Kejap lagi dah nak tinggalkan Bradford for good.
Flight pukul 8 malam nanti kat Manchester.
Alahai, sedihnya rasa.
Tempat jatuh lagikan dikenang, apatah lagi tempat belajar.
Selain tu, uni juga tempat posing-posing dan juga petik pelbagai buah-buahan di laman universiti.
Sebak jer rasa bila nak tinggalkan bangunan ni....
Cuma bezanya dulu datang main air kat sini dengan anak-anak.
Tapi skrang datang berdua dengan kawan, AS.
AS lah yang jadi teman setia saya ke sana sini.
Juga teman yang sentiasa ingatkan rutin harian saya.
Bak kata Aisyah Mat Jasin, dah jadi "Pembantu Peribadi".
Hahaha, apa-apa aje lah janji hati gembira dan bahagia.
(Walaupun akan lebih bahagia bila ada keluarga di sisi).
AS dan Aisyah Mat Jasin lah yg banyak luangkan masa bersama saya sepanjang 10 hari kat sini.
Luangkan masa, sponsor makan minum dan juga penginapan
Bila dah nak balik ni, rasa sedih pula.
Entah bila dapat jumpa dengan mereka lagi.
Dapat luangkan masa sama-sama macam ni.
Tapi, Insya Allah, semoga kita dipanjangkan umur untuk jumpa lagi di M'sia :)
Selain kawan-kawan rapat, rasa juga sebak bila nak ucapkan selamat tinggal untuk kawan-kawan satu kumpulan penyelidikan, Center of Visual Computing.
Mereka lah yang selalu beri semangat tiap kali rasa "down".
Mereka usulkan penyelesaian bila terasa buntu dengan penyelidikan.
Mereka setia mendengar masalah bila saya memerlukan.
Jatuh bangun saya mereka sentiasa ada memberi sokongan dan bimbingan.
Alhamdulillah sepanjang pengajian tiga tahun setengah, saya sentiasa dikelilingi oleh mereka yang memahami dan supportive.
Dah, nak bersiap untuk flight malam ni.
Babai Bradford...
Nota ummi,
Alhamdulillah, viva dah selesai hari Selasa lepas dengan minor corrections within 3 months.
tahniah sis sebab dah berjaya tamatkan belajar...
ReplyDeleteAlhamdulillah dan tahniah juga semua dah selesai..good bye bradfort.hihi
ReplyDeleteinsya Allah ada rezeki berpeluang kesana lagi..
ReplyDeletealahai saya pun rasa sedih n sayu... kalau rindu bradford,kena tilik entri2 lama la... rindu la nak tgk adegan petik memetik buah yang fresh... salji... anak2 dapat pujian dr cikgu2 di bradford... alahai... rindulah! (ceh macam saya pulak yang dok bradford.. hahaha) - maklumlah saya kenal blog ni pun sejak akak di bradfrod.
ReplyDeleteItulah gunanya kawan... bila susah senang sentiasa ada bersama... nak2 bila masing2 berjauhan dengan family... Good luck juga buat kawan2 kak Nur... Moga semuanya berjaya tamatkan pengajian dengan "bergaya"! (^_^)Y
Apa pun tahniah buat kak Nur a.k.a DR NUR.... tahniah.... tahniah... tumpang happy!! (^_^) Good luck kak untuk lepas2 ni... Moga segala urusan dipermudahkan Allah... InsyaAllah... Amin...
Memang sayu nak tinggalkan tempat belajar. Banyak kenangan di sana. Tak apa, tahun depan boleh pergi lagi jika berkelapangan.
ReplyDeletemmg sayu lah... udahla jauh nk pi sana selalu bkn senang kan...
ReplyDeletetakpe kak pasni kite main petik2 buah tropika ek....
lama jgk 3thn lbh kan kak
Salam kak nur, tahniah! You're Dr. Nur now ;) alhamdulillah sume dh selesai..nway i know how u feel...yg baca ni pon turut sebak...sure sedih nk tgl kan tpt kita pnh hidup seketika dulu kan..yg ntah bila akn bpeluang utk melawat lg...huhu. safe flight kak Nur!
ReplyDeleteAlhamdulillah ..dah selesai pembelajaran ya Nur... moga urusan lepas ni semuanya di permudahkan..
ReplyDeletememang akan rindu lah dgn Bradford lepas ni...pasti nya byk kenangan yg terakam di sini..
Salam Aidil Adha buat Nur & family :)
Deletetahniah! alhamdulillah dah sampai ke penghujung...:-)
ReplyDeletetahniah dan selamat menempuh satu lagi chapter baru dalam kehidupan :)
ReplyDeletesemoga semuanya dipermudahkan..Amiin!
Alahai....mal pulak terasa sebak....mcm mak pulak yg nak tinggalkan Bradford haha....
ReplyDeleteLama juga awak kat sana kan Bijen.....manalah tak sedih.
Lega sudah viva pun dah settle....so satu kepuasan untuk diri sendiri. Tahniah fren!
Sedihnyaaa...Tapi congratulation kak!!! Saya paper pun belom tulis lagi
ReplyDeleteTahniah... semoga dipermudahkan..
ReplyDeleteassalamualaikum.. lama betul saya tak berkunjung ke blog ni.. Dah selamat semua urusan DR NUR ya.. Alhamdulillah lega sangat tu.. Jelesnya, dah ada PHD.. saya haritu fikir lama nak isi borang master lepas tu tak hantar pun semata mata rasa tak daya nak beri komitmen pada pelajaran. Kononnya nak tunggu anak besar sikit baru mohon lagi.. kagumla dengan kegigihan Nur. Dah balik ni pasti terasa kenangan kat sana tu masih lagi dalam ingatan kan.. banyak pengalaman tu. bagusla semua urusan viva tu berjalan lancar...
ReplyDeletealhamdulillah dan tahniah dah habis belajar...
ReplyDelete