Friday, February 28, 2014

Resepi donut gebu

Donut antara kuih kegemaran Irfan. Bila tahu yang Irfan suka makan donut, beberapa kali juga saya cuba masak donut tapi asyik dapat hasil yg mengecewakan. Bagusnya Irfan bila dapat makan donut, dia tetap pandai ambil hati saya. Sambil makan, sambil puji.... "Erm, sedapnya donut ummi". Biarpun donut yg saya buat keras kejung :(

Masa krismas sale tahun lepas, sempat juga saya rembat seketul Bread maker (BM). Mata terus terbeliak luas bila tengok sale BM less than half price. Terfikir utk beli BM bagi membantu saya buat donut utk Irfan. Dah dapat BM kat dapur, mula la google resepi utk buat donut. Saya cari resepi yang guna susu segar sbb stok susu segar sentiasa ada dalam fridge.

Google pun google, dapat la resepi dari MyResepi perkongsian SkyBlue. Mohon share resepi kat sini yer :)

Bahan-bahan:
1/4 cawan air suam*
1 1/2 cawan susu segar*
1/3 cawan butter*
2 biji telur
1 sudu kecil garam
5 cawan tepung
1/2 cawan gula kastor
3 1/2 sudu kecil yis segera (saya guna satu paket yis yg 7g)
Minyak utk menggoreng

Cara-cara:
1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yg besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
2. Masukkan susu, gula, garam, telur, butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
3. Tutup mangkuk dengan kain lembap atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda.
4. Taburkan sedikit tepung di atas papan pencanai dan canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Terapkan guna acuan donut.
5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 nimit atau sehingga naik dua kalii ganda.
6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
7. Toskan minyak, salut donut dgn gula kastor semasa donut masih panas.

Kalau guna breadmaker...
1. Panaskan bahan bertanda * selama seminit dalam microwave.
2. Masukkan bahan * dikuti bahan2 lain mengikut urutan dan pilih setting dough.
3. Kemudian, boleh ikut langkah 4 dan seterusnya mcm kat atas.

Kadang2 lepas terap, saya terus goreng. Donut akan jadi kurang gebu. Kena la bersabar tunggu donut naik dua kali ganda baru goreng tau :)

Utk satu adunan ni, banyak juga donut yang saya dapat sebab guna acuan donut yg kecil molek. Jadi saya cuma masak sekejap bagi matikan yis sebelum simpan dalam fridge dan boleh la goreng bila2 masa nak makan donut :)

Donut gebu...
Dengan BM, dah berkali-kali buat donut, tapi roti nyer belum jadi lagi. Belum ada masa lagi utk bereksperimen meroti dengan BM ni. Pernah sekali saya meroti dgn BM, tapi jenis tak cukup sabar kot... suka hati jer pergi tambah tepung bila nampak BM duk uli doh yg cair... hihihi, last2 dapat roti yg keras kejung... gelak kan kiter ler tu, guna BM pun fail jugak bila meroti :p

NuKilaN:
 

Wednesday, February 26, 2014

Jom undi secara telus

Bukan musim mengundi, tapi tetiba ajak mengundi pulak. Jangan pening, jangan pening... meh nak habaq mai.. eh, tetiba terkeluar loghat utara pulak... ekekkeke.

Lately, banyak perdebatan di wall FB saya tentang sistem penilaian PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) di sekolah. Maklum la, ramai kawan2 saya yang bergelar cikgu. Ada yang setuju dan ada yang membantah 100%. Masing-masing mengemukakan hujah masing-masing apa pro and contranya PBS.

Yang menjadikan lebih hangat bila guru-guru tingkatan 3 yang mula keliru pelaksaan PBS disebabkan tiada panduan penilaian terperinci memandangkan tiada lagi PMR utk pelajar tingkatan 3. Keadaan makin keliru apabila timbalan perdana menteri (TPM) dan menteri pendidikan II (MP2) mengeluarkan arahan yang berbeza. TPM kata, PBS ditangguhkan serta merta tetapi MP2 pula kata PBS tetap berjalan seperti biasa. Sementara itu, pertubuhan NGO iaitu Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) mendesak kerajaan supaya mansuhkan terus PBS.

Ekoran itu, satu page untuk undian PBS sedang dijalankan di page Undian Semasa M'sia (atau boleh copy and pastu url ni di browser... http://www.undi.in/undian-pbs/). Tapi susah juga nak masuk page ni, asyik error jer memanjang. Kali ni baru dapat :)

Selepas saya masukkan undi, keputusan berikut dipaparkan...


Jelas ramai yang menolak PBS. Apa pula pendapat mommies?

Nota ummi,
Pada mula2 pelaksanaan PBS, saya dah kurang yakin dgn keberkesanan PBS. Dengan saiz kelas yang besar, mcm mana nak pantau prestasi pelajar satu per satu. Ditambah pula dengan sistem atas talian yang sangat lembap membuatkan ramai cikgu yang tertekan. Sangat berharap pihak kementerian dapat membuat keputusan yang terbaik demi masa depan anak-anak harapan bangsa :)

NuKilaN:
 

WW ::: Danish pun vroom vroom jugak

Kelas memandu lesen L utk umo 3 hingga 5 tahun






Yang ni kat Legoland Windsor...
Yang Aisyah dan Irfan vroom vroom sebelum ni kat Legoland Manchester :)
psst, ni gambar tahun lepas :)

NuKilaN:
 

Monday, February 24, 2014

Potong kek

Sabtu lepas, sempat juga buat majlis hari lahir buat Danish. Alhamdulillah, rami yang datang memeriahkan majlis. Terima kasih pada semua yang sudi hadir dan susah2 pula bawakan hadiah utk Danish :)

Kalau sebelum ni, boleh aje order kek dari kawan yang rajin buat kek. Tapi dia dah balik M'sia. Nak tak nak, kena la usaha buat kek sendiri. Walau kedai kek kat tepi rumah ada juga jual kek, tapi tak kena dengan tekak. Bagi saya agak manis. Daripada membazir, cuba juga la utk buat kononnya snow cheese cake  yang agak comot. Janji Danish happy dapat potong kek :)

Danish yg dikelilingi kawan-kawan...
 Budak 4 tahun yang dah pandai potong kek....
 Nyum nyum... makan kek secara berjemaah kat tangga aje laa....

Tetamu terakhir balik dlm pukul 10.40 malam. Walaupun rasa penat, tapi seronok dapat jamu tetamu makan dan sembang2. Kalau ikutkan banyak juga menu nak masak, tapi last2 yg menjadi cuma nasi minyak, spagheti dan pavlova jer. Ada juga yang bawakan menu tambahan yang jadikan makanan tak muat meja. Terima kasih kawan-kawan :)

Bila semua tetamu dah balik, anak-anak dah ready dengan semua hadiah utk bergambar sebelum upacara buka hadiah.
Tapi buka jer hadiah dulu, pagi esok baru boleh main. Anak-anak pun dah penat, lepas buka hadiah mereka terus tidur :)

NuKilaN:
 

Thursday, February 20, 2014

Fakta anak ketiga

Thanks pada semua yang beri ucapan utk anak ketiga saya, Danish. Harapnya Danish boleh baca semua ucapan tu bila dia besar nanti :)

Hari ni nak share pasal perangai anak ketiga pula. Check it out...

Saya pun sebenarnya anak yang ketiga. Bila baca tu, ada juga yg sgt kena mcm marah dan sentap dalam diam dan tak suka cerita masalah pada orang lain , dgn kata lain pemendam... Hihihihi

Siapa lagi anak ketiga, angkat tangan?
Anak ketiga mommies ada kaitan ke dgn sifat2 kat atas?

NuKilaN:
 

Empat tahun...

Hari ni, baby saya yang dah tak berapa nak baby dah 4 tahun.
Patutla bila dukung pun rasa mcm dah sgt berat.
Dah makin besar dia.

Ni gambar si kakak dukung Danish yang berumur 30++ hari...
 Ni pula gambar masa umur 3 bulan...

Dan nak tempek juga gambar birthday boy yg dah pun sekolah....


Untuk Danish,
Selamat hari lahir sayang...
Moga terus membesar dengan sihat dan bijak.
Jadi anak yang patuh pada agama, mendengar kata ummi dan abah :)

NuKilaN:
 

Thursday, February 13, 2014

Winter bug

Ni message dari sekolah anak-anak yang saya terima pada 30 January lepas.
Bila dapat message tu, saya dah pesan siap2 kat Irfan dan Aisyah supaya jangan guna toilet kat sekolah.   Selagi boleh tahan, tahan la hajat tu dan langsaikan kat rumah. Winter bug senang berjangkit dan biasanya merebak dari kuman dari toilet dari pelajar yang telah dijangkiti.

Tapi malangnya hari Isnin lepas Irfan terkena juga virus jahat tu atau nama glamer dia Norovirus. Dia mengadu beberapa kali muntah semasa di sekolah. Balik rumah pun dia muntah lagi. Lepas dia muntah kali kedua, cepat2 saya ambil tali kasut utk ikatkan kat leher mcm saya buat kat Danish dalam entry ni.

Lepas tu nampak dia ok sikit. Mula minta nak makan nasi. Sebelum tu abah offer makan fish and chip pun dia tolak. Tak lalu nak makan takut muntah lagi.

Lepas makan, nampak dia lebih bertenaga sikit. Saya mula rasa lega sikit. Boleh la tidur malam tu dengan aman. Malangnya, malam tu Aisyah pula yang bangun dan muntah-muntah. Alamak, dah berjangkit kat Aisyah pula. Dua kali juga Aisyah bangun malam tu. Lepas Aisyah, saya pula mula rasa mual dan pening kepala. Tak lama lepas tu rasa nak muntah. Alamak, saya pun kena juga. Lepas muntahkan apa yg patut, baru rasa lega dan boleh sambung tidur sampai ke pagi.

Esoknya saya ingatkan nak rehatkan Irfan dan Aisyah kat rumah. Tapi mereka berdua beria cakap dah rasa ok dan tetap nak ke sekolah. Beria nak dapat 100% attendance semester ni. Cuma mereka belum ada selera utk makan. Jadi mereka cuma breakfast sup spaghetti pagi tu.

Belum pun anak2 siap breakfast, sekali terdengar ada orang buka pintu rumah. Rupanya abah dah balik kerja. Eh, awal la pula abah balik hari ni, detik hati saya. Rupa-rupanya, abah pun kena juga virus tu. Tak boleh nak kerja sbb asyik ulang-alik toilet, jadi bos beri kebenaran utk rehat kat rumah. Tapi abah tak muntah, abah kena cirit birit.

Mmg hari Selasa tu, saya dan hubby melepek jer atas katil. Tak boleh nak buat apa penangan Norovirus ni. Nak bangun rasa kepala pusing. Nak makan pun tak ada selera.

Hari Rabu baru rasa sihat sikit. Tapi selera makan masih belum ada. Hari Rabu juga kami anak-beranak tak makan nasi lagi.

Dan hingga la hari ni, belum ada selera nak telan nasi. Hirup sup kambing cicah roti pun dah rasa kenyang. Kali pertama kami sekeluarga kena penangan winter bug mcm ni.

Nota ummi,
Maaf, tak sempat lagi nak BW. Ada juga jengah baca cerita mommies, cuma belum ada masa nak tinggal komen. Btw, thanks pada yg tetap datang dan komen kat sini :)

Wednesday, February 12, 2014

WW ::: Vroom vroom...

Bawa kereta @Legoland Discovery Manchester

Muka ceria Irfan..
 Sempat lagi Aisyah jeling masa drive...
 Si adik??
Tak cukup tinggi daa.....

NuKilaN:
 

Tuesday, February 11, 2014

Kali pertama naik bas ekspress

Disebabkan ada sedikit urusan ke Manchester hujung minggu lepas, saya cuba intai tiket train. Baru tahu yang tiada lagi direct train dari Bradford ke Manchester. Bila kena tukar2 train, masa travel jadi lebih lama dan harga juga sedikit mahal.

Tiba-tiba terlintas untuk check tiket bas ekspress. Dengan harga yang sgt berpatutan dan masa perjalanan cuma satu jam, saya terus tempah tiket tu. Bas bertolak pukul 9 dan dijangka sampai pukul 10 pagi. Tempek sekeping gambar, tiga budak yg dah tak sabar nak naik bas.
Dalam pukul 8.40 pagi kami dah terpacak menunggu coach di Bradford Interchange. Tak lama lepas tu, bas pun datang. Secara automatik, semua penumpang beratur utk naik dalam bas. Kami pun join sekali dalam barisan. Selain nak puji budaya kat sini yang tak berebut-rebut utk naik bas, saya nak puji juga sikap pemandu bas yang sangat peramah dan berbudi bahasa. Pemandu bukan setakat check tiket, dia juga yang tolong angkat beg letak tempat simpan beg dengan muka dengan penuh senyuman. Pemandu itu la yang check tiket, dia yg angkat beg, dan dia juga yang bawa bas. Tiada pula pembantu pemandu, mungkin sbb jarak yang dekat.

Naik bas, kami boleh pilih seat mana yang kami suka sbb free seating. Tapi di bahagian depan sekali adalah seat utk OKU. Bukan main luas lagi seat utk OKU.  Jadi kami pilih seat selepas seat utk OKU tu.

Tepat jam 9 pagi, bas terus bertolak. Sebelum memulakan perjalanan, pemandu bas mengalu-alukan kehadiran kami, menerangkan beberapa peraturan di dalam bas dan pukul berapa kami dijangka sampai. Kemudian rakaman suara dipasang utk menerangkan dengan lebih terperinci peraturan bas.
Dalam 10 minit sebelum sampai ke destinasi, sekali lagi pemandu memberitahu yang bas akan sampai tak lama lagi. Dia mengingatkan supaya mengambil semua personal belonging takut tertinggal atas bas.

Personaly, saya sangat puas hati dengan layanan yang diberikan walaupun naik bas ekspress. Dengan seat yang sangat selesa dan ada juga aksess free WIFI dalam bas tu. Dah jatuh cinta dgn perkhimatan yang ditawarkan - lain kali boleh la guna lagi :)

Monday, February 10, 2014

Petua ikat tali kasut utk elakkan muntah

Dalam entry lepas, saya ada cerita pasal Danish muntah2 masa hari Jumaat. Daripada komen2, nampaknya cuma Lia dan AN yang familiar dengan petua ni :)

Entah la, nak percaya atau tak dgn petua ni. Masa saya kecil2 dulu, bila kami adik beradik demam dan muntah, mak saya akan pakaikan tali kasut kat leher mcm ni...
Tak tahu secara kebetulan ke apa, mmg Danish pun dah tak muntah lepas tu. Susah juga nak buktikan secara sainstifik kaitan ikat tali kasut dileher dengan tahan muntah, tapi bagi Danish mcm menjadi :)

Macam Danish pagi Jumaat tu, saya cuma suapkan nasi dengan sup ayam. Tapi dalam sup tu, saya letakkan sebiji ubat 4Life (to boost his immune system... jadi badan sendiri yg lawan penyakit, bukannya ubat yg kurangkan penyakit). Memang nampak dia macam nak muntah lagi lepas sejam saya suapkan nasi, tu saya cepat2 capai tali kasut utk ikat di leher Danish. Eh, jangan ikat kuat tau, nanti tercekik pula anak sendiri. Ikat ala-ala necklace gitu :)

Lega saya bila Danish dah ok. Bukan apa, hari Sabtu saya dah lama booking tiket utk ke Manchester. Alhamdulilllah, bila danish dah sihat dapat la kami jalan2 ke Manchester dengan gembira :)

Friday, February 7, 2014

Gambar baby

Dalam entry "Ke Huddersfield lagi... " dah janji nak letak gambar baby.
Ni dia gambar baby yang baru berusia 6 hari masa kami melawat tu.
Masa tengok dan pegang baby ni, teringat kat Danish mcm kecil. Kecil molek mcm ni la Danish masa lahir dulu dalam 2.8 kg. Baby Wafiq (eh, betul tak nama ni....) ni pun berat yg sama :)

Tak lama kami di rumah kak H, datang midwife pula datang melawat. Bila sebut midwife tu, ingatkan bidan yg dah tua. Tapi bila muncul di depan muka pintu, bukan main lawo dan muda lagi midwife ni. Sempat snap gambar masa midwife ambil darah baby utk check kalau2 ada sebarang penyakit.
Saya pun cerita la kat kawan yang midwife tu bukan main muda dan cantik lagi. Tiba-tiba ada pula kaum bapa yg menyampuk, " Ha ah, mmg muda. Silap hari bulan boleh buat wife lagi." Amboi2, ada hati nak tambah cawangan baru yer. Nasib baik bukan laki ai yg cakap cenggitu, kalau tak mmg kena tazkirah tiga hari tiga malam, ekkekke.

Reaksi Danish tgk baby memang sgt teruja. Kalau masa jumpa baby Hannah hari tu siap nak dukung, yang ni siap baring tepi baby lagi...
Muka puas hati dapat tidur dgn baby....


Hari ni Danish pula, tak nursery lagi. Semalam dalam 4 atau 5 kali dia bangun muntah2. Risau betul saya dibuatnya. Tapi setakat pukul 2.23 petang ni, Danish dah tak muntah lagi. Tadi nampak mcm dia nak muntah lagi, cepat2 saya pergi ambil tali kasut ikat kat leher. Mana tahu, kot2 menjadi :)

Thursday, February 6, 2014

Asam pedas salmon

Dah lama beli kepala ikan salmon yang entah berapa bulan tersimpan dalam freezer. Tunggu abah masak kari kepala ikan, tapi tak menjadi-jadi jugak. Saya bab kari mengari mmg fail sbb tu kena tunggu pakar yg masak. Sekarang saya baru pandai makan kari sikit2, tapi nak masak tu masih tak berapa konfident (lagi pun dah ada chef yg lagi pakar :).

Bila tgk kak Yati post entry pasal asam pedas portugis ikan senangin, terus berangan nak makan asam pedas ikan salmon. Kebetulan isi salmon pun banyak lagi beli masa Krismas hari tu.

Bila tengok resepi, banyak bahan yg ada kecuali bendi, daun kesum dan daun limau purut. Ala, belasah aje la masak dgn mana bahan yang ada. Tapi bila dengar saya nak masak asam pedas kepala salmon tu, cepat2 abah keluar pergi beli bendi kecik2 tu dalam cuaca sejuk yg menggigit :)

Tung tang tung tang, dapat lah hasil mcm ni....
Alhamdulillah, kena dengan tekak kami. Baru saya tahu yg kepala ikan lagi sedap dari isi ikan. Manis dia lain macam sikit. Tapi, tu la kan... mana boleh makan kepala ikan banyak2 masa belajar ni, nanti mudah lupa :)

Dah anak-anak dan suami suka, haruslah tempek kat blog sendiri supaya senang nak rujuk pada masa akan datang. Minta izin share resepi kat sini yer kak Yati :)

Bahan-bahan:
1 bahagian kepala salmon
200 gram isi salmon
5 sudu besar cili kering kisar
1 kuntum bunga kantan
bendi secukupnya
sedikit daun kesum
2 sudu kecil asam jawa dgn secawan air
garam secukup rasa
* 5 biji bawang merah
* 2 ulas bawang putih
* 2 batang serai
* 1/2cm lengkuas
* 3 biji buah keras

Cara-cara:
1. Kisar bahan-bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak masak di dalam periuk dan tumiskan bahan kisar berserta cili kisar hingga wangi.
3. Kemudian masukkan ikan, gaulkan mesra, lepas tu masukkan jus asam jawa tu.
4. Kacau sebati, kemudian masukkan daun kesum dan bunga kantan. Tunggu hingga bahan masak dan mendidih, masukkan bendi dan perasakan garam. Siap!

Nota ummi,
Pekena dengan nasi panas, telur dadar dan sambal belacan, memang berkali kali makan bertambah. Hancuss lagi diet saya hari tu, huhuhu.

Wednesday, February 5, 2014

WW ::: Orang & Dino

Hasil tangan Danish...
Keluarga kami... ummi, abah, abe, adik dan kakak
Ni pula Danish sedang tunggang Dinosaur katanya...

Monday, February 3, 2014

Ke Huddersfield lagi

Menggunakan tiket sehari, kami ke Huddesfield lagi pada hari Sabtu lepas untuk melawat kak H yang dapat baby baru. Bila tahu kak H dan bersalin, rasa macam tak sabar nak tengok baby baru. Tak sabar nak cium bau baby. Kalau nak cium baby sendiri, entah bila la tu...

Pagi Sabtu tu kami bertolak pukul 10.30 pagi dari rumah. Baru jer keluar dari pagar rumah, dah nampak bas dah lepas. Alahai, kena la tunggu bas yang seterusnya. Tapi tak risau sangat sebab tak perlu tunggu lama. Selang masa bas pada hari Sabtu adalah setiap 10 minit sekali.

Tak sampai 10 minit menunggu, bas seterusnya sampai. Tak sampai 10 minit dalam bas, dah sampai kat city center. Dari city center kena menapak sikit untuk ke Bradford Interchange. Dari Bradford Interchange, kami ambil bas ke Huddesfield pukul 11 pagi. Perjalanan ke Huddersfiled mengambil masa sekitar 45 minit.

Jadi utk mengisi masa di dalam bas selain melayan cerita Danish sebelum dia tertidur, rasa mcm byknya gambar nak ambil. Dengan cuaca yang cantik, seronok juga dapat cuci mata dengan pemandangan di musim winter. Haruslah share dua tiga keping gambar di blog kecil ni....
Suka tgk itik berenang dalam "parit" tu...
Pokok yang togel pun nampak cantik
Dah sampai pun ke Huddersfiled
Dari stesen bas huddersfield, kami ambil lagi satu bas untuk ke rumah kak H (bus no 301 atau 302). Nak catat kat sini nanti senang bila nak rujuk semula. Tak lama pun naik bas 302 tu. Tak sampai 10 minit dah sampai ke kawasan rumah kak H.
Pemandangan bila turun bas
Kawasan rumah kak H
Alhamdulillah, tepat jam 12 tgh hari dah selamat sampai rumah kak H. Tapi, next entry la baru letak gambar baby. Sabar yer :)
Related Posts with Thumbnails