Friday, September 18, 2015

Babai Bradford

Hari ni dah hari ke-10 berada di Bradford.
Kejap lagi dah nak tinggalkan Bradford for good.
Flight pukul 8 malam nanti kat Manchester.

Alahai, sedihnya rasa.
Tempat jatuh lagikan dikenang, apatah lagi tempat belajar.
Selain tu, uni juga tempat posing-posing dan juga petik pelbagai buah-buahan di laman universiti.
Sebak jer rasa bila nak tinggalkan bangunan ni....

Masa ke City center Bradford pun, tetap lagi sama.
Tak banyak perubahan.
Cuma bezanya dulu datang main air kat sini dengan anak-anak.
Tapi skrang datang berdua dengan kawan, AS.
AS lah yang jadi teman setia saya ke sana sini.
Juga teman yang sentiasa ingatkan rutin harian saya.
Bak kata Aisyah Mat Jasin, dah jadi "Pembantu Peribadi".
Hahaha, apa-apa aje lah janji hati gembira dan bahagia.
(Walaupun akan lebih bahagia bila ada keluarga di sisi).

AS dan Aisyah Mat Jasin lah yg banyak luangkan masa bersama saya sepanjang 10 hari kat sini.
Luangkan masa, sponsor makan minum dan juga penginapan
Bila dah nak balik ni, rasa sedih pula.
Entah bila dapat jumpa dengan mereka lagi.
Dapat luangkan masa sama-sama macam ni.
Tapi, Insya Allah, semoga kita dipanjangkan umur untuk jumpa lagi di M'sia :)

Selain kawan-kawan rapat, rasa juga sebak bila nak ucapkan selamat tinggal untuk kawan-kawan satu kumpulan penyelidikan, Center of Visual Computing.

Mereka lah yang selalu beri semangat tiap kali rasa "down".
Mereka usulkan penyelesaian bila terasa buntu dengan penyelidikan.
Mereka setia mendengar masalah bila saya memerlukan.
Jatuh bangun saya mereka sentiasa ada memberi sokongan dan bimbingan.

Alhamdulillah sepanjang pengajian tiga tahun setengah, saya sentiasa dikelilingi oleh mereka yang memahami dan supportive.

Dah, nak bersiap untuk flight malam ni.
Babai Bradford...


Nota ummi,
Alhamdulillah, viva dah selesai hari Selasa lepas dengan minor corrections within 3 months.

Tuesday, September 1, 2015

Satu September

Sedar tak sedar, Ogos dah berlalu pergi.
Cepatnya masa berjalan.
Dah dua bulan kami menghirup udara di Malaysia.
Tapi rasanya masih struggling untuk adjust dengan rutin di M'sia.
Lagi kesian kat Irfan dan Aisyah.
Tak sempat pun buat entry untuk hari lahir mereka (Irfan 9/8 dan Aisyah 22/8).
Irfan 10th birthday
Aisyah 8th birhday
Tapi sempat juga buat sambutan kecil kecilan, walau terpaksa tolak permintaan mereka untuk buat birthday party macam tahun tahun lepas.
Untuk tahun ni, cuma sempat beli kek and celebrate kat kedai makan pilihan mereka.
Jadi lah buat kenangan untuk mereka.

Semoga September bakal memberikan berita yang menggembirakan.
Insya Allah, minggu depan saya akan fly semula ke UK untuk menghadiri viva.
Fly sorang2 demi tugas yang belum selesai.
Doakan saya yer mommies...
Doakan semoga viva nanti bakal berjalan dengan lancar dan dipermudahkan oleh Nya.
Mungkin juga terpaksa abaikan blog buat seketika.
Insya Allah akan kembali semula menulis bila keadaan mengizinkan....