Tuesday, April 30, 2019

Panjat Bukit Maras

Kisah 11 April lepas.
Saya join aktiviti hiking Bukit Maras.
Dah lama simpan impian nak hiking Bukit Maras.
Bila Pusat Kesihatan Universiti (PKU) anjurkan, terus cari geng yang nak hiking sama2.
Mujur ada juga yg berminat.
Bila nak mendaki kali pertama, rasa lebih selamat bila ada doktor2 dan misi yg join sama.

Maka, seawal 7.30 pagi dah kena berkumpul di tapak konvo.
Saya sampai lambat sikit, dalam 7.40 pagi.
Mujur tak kena tinggal.

Turun bas, kena menapak sikit untuk ke tapak bukit.


Taklimat keselamatan oleh En Izham.
 Bergambar beramai-ramai sebelum mendaki.

Boleh tahan curam Bukit Maras ni.

Curam, kan?
 Memang kena hati hati especially semasa nak turun.


Lepas hampir sejam mendaki, Alhamdulillah kami berjaya menawan Bukit Maras.
Mission accomplished!

Monday, April 29, 2019

Aina dan adiknya masa 8 bulan

Entry ni dah dua tahun peram dalam draf.

******

Dah masuk december pun.
Ini bermakna Aina dah 8 bulan.

Kalau tak silap, snap gambar ni masa balik dari kenduri kahwin.
Jalan jammed bila musim kenduri..
Jadi sempat snap gambar Aina yg senyum menggoda ni.. hehehe..

****

Sekarang ni, Aina pun dah ada adik.
Tempek juga lah gambar adik Aina masa umur 8 bulan.

Firas yg sedang happy dapat main pasir,...


NuKilaN:
 

Tuesday, April 23, 2019

Giginya ada satu

Dah hampir dua minggu snap gambar ni masa gigi Firas ada satu.
Macam kelakar tengok gigi dia sebab yg tumbuh cuma sebatang.
Tu yang gigih juga snap bila tengok mood firas pun baik masa tu.

Alololo.. geram tgk tangan kecik tu duk gosok mata...
Eh, dia senyum pula bila nak snap gambar...

Yes, berjaya juga abadikan gambar gigi sulong Firas :)
Saya snap gambar ni 12 April lepas.
Sekarang dia dah ada dua batang gigi.
Ada masa nak snap gambar dia yg dah ada dua gigi.
Lagi kelakar sebab satu panjang, dan satu lagi pendek.

Nota ummi,
Gigi pertama keluar masa Firas 7 bulan.
Gigi kedua masa umurnya 8 bulan :)

Wednesday, April 17, 2019

Castle Park Playground @Essex

Entry mengimbau kenangan.
Rasanya tak pernah lagu up entry pasal percutian kami ke Essex masa April 2015.
Masa tu dah nak balik M'sia dah.

Kira ok lah kan, after 4 years baru update gambar.
Better late than never,,, hahahah

Danish main gelongsor..
 Diikuti oleh Aisyah..


 Aisyah ni suka sgt bergayut kat monkey bar..

Ni tak tahu nama apa.. tapi best jugak naik benda ni ramai2...


 Danish naik swing dgn bantuan Irfan...

Tuesday, April 16, 2019

Sukan Tahunan sekolah anak2

Kejadian Sabtu lepas.
Seawal jam 7.30 pagi dah ada di stadium UMT.

Danish rumah kuning, atau Uthman.

Perbarisan mengikut rumah..
Game tarik bola dalam gelung..
Danish sedang usik Aina...

Aisyah pula rumah Hijau, atau Abu bakar
Koleksi medal Danish dari selama dua tahun...
Medal yg Aisyah bawa pulang untuk tahun ni...


Thursday, April 11, 2019

Aina dan Firas #04

Suatu petang. saya ambil kamera untuk snap gambar Firas..
Walau dah banyak gambar Firas kat handphone, tapi bila snap guna kamera tu rasa lagi puas hati.
 Tiba-tiba, Aina jeles tengok saya duk snap gambar Firas. Dia ambil topi Frozen dan pakaikan kat Firas..
 Dah la topi tu besar, tak nampak terus muka Firas..
 Hah, tengok la muka puas hati Aina dapat tutup muka Firas...
 Yang si adik mujur sporting.. layan jer apa yang si kakak buat...
 Tak lama lepas tu, Aina tanggalkan topi tu...
 Ummi, biar Firas pakai topi gaya Boboiboy pulak, boleh?
 Ini bertopi gaya boboiboy katanya... huhuhu
 Si Aina dan si Firas...
 Firas tak kisah, sambung main masak2 walau bertopi dalam rumah...
 Lastly, tempek juga muka budak baik ni :)

Wednesday, April 10, 2019

Related Posts with Thumbnails