Friday, May 30, 2014

Danish dan shark

Tgk danish sedang melukis, saya pun tanya, "Adik lukis apa tu?".
Jawab danish, "Shark!"....
Tapi tak siap lagi lukisan ni. Masih lagi khusyuk melukis...
Rupanya, danish lukis orang sedang tunggang shark... 
Kata danish, "Ummi, ni adik naik shark."
Ni pula gambar akhir imaginasi Danish versi shark yg lebih gemuk dan beberapa pelakon tambahan...
Yang kat bawah sebelah kanan tu katanya ummi, yang kat depan tu si kakak, Aisyah.

Perasan tak dahi sebelah kiri Danish benjol? Mula-mula di terhantuk di tangga. Lepas tu dia tersembam muka di lantai dan terhantuk pada tempat yang sama. Dah dua hari tapi bengkak tak surut-surut. Mungkin sebab dua kali terkena pada tempat yang sama. Mommies ada tips tak nak hilangkan benjolan ni?

Update... Yg kali pertama kena tu, benjolan surut lepas tuam... Yang kali kedua ni tak surut2 lepas tuam :(

Thursday, May 29, 2014

Day 4... Part 2... Susahnya cari port makan kat highway Swiss

Dari Rheinfall, kami meneruskan perjalanan ke Frankfurt. Masa tu perut dah mula rasa lapar untuk diisi. Tapi malangnya, tiada port yang sesuai utk kami buka bekalan yang dibawa. Jadi kami decide utk berhenti di mana-mana service yang terdekat.

Rupanya susah nak cari port yang sesuai di sekitar highway swiss. Dua kali kami berhenti dan dua kali kami kecewa. Ni port pertama yang kami singgah...

Danish happy dapat main air yg super sejuk ni...
 Begitu juga dengan anak dara bertiga ni...
 Kaum ibu dan bapa dah mula keluarkan tikar untuk berpicnic...
Tapi malangnya bila check kawasan toilet, tersangatlah kotor. Jadi susah bila anak-anak nak buang air atau nak ambil wudhu. Jadi terpaksa lipat balik tikar-tikar dan teruskan perjalanan hingga jumpa service yang seterusnya.

Tak lama lepas tu kami singgah di service yang kedua. Kawasannya agak ok dan ada juga mini playground. Baru nak buka bekalan, dah ada orang "sound" kami dari dalam kedai makan yang berhampiran. Katanya tak boleh makan-makan kat area tu. Tapi saya tak de masa kejadian sbb pergi ke stesen minyak terdekat utk beli sedikit makanan buat alas perut. Gambar pun tak sempat nak snap di hentian kedua tu.

Jadi kami teruskan perjalalanan hingga ke highway German baru jumpa service yang sesuai walau meninggalkan satu kenangan pahit buat kami sekeluarga. Nak buat entry khas untuk cerita sedih tu buat pedoman saya di masa mendatang. Tapi patut ke saya cerita kat sini? Hurm....

NuKilaN:
 

Wednesday, May 28, 2014

WW ::: Pink flakes

Gambar lama dah draf, tapi nak publish juga walau dah nak masuk summer...
Snap waktu pagi masa sampai ke sekolah saya..
Pink sana sini...
Penuh dengan kelopak pink bertaburan atas tanah...
Skrang ni semua bunga dah habis gugur, jadi pokok cuma tinggal daun hijau. Daun hijau pula luruh bila autmn nanti. Togel lagi la pokok2 ni bila winter.

Perkhabaran sedih dari M'sia.... al-Fatihah...

Pagi tadi sangat terkejut bila dapat message ni dari WhatApp ahli keluarga..
Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali...  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎...
Acik adalah adik kepada mak saya a.k.a mak saudara.
Suami kepada Acik saya panggil dengan panggilan Pok Cik.
Saya difahamkan, arwah Pok Cik mengadu sesak nafas ketika memandu.
Tak lama kemudian, kawan yang bersama arwah menyedari yang Pok Cik dah tak bernafas lagi.
Perginya sangat tak diduga.

Arwah meninggalkan tiga orang anak lelaki yang masih kecil (8 - 12 tahun).
Anak sulung akan menghadapi UPSR tak lama lagi.
Tak dapat saya bayangkan tiga orang sepupu yang kehilangan ayah di usia yang sangat muda.

Kak Nur doakan semoga Acik diberi kekuatan, ketabahan dan kesabaran menghadapi ujian yang sangat besar ni.
Hanya doa yang mampu kak Nur sedekahkan dari jauh.
Sedih tak dapat bersama-sama Acik di saat kehilangan orang tersayang.

 Mari sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat arwah...
Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.... amin amin amin...

Tuesday, May 27, 2014

Day 4... Part 1... Engelberg ke Rheinfall, Swiss

Pagi hari Isnin, 21/4 yang merupakan hari ke empat kembara Europe kami bersiap-siap utk check out dari Gasthaus Grafenort hotel untuk meneruskan perjalan ke Frankfurt, German. Berdasarkan saranan dari pemilik hotel, beliau mencadangkan supaya kami singgah di Rheinfall semasa on the way nanti.

Lepas siap isi semua barang dalam kereta, haruslah bergambar lagi dengan suasana sekitar hotel. Kalau sebelumnya cuaca sangat cantik, tapi pagi tu suasana agak bergabus. Dah tak berapa nampak snowcap atas bukit2 di sekitar. Rasa macam berada kat cameron highlands pun yer...

Ready utk ambil gambar beramai-ramai...
 Aisyah and Arissa... Daffodil pun tak berkembang bila tiada matahari...
Lepas siap sesi photoshoot, kami meneruskan perjalanan ke Rheinfall. Dah lupa berapa lama perjalanan untuk sampai ke sana. Tapi sepanjang perjalanan tu, mmg kami dihidangkan dengan pemandangan unik kampung2 di Switzerland. Banyak rumah2 kayu yang dibina di lereng-lereng bukit. Tapi tak terfikir pula nak snap gambar, ralit melayan dan rakam dalam kepala jer...

Rasanya dalam sejam lebih perjalanan juga, kami tiba di Rheinfall. Tak susah pun nak cari tempat ni. Lepas parking kereta, terus kami menapak ke tempat yang dituju. Cuaca kat sana masa tu agak sejuk. Jadi masing2 mula cari baju tebal dan cuaca juga macam nak hujan.
 Boleh tahan jauh kena menapak dari tempat parking tu.
 Dari jauh dah nampak air terjun...
Akhirnya sampai juga di tempat utk beli tiket. Alahai, dah lupa berapa tiket yg kena bayar utk masuk dalam tu. Rasanya tak mahal sangat.
Sementara tunggu beli tiket dan ahli rombongan yang nak masuk toilet, sempat la snap beberapa keping gambar budak2 posing dgn lembu2 Swiss...

Mula-mula posing dgn lembu coklat...
 Lepas tu posing dgn lembu hitam pulak...
 Bila semua dah ready, kami terus menapak ke pintu masuk.
Bukan main mencabar lagi nak tgk air terjun tu dari dekat. Kena lalui adventure trail. Takde la adventure sgt pun, cuma kena hati2 menuruni tangga yang agak curam. Dalam masa yang sama kena monitor anak2 yang dah mula eksaited tgk air terjun.
Subhanallah, memang cantik pemandang air terjun ni...

Empat sekawan.... Irfan, Kimie, Aisyah dan Sephia...
Lepas menikmati keindahan air terjun, budak-budak macam biasa tak lepaskan peluang utk main2 bila jumpa mini playground...
Danish pula ambil peluang tunggang kuda kayu...
 Ini pula pemandangan air terjun dari atas jambatan...
Nampak tak boat pink dan kuning dalam gambar kat atas tu? Ingatkan boleh cuba naik boat tu, tapi tak jumpa nak cari arah nak naik boat2 tu dan nampak macam jauh pula nak menapak ke sana. Jauh menapak tu satu hal, nak beratur pula satu hal. Jadi simpan aje la impian utk naik boat2 tu. Bukan main frust anak2 bila kata tak jadi naik boat tu. Nanti2 la, kita cari boat kat tempat lain.

NuKilaN:
 

Monday, May 26, 2014

Photobook lagi...

Dalam sibuk duk kejar dateline dari supervisor, sempat juga godek2 photobook. Sebenarnya dah lama beli kupon dari amazon utk dua photobook ni, dari tahun lepas lagi. Dah memang jenis keje last minit, kupon tu expired akhir bulan ni baru terhegeh-hegeh nak buat :)

Memang tak sempat nak design sangat. Just fill in the blank. Sumbat jer mana gambar yang ada. Lepas submit online, dalam seminggu juga baru sampai. Tapi Alhmadulillah, puas hati dengan hasil kali ni walau ambil masa cuma beberapa jam utk dua photobook dengan 100 pages for each. Rasanya 1000++ jugak gambar yg saya letak. Tak sempat nak pilih2 yg cantik, semua sekali saya letak... hahaha

Ni la hasilnya...
Antara kenangan yg diabadikan..
Teringin nak ke sana lagi bila tgk anak2 posing dgn tulip ni...
Bila dah siap dua ni, mula la rasa gatal tangan nak beli kupon2 ni lagi. Rasanya murah juga utk GBP19 bagi photobook saiz A4 dengan 100 pages. Mmg puas hati letak gambar utk penuhkan 100 pages tu.

Friday, May 23, 2014

Taugeh

Terfikir nak kongsi gambar ni bila ada kawan share dalam facebook...
Bahasa standard panggil taugeh, tapi saya panggil "toge".
Silap la saya selama ni... Toge tu utk singular, kalau plural jadi together. Hihihi, just joking! Tiada kaitan sama ada dengan yang masih hidup atau yang telah mati. Harap maklum :)

Tapi jangan lepas ni pergi kedai beli "together" pulak. Pening pula makcik yang jual kat kedai tu :)

Tgk "toge" ni, sedap juga kalau masak letak dalam kue tiew. Atau buat ulam makan dengan nasi kerabu. Atau cicah dengan budu lawan dengan nasi panas. Tapi fikir panjang juga nak beli "toge" kat sini. Satu plastik tu dalam 50 pence (kalau convert dlm RM2.50). Dah la budak2 tak berapa makan. Saya juga yg kena habiskan. Nak buat sendiri macam UAA, sah-sah belum cukup rajin :)

Thursday, May 22, 2014

Ailurophobia

Terfikir nak share pasal ni bila tgk ada kawan post kat facebook...

Ailurophobia bermaksud takut kepada kucing. Tetapi, jika anda perasan, kucing akan tertarik untuk lebih mendekati si fobia kucing ini.

Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja. Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.

Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya.


Saya pun pernah terfikir benda yg sama. Sekarang dah tahu sebab musababnya.
Teringat masa Form 5 dulu, ada seorang cikgu ni yg takut kucing. Masa cikgu matematik ni sedang ralit mengajar, tiba-tiba ada seekor kucing masuk dalam kelas. Terus cikgu tu senyap dan tak berganjak sambil memerhatikan kucing. Kucing tu pula, terus mendekati cikgu yang dah nampak cemas tu. Tiba-tiba dia lari keliling kelas, "Tolong, saya takut kucing!". Kesian pulak kat cikgu tu. Saya pun pelik, dalam ramai-ramai budak dalam kelas tu, kat cikgu tu juga yg dia tuju.

Saya dulu pun takut kucing tau. Paling tak suka bila kucing datang dekat dan gesel2 badan dia kat kaki.  Tapi sekarang bila dah ada anak-anak, saya cuba lawan rasa takut tu. Dah tak heran sgt kalau kucing nak datang dekat. Siap boleh belai lagi tau :)

Korang pun, ada tak yg takut kucing?

NuKilaN:
 

Tuesday, May 20, 2014

Numeracy workshop

Dah tiga minggu berturut-turut cikgu kelas Year 2 anjurkan workshop utk parent. Minggu pertama Reading workshop, lepas tu Writing workshop dan hari ni Numeracy workshop. Ha, parent pun turut turun padang untuk membantu anak-anak bagi menghadapi ujian SAT. Ujian SAT tu akan bermula pada bulan depan, iaitu hari Isnin, 9 Jun nanti.

Eh, apa tu SAT? SAT adalah ringkasan daripada Statutory Assessment Test. Untuk primary school, pelajar kena menduduki dua kali SAT iaitu masa Key Stage 1 (Year 2) dan Key Stage 2 (Year 6). Untuk Year 2, pelajar akan dinilai dari segi reading, writing dan math. Untuk setiap subjek, pelajar perlu menguasai sekurang-kurangnya level 2b. Saya pernah letak level expected at the end of the year dalam entry ni. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal SAT, boleh tgk link ni.

Jadi bila cikgu panggil ibu bapa ni, kami didedahkan bagaimana cara cikgu2 mengajar murid-murid dalam kelas dan bekalkan resources utk anak-anak buat latihan di rumah. Seronok tgk cara cikgu-cikgu ni menagajar. Insya Allah, kalau ada masa saya kongsikan aktiviti-aktivit yang cikgu2 cadangkan tu. Then let the pictures tell the story...

Aisyah sedang buat latihan take away....
Ada dua kaedah yang cikgu2 guna, satu menggunakan kaedah garis nombor dan lagi satu "ten and unit". 

Ni cikgu kelas Aisyah masa Year 1, Mrs Kaur.
Mrs Kaur pula terangkan cara mengajar utk operasi darab dan bahagi. Utk operasi darab dan bahagi pula, ada dua kaedah yg mereka guna iaitu garis nombor atau array. Jadi boleh buat latihan dengan kaedah yg anak-anak kita selesa. Bagi Aisyah, dia lagi suka kaedah garis nombor utk buat operasi bahagi.

Aisyah yang ralit buat latihan...
Ni pula Miss Day, cikgu kelas Aisyah masa Reception. 
Cikgu yang paling Aisyah suka. Beria buat latihan masa giliran Miss Day ni sebab tak sabar nak tunjukkan jawapan yang dia buat. 

Utk menggalakkan pelajar2 buat latihan, ada juga mereka gunakan permainan "snake and ladder". Setiap kali kita berhenti pada petak soalan, kena cuba selesaikan soalan dulu baru boleh meneruskan permainan. Jadi mmg happy bila dapat belajar sambil bermain....

Nota ummi,
Tinggal lagi dua minggu lebih Aisyah nak exam. Saya pun tumpang nerbes. Kali pertama Aisyah akan menduduki test. Ummi doakan Aisyah dapat buat yang terbaik. Cuti minggu depan kena banyak-banyak buat gerak gempur.

Monday, May 19, 2014

Budak ke sekolah dgn pyjama

Budak yang dimaksudkan adalah Aisyah...
Skrang dia dah rilek pergi sekolah dgn pyjama...
Berbanding tahun lepas, Aisyah malu malu kucing jer bila kena pergi sekolah dengan baju tidur macam saya tulis dalam entry ni.

Kalau tahun lepas Aisyah berpyjama ke sekolah kerana World Book Day, tapi tahun ni pula sebab dia belajar berkaitan dgn burung hantu atau omputih panggil Owl. Owl ni berjaga waktu malam. Jadi banyak la dia belajar tentang sifat2 istimewa burung hantu utk membolehkannya berjaga di tengah malam.

Owl ni salah satu topic IPC utk semester ni. Dari owl, mereka kaitkan juga dengan jenis pekerjaan yang perlu berjaga malam macam polis, doktor, nurse  dan macam-macam lagi yg melibatkan shift. Budak-budak berbaju tidur dan cikgu-cikgu yang mengajar Year 2 pula akan berpakaian polis/doktor/nurse. Seronok tgk pendekatan cikgu2 bila mereka explore satu-satu tajuk dalam IPC ni :)

Utk Irfan pula, semester ni dia belajar tentang liga bolasepak di England. Minggu lepas dia dan kawan-kawan pergi melawat Football Museum di Manchester. Tak sempat lagi nak up entry pasal pengalaman dia pergi ke sana. Tumpang entry ni kira jadi la kan, Irfan? hihihi

Sunday, May 18, 2014

Day 3... Part 5.... Golek-golek di puncak Titlis, Swiss

Rasanya ni part yang terakhir untuk hari yang ketiga. Kalau ikutkan, banyak lagi gambar-gambar nak kongsi kat blog ni. Layan gambar mana yang ditempek aje la. Nak bercerita pun dah mula hilang idea...

Ni puncak tertinggi Titlis. Silap beri fakta rupanya. Gunung Titlis ini adalah 10000 kaki tinggi dari aras laut, bukan 3020 macam yg saya tulis dalam Part 3 hari tu...
 Pemandangan dari salah satu sudut...
Pemandangan dari arah lain...
Aktiviti popular kat puncak Titlis ni... main ski!
 Kami main snow area Cliff Walk tu jer...
 Gigih anak-anak panjat cerun untuk main di bahagian atas...
 Aktiviti wajib anak-anak bila jumpa salji... golek-golek dalam snow!
 Suka dgn gambar ni... Si adik sedang sun bathing berpermaidanikan salji, manakala si kakak terjatuh gara gara kasut sangkut dalam snow....
 Cubaan Khalef buat Olaf...
 Kakak pun tak lepaskan peluang golek-golek dalam snow berbantalkan bantal special - snow pillow!
 Irfan dan kawan-kawan pula serang menyerang antara satu sama lain, omputih kata snowball fight!
Last sekali, Danish seldging without sledge!
 Berkali-kali dia sledging macam tu. Begitu juga dengan si abang dan si kakak!
Seronok sgt la tu kan sampai nganga bukan main luas lagi :)

Lepas jer main snow, boleh nampak yang anak-anak sangat penat. Ada yang mengadu sakit kepala. Irfan pula mengadu sakit telinga. Saya pun check telinga Irfan. Rupanya dua-dua telinga Irfan jadi panas, agak besar dan merah. Dia kata rasa kebas pun ada.

Risau saya dibuatnya. Nasib baik ada bakal doktor dalam ahli rombongan tu, Aina. Aina yang tolong tgkkan keadaan Irfan. Kata Aina, kena cuba panaskan affected area tu dengan tangan. Suhu dari tangan kita boleh naikkan suhu kat telinga Irfan tu. Ada juga saya letakkan minyak habbatusauda. Tapi Alhamdulillah lepas Irfan mandi (bila balik ke hotel), bengkak tu terus hilang.

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails