Kejap lagi dah nak tinggalkan Bradford for good.
Flight pukul 8 malam nanti kat Manchester.
Alahai, sedihnya rasa.
Tempat jatuh lagikan dikenang, apatah lagi tempat belajar.
Selain tu, uni juga tempat posing-posing dan juga petik pelbagai buah-buahan di laman universiti.
Sebak jer rasa bila nak tinggalkan bangunan ni....
Cuma bezanya dulu datang main air kat sini dengan anak-anak.
Tapi skrang datang berdua dengan kawan, AS.
AS lah yang jadi teman setia saya ke sana sini.
Juga teman yang sentiasa ingatkan rutin harian saya.
Bak kata Aisyah Mat Jasin, dah jadi "Pembantu Peribadi".
Hahaha, apa-apa aje lah janji hati gembira dan bahagia.
(Walaupun akan lebih bahagia bila ada keluarga di sisi).
AS dan Aisyah Mat Jasin lah yg banyak luangkan masa bersama saya sepanjang 10 hari kat sini.
Luangkan masa, sponsor makan minum dan juga penginapan
Bila dah nak balik ni, rasa sedih pula.
Entah bila dapat jumpa dengan mereka lagi.
Dapat luangkan masa sama-sama macam ni.
Tapi, Insya Allah, semoga kita dipanjangkan umur untuk jumpa lagi di M'sia :)
Selain kawan-kawan rapat, rasa juga sebak bila nak ucapkan selamat tinggal untuk kawan-kawan satu kumpulan penyelidikan, Center of Visual Computing.
Mereka lah yang selalu beri semangat tiap kali rasa "down".
Mereka usulkan penyelesaian bila terasa buntu dengan penyelidikan.
Mereka setia mendengar masalah bila saya memerlukan.
Jatuh bangun saya mereka sentiasa ada memberi sokongan dan bimbingan.
Alhamdulillah sepanjang pengajian tiga tahun setengah, saya sentiasa dikelilingi oleh mereka yang memahami dan supportive.
Dah, nak bersiap untuk flight malam ni.
Babai Bradford...
Nota ummi,
Alhamdulillah, viva dah selesai hari Selasa lepas dengan minor corrections within 3 months.