Friday, February 7, 2014

Gambar baby

Dalam entry "Ke Huddersfield lagi... " dah janji nak letak gambar baby.
Ni dia gambar baby yang baru berusia 6 hari masa kami melawat tu.
Masa tengok dan pegang baby ni, teringat kat Danish mcm kecil. Kecil molek mcm ni la Danish masa lahir dulu dalam 2.8 kg. Baby Wafiq (eh, betul tak nama ni....) ni pun berat yg sama :)

Tak lama kami di rumah kak H, datang midwife pula datang melawat. Bila sebut midwife tu, ingatkan bidan yg dah tua. Tapi bila muncul di depan muka pintu, bukan main lawo dan muda lagi midwife ni. Sempat snap gambar masa midwife ambil darah baby utk check kalau2 ada sebarang penyakit.
Saya pun cerita la kat kawan yang midwife tu bukan main muda dan cantik lagi. Tiba-tiba ada pula kaum bapa yg menyampuk, " Ha ah, mmg muda. Silap hari bulan boleh buat wife lagi." Amboi2, ada hati nak tambah cawangan baru yer. Nasib baik bukan laki ai yg cakap cenggitu, kalau tak mmg kena tazkirah tiga hari tiga malam, ekkekke.

Reaksi Danish tgk baby memang sgt teruja. Kalau masa jumpa baby Hannah hari tu siap nak dukung, yang ni siap baring tepi baby lagi...
Muka puas hati dapat tidur dgn baby....


Hari ni Danish pula, tak nursery lagi. Semalam dalam 4 atau 5 kali dia bangun muntah2. Risau betul saya dibuatnya. Tapi setakat pukul 2.23 petang ni, Danish dah tak muntah lagi. Tadi nampak mcm dia nak muntah lagi, cepat2 saya pergi ambil tali kasut ikat kat leher. Mana tahu, kot2 menjadi :)

15 comments:

  1. alolo comeynya baby tu nur..mau tak nya si Danih suka kat baby..siap baring2 lagi..ada makna tu nur hehe..

    uiss..nasib baik bukan cik abe nur yg cakap yerr..mau tidoq luar bilik jawabnya :)

    first time akak dengar petua ni nur..mudah2an adik danis sembuh sepenuhnya...

    ReplyDelete
  2. dah la muda, pandai jaga baby, pandai jaga diri.. mmg lawa la midwife tu, hehehe ada hati la kaum bapa kan.

    Danish nak adik sesangat la tu, kena la mama papa nya usahakan.

    ReplyDelete
  3. Wah wah wah bukan main lagi kaum bapa tu yek....hehe
    Pertama kali dengar petua tali kasut tu...hope danis cepat sembuh :D

    ReplyDelete
  4. samalah kes alya minggu lepas, akak beri minum ORS (air garam) + yakult, terus ok..

    comel bb tu

    ReplyDelete
  5. Aww so sweet gmbr Danish baring tepi baby tu..bolehla minta adik kt ummi lepas ni...hihi gurau je kNur. :)

    BTW get well soon to Danish, kesian dia..aritu Iris pon muntah2 juga, kene kt school terus sekolah call suruh datang bawa dia balik rumah..MC 2/3 hari juga la..

    ReplyDelete
  6. Comelnya baby..mid wife pun comel jugak..heheh..agaknya danish nak adik jugak tuh..hehe..sabar yer, danish...
    get well soon yer danish..

    ReplyDelete
  7. heheh!!!mmg lawa & vogue gitu midwife sana….patutle ada bapak2 yg tergoda.
    btw get well soon ye danish. (blh percaya ke nur petua ikat tali kasut tu? )

    ReplyDelete
  8. memey comey bidan tuu..ehe.. wah danish nak adik ke ??..

    ReplyDelete
  9. Wah..guna petua tali kasut ya? Ramai yg tahu tentang petua ni nampaknya..
    comel nampaknya baby tu

    ReplyDelete
  10. he3 ingtkan kami jer guna petua tu ;) biasa nyer guna petua tu masa nak balik kg, perlis @ terengganu... biasanyer menjadi...

    mmg muda abis midwife tu...

    ReplyDelete
  11. mmg sukalah baby2 ni palg best tang bau dier.. len dari yng len lah !

    ReplyDelete
  12. comelllnya baby baru... mesti wangi tu..hehe
    memang nampak muda midwife tu.. bergaya lagi..haha

    ReplyDelete
  13. Betullah Bijen....dahlah muda mcm come pulak tu.....kalau mak pun jeles ni hehe.....betul betul tu ....berani kaum bapak cakap mcm tu....kalau okje tambah lagi 4 hari bagi cukup seminggu tazkirah tu hehe..

    ReplyDelete
  14. Alahai tazkirah 3 hari 3 malam pendek sangat :) Siapa tak meroyan kalau tengok midwife cam gini muda belia, lawa bergetah. Dahlah datang rumah orang dalam pantang bersalin..aduhai...sabar ajelah. Kalau kat Msia midwife macam ni, memang byklah buka cawangan nak penuhkan quota!

    ReplyDelete
  15. midwife tu siap amik darah baby eh?! kat sini biasa dorang cek keadaan baby je... n tgk kot ada jaundice...tak pernah pulak amik darah... (masa alisya dulu la...)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails