Wednesday, October 31, 2012

WW ::: Tupai



Tupai...
Seronok anak2 berkejaran dgn tupai yg jinak-jinak ni :)

NuKilaN:
 

Lawatan sekolah Irfan

Awal semester hari tu, Irfan tunjukkan surat yang diberi cikgu kelas iaitu  surat lawatan kelasnya sepanjang sesi persekolahan 2012/2013. Sesi sekolah terbahagi kepada tiga term. Sekarang term autumn.

Setiap term terbahagi kepada dua, term 1 and term 2. Maka, kelas Irfan akan mengadakan lawatan sebanyak 6 tempat sepanjang sesi persekolahan tahun ini.
Jumlah kos untuk lawatan sepanjang tahun GBP30 (nak convert kena darab 5). Nak bayar sikit2 pun boleh. Nak bayar sekaligus pun boleh. Saya bayar terus sekaligus, takut lupa :)

Dengan gigihnya saya cuba google apa sebenarnya tempat-tempat yang bakal dilawati. Maka bertemu laa dgn link2 berikut:

1. National Coal Mining Museum - http://www.ncm.org.uk
2. York Sweet Story - http://www.yorkschocolatestory.com
3. Dinosaur Dome - http://www.dinosaurdome.co.uk/index.html
4. Cartwright Hall - http://www.bradfordmuseums.org/venues/cartwrighthall/index.php
5. Retail Research Visit
6. Saltaire Visit - http://www.saltairevillage.info/index.html

Untuk term 1 yang lepas, Irfan dah pergi ke National Coal Museum. Ia ada kaitan dengan silibus sains yang mereka belajar iaitu berkaitan dengan jenis-jenis tanah dan batu. Tentunya pengalaman yang manis buat Irfan dapat meneroka sendiri jenis batuan yang dipamerkan dalam museum

Sekarang sekolah sedang cuti utk term 1 Autumn. Sekolah akan buka untuk term 2 Autumn minggu depan (5 Nov). Pada 6 November pula mereka akan ke York Sweet Story. Agaknya, apa pula yang mereka akan belajar di kilang coklat? Hurm....

NuKilaN:
 

Monday, October 29, 2012

Sepetang di makmal SCIM

Abah kerja over time
So Danish datang lab teman ummi

Ni gambar masa mula2 sampai - pukul 11.30 pagi
Ralit melayan alphablocks
Pukul 2.00 petang, danish ZzzZZzZ
Tidur di penjuru makmal

Bangun tidur pukul 3, terus ajak ummi balik.
Tapi berjaya juga pujuk danish balik pukul 5...
Kawan ummi kata, Danish budak baik...
Sabar jer tunggu ummi buat kerja dan tak pandai merengek :)

NuKilaN:
 

Friday, October 26, 2012

Salam Eidul Adha

Rindu nak tengok orang jatuhkan lembu...
Tak tahu ada ke tak program korban kat Bradford
Pagi jer ambil mood raya kejap.
Lepas tu kena pergi sekolah jumpa cikgu :)
Doakan saya mommies di hari mulia ni...
Semua perjuangan saya dipermudahkan oleh Nya.... amin!

Selamat Hari Raya Korban buat semua kenalan....

NuKilaN:
 

Wednesday, October 24, 2012

WW ::: Autumn Chester

Cantikkan ciptaan Allah?




Terima kasih Allah kerana memberi peluang kepada kami menikmati indahnya pemandangan musim luruh :)

NuKilaN:
 

Tuesday, October 23, 2012

Anak 5 tahun pandai menipu?

Pernah tak mommies mengalami situasi di mana si anak membuat salah, tapi mereka tak mengakui kesalahan tersebut?

Saya pernah nampak Aisyah tumpahkan air tapi bila tanya dia kata, "Tak, kakak tak buat." Rupanya, ia adalah masalah biasa bagi  anak berumur 5 tahun. Mula-mula saya agak risau. Saya nak Aisyah membesar sebagai anak yang jujur. Selepas baca artikel dari Babycenter.com ni, saya rasa sangat lega.

Saya letak kat sini versi English dan Melayu...

Versi English:

"I didn't do it," your child shrieks. It doesn't matter that you saw her throw the ball that shattered your grandmother's lamp. But fortunately, lying at this age doesn't necessarily mean your child is destined for delinquency.

Try not to erupt or punish harshly. If you can discover why she lied, you can handle it more appropriately. Most likely, she's worried about getting punished or disappointing you. Kids this age don't fully understand that deceit is adding to the problem. Sometimes 5-year-olds even deny wrongdoing just to get a rise out of you.

Make sure your child is getting enough attention from you when she's acting right. If she's testing your limits, make sure she knows they're non-negotiable. "I told you no balls in the house." Then offer a fair consequence.

Take care not to try to catch your child in a lie. If you saw the incident, don't then ask, "Did you break the lamp?" You just handed her an opportunity to lie. Instead say, "I saw what happened. You know you're not supposed to throw balls in the house. Help me clean up." Stress the importance of telling the truth, and set a good example. Make sure your child knows that you love and trust her to do the right thing.

Ni pula saya minta bantuan Google translate utk translate ke Bahasa Melayu....

"Saya tidak melakukannya," jerit anak anda. Walaupun kita nampak dia membaling bola sehingga berkecai lampu neneknya. Tetapi mujurlah,  pada usia ini tidak semestinya anak anda seorang yang nakal.

Cuba untuk tidak melenting atau menghukum kasar. Jika anda boleh mengetahui mengapa dia berbohong, anda boleh mengendalikan ia lebih sesuai. Kemungkinan besar, dia bimbang tentang hukuman atau akan mengecewakan anda. Kanak-kanak zaman ini tidak memahami sepenuhnya bahawa penipuan menambah kepada masalah ini. Kadang-kadang kanak-kanak berusia 5-tahun walaupun menafikan salah laku hanya untuk mendapatkan perhatian daripada anda.

Pastikan anak anda mendapat perhatian yang cukup daripada anda apabila dia bertindak betul. Jika dia menguji had anda, pastikan dia tahu mereka tidak boleh dirunding. "Saya beritahu kamu tiada bola di dalam rumah." Kemudian menawarkan akibat kesan dan akibat dengan adil.

Jangan sesekali cuba untuk menangkap anak anda dalam satu pembohongan. Jika anda melihat kejadian itu, jangan tanya, "Adakah anda memecahkan lampu?" Anda hanya menyerahkan beliau peluang untuk berbohong. Sebaliknya berkata, "Saya melihat apa yang berlaku. Anda tahu anda tidak sepatutnya melontar bola di dalam rumah. Bantu saya membersihkan." Menekankan kepentingan memberitahu kebenaran, dan menetapkan satu contoh yang baik. Pastikan anak anda tahu yang anda suka dan amanah beliau untuk melakukan perkara yang betul.

Sumber: Babycenter

Aisyah yg baru 5 thn
Kdg2 rasa dia mcm dah besar :)

Banyak lagi saya perlu belajar dalam mendidik anak-anak. Bertuah punyai teknologi, maklumat sekarang di hujung jari :)

NuKilaN:
 

Monday, October 22, 2012

Jangkitan kutu

Masalah yang saya paling tak suka... kutu kepala! Alkisahnya... sedang saya menyikat rambut Aisyah, ternampak beberapa biji telur kutu sedang bergantungan di atas rambut Aisyah. Huwaa, rasa macam nak nangis :(

Baru pagi tadi dapat surat dari cikgu kelas mengatakan jangkitan kutu dalam kelas Aisyah sedang merebak. Aisyah juga salah seorang mangsa!

Kalau kat M'sia senang sikit nak atasi. Potong rambut pendek-pendek, lepas tu boleh selalu syampu rambut setiap kali mandikan Aisyah. Kemudian guna penyikat kutu utk membunuh kutu yang bermaharajalela tu. Aisyah juga pernah kena masa saya dalam pantang hari tu dan kaedah macam tu mmg berjaya. Hari-hari saya syampu kepala Aisyah dan sikat rambut guna sikat kutu.

Tapi sayang la pulak nak potong rambut Aisyah. Seronok pula bila tengok Aisyah berambut panjang dan diikat dua tocang macam ni..

Disebabkan takde sikat kutu, saya dah order satu dari Amazon. Harganya boleh tahan jugak. Harapnya sikat tu boleh membantu saya mengatasi masalah kutu ini.

_____________________________________________________

Cerita kat atas ni sebenarnya kisah tiga minggu lepas yang juga terperap dalam draf! 
Sekarang masalah Aisyah dah selesai dengan guna penyikat Nitty Gritty ni...

Alhamdulillah, lega sebab tak sempat berjangkit ke semua ahli keluarga (^___^)
Penyelesai masalah kutu yang cekap!

NuKilaN:
 

Sunday, October 21, 2012

Birthday Abah

Baru ingat nak buat surprise birthday party kat abah. Tapi Irfan dah membocorkan rahsia. Nak tahu tak mcm mana boleh pecah rahsia? Abah terjumpa kad yang Irfan buat kat dalam almari. Kad ini lah yang merosakkan plan ummi...

Muka depan

Bhgn dalam....
Silap ejaan daa.... sepatutnya to bkn too

Kad dari Irfan yg mewakili adik2
Eh mana nama ummi?

Sebenarnya kad ni hasil tangan Irfan 100% di pagi hari. Saya kata, "Hari ni birthday Abah, abg buat lah kad birthday utk abah. Ummi nak buat kek kejap". Belum siap saya masak kek, Irfan dah tunjuk hasil tangan dia ni. Nampak sangat Irfan ni seorang yang kreatif. Siap buat hadiah dan kek dalam bentuk 3D. 


Walaupun dah bocor rahsia, saya tetap juga order pizza dan potong kek lepas balik dari sekolah.
Pizza ayam

Hanya sambutan yang simple buat kenangan. 
Apa-apapun, Selamat Hari Lahir Abah.
Ummi dan anak-anak sayang Abah tau! 
You're the best dad in the world :)

NuKilaN:
 

Friday, October 19, 2012

Pokok epal

Dah lama teringin nak tengok pokok epal secara live...
Nak pergi epal picking tak tahu kat mana
Lagi pun masa agak terbatas

Nasib baik Uni Bradford ada tanam pokok epal :)
Nampak pokok2 tu macam baru tanam
Pokoknya kecil lagi tapi dah berbuah masa summer hari tu

Asalnya pokok ni (gambar bwh) banyak jugak berbuah
Masa snap gambar dah tinggal dua biji
Epal2 tu dah selamat dipetik orang
Pokok ni terletak betul2 di laluan pejalan kaki

Pokok yang kat bawah pula terlatak agak jauh dari laluan pejalan kaki
Saya tak berani petik tapi suruh en suami yg buat
Banyak juga dia bawak balik
Makan buah epal fresh mmg sedap!
Harapnya summer tahun depan dapat pergi epal picking.. amin!

p/s: Ni entry yang diperam dalam draf... sekarang dah masuk autumn pun... nanti boleh share pemandangan autumn pula :)

NuKilaN:
 

Wednesday, October 17, 2012

WW :: Berebut!

Danish: Ummi, nak air tu....
 Merah: Eh, mana boleh... yang ni saya punya!
Danish: Huwwwaa..... merah tak bagi!
Beria menangis berebut air....
Buat malu ummi ajer... padahal ada jer gelas lain, tapi nak berebut gelas tu jugak.

Bila danish besar dan tgk gambar ni, mesti dia gelak sorang2 :)

NuKilaN:
 

Tuesday, October 16, 2012

Teknik tepuk bantu bayi hilangkan kahak

Nak kongsi teknik ni yang kawan share dari facebook

TEKNIK TEPUK BANTU BAYI HILANGKAN KAHAK!! 

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.

"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak TIDAK minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.


Saya pernah juga aplikasikan kaedah ni masa danish kecil. Memang nampak kesian semasa tepuk tu (dah la 15 minit tu agak lama juga), tapi sekurang-kurangnya dia lega lepas kahak yang banyak keluar.


NuKilaN:
 

Sunday, October 14, 2012

Legoland Discovery Centre (LDC)

Sebenarnya dah lama entry ni terperap dalam draf. Setiap kali nak menulis, mesti sedih bila terkenangkan peristiwa sedih selepas lawatan ke legoland - kamera saya hilang :(

Tapi nak cerita juga sebagai kenangan dan rujukan masa hadapan. Nasib baik sempat juga rakam beberapa gambar menggunakan handset. Masa kat legoland tu, kami juga beli gambar keluarga yang dirakam secara spontan semasa berperang di Kingdom Quest.

Kami ke sana minggu selepas raya, kalau tak silap 27 Ogos 2012. Legoland Discovery Centre (LDC) ni terletak di Manchester, ambil masa perjalanan dalam 45 minit dari Bradford. LDC terletak di pusat membeli belah TheTrafford Centre, iaitu dalam bangunan sahaja. So bila kata dalam bangunan, means tempatnya tak de la besar sangat. Sebab jaraknya yang dekat, saya order terus pas tahunan untuk ke Legoland. Pas tahunan untuk kami sekeluarga GBP75 (nak convert RM, darab 5).

Dengan pas tahunan ni, kami sekeluarga boleh ke sana pada bila-bila masa, banyak mana pun tak kisah ke LDC Manchester. Tapi ke Legoland Windsor boleh masuk sekali sahaja menggunakan pas tu - kena pergi juga Legoland Windsor sebelum kad tu tamat :) 

Nasib baik dah order tiket online, so tak perlu nak beratur panjang. Masa mula-mula sampai, agak terkejut dengan queue yang sangat panjang. Tapi bagi mereka yang dah order online atau yang dah ada pas tahunan, boleh terus masuk ikut laluan pantas :)

Ni gambar masa nak buat pas tahunan. Setiap orang kena ambil gambar untuk letak atas kad tu. So semua bergilir ambil gambar. Masa ni giliran Irfan.
Macam tu jer kamera yang digunakan
Dah dapat kad masing2, kami mula berseronok di LDC. Ya, anak-anak sangat seronok walaupun ramai yang berpendapat LDC Manchester ni sangat memboringkan. Ada Lego playground,  Lego pool, dan beberapa ride lain untuk keluarga. Tak pandai pulak nak bercerita lebih sebab tak de gambar... sob sob!

Ni pula gambar yang kami beli sebagai kenangan
Siap tulis berapa skor yang kami dapat masa bertarung
Mestilah abah juara antara kami!
Sampai sekarang, belum lagi berpeluang ke sana untuk kali kedua. Tambahan bila anak-anak dah mula sekolah dan cuaca yang makin sejuk, lagi susah nak cari peluang ke sana... huhuhu

NuKilaN:
 

Friday, October 12, 2012

demam

Mode danish sekarang ni...

Demam!

Dia jarang demam, bila demam terus kena teruk macam ni..
Suhu asyik sekitar 39C, pernah juga mencecah 40C...
Saya sangat risau, bagi paracetamol pun suhu tak turun sangat...
paling rendah suhu turun 38.5C

Lagi dua jam temujanji dengan doktor...
Doakan Danish cepat sembuh yer....

NuKilaN:
 

Wednesday, October 10, 2012

Leapfrog Fan?

Saya tak tahu pula sejauh mana pasaran tag junior kat M'sia. Bila baca komen dari Lea, baru terfikir pasal tu. Ingatkan memang kat M'sia pun orang guna tag Junior ni.

Sejak datang UK baru saya berjinak-jinak dengan barangan Leapfrog. Macam-macam toys leapfrog yang saya belikan untuk anak-anak - MyFirst Leappad, Leapster game, Leapfrog tag, LeapPad Explorer dan banyak lagi. Dah jadi fan utk product leapfrog - sebab kami tak pernah kecewa dgn semua barangannya :)
Antara koleksi anak-anak

Kebanyakan yang saya beli adalah barangan terpakai - boleh beli dengan harga murah sikit. Kat UK, bila penjual kata "Like new", memang kita akan dapat barangan yang macam baru walaupun beli secara online. Katakan kita tak berpuashati dengan barang yang kita dapat, proses nak pulangkan semula barangan juga sangat mudah.

Kalau search dalam Mudah.my atau blog, ada jer orang jual menda alah ni. Mungkin jualan tak berapa meluas sangat sebab harganya agak mahal. Kebetulan kat blog MYLEAPHOUSE pula ada promosi utk bulan ni, RM100 utk semua barangan Leapfrog... murah tu!!!!

NuKilaN:
 

Tuesday, October 9, 2012

Tag Junior

Dah lama saya belikan danish tag junior. Saya beli yang terpakai dari ebay. Dulu dia tak minat sangat nak main, mungkin sebab masih kecil kot. Sekarang ni dia dah pandai dan seronok nak main. Bila tag tu bunyi gajah, danish pun tiru bunyi gajah. Kalau bunyi monyet, danish tiru bunyi monyet. Saya pun seronok tengok telatah danish :)

Kalau ikutkan umur pada kotak tu, tag junior ni sesuai dari umur 1 hingga 4 tahun. Rekabentuk tag junior berbentuk bulat juga sesuai utk penggunaan kanak-kanak yang masih kecil.

Ni aksi Danish semalam,
abang dan kakak sibuk baca buku,
Danish pulak sibuk ber 'tag junior' :)






Tu dia.... cover hadapan pun danish tag jugak!

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails