Sedar tak sedar, lagi dua hari Ramadhan bakal berlalu pergi.
Sekejapnya rasa.
Semoga Ramadhan kali ini memberikan seribu satu keberkatan dan keampunan buat kita semua.
Alhamdulillah, Ramadhan kali ni antara yang terindah... sebabnya kami berpeluang menikmati Ramadhan di dua suasana yang berbeza.
Yang buatkan lebih indah dan manis, bila Ramadhan kali ni kami banyak menerima undangan untuk berbuka puasa.
Boleh dikatakan setiap hari semasa kami di UK kami menerima undangan berbuka dari rakan-rakan.
Ya Allah, terharunya rasa bila dikelilingi oleh insan2 yang baik dan berhati mulia.
Selain berbuka puasa bersama rakan-rakan dari M'sia, kami juga menerima undangan untuk berbuka puasa di rumah kawan baik Irfan, Sofyan.
Sofyan ni salah seorang kawan baik Irfan di sekolah.
Kata ayahnya, Sofyan berkali kali menangis bila mengetahui yang Irfan akan kembali ke Malaysia.
Sedih sangat katanya sebab dia akan kehilangan kawan baik satu kelas.
Untuk mengubati rasa sedih Sofyan, keluarganya menjemput kami sekeluarga berbuka puasa di rumahnya.
Dapat juga kami pengalaman berbuka puasa dengan keluarga Sofyan dan merasa juadah dari Pakistan.
Sempat juga snap beberapa gambar sebagai kenangan...
Yang ni adik Sofyan yang membantu menhidangkan makanan...
Dua-dua ni adik kepada Sofyan...
Adik lelaki Sofyan yang berbaju merah tu namanya Sulaiman, dan satu kelas dengan Danish.
Yang ni pula desert yang dihidangkan lepas solat Maghrib...
Dah lupa apa nama desert ni (kalau tak silap Faluda)... sedap juga rasanya dengan lemak2 fresh milk, ada juga kekacang dan juga kismis.
Bila balik M'sia, tentulah lagi seronok dapat berbuka puasa beramai-ramai bersama keluarga dan juga kawan-kawan.
Yang anak-anak bertiga duk pulun makan durian.
Syok sangat tengok mereka dapat makan durian sampai puas :)