesday, April 20, 2011

Vacation 4 @ Zoo Negara

Masih lagi sambungan entri cuti-cuti Malaysia
Hari Ahad kami ke Aquaria,
hari Isnin pula kami ke Zoo Negara
kami ke sana dalam pukul 11 tgh hari

agak ramai juga pengunjung masa tu
maklum la musim cuti sekolah
ini adalah kali kedua irfan dan aisyah ke Zoo Negara
pada Nov 2008, mereka dah ke sana
bila tgk semula gambar,masa tu aisyah kecil lagi
kalau tak silap umur setahun lebih
lebih kurang umur danish sekarang
ni antara gambar masa tahun 2008
 irfan bergambar dengan zirafah
 aisyah atas dukung abah
abah tak kasi letak gambar dia, huhuhu
 irfan dengan gaya ultraman

pic kat bawah ni pulak yg diambil baru baru ni (Dis 2010)
aisyah dan irfan dan besar
suasana zoo tak banyak berubah
aisyah dan irfan sgt enjoy masa kat sana
letih nak melayan soalan mereka
suasana yg sgt berbeza masa bawa dia org masa dua tahun lepas
kalau dulu, kita yg perkenalkan haiwan kat diaorg
tp skrg dia org pulak yg perkenalkan haiwan tu satu satu
mcm ni la... umi, yg tu harimau, kan?
yg tu monyet, kan??
dan mcm mcm lagi laa...
lagi satu irfan dah pandai jadi tourist guide
dia pulak yg buat keputusan
nak ikut lorong kiri atau lorong kanan
selagi tak pusing satu kawasan zoo
selagi tu la dia tak nak balik
bila saya ajak balik dia kata...
mana boleh, banyak lagi haiwan yg belum jumpa
sampai nak tercabut kaki sbb nak kena tgk semua haiwan
danish pula mcm mana?
dia masih lagi tak tahu apa2 
bila merengek jer, saya terus bagi susu
then tidur, tp tak nak tidur dalam stroller
kejap jer duk dalam stroller
mungkin sbb tak biasa
dia lebih selesa berdukung dgn abah nya
kesian abah... huhuhu
buat muka sedih bila kena letak dlm stroller

NuKilaN:

Tuesday, April 19, 2011

Saya nak hadiah best dari MamaFaiz & Shaklee

Mama faiz a.k.a. cery buat giveaway
mmg suka baca blog cery
sbb cery suka kongsi byk info menarik
dan sampai sekarang pun saya masih consume supplemen tau
hari tu saya ada buat entry pasal supplemen shaklee
(boleh refer sini)

 walau saya ni jenis culas skit nak telan supplemen
rasanya dah 4 kali saya order trial pack set B + alfafa
sekarang ni setiap hari saya telan alfafa
sbb badan rasa lebih ringan
kerja pun jadi lebih efektif dan produktif :)

eh panjang pulak melalut
kalau nak join, ada dua pilihan:

YANG ADA FB: 
Klik LIKE di fanpage MamaFaiz.com. Kemudian buat status kat wall anda & wall MamaFaiz.com tu....  

ATAU


YANG ADA BLOG:
Tulis satu entry di blog anda.. tak kisahla apa2 yang anda nak cerita atau tulis.. janji tajuk entry tu.. "saya nak hadiah best dari MamaFaiz & Shaklee" dan yang penting linkkan entry website www.mamafaiz.com kat entry (saya pilih cara ni)

Jom terjah http://www.mamafaiz.com/ sekarang!

NuKilaN:

Monday, April 18, 2011

Tuesday, April 12, 2011

salah faham

Berkenaan entry sblm ni
nak tergelak juga bila baca komen kengkawan
dah timbul salah faham pulak
huhuhu, nasib baik ada yg sudi komen
then saya boleh buat pembetulan :)

bila baca balik entry tu
mcm kejam dan teruk jer saya ni kan?
sanggup ambil risiko anak jatuh katil
dari dia kacau saya semasa solat
sebenarnya, ini adalah kejadian kali pertama
sepanjang danish berumur 13 bulan

setiap yang berlaku ada hikmahnya
daripada kejadian tu, saya telah belajar satu perkara
danish dah besar
dia dah boleh jalan pun
so, tak perlu risau yang dia akan kacau saya solat
and it is true
sekarang ni, mmg dia tak kisah langsung bila saya solat
he manage to explore his own world
ke hulur ke hilir bermain bersama abg dan kakak
abg dan kakak tgk tv
dia join sama tgk tv
abg dan kakak main computer
dia join sekaki tekan tekan komputer
walaupun kekdg tu kena juga buli
mcm kat pic ni
sesi membuli adik oleh abg dan kakak
but, we're best buddy forever

lagi satu yg saya tak pernah cerita dlm blog
pasal skil danish yg pandai turun dari katil
bila dia start menjulur
rasanya dalam umur 7 bulan
dia dah pandai turun sendiri dari katil
bila nak turun, dia akan pusing belakang
 jatuhkan kaki dan menggelungsur ke bawah
sebab tu saya berani letak dia atas katil
at least danish akan ambil masa sedikit utk turun katil
tapi yg bagus nya,
dia tak akan turun katil masa saya sedang solat
dia sabar menanti jer kat atas katil
what a clever boy :)
kesan menyusu susu ummi kot, hihihi

"Experience is the best teacher"
It's teachs me a lot that no books teach :)
NuKilaN:
 

Tuesday, April 5, 2011

sarjan danish

kesian nyer kat danish
tetiba naik pangkat jadi sarjan
gara gara jatuh katil semalam
huhuhu
kisah nyer mcm ni
sebelum ni, kalau time saya solat
mmg akan letak danish atas katil
utk mengelakkan dia kacau saya semasa solat
dia akan main sorang sorang atas katil
sehingga saya selesai solat

entah mcm mana kelmarin
sedang sy solat zuhur
belum pun selesai satu rakaat
tetiba terdengar bunyi sesuatu jatuh diikuti suara danish menangis
terus saya berhenti solat
dan mengangkat danish yg jatuh dari atas katil
huhuhu, nasib baik nangis kejap jer.
sangat terkejut bila tengok dahi dan hidung danish
mcm kat pic di atas
danish dah dpt pangkat sarjan
dapat tiga calit kat dahi
dan bahagian atas hidung pun tercalar jugak
lepas ni dah tak boleh biar dia sorang2 atas katil

then mlm tu jugak, kejadian yg sama hampir berulang
saya berpaling sekejap jer nak ambil tuala
tengok danish dah nak jatuh katil
nasib baik sempat sambut

rupa rupanya
kat atas katil pun danish praktis jalan
baru dapat kaki la katakan
atas katil pun nak tunjuk skil jugak
alahai si comel danish
dah besar rupanya anak ummi ni
 ummi kena lebih berjaga jaga la lepas ni

NuKilaN:
Related Posts with Thumbnails