Tuesday, September 30, 2014

Kek marble terlebih naik

Hari tu tergoda dgn kek marble mama JJ.
Apa lagi, terus membaking hari Ahad lepas.
Macam biasa, buka resepi kek marbel kat blog sendiri bila nak buat kek ni.

Ingatkan semua bahan dah ada, tup3 tepung naik sendiri dah habis.
Buat juga lah dgn gantikan self raising flour dgn plain flour ditambah baking powder dan soda bikarbonat sesuka hati.
Suka hati jer tuang tanpa sukat baking powder dan soda bikarbonat tu... huhuhu.

Siap adun, inilah kejadian kek marble saya sebelum bakar...
Tak sangka, naik berganda ganda pulak.
Jadi kena lebihkan masa membakar sikit.
Dah syak dah... ni mesti terlebih tuang soda bikarbonat atau pun baking powder.
Itu lah, pandai sangat berlagak ala-ala Masterchef... dush!

Tak sempat tunggu sejuk, terus potong...
Ini lah hasilnya....
Buka setakat terlebih naik, rasa pun ada sedikit rasa pahit.
Dah hilang rasa lemak butter tu.

Pengajaran utk diri sendiri ... lain kali kena RAJIN sukat soda bikarbonat dan baking powder tu. Letak setengah sudu teh pun dah cukup.

Monday, September 29, 2014

Peraturan baharu cermin gelap

Tertarik dengan berita dari akhbar Berita Harian hari ni...
Cerita penuh boleh baca di sini...

Andai betul apa yang dikata, tak risau nak bawa balik kereta yang bercermin gelap dari UK.
Bukan apa, pengalaman kawan2 sebelum ni, tak pasal2 tinted kereta yg cantik2 dan original dari UK/Jepun kena buang gara-gara tak mengikut spesifikasi JPJ.
Macam pelik juga, kenapa UK boleh tapi M'sia tak boleh....
Lepas ni dah tak perlu risau dah :)

Cuma agak keliru dengan ayat perenggen kedua ni...
"Peraturan baharu ini menyaksikan ketelusan cahaya yang dibenarkan untuk sisi penumpang belakang dan bahagian belakang diturunkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus."
Maksudnya dgn peraturan baru ni, cermin kereta boleh lagi gelap dari yg sebelum ni lah kan?

NuKilaN:
 

Friday, September 26, 2014

Orang kuat

Saja nak share kat sini...
Walau dah ramai yg share dalam facebook mahupun WhatApps....

Suatu malam seekor ular menyelit masuk ke dalam gudang kayu. Secara tak sengaja, ia menyusur di atas gergaji. Tajamnya mata itu gergaji menyebabkan perut ular terluka.

Ular beranggapan gergaji itu menyerangnya.
Ia pun membalasnya dengan mematuk gergaji itu berkali-kali, serangan tersebut menyebabkan luka parah di bagian mulutnya.

Marah dan sakit yang amat sangat, ular itu berusaha mengerahkan kemampuan terakhirnya untuk mengalahkan 'musuh' tersebut. Ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga. Belitan tersebut menyebabkan lukanya teramat parah dan akhirnya ia pun mati di situ.

Di saat beremosi dan marah, rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai dan menyakiti orang lain.

Padahal kalaulah benar-benar kita sedar, sebenarnya yang akan terluka dan sakit adalah diri kita sendiri.

Maka benarlah sabda Nabi saw yang bermaksud, "Bukanlah orang yang kuat itu orang yang menang bertumbuk, tetapi orang yang kuat ialah orang yang mampu mengawal diri daripada sifat marah." 

(HR Bukhari & Muslim)



Tuesday, September 23, 2014

Berkampung di Malaysian Hall

Hari Ahad lepas, saya bawa diri ke London. Anak2 kena tinggal dengan abah. Lagipun mereka kena pergi sekolah. Sayang pula kalau nak ponteng sekolah dua hari.

Saya kena hadiri mesyuarat dgn dato VC UMT. Bengkel dua hari utk pembentangan kemajuan pengajian dan dengar kata2 amanat dari VC.
Kelmarin dah selesai dgn presentation. Alhamdulillah, dapat semangat baru bila  berkongsi cerita dan pengalaman dgn kawan2 yg sama2 sedang berjuang utk dptkan PhD. 

Ada yg cukup bersemangat bercerita tentang penyelidikan mereka. Ada yg bercerita tentang masalah dgn penyelidikan mereka. Ada juga yang berdrama air mata. 

Betul kata orang, PhD is a journey, not a destination. Lain orang, lain jalannya. Jiwa kena kuat, hati kena semangat. Yang penting, kita kena minat dgn apa yg kita buat.

Petang nanti lepas bengkel terus ambil train balik Bradford. Tak sabarnya jumpa anak-anak bertiga tu....

Monday, September 22, 2014

Al Taiba

Bila pergi manchester, mesti singgah makan nasi arab kat al Taiba.
Minum air dulu sebelum dapat nasi.
 
Satu tin kena share dua orang. Tak elok minum fizzy drink byk2....
Irfan dan danish pun kongsi jugak...

Ni gerangan nasi arab. Portion sgt besar, sesuai utk org arab. Kami cuma order 3 pinggan, tu pun jenuh nak habiskan.
Tapi kena posing dulu sebelum makan.
Harga sepinggan ni cuma £4.50.

Yang best makan kat sini, boleh dapat air percuma. Minta la byk mana pun tanpa sebarang bayaran.

Saturday, September 20, 2014

Epal katik

Lokasi, tmn berdekatan student central.
Dari jauh dah nampak pokok yg sedang lebat berbuah.
Terus cepat2 menghampiri pokok tersebut...
Owh, ada nama diberi rupanya...
Sejenis epal, zoom buah dengan lebih dekat lagi....
Petik sebiji nak rasa buahnya...
Mak ai, masamnya.... Cukuplah sebiji sbb masam be do oh (baca masam terlampau)...

Friday, September 19, 2014

Bercuti di caravan @Thorpe Park, Haven

Kisah awal bulan september hari tu.
Lagi sekali kami bercuti ke caravan selama tiga hari dua malam (5/9 - 7/9).
Kali ni lagi meriah sebab empat keluarga turut serta.

Alhamdulillah, cuaca cantik jer dua hari tu.
Cuma sabtu petang hujan sikit.
 Antara aktiviti kanak-kanak....
Kesian kaum bapa kena dera...
Ini namanya hujan panas sanggup ku redah.. demi memberi makan kat anak isteri... Tak gitu?

Ni breakfast hari pertama... Menu utama Mee Kari....
 Ni pulak hidangan sarapan utk hari yang kedua... Soto ayam tu... nyum nyum....
Ahad malam, lepas solat Maghrib dan Isyak, kami bertolak balik ke Bradford sbb pagi tu anak-anak sekolah...
Ada kenangan pahit buat budak-budak masa bercuti tu. Nanti lah cerita dalam lain entry :)

NuKilaN:
 

Thursday, September 18, 2014

Gelagat anak2 di car boot sales

 Danish dengan muka sedih sbb belum dapat barang yang dia idamkan...
Danish ni masih peminat setia dinoaur... Bila jumpa buku dinosaur, terus senyum lebar...
Budak-budak lelaki pula dengan kad bola...
 Rajin pula uncle tu duk melayan karenah budak-budak bertiga ni... Rasanya dekat setengah jam mereka duk pilih card di meja pak cik ni...
 Yang gegirl pula, mestilah barang-barang kecantikan yg jadi pilihan...
 Eh, nak tempek juga gambar tandas...
Tak risau bila nak terkucil, mmg kebanyakan carboot di sediakan tandas utk kemudahan pengunjung.

Tapi skrang dah masuk Autumn. Banyak outdoot car boot yang dah tutup. Tunggu summer tahun depan pula baru boleh sambung aktiviti ber car boot di hujung minggu.

NuKilaN:
 

Tuesday, September 16, 2014

Keyword hari ni

Bila buka Nuffnang, selain dari check sama ada sen bertambah, ada BE yang menari-nari atau tidak, saya suka tgk keyword yang orang cari kat blog.

Tapi kelakar pula tgk keyword hari ni....
Yang paling banyak hit, "Lawak budak nak UPSR".
Tak pernah pula up entry pasal tu.
Macam mana pula boleh dapat byk hit sebab tu.
Ke sebab entry "Soalan bahasa kelate" tu?

Btw, terima kasih UmiAlya sebab jawab 9 dari 10 soalan tu.
Walau pun bz, sempat lagi jawap soalan yg mencabar minda tu.

No 9 tu terlepas pandang kot (Jawapan A)...
Saya pun setuju dengan semua jawapan akak kecuali no 8.

Kalau saya pilih jawapan "D". Hihihi, kerete prebek sapuh tak amik ore hok nok gi Amareka. Nak kayuh basikal pun sah2 tak sampai.

Ke akak tertukar soalan 9 tapi tertaip no 8?

Apa pun, Umi Alya tetap layak dapat A... Tak gitu??

NuKilaN:
 

Monday, September 15, 2014

Petik plum lagiii....

Sabtu lepas kami ke ladang plum kat Doncaster tu lagi.
Sebelum pegi, saya dah email dan tanya ada buah lagi ke tak.
Balas empunya ladang, masih ada... tapi tak banyak sbb dah penghujung musim.

Kali ni kami ke sana seramai lima keluarga.
Meriah sungguh pengalaman memetik kali ni.
Ni anak-anak dara yang dah tak sabar nak petik plum...
Tapi malangnya kali ni dah tak banyak mcm yg kami pergi dua minggu lepas.
Bukan setakat tak banyak, tinggal buah yang tinggi2 jer.
Budak2 lelaki, mula lah menunjukkan skill memanjat mereka...
Danish pulak, tunggu jer kat bawah pokok.
Memang tak byk buah yg dia boleh petik.
Jadi Danish menunggu, sambil dia makan plum2 tu.

Ada juga tangga yang disediakan...
 Ni hasil tuaian keluarga salah satu family...
Amboi, bukan main byk lagi... bertingket tingket hasil plum mereka.

NuKilaN:
 

Sunday, September 14, 2014

Sehari di York

Bukan bercuti, tapi menghadiri bengkel Dr OT.
Handout...

Eh, sempat lagi ambil gambar...

Tak sabar nak berbengkel.
Sekarang baru ucapan alu aluan.
Sempat update satu entry... Blogger katakan....

Soalan bahasa kelate

Oleh sebab soalan Bahasa Inggeris bocor akan digantikan dengan Soalan Bahasa Kelantan. Tarikh peperiksaan 30 Sept

KOD: 3753/1
BAHASA KELANTAN
Kertas 1 :-/
Aneka Pilihan
Oktober / November

1. Cik wo beghaso lenguh lupuh kih ceddung ....... saghi tumah.

A) Beghah
B) Padi
C) sekey
D) Ghupuk

2. Wak jemo ike keghing, wak blunjur betih, wak make tey.. Skalo ghumoh jamey ghitu ado blako gonni.. Yo duk kallo deppe ghumoh.

A) Payye
B) Jemoghey
C) Jeghiar
D) Sutoh

3. Pak Do MEDU sokmo teghingak ko muloh Timmoh.. acu pilih godio samo nge hurok besar datah tu..

A) Sekok sebok
B) Mambar
C) Aye ketik tungga
D) Keghah peda

4. Deghamey  ........... basoh jeghuk baju-baju kih eghek kuba ngamok

A) pelluh pella
B) blendey tabir
C) belengah
D) clochor

5. Tok keno sakey Pak Chu sebak    ......... nge siku Pok Su Mat sapa gheboh tguling nyembey pah dalle char.

A) Sigung
B) Nyepak
C) Napa kapit
D) Dakk

6. i Woh Lanah 
    ii Deghiyey 
    iii Woh setto
    iv Jabik

Hok mana lik atah ni buke buah hok ado dale kebong Cik Wo demo?

A) i, ii & iii
B) i & iv
C) iii & iv
D) i, ii, iii & iv

7. "Ale ale celuk payye budu.. Biar sapa cellup pah daggu.."
Peribahaso ni nok ghoyak supo gappo?

A) Kalu malah ngaji mu tok soh g kolloh.. wak peghabih ko beghah..
B) Cagho nok wak budu
C) Kalu dey demo usoho wak kijo.. Wak la sapa berjayo.. Pehey?!
D) Sapo sughoh mu celup.. cuoh la payye tu...

8. Timmoh naik bah, kheto prebek sapuh, muto, gateh sikkal pah jalle kaki..
Soaleynya manno tepak hok tok lojik hok timmoh gi?

A) Belli pasa male
B) Kalla lupo 
C) Ata adik dio g kolloh
D) Amareka

9. "blendey tabir po ibu aye sakit ni bakpo??.. Kughuh keghing po cicok kapit pittu.. Ubak pong tokse makey..."
Ayat lik atas guno kih gappo?

A) Tey sakkit sapa make tok lalu
B) galok dooh
C) Jahak tlajok
D) Blombo mutor

10. Tekko.. Kueh gappo iti duk luar? 

A) Akok kedduk
B) Tahik itik: 
C) ghoti hok ado jabik luar
D) Kueh tok jaddi


KHETTAH SOALEY ABIH SINNI JAH.

Siapa yang terror bahasa kelate boleh cuba jawab.
Soalan loghat kelate kelas tinggi ni.
Saya pun pening nak jawab... huhuhu

Friday, September 12, 2014

Tulisan tangan

Hari ni nak share tulisan tangan Irfan...
Memang bercinta nak faham satu satu apa yg Irfan tulis ni....
Tiap kali kena semak homework dia, dengan saya sekali rasa nak pitam...
Bila disuruh tulis bulat-bulat dan satu-satu, dia kata, "No ummi. Now I'm in year 5. I need to write like this."
Apa-apa aje lah Irfan.
Pening cikgu2 bila balik M'sia nanti... huhuhu

Thursday, September 11, 2014

Hantar duit melalui PayPal

Minggu lepas, saya bukan main bengang lagi dengan HSBC.
Kad ATM HSBC saya dah tak boleh keluarkan duit dari UK.
Bukan setakat tu, nak guna transaksi online pun tak boleh sebab kena guna TAC device yang baru.
TAC device yang saya ada jenis lama.
Dah la bank HSBC ni sangat kejam.
Setiap bulan dia akan ambil RM10 dari akaun.
Boleh bayangkan tak perasaan saya?
Free free jer ambil duit dari akaun, tapi kita langsung tak boleh guna service dari bank tu.
Nak keluarkan semua duit dari bank HSBC pun dah tak boleh.
Bila saya call customer service, mereka kata kena cuba beberapa mesin ATM yg lain.
Rasanya dah lebih 10 mesin ATM yg saya cuba, tapi duit tetap tak keluar.
Kalau ikutkan hati, nak jer saya tutup terus akaun HSBC tu.
Tak de faedah pun simpan duit kat situ.

Eh, panjang pula membebel.
Asalnya nak citer pasal PayPal, tapi terbebel dekat HSBC pula.
Bila tak dapat keluarkan duit guna kad HSBC, saya jadi risau.
Iya lah, duit biasiswa masuk hujung bulan ni.
Tapi baki yg ada dalam akaun makin menyusut.
Biasa sebagai back up, kad ATM HSBC lah yang jadi penyelamat.
Tak pernah terfikir perkara ni akan terjadi (lagi sekali rasa geram yg amat kat HSBC!!!)

Lepas cerita dgn kawan2, ada yg sarankan cuba guna akaun Paypal.
Jadi saya pun mintak tolong adik lelaki saya yg ada akaun Paypal.
Bila saya minta tolong, dia terus transfer masa tu jugak.
Tak lama lepas tu, terus dapat duit dalam akaun PayPal.
Risau dia bila tahu si kakak takde duit.
Hihihi, terima kasih byk2 Apis17.
Alhamdulillah, selesai masalah!

Ada orang kata, untung sikit guna Paypal berbanding bank.
Entah lah yer ker tidak fakta tu.
Hari tu saya suruh adik hantar GBP200 ke dalam akaun bersamaan RM1093.66.
Tapi saya tak dapat semua GBP200 tu, paypal charge GBP10.
Jadi saya cuma dapat GBP190 dari RM1093.66....
Ke ada cara lain nak transfer duit dari M'sia ke dalam akaun bank UK?

NuKilaN:
 

Wednesday, September 10, 2014

Kertas Sains UPSR ditangguh

Terkejut juga dengan berita ni...

Sumber: page Dato' Seri Idris Yusoff

Di mana silapnya?
Kurang integriti pihak berkenaan?
Adakah kerana mengejar KPI?
Kejayaan itu hanya ingin diukur dengan bilangan A pada keputusan peperiksaan?
Apakah sebenarnya fungsi pendidikan?

Sama2 kita fikirkan….

Nota ummi,
Masa mengajar dulu, saya paling tak suka bila pelajar tanya, "Puan, tak nak bagi soalan bocor ke?". Memang saya kata, "Maaf, itu bukan cara saya". Rasanya BOCOR ni dah jadi barah dalam instutisi pendidikan kita. Dari peringkat rendah hinggalah terbawa-bawa ke peringkat universiti.

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails