Monday, November 29, 2010

bubur nasi

Dah lama nak buat entry pasal ni.
Untuk rujukan pada masa akan datang.

Cara saya menyediakan bubur nasi untuk si comel, danish :)

Mula mula ambil dalam tiga sudu beras

kemudian basuh beras dengan bersih
masukkan beras dan air dalam kuantiti yang mencukupi ke dalam blender
(biasanya, kalau 3 sudu beras + 3 mug air)

blend beras dalam 1 hingga 2 minit
(sehingga beras betul betul hancur)
Masukkan adunan dalam periuk
Masak campuran dengan api sederhana dengan mengacau perlahan lahan
Masak dan kacau sehingga menjadi likat

Apabila dah cukup likat, boleh perlahankan api
biarkan mendidih sehingga beras masak
Bila beras dah masak, tutup api dan bubur nasi sedia utk dihidang.
Tapi, masa danish berumur 6 bulan, saya tapis dulu bubur yang dah masak supaya tekstur bubur lebih lembut.

Selamat mencuba :)

NuKilaN:
 

Sunday, November 28, 2010

watermark free

Alhamdulillah, sekarang dah semakin sihat. Dah dapat buat kerja macam biasa. Cuma anak anak masih lagi selsema. Mungkin dia orang susah skit nak recover disebabkan cuaca sekarang yg sangatla tidak menentu. Yang bagusnya, Mrs P belum lagi bertandang. Lega sangat rasa :)

Bila check email pagi tadi, dapat email dari Syamila Mohd. Rezeki lagi, dapat watermark free dari Sya. Terima kasih banyak banyak yer :). Kebetulan masa jalan jalan kat blog Sya ni, ternampak ada tab watermark PERCUMA. Saya pun terus tinggal komen dan design yang berkenan. Memang dah lama duk usha nak dapatkan watermark. Sekali dapat yg free... hihihi lagi la gembira hatiku ini :)

Ni dia watermark yg Sya design

Then, godek godek lagi cari cara nak tempekkan watermark kat gambar. Jumpa la entry dar Lieza. Sangat membantu tutorial yang diberikan menggunakan Photoscape. So, dapat lah hasil seperti kat bawah:

anak anak sedang bermain bersama
bila adik danish merangkak
si abang dan si kakak pun join merangkak sama :)


NuKilaN:

Friday, November 26, 2010

kurang sihat

Salam semua....

Hujung minggu yang agak mencabar... huhuhu, semua anak anak termasuklah saya sendiri tak sihat. Irfan selsema, demam dah baik. Aisyah pula batuk dan selsema. Suara pun dah berubah jadi lain. -semakin garau. Kesian betul kat Aisyah. Danish pun sama. Dapat pakej yang cukup lengkap: batuk, selsema dan lelah. Lagi kesian bila tengok dia tercungap cungap bernafas ikut mulut. Poor danish!

Tapi yang bagus nya, irfan, aisyah dan danish sangat senang nak telan ubat. Danish baru jer pandai nak telan ubat. Bila tengok syringe tu, memang dia akan geleng kepala kiri kanan. Tapi bila ubat dah masuk dalam mulut, dia akan telan perlahan lahan.  Mmg good boy la danish ni :)

cepat baik yer anak anak ummi...
Saya pulak, selsema ringan jer. Tapi dari semalam duk sakit belakang. Tak boleh nak duduk atau berdiri lama. Jalan pun kena slow slow. Dalam hati ada terpikir, adakah Mrs P nak datang? Oh no, mcm mana la dengan production susu bila dia datang? Tapi harapnya belum lagi, tapi kemungkinan besar tetap ada. Selepas melahirkan Aisyah dulu Mrs P datang masa Aisyah berumur 9 bulan jugak, tapi Irfan pula masa 11 bulan. Sekarang danish dah 9 bulan. Memang patut pun kalau Mrs P nak bertandang.... huhuhu.

NuKilaN:

Wednesday, November 24, 2010

contest pecah tabung

Hari ni mood join contest
jom kita join contest ni pula

Siapa berminat boleh klik sini.

Agaknya, berapa jumlah duit yg ada kat dalam tabung ni?
Ok, la... saya teka RM87.25.
Kena tak?
NuKilaN:

GA Teka & Menang Ibu3A

Jom kita pakat join GA yang dianjurkan oleh Kak Yong.

Saper nak join, klik sini.

Berapa jumlah duit dalam gambar kat atas?

Ni tekaan saya:

RM80.09
atau
RM83.56

p/s: harap, ada la jumlah yang mengena :)

NuKilaN:

Sunday, November 21, 2010

danish @ 9 months

Kelmarin, 20 Nov 2010, danish dah genap 9 bulan
Tak sempat nak update semalam
Ni dia gambar budak yg dah makin besar

muka geram nak ambil kamera ni....
danish belum pandai merangkak
 masih dalam proses nak merangkak
sbb montot agak berat
bila angkat jer montot
terus masuk gear undur
asyik mengundur ke belakang
hehehe
kelakar betul

tp, tu normal sebenarnya
sebab otot tangan danish masih belum kuat
berbanding otot kaki
(terbaca pasal ni somewhere)
irfan dan asiyah pun macam tu jugak
sebelum boleh  merangkak dengan betul
mesti merangkak ke belakang dulu

makan pun banyak sekarang ni
mulut pun dah semakin bising
suka sangat bercakap bahasa baby
bila nak gi jalan naik kereta
dan irfan baca doa naik kereta
danish pun bising sama ikut abg baca doa
sweet kan pengalaman mcm ni :)

dah lama tak bawak danish gi klinik
agaknya, dah berapa kg la danish skrang ni
org kelate kata
danish dah semakin 'atap'
'atap' = berat
org tua2 kelate kata
baby tak boleh kata berat
kena sebut 'atap'
tp sebabnya, saya pun tak tahu
ada sesiapa tak yg boleh beri penjelasan?

dan
my bf journey
lagi 3 bulan utk genap setahun
semoga dipermudahkan oleh-Nya... amin!
caiyok caiyok!

NuKilaN:
 

Wednesday, November 17, 2010

ibadah korban

Korban bermaksud haiwan yang disembelih kerana ibadah pada Hari Raya Adha (10 Dzulhijjah) dan hari-hari tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Dzulhijjah dengan tujuan untuk mendampingkan diri kepada Allah Ta’ala
(Syeikh Daud al-Fathoni, Furu’ al-Masail, Juz 1: 259).

Tahun ni kami sekeluarga tidak ambil bahagian dalam ibadah korban
Tapi saya tetap ke tempat meyembelih lembu korban
sekadar memeriahkan suasana tempat korban

Yang pasti
kanak kanak la paling seronok
tak kurang juga yang takut
bila tengok banyak lembu yang disembelih

Biar gambar pula yang berbicara
bertungkus lumus menjatuhkan lembu utk disembelih

dah berjaya direbahkan
proses penyembelihan
darah yg mengalir

 Titisan darah korban yang pertama adalah pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu...

 daging yang dah siap dilapah
 lembu yang masih lagi menunggu giliran

Sekian....

NuKilaN:

Tuesday, November 16, 2010

salam aidiladha

Hari ni dah cuti.
Get ready utk balik kampung
sedang menunggu en suami pulang
harapnya jalan ke KB x jem petang ni
cuaca pulak panas
nampaknya lepas asar jugak baru boleh beransur pulang

kawan kawan mcm mana?
balik kg x?
apa apa pun
selamat menyambut hari raya korban buat semua
kepada yg balik kampung
semoga sampai ke destinasi dengan selamat

adioss....

NuKilaN:

Monday, November 15, 2010

tempoh mengepam

Just nak share pengalaman.
Ada beberapa teman tanya pasal ni.
Kadang-kadang masa mengepam pun ada orang tanya.
"Biasa kak nur mengepam berapa lama yer?"
So saya jawab,
"Biasanya akak tunggu sampai dua kali let down"

Masa mengepam tu sebenarnya bergantung pada let down
kalau let down tu datang cepat
dalam 10 minit dah siap
kalau time susah nak dapat let down
(especially when running with time)
mahu 20 - 30 minit jugak nak dpt dua kali let down tu



Sbb tu untungnya guna s3
boleh guna dual pumping
sangat menjimatkan masa
Kalau rujuk pada manual s3
masa yang disarankan utk mengepam antara 15 - 20 minit
apa-apa pun, ia bergantung pada badan seseorang :)

NuKilaN:
 

Sunday, November 14, 2010

Contest berapa nilai KAMI

Jom join contest ni.
Maklumat lanjut klik link ini.

Agaknya, berapa harga barang ni?
(Jom kita main teka teki yer kawan kawan...)

Beg : RM 27.90

Stiker: RM 15.90

Good luck to me and those yg dah join :)

NuKilaN:

Tuesday, November 9, 2010

main kawin kawin

Semalam sedang saya ralit surfing internet, tetiba terdengar anak-anak sedang main kawin kawin. So terjadi la perbualan ini antara kami:

saya :  abg dgn kakak main apa?
abg:    main kawin kawin la umi
saya:  umi nak main jugak, boleh tak?
abg:   mana boleh..
saya:  kenapa umi x boleh main skali?
abg:  yea la.. sbb umi dah kawin dgn abah
 saya: ooo..

Saya mengiakan jer laa... tapi dalam hati, patut la tak kasi umi dia main :)

Beberapa minit lepas tu, saya cari remote astro. Saya pun tanya si kakak.

saya: kakak, remote kat mana?

Kakak, diam jer... tak de jawapan, padahal masa tu dia kat sebelah saya. Sedang memasak olok olok. Saya pun panggil lagi sekali.

saya: kakak, umi nak remote ni. Kakak letak kat mana?
kakak: kakak tak ada la umi. Ni, isteri la... (sambil tunjuk tangan kat dada)

Adui... patut la tak menyahut bila panggil. Masih lagi dalam imaginasi alam kahwin rupanya :)
Agak-agak, apa yg budak 3 dan 5 tahun paham tentang kawin ni?

abg dan kakak

NuKilaN:
 

Monday, November 8, 2010

testing signature

Yeay.... dah ada signature! Hehehe, seronok kan bila dapat benda free ni? Terima kasih kak yong sebab sudi designkan signature ni. Suka sangat design yang simple mcm ni :)

Saja nak testing letak signature ni dalam post. Alhamdulillah, dah berjaya! Terima kasih sekali lagi kak yong atas tutorial cara nak letakkan signature ni. Saper yang nak belajar, boleh ikut link ni.

So, saper yang belum ada signature dan nak order, boleh jenguk blog kak yong  yea :)
Harga yang ditawarkan sangat la berpatutan.
(tolong promote utk kak yong)

NuKilaN: 

Thursday, November 4, 2010

botol susu

Saya ada dua jenis botol yang digunakan untuk menyimpan ebm. Botol MLO dan Bumblee Bee. Untuk menyusu pula, danish gunakan botol dari Pigeon. Yang best nyer botol pigeon ni adalah part putingnya yang peristaltic. Sangat la lembut.

Since irfan lagi saya gunakan botol susu jenis ni, sampai la adiknya danish. Sebab dulu masa irfan umur 5 bulan, tetiba dia jadi keliru puting. Tak nak minum susu pakai botol, nak direct bf jer. Risau sangat time tu. Macam mana nak tinggal bila pergi kerja? Berjenis-jenis botol dan puting susu yang ada kat pasaran saya cuba. Sampai la saya cuba produk ni, baru irfan boleh terima. So far bagi aisyah dan danish, tak pernah pula keliru puting bila guna produk ni :)

dari kiri: pigeon, MLO dan bumble bee

Untuk storage bottle pula, saya ada 12 botol MLO dan 20 botol bumble bee. Kalau dibandingkan antara MLO dan Bumblee Bee, saya lagi suka guna MLO. Selain daripada rekabentuknya yg sgt cute, saya suka sgt part skalanya. Setiap auns dia ada letak penghargaan utk si ibu spt berikut:

                              1 oz - Tq mum!
                              2 oz - You're the best!
                              3 oz - You're superb!
                              4 oz - You're awesome!
                              5 oz - Love u mum!

Bagi ibu yg x byk susu mcm saya ni, seronok sgt bila baca kata-kata perangsang mcm ni. Terasa seolah-olah sangat dihargai walaupun dapat 1 oz shj utk sekali pam :)

Berbeza dengan botol bumble bee, skalanya bermula dari 40 ml. Maksudnya, kalau dapat kurang dari 40 ml, tak boleh la nak sukat banyak mana susu yg kita dah dapat. Boleh down juga la time susu merudum.

Nak inteprem gambar danish yang dah pandai posing sekarang ni :)

Wednesday, November 3, 2010

ice pack cair

Masa bersiap nak pergi keje pagi tadi, skali saya tersentap bila tengok cooler bag... oooo, tidak! macam mana boleh terlupa ni... saya lupa masukkan ice pack dalam freezer! uwaaa... panik la jugak. nak buat mcm mana ni? nak balik tengah hari, malas nak berkejar sbb petang ada meeting. So, dengan hati yang masih sedih, saya ambil ice pack yg dah cair tu dan letak dalam freezer.

Kemudian, hati berbunga riang bila tengok ada beberapa ketul ais yang en suami buat menggunakan bekas dadih. Saya pun ambil jer empat bekas dan letak dalam cooler bag. Dalam pukul 12.10 pm, saya check cooler bag nak tengok ais tu cair ke tidak sebelum masukkan susu yang dah dipam. Taraaa.... cooler bag masih lagi sejuk dan ais baru mencair dalam 5%. Alhamdulillah, syukur sangat!
Tanpa buang masa, saya terus masukkan ebm dalam cooler bag :)

Hasil pam pukul 11.30 am dapat dalam 8 oz...
Alhamdulillah....

Tuesday, November 2, 2010

4th Anniversary Giveaway

Tahniah diucapkan kepada Ayu dan suami kerana bakal menyambut hari  ulangtahun perkahwinan mereka yang ke - 4 pada 17 November 2010. Bersempena dengan itu, Ayu telah melancarkan GA untuk kita pakat join :). Mana tahu, kalau bernasib baik, dapat hadiah yang sangat menarik!

Nak join, klik sini :)

Bukan main cantik lagi gambar kahwin diaorg ni. Ayu pun tetap maintain jer, mesti hasil gigih menyusukan si manja :). Semoga rumahtangga Ayu dan suami sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dari Nya, berbahagia selalu dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah... amin!

Bila buat entry ni, baru saya perasan... rupanya kita berkongsi tarikh anniversary yang sama la Ayu... akak pun kahwin 17 November tapi dua tahun lebih awal... so thn ni akak menyambut anniversary ke-6. Memang 17 November tahun ni sangat special, kan? Sebab, bukan senang tarikh anniversary kita nak jatuh pada hari raya. Raya korban pulak tu, dapat la sambut bersama dengan ahli keluarga yang lain. Tentu lebih meriah, kan?

p/s: best jugak kalau dapat 'hadiah yg sangat special' tu utk anniversary :)
Related Posts with Thumbnails