Tuesday, October 29, 2013

Silent mode on

Semalam terima email ni dari penyelia....

Dear Nur
Professor Qahwaji just confirmed to me that your viva will take place on
Friday at 2pm in his office. 
Best wishes
Hassan 

Terus rasa jantung nak runtuh. Hari Jumaat (1 Nov 2013) ni saya akan menghadapi viva jam 2 petang waktu tempatan (10 malam waktu M'sia).
Sumber - google

Ya Allah, permudahkanlah urusanku. Rabbi yassirwalatua'ssir...
Doakan kejayaan saya yer kawan-kawan....

Nota ummi,
Ni bukan viva PhD lagi... tapi utk transfer dari MPhil ke PhD.

NuKilaN:
 

Monday, October 28, 2013

Pet a.k.a haiwan peliharaan

Disebalik daun, Aisyah terjumpa sejenis serangga...
Dia tanya saya, "Ummi, boleh tak kakak nak simpan buat pet?".
Hehehe, macam-macam la kakak ni....

Siap mesyuarat lagi tiga beradik tu...
Lama juga mereka duk belai 'pet' yang mereka jumpa tu...

 Bukan main lagi duk tilik pet tu...
Nak tahu tak, apa yg mereka cadang nak jadikan pet tu....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Hahahha, lady bird jer pun....
Kali pertama mereka jumpa ladybird kat UK ni...
Tu yg eksaited semacam hingga beria nak jadikan haiwan peliharaan...
Tapi tak tahan lama...
Belum sempat bawa balik, ladybird dah terbang :)

NuKilaN:
 

Sunday, October 27, 2013

Colours of autumn I

Pemandangan mata tiap kali balik sekolah...
Ada daun merah, kuning, hijau, jingga
Juga depan school tapi dari pandangan berbeza
Ni pula gambar dekat kawasan rumah...
Suka tgk pokok kaler emas ni....
Nota ummi,
Hari ni jam dipusing satu jam ke belakang. Ini bermakna, berakhirlah British summer time dan kembali ke Greenich Mean Time (GMT). Jadi sekarang, waktu UK dan M'sia berbeza sebanyak lapan jam. 

Saturday, October 26, 2013

Bermula cuti sekolah seminggu

Sedar tak sedar, hari sekolah ni anak-anak dah mula cuti pertengahan term utk Autumn. Rasa mcm baru mereka masuk sekolah bulan September lepas. Cepatnya la masa berlalu. Bermula minggu depan anak-anak akan mula bercuti selama seminggu.

Tak sempat pun update pencapaian anak-anak sepanjang first term yang lepas. So buat satu entry sekali harung sbg kenangan pencapaian anak-anak utk first term yang lepas.

Dua minggu lepas, saya berpeluang menghadiri perhimpunan mingguan sekolah sempena Aisyah menerima Learning Superstar. Biasa abah jer yang jadi wakil. Kali ni saya yang attend majlis tu. Kali terakhir saya attend masa Aisyah kat reception. Skrang dah Year 2 pun. Jadi sempat la snap sekeping gambar dalam hall buat kenangan.
Aisyah posing dgn sijil dan medal selepas terima award
sebab terpilih menerima Learning Superstar...
Kat sini, dengar cakap cikgu pun boleh dapat award. Pandai betul mereka beri galakan pada para pelajar. Teringat pula kata cikgu kelas Aisyah semasa perjumpaan sempena target day. Kata cikgu, "I need more Aisyah in the kelas". Hehehe, macam comel jer cikgu kata macam tu. Senang kerja cikgu bila semua dengar kata macam Aisyah agaknya.

Kelmarin juganampak Irfan pakai stiker "Deputy Head Teacher Award". Saya tanya, "Abe dpt learning superstar ke?". Irfan cakap, "Tak, dapat best mathematician jer". Anak lelaki macam tu la. Terlebih cool. Langsung tak excited bila dapat award. Bila geledah beg sekolah, saya jumpa sijil ni...

Champion mathematician of the Half Term :)
Ni kali pertama Irfan dapat Champion Mathemation utk half term. Tahniah Irfan!
Disuruh posing pun buat muka mcm2
Sebelum ni, Irfan dah dapat gelaran mathematician of the week. Juga kes yang sama. Jumpa sijil ni bila check beg sekolah. Ntah bila Irfan dapat pun tak tahu.... huhuhu
Champion of the week
Tgk abang posing, Danish pun nak interpreme....
Posing dgn kasut but pun jadi laa...
Danish pun dah makin serasi dengan nursery sekarang ni. Bangun pagi, tak perlu kejut. Kadang-kadang bersiap sendiri lepas gosok gigi. Selalu eksaited nak ke sekolah setiap pagi. Alhamdulillah, lega hati ummi.

Friday, October 25, 2013

Jom jadi positif!

Salam Jumaat mommies...
Perkongsian dari facebook IbubapaCemerlang.


Jika ada sikap negatif anak-anak yang kita harapkan untuk berubah kepada sikap yang lebih positif, adalah lebih baik jika kita meneliti samada sikap tersebut ada pada kita atau tidak. Jika ada, maka yang sepatutnya berubah terlebih dahulu ialah kita sendiri. Contohnya, jika kita inginkan anak kita berubah daripada malas kepada rajin…teleklah samada malas itu menjadi sikap kita atau tidak.. Jika ya, maka ubahlah sikap kita itu terlebih dahulu sebelum berharap supaya anak-anak menjadi rajin.

Nota ummi,
Ibu bapa adalah role model terdekat anak-anak. Jom kita beri teladan yang baik utk anak-anak.
Kalau kita nak anak-anak hormatkan kita, kita juga kena ada rasa hormat pada anak-anak.
Kalau nak anak yang rajin membaca, kita kena tunjukkan minat suka membaca pada anak-anak.
Peringatan utk diri-sendiri jugak...

NuKilaN:
 

Thursday, October 24, 2013

Subway

Kat UK ni baru anak-anak merasa makan kat Subway...
Irfan panggil roti panjang sbb saya suka order yg 12 inch :)
Kalau keluar jalan-jalan, ayam goreng atau subway yang jadi pilihan anak-aanak...

Kali pertama saya makan subway pun masa ambil test IELTS kat British Council, Jalan Ampang.
Tak sangka, kak sini subway tu antara makan ruji juga kalau sedang bertapa kat uni...
Maklum lah subway halal ada depan uni jer...
GBP3 dah dapat makan dengan kenyang....
Kalau convert, harga sama la dgn subway kat M'sia :)
Irfan sdg menikmati meatball marinara
Aisyah pula makan semangkuk meatball - ada 4 bebola daging dgn harga sepound
Danish pun makan meatball jugak..
muka penat+mengantuk

Wednesday, October 23, 2013

WW ::: Buah apa ni?


Nampak mcm plum, tapi dari rasanya bukannya plum
Buahnya merah dan bulat memanjang
Seperti biasa abah yang jadi tangga utk petik buah yg tinggi :)
Nasib baik mmg buah yang boleh dimakan, tapi sampai sekarang tak tahu nama apa...
Rasanya seolah-olah buah epal, biji pun sama dgn biji buah epal
Aisyah la yg paling suka makan buah misteri ni :)

Tuesday, October 22, 2013

Awet muda?

Santai-santai hujung minggu sambil menemani Danish tgk tv dan layan facebook, terjumpa gambar ni dari link yang kawan share. Tapi ni mungkin gambar lama sebab sepatutnya Jimmy Lim berumur 39 tahun ni :)

Baru jer nak buat entry, sekali internet buat hal. Tak pernah lagi internet buat masalah mcm tu. Bukan setakat internet bermasalah, tv pun tak dapat siaran jugak. Tapi malas nak call customer service, tunggu aje la hingga masalah selesai. Tak lama pun, dalam dua jam lepas tu dah ok semula. Tapi masa tu dah malas nak buat entry. Hahaha, bukan main panjang lagi alasan... padahal takde orang kisah pun bila tak buat entry berhari-hari.... yer tak?

Ok berbalik pada tajuk. Yer ke orang Asia ni awet muda berdasarkan umur selibriti2 di atas tuh? 

Kalau berdasarkan pengalaman saya kat UK ni, memang boleh nampak orang Asia ni awet muda. Kalau kita tgk omputih2 ni atau contoh terdekat muka budak2 kat UoB ni pun nampak bukan main matured lagi. Bila tunggu bas percuma utk balik ke rumah dan buat ringan mulut bersembang dgn adik2 undergrade ni, masing2 terkejut dan macam tak percaya bila saya kata sedang buat PhD. Mereka kata, untungnya muda2 dah buat PhD. Saya jawab, "Mana ada muda dik. Umur dah tiga puluh lebih, anak pula dah tiga baru nak buat PhD". Lagi sekali mereka terkejut dan kata, "Ingatkan tak kawin lagi, you look so young". Hahaha, banyak la sgt mudanya. Mungkin sbb pakai T-shirt dan jeans mcm budak2. Ayat perli ke apa tu???

Tapi saya rasa, mungkin faktor cuaca yang membuatkan orang Asia awet muda. Kalau kat sini, kulit pun asyik rasa kering jer bila musim sejuk ni. Tapi ramai yang kata faktor makanan. Macam supervisor saya, dia cuma makan buah-buah dalam diet harian semata-mata nak nampak awet muda dan jaga kesihatan. Ke sebab orang Asia ni kecik molek jer, sbb tu asyik nampak muda jer, ahaks!

NuKilaN:
 

Saturday, October 19, 2013

Ke sekolah berbaju melayu

Hari ni anak-anak ada sambutan raya kat sekolah. Ada Eid party katanya. Tak sangka, sekolah kat UK pun meraikan sambutan raya korban :)

Dari minggu lepas, Aisyah duk countdown bila Eid party kat sekolah. Hari ni, tak perlu kejutkan bangun pagi dia dah bangun sendiri dan bersiap utk ke sekolah. Eid party diadakan sebelah petang, jadi pergi sekolah waktu pagi masih lagi memakai uniform sekolah.

Beriringan jalan kaki ke sekolah
Cuma Danish jer yang berbaju melayu ke sekolah. Abang dan kakak bawa baju raya dalam beg asing. Lepas lunch baru boleh tukar baju raya. Tapi Irfan tak nak bawa baju melayu, takut kawan gelakkan. Sabar aje laa....

Semalam badan Danish sedikit panas (37.9C). Mungkin sebab pakai baju yg agak tebal. So cepat-cepat tukar baju lengan pendek yg nipis. Nasib baik pagi ni dia tak demam. Danish pun bukan main seronok sbb dapat sambut raya kat nursery hari ni. 
Danish dgn muka blur masa mula-mula sampai ke nursery
Bila suruh senyumautomatik buat gaya "peace"
Kalau mommies perasanbelakang Danish ada byk buku. Tu macam mini library kat nursery. Pergi pagi-pagi, boleh pilih buku yang Danish berkenan utk baca kat rumah. Hari ni Danish pinjam buku Tractor :)

Friday, October 18, 2013

Doa seorang ibu...

Jom sama-sama berdoa di pagi Jumaat yg barakah ni....
Amin amin amin.....

Nota ummi,
Sini masih pagi, baru pukul 10 pagi. Beza waktu UK dan M'sia tujuh jam :)

NuKilaN:
 

Thursday, October 17, 2013

Keyword popular raya haji

First time buat post pasal keyword Nuffnang.
Sempena musim raya ni, keyword popular adalah resepi singgang daging.


Tetiba rasa nak makan nasi dengan singgang daging jugak. Kalau raya kat Kelantan, confirm boleh makan singgang daging banyak-banyak :(

NuKilaN:
 

Wednesday, October 16, 2013

Sambutan Aldiladha

Alhamdulillah, open house Aidiladha semalam berjalan dengan lancar. Walaupun ramai yang sibuk dengan tugasan belajar dan kerja, masing-masing meluangkan masa untuk beraya bersama-sama semalam. Terima kasih pada semua yang hadir memeriahkan majlis :)

Saya buat dua menu jer, nasi ayam dan satay. Ada la side dish lain - pavlova, puding laici, puding roti, cotton cheesecake. Gambar? Tak banyak yang snap.... selalu macam tu.... susah betul nak capai kamera bila buat majlis, huhuhu.

Puding roti
Peace... 
Ada juga request nak resepi nasi ayam. Insya Allah, nanti saya letakkan :)

Kelmarin juga, kali pertama jumpa dgn blogger, Ninie Hanis. Ninie dah pindha ke Bradford minggu lepas. Lagi bertambah la family kat Bradford ni. Tapi tak sempat nak borak lama dengan Ninie. Nanti Sabtu ni kita jumpa dan sambung borak lagi yer :)

Hari ni kembali buka buku. Lagi sambutan Aidiladha hujung minggu ni....

Nota ummi,
Lupa pula hari ni kena WW. Semangat raya punya pasal :)

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails