Setiap kali lepas makan malam, saya akan lepak depan TV bersama anak-anak. Biasanya, rancangan kegemaran kami adalah Master Chef Malaysia (MCM). Selesai layan MCM, kami semua akan terus tidur. Danish tak sempat habis MCM pun dah lelap atas pangkuan :)
Akhir-akhir ni, Irfan dan Aisyah selalu usap perut saya semasa menonton TV selepas makan. Disebabkan ke'boroi'an perut umminya yang semakin menjadi-jadi, maka terjadilah perbualan ini.
Irfan: Kakak, cuba tengok perut ummi. abang rasa ada baby la.
(sambil tangannya menyentuh perut saya).
Aisyah: A ah la, baby dah nak keluar sebab perut ummi dah besar.
(saya memang dah cuak time tu sebab kakak pun memberi respon yang sama)
(Irfan terus letakkan telinga kat perut umminya.)
Irfan: Cuba kakak letak telinga macam ni, boleh dengar bunyi baby.
(Kakak pun melayan si abang dan mengikut perlakuan si abang.)
Aisyah: betul la, kakak boleh dengar ada baby kat dalam. Baby cakap.. aa... aa..
(Tu dia... aisyah siap imagine yg baby tu dah boleh bercakap lagi)
Aisyah: Ummi, bila baby ni nak keluar?
Saya yang dari tadi diam terus bersuara...
Ummi: Mana ada baby kat dalam, perut ummi besar sebab ummi makan banyak. Tadi kan baru jer lepas makan.
Aisyah; Oooo, jadi tak de baby la dalam perut ummi?
Ummi: Tak de.
Hahaha, kesian kat Irfan dan Aisyah. Teringin sangat nak ada baby sebab danish dah besar. Ummi pun teringin sangat nak ada baby.
Rindu saat mengandung dan menyusu anak yang masih kecil.
Rindu suasana semua orang ambil berat bila menyedari yang kita sedang mengandung.
Rindu untuk pakai baju mengandung walaupun tidak lagi kelihatan cantik semasa menggayakannya.
Rindu nak berpantang walaupun tak dapat makan makanan yang sedap.
Rindu untuk melahirkan bayi secomel ini....
Rindu untuk mendakap bayi sekecil ini di dalam labour room....
Tapi ummi kena rehat dulu untuk dua atau tiga tahun ni. Sebabnya ...... (boleh rujuk kat sini)
Memang kena pilih salah satu untuk capai yang terbaik. Doakan semoga urusan kami dipermudahkan yer :)
NuKilaN:
Wednesday, December 21, 2011
Wednesday, December 14, 2011
WW ::::: Danish
Gambar danish @ 1 tahun 19 bulan
Nasib baik danish beri kerjasama dengan baik
muka baru bangun tidur
Labels:
danish
Monday, December 12, 2011
badut
Pengalaman pertama anak-anak jumpa dengan badut. Masa tu baru lepas naik cruise kat Putrajaya. Bukan main seronok anak-anak dapat belon free dari badut. Belon yang direka dalam pelbagai bentuk... ada bentuk hati, pedang, dog, flower etc.
NuKilaN:
aisyah yg sedang tunggu giliran
belon pedang utk irfan
belon bunga utk aisyah
belon love utk adleena (sepupu)
bergambar dengan badut
Danish pun dapat satu belon berbentuk anjing. Yang kelakar, aisyah tak puas hati dapat belon bentuk bunga. Dia nak belon berbentuk love seperti sepupunya. Tiba-tiba terdengar belon Aisyah pecah. Rupa-rupanya Aisyah sengaja pecahkan belon bunga tu supaya dia boleh minta belon baru berbentuk love dari badut. Bijak bijak! Eh, lupa pula nak snap gambar Aisyah dengan belon LOVE itu...NuKilaN:
Wednesday, December 7, 2011
1 thn 9 bulan 2 minggu
Dah lama tak update pasal danish. Bila tengok ticker di side bar, baru sedar yang danish akan melangkah ke usia dua tahun dalam tempoh 2 bulan setengah lagi. Ini bermakna tinggal lagi dua bulan lebih untuk saya melengkapkan penyusuan susu ibu selama dua tahun untuk danish, Insya Allah.
Sebenarnya hari Isnin lepas (5/12/2011) saya berpeluang bawa danish ke klinik untuk dapatkan imunisasi yang terakhir iaitu DTP. Ia sepatutnya diberi semasa kanak-kanak berumur 18 bulan tapi saya dah terlajak 3 bulan. Tapi, "better late than never, kan?". Hihihi, ayat nak cover line.
Semasa doktor nak cucuk tu, danish langsung tak melawan bila saya baringkannya meniarap dan pegang kedua tangan dan kakinya. Biasanya bila baringkan tu danish akan melawan dan dia mula menangis. Tapi, kali ni danish memberikan kerjasama dengan baik sekali. Saya ingatkan danish akan meraung bila doktor cucuk. Tapi sangkaan saya meleset sekali. Danish masih lagi cool seperti tiada apa yang berlaku. Fuhh, lega saya dibuatnya.
Lagi satu, doktor ada bekalkan paracetamol takut Danish demam. Alhamdulillah, danish langsung tak demam. Bila tak demam, doktor kata kena beri minum ubat cacing setiap 6 bulan sekali. Kemudian baru saya ingat, Aisyah dan Irfan pun dah lama tak minum ubat cacing. Ishh, teruk betul ummi dia orang ni... hhuhuhu
Setiap kali sebelum cucuk, danish kena timbang berat. Ingatkan berat danish dah mencecah 10 kg, tapi baru 9.5 kg. Sama mcm si kakak juga. Kalau si abang, masa 1 thn dah berat 10 kg.
Gambar ni menunjukkan hobi danish sekarang.

Suka sangat buka seluar dengan sendiri kemudian pakai semula seluar tu. Tapi kebarangkalian danish akan pakai semula seluar yang telah dibuka adalah sangat rendah (dalam 30% kot!).
Tuesday, December 6, 2011
persembahan Irfan
Sebelum ni dah janji nak buat entry pasal persembahan Irfan. Persembahan Irfan yang pertama kali dalam sejarah hidupnya. Mesti letak dalam blog sebagai kenangan.
Kanak-kanak prasekolah menyampaikan dua buah lagu iaitu lagu "Ulat dan kepompong" dan lagu "Tanya sama pokok". Irfan kena pakai kostum bunga yang berwarna ungu. Bila dapat kostum tu, Irfan asyik kata, "Tak sabarnya nak buat persembahan kat sekolah.". Saya pun turut teruja bila dengar Irfan cakap macam tu :)
Saya sempat juga tangkap beberapa keping gambar dan buat rakaman video semasa persembahan.
Ni gambar sebelum persembahan bermula.
Jom layan video persembahan Irfan dan kawan-kawannya.
Sistem suara yang digunakan kurang memuaskan. tapi kanak-kanak telah mencuba yang terbaik. Apa yang penting, keyakinan diri kanak-kanak dapat dipertingkatkan untuk berdepan dengan orang ramai. Bukan senang nak buat persembahan di hadapan ibu bapa yang hadir. Tahniah buat Irfan dan kawan-kawan.
Ini pula gambar setelah selesai persembahan.
Itu saja laporan persembahan Irfan. Terima kasih sebab sudi singgah :)

kanak-kanak mengambil tempat atas dewan

Thursday, December 1, 2011
Burung kakak tua
Suatu hari, Aisyah bertanya, "Ummi tahu tak nak nyanyi lagu burung kakak tua?" Saya jawab, "Tahu!". "Cuba ummi nyanyi lagu tu," ujar Aisyah. Saya pun layan jer nyanyi lagu Burung kakak tua.
atau lebih kurang dalam video ni la...
Lepas saya nyanyi Aisyah diam sekejap, kemudian dia tanya lagi, "Ummi, burung ABANG tua tak ada ke?". Hahaha, nak pecah perut saya tahan gelak dengan soalan Aisyah. Tapi dengan muka yang dibuat-buat konfiden, saya kata, "Burung ABANG tua mana ada, itu nama burung la kakak". Tapi muka Aisyah masih tak puas hati. Kemudian saya dengar dia nyanyi...
Hihihi, rasa kelakar pulak, mungkin Aisyah fikir, kenapa burung dia jer yang boleh tua, kena burung abang tak tua? Ekekekeke!
Yang lagi kelakar, bila sampai part, "Letchu letchu letchu o la la" boleh pulak Aisyah tukar lirik, "Songkok songkok songkok o la la"... hahaha, lagi sekali nak pecah perut dibuatnya...
Saya tanya, "Kenapa tukar jadi songkok pulak?". Aisyah jawab, "Orang lelaki mana pakai LETCHU, kena la pakai songkok." ... Hahaha, bijak tak Aisyah saya ni???
p/s: Lecthu kalau dipronounce ke bahasa kelate adalah bermaksud "LIPSTIK".
NuKilaN:
Burung kakak tua
Hinggap di jendela
Nenek sudah tua
Giginya tinggal dua...
letchu letchu letchu o la la
letchu letchu letchu o la la
letchu letchu letchu o la la
Burung kakak tua..
atau lebih kurang dalam video ni la...
Lepas saya nyanyi Aisyah diam sekejap, kemudian dia tanya lagi, "Ummi, burung ABANG tua tak ada ke?". Hahaha, nak pecah perut saya tahan gelak dengan soalan Aisyah. Tapi dengan muka yang dibuat-buat konfiden, saya kata, "Burung ABANG tua mana ada, itu nama burung la kakak". Tapi muka Aisyah masih tak puas hati. Kemudian saya dengar dia nyanyi...
Burung ABANG tua,
Hinggap di jendela....
Hihihi, rasa kelakar pulak, mungkin Aisyah fikir, kenapa burung dia jer yang boleh tua, kena burung abang tak tua? Ekekekeke!
Yang lagi kelakar, bila sampai part, "Letchu letchu letchu o la la" boleh pulak Aisyah tukar lirik, "Songkok songkok songkok o la la"... hahaha, lagi sekali nak pecah perut dibuatnya...
Saya tanya, "Kenapa tukar jadi songkok pulak?". Aisyah jawab, "Orang lelaki mana pakai LETCHU, kena la pakai songkok." ... Hahaha, bijak tak Aisyah saya ni???
p/s: Lecthu kalau dipronounce ke bahasa kelate adalah bermaksud "LIPSTIK".
NuKilaN:
Labels:
aisyah
Wednesday, November 30, 2011
konvokesyen Irfan
Sekolah dah hampir dua minggu bercuti. Tapi hari ni baru sempat nak update pasal majlis konvokesyen Irfan :)
Sebenarnya, kami baru balik dari KL. Lepas saya selesai kursus BTN, sengaja ambil cuti untuk bersama dengan anak-anak. Nak spend masa berkualiti bersama anak-anak. Mulanya ingat nak ke Melaka, tapi macam tak best pulak kalau pergi bercuti tanpa perancangan yang teliti. So, kami just bawa anak-anak ke mandi kolam kat Sunway Lagoon dan bermalam di Putrajaya. Banyak benda nak cerita, tapi kena mulakan dengan yang dah nak basi dulu, ekekeke.
Ni gambar konvo yang diambil dua minggu lebih awal.
Bila tengok gambar ni, macam tak percaya jer... eh, dah besar anak teruna saya ni :)
Majlis konvokesyen ni berlangsung pada 14 November 2011 bertempat di Dewan Terbuka, SK IPG KDRI. Majlis secara rasmi bermula pada pukul 11.00 am. Yang ada kat banner tu adalah tentatif awal.
Sebelum majlis konvo tu, Irfan ada juga buat persembahan. Pasal persembahan tu, saya akan cerita dalam entry yang akan datang. Tapi lepas persembahan Irfan, ucapan dari wakil rakyat mengambil masa hampir dua jam. Ia membuatkan Aisyah yang menemani saya sempat dibuai mimpi.
Usai majlis perasmian, penyampaian skrol kepada pelajar Pra-sekolah dimulakan. Ni antara gambar yang sempat saya snap.
Bila dah selesai, sesi bergambar dengan Aisyah dan kawan-kawan pula.
Tak sangka, tahun depan Irfan dah nak naik Darjah Satu. Cepat betul masa berlalu!
NuKilaN:
Sebenarnya, kami baru balik dari KL. Lepas saya selesai kursus BTN, sengaja ambil cuti untuk bersama dengan anak-anak. Nak spend masa berkualiti bersama anak-anak. Mulanya ingat nak ke Melaka, tapi macam tak best pulak kalau pergi bercuti tanpa perancangan yang teliti. So, kami just bawa anak-anak ke mandi kolam kat Sunway Lagoon dan bermalam di Putrajaya. Banyak benda nak cerita, tapi kena mulakan dengan yang dah nak basi dulu, ekekeke.
Ni gambar konvo yang diambil dua minggu lebih awal.
Bila tengok gambar ni, macam tak percaya jer... eh, dah besar anak teruna saya ni :)
Majlis konvokesyen ni berlangsung pada 14 November 2011 bertempat di Dewan Terbuka, SK IPG KDRI. Majlis secara rasmi bermula pada pukul 11.00 am. Yang ada kat banner tu adalah tentatif awal.
Sebelum majlis konvo tu, Irfan ada juga buat persembahan. Pasal persembahan tu, saya akan cerita dalam entry yang akan datang. Tapi lepas persembahan Irfan, ucapan dari wakil rakyat mengambil masa hampir dua jam. Ia membuatkan Aisyah yang menemani saya sempat dibuai mimpi.
nula-mula ralit baca buku program
kemudian terus, ZzZZzzZzZZ.....
Usai majlis perasmian, penyampaian skrol kepada pelajar Pra-sekolah dimulakan. Ni antara gambar yang sempat saya snap.
irfan yang sedang beratur
siap sedia dipakaikan topi
bersedia untuk naik ke pentas
jalan hati-hati takut topi terjatuh
Huwaa.... sedih sangat bila tengok gambar ni... tiba-tiba boleh ada muka orang yang interprem... sabar aje la.. huhuhu...Bila dah selesai, sesi bergambar dengan Aisyah dan kawan-kawan pula.
Irfan dan Aisyah
Irfan dan kawan-kawan
Aisyah ambil peluang bergambar dgn jubah konvo
Gambar akhir, posing dengan beg sekolah baru. Jimat duit ummi sebab tak perlu beli beg sekolah utk tahun depan :). Dalam beg tu banyak juga set alat tulis yang pihak sekolah bagi termasuk kotak pensil, pensel warna, marker pen.Tak sangka, tahun depan Irfan dah nak naik Darjah Satu. Cepat betul masa berlalu!
NuKilaN:
Tuesday, November 29, 2011
gambar kelas Irfan
Sebelum ni dah letak gambar Aisyah bersama kawan-kawan sekelas PASTI. Hari ni nak tempek gambar Irfan pula.
Satu kelas ada 25 orang. Sebelah kiri adalah guru kelas iaitu Cikgu Suzana dan sebelah kanan adalah pembantu guru yang dikenali dengan panggilan Kak Tie. Irfan berada di kedudukan lima dari kanan.
Bila tengok gambar ni, mengingatkan saya pada perbualan Aisyah. Dia tanya, "Ummi, kenapa gambar kelas abang, lelaki kena berdiri dan perempuan duduk. Tapi dalam kelas kakak, orang perempuan berdiri, tapi orang lelaki duduk?". Saya pun terkedu nak jawab soalan Aisyah tu. Sampai ke hari ni masih lagi terfikir, apa jawapan yang sesuai untuk soalan Aisyah tu... any suggestion?

Wednesday, November 23, 2011
WW ::::: Hari Ihtifah Pasti
irfan posing semasa ucapan perasmian
danish juga ambil peluang utk posing sama
aisyah bersama kawan-kawan menonton persembahan
nak keluar hingga muncung mulut utk memboloskan diri
sempat lagi posing semasa persembahan dikir barat
Aisyah yang sedang menunggu giliran
giliran Aisyah terima hadiah
dapat hadiah, terus jalan ke dalam surau
danish yang dah tak boleh duduk diam
abang yg sentiasa beri dorongan
posing gaya bebas
Irfan tolong betulkan jubah Aisyah
bergambar dengan jubah
Irfan juga tak lepaskan peluang utk bergambar dengan jubah
Monday, November 21, 2011
gambar pasti
Tarikh: 2 November 2011
Tempat: Pasti Istiqamah Padang Nenas
Walaupun Aisyah bersekolah di Pasti dalam tempoh sebulan lebih, tapi sempat juga Aisyah bergambar bersama bersama kawan-kawan pada akhir tahun. Ummi letak kat blog ni sebagai kenangan Aisyah di masa hadapan.
NuKilaN:
Subscribe to:
Posts (Atom)