Tuesday, June 30, 2015

Terjumpa kad...

Dalam duduk mengemas paper journal, terselit kad hari ibu dari anak-anak.
Kad ni dari Irfan...
Alahai, buat ummi terharu jer baca ucapan Irfan.... 
Rasanya mcm dah besar Irfan.
Dah pandai buat ayat bagi umi touching...

Ni pula kad dari si anak dara...
Kad bahagian dalam...
Yes, I love it very much!

Sebagai tanda penghargaan anak-anak buat kad ni, haruslah simpan kemas2 kat blog :)

Monday, June 29, 2015

Rambut baru

Nak balik msia, mestilah potong rambut cantik2 dulu...
Mungkin kali terakhir juga saya jadi tukang gunting hero2 kat rumah ni.
Balik M'sia tak tahu la sempat ke tak nak gunting rambut anak2.
Pegi kedai aje senang... hehehehe.

Lagi2 dgn karenah si Irfan yang dah pandai demand sekarang ni.
Maklumlah dah makin besar.
Dah makin pandai jaga penampilan agaknya.
Pening si tukang gunting dibuatnya.
Buat macam ni tak kena, buat mcm tu tak kena.
Hantar kat kedai senang.
Kepala saya pun tak pening :)

Sunday, June 28, 2015

Well done, Danish!

Saya pernah tulis pasal salah satu impian Danish untuk dapat gelaran Learning Superstar dalam kelasnya dalam entry Dream Big.
Tengok lah muka happy Danish bila dapat gelaran Learning Superstar...
Sebenarnya ni kali kedua Danish dapat gelaran Learning Superstar.
Masa dia dapat gelaran kali pertama tu, saya tak sempat nak rekod dalam blog.
Tengah sibuk menulis tesis masa tu.
Tak sempat nak tulis entry dalam blog.

Yang saya ingat, boleh dikatakan tiga minggu berturut-turut kami menghadiri perhimpunan mingguan sekolah anak-anak untuk meraikan kejayaan mereka.
Dimulakan dengan Aisyah, minggu lepas tu Irfan dan akhir sekali Danish.
Dan hari Jumaat lepas, lagi sekali Danish terima gelaran Learning superstar.
Bukan main happy dia bila dapat medal dan juga sijil.
Yang pasti, ini salah satu yang anak-anak bakal rindui bila balik M'sia nanti - perhimpunan mingguan untuk meraikan kecemerlangan pelajar.

Semasa perhimpunan mingguan, bukan sahaja pelajar diberi anugerah Learning superstar, tetapi setiap kelas berlumba-lumba mencapai kehadiran peratus tertinggi setiap minggu.
Seronok saya lihat telatah anak-anak bersorak riang bila diumumkan kelas mereka mempunyai peratusan kehadiran yang tertinggi.
Unik betul cara mereka beri galakan pada pelajar untuk hadir ke sekolah setiap hari!

Friday, June 26, 2015

Urusan sebelum balik M'sia

Sekarang dah mula counting down untuk kembali ke tanah air tercinta.
Perasaan eksaited tu tak boleh nak explain.
Maklumlah, dah tiga tahun setengah tinggalkan tanah air.
Homesick kat rumah tu tak payah nak cakap laa...
Rindu serindu rindunya..... gituuu!

Walau jauh di sudut hati, sedih juga nak tinggalkan bumi ratu ni.
Banyak kenangan manis yang telah tercipta.
Bila beritahu cikgu2 yang mengajar anak2 yang kami bakal tinggalkan UK, terharu pula dengan respond yang mereka berikan.
Mula-mula saya beritahu cikgu Irfan, Miss Coote.
Tahan sebak jer bila dapat respond dari Miss Coote tapi masih lagi boleh tampung kolam air yang bertakung.
Bila beritahu kat cikgu Aisyah, Miss Wilkinson, lagi lah berganda-ganda rasa sebak.
Kali nii dah tak boleh tampung takungan kolam air.
Menitis juga beberapa titik.

Dalam kalut siapkan tesis untuk submission sebelum balik, banyak juga perkara lain yang kena settle sebelum tinggalkan UK.

1. Bagi notis sebulan awal kepada internet provider, dan juga lain-lain langganan kat UK ni (talian telefon).

2. Hubungi council tax untuk maklumkan yang kita dah nak keluar dari rumah walau pelajar dapat pelepasan dari membayar cukai.

3. Maklumkan kat sekolah anak-anak sekurang-kurangnya dua minggu awal untuk pihak sekolah sediakan laporan akademik.

4. Bagi yang nak shipping barang dan kereta, boleh mula minta quotation untuk perbandingan harga perkidmatan. Kami minta quotation dari tiga syarikat berbeza iaitu Arcadia Freight, Edaran Express dan Atlantis.

5. Hubungi syarikat yang menyediakan utilities seperti air, gas dan letrik. Tapi disebabkan kami menggunakan prepaid untuk gas dan letrik, jadi saya cuma hubungi syarikat Yorkshire Water.

6. Bagi yang guna kereta, kena maklumkan yang kita nak tamatkan insuran dan juga keahlian untuk breakdown (AA).

7. Juga beri notis awal kepada landlord yang kita akan tinggalkan UK sekurang-kurangnya satu bulan lebih awal.

8. Hubungi majikan/sponsor untukk belikan tiket kapalterbang. Bagi UMT, saya dibenarkan untuk memilih sendiri penerbangan yang diingini dan dikehendaki menyediakan itinerary cadangan kepada unit cuti belajar. Yang ni seelok-eloknya dilakukan dalam tempoh 14 hari bekerja untuk mengelakkan sebarang masalah. Lain sponsor/majikan, lain prosedurnya.

Rasanya itu jer yang saya ingat.
Belanja satu gambar anak-anak..
Lepas ni pakai baju selapis aje lah bila posing...
Tak payah lagi berlapis-lapis... hehehhe

NuKilaN:
 

Thursday, June 25, 2015

Throwback Thursday ::: 3 dan 1

Tarikh: 19/9/2008
Masa ni Irfan 3 tahun, Aisyah baru nak masuk setahun...




NuKilaN:
 

Wednesday, June 24, 2015

WW ::: 9.25 malam


Sekarang dah masuk summer.
Jadi siang sgt panjang. 
Sunset pukul 9.40 malam.
9.25 masih cerah dan kelihatan budak2 masih ralit bermain luar rumah. 

Tuesday, June 23, 2015

Dryer

Dryer dah selamat angkut dalam kontena.
Jadi sebagai alternatif, kena la bawa baju2 yang dah siap basuh ke kedai dobi terdekat untuk keringkan.
Sebelum ni ok jer hidup tanpa ada dryer.
Tapi bila dah biasa guna dryer, mula lah rasa malas nak  sidai dan angkat kain.
Bila dah biasa dimanjakan oleh dryer, rasa kain tak kering jer kalau tak guna dryer.
Nak cepat pun yer sebab dah jimat masa nak menyidai dan nak kutip kain yang dah kering.
Hahaha, macam2 alasan yer...

Tak jauh pun kedai dobi layan diri ni.
Kalau jalan kaki pun, masih boleh lagi sampai.
Kalau masukkan syling £1, mesin berpusing selama 15 minit.
Tapi dengan kuantiti kain yang bayak, dua kali pusing juga baru baju kain betul2 kering.
Budak yang dah boring tunggu kain baju kering...
Balik rumah bolehh terus lipat kain kemas-kemas.
Saya suka lipat kain yang fresh keluar dari dryer, masa tengah panas2 tu.
Harum jer bau kain baju.
Nak melipat pun rasa seronok jer :)

Monday, June 22, 2015

Ladies day out

Ni kisah 8 Jun lepas, seminggu sebelum puasa.
Ni kawan-kawan saya satu makmal..
Dari kiri: Zahra, Norsheen dan Rania.
Zahra dan Norsheen adalah local student manakala Rania pelajar dari Jordan.
Zahra dan Norsheen pelajar PhD di bawah penyelia yang sama dengan saya, iaitu Prof Hassan.

Dah lama kami setup tarikh utk keluar makan sama-sama.
Tiap kali set date, tiap kali tu tak menjadi.
Ada aje halangan.
Tapi tak sangka, akhirnya dapat juga kami berempat keluar lunch sama-sama.
Atas cadangan Rania, kami mencuba makanan di restoran Kurdish.
Ok lah masakan Kurdish sebab tak pedas berbanding dengan beriani Pakistan.
Tapi bila dah ralit sembang tu, tak terfikir pula nak ambil gambar makanan.
Malu pun ada nak keluarkan handset dan ambil gambar.
Takut mereka kata, jakunnya orang M'sia ni.
Hahhaa, kena lah jaga imej M'sia kan?

Gigih kami naik Free City Bus ke bandar.
Dari bus stop, boleh tahan juga nak menapak ke kedai.
Tapi sambil jalan, sambil sembang tiba2 jer dah sampai depan kedai.
Apa-apa pun, memang kenangan manis dapat mengenal mereka yang satu kepala.
Kami boleh kongsi banyak cerita.
Bila luangkan masa macam ni, baru rasa lebih rapat dan lebih mengenali antara satu sama lain.
Mereka antara kawan2 yang mewarnai dunia PhD saya sepanjang di Bradford.
Sama-sama kongsi idea dan rasa.
Sama-sama memberi semangat bila tiba2 terasa semangat makin menjunam.
Maklumah, graf semangat/motivasi tu asyik turun naik jer sepanjang buat PhD.
Dan tak sangka, akhirnya perjuangan ini bakal berakhir juga.
Semoga ia bakal berakhir dengan baik... Insya Allah!

Sunday, June 21, 2015

Tukar syiling

Sepanjang duk mengemas rumah minggu lepas, bersepah sepah jumpa duit pence (20sen, 50sen) dan penny (1sen, 2sen).
Maklumlah, kat sini duit2 syiling masih laku walau satu sen.
Kalau membeli tu, tak cukup satu sen pun rasa malu nak bayar.
Sebab tu saya suka guna kad debit bila shopping.
Tak perlu nak mengangkut duit syiling yang berat tu sana sini.
Dan tak perlu nak kira duit syiling bila nak membayar pada cashier.

Eh berbalik pada cerita syiling yang kami kumpul.
Bila kumpul semua sekali, dapatlah satu bekas tupperware.
Tu pun tak muat nak isi semua dalam tupperware, ada juga yang bawa dalam beg plastik.
Jadi kami ke Asda terdekat utk tukarkan di kiosk yang disediakan.
Hasil tukaran boleh dapat kupon Asda untuk shopping atau boleh juga tukarkan dengan nilai tunai.
Selain Asda, kebanyakan pasaraya besar memang menyediakan kiosk macam ni.
Senang tak perlu nak ke bank untuk tukar duit syiling.
Sambil shopping, sambil tu boleh tukarkan duit syiling yang terkumpul.
Sangat praktikal, kan?

Ini lah gelagat anak2 yang eksaited memasukkan syiling dalam mesin yang disediakan...
Masih lagi buat pengasingan untuk pastikan tiada duit pound yang dimasukkan.
Mostly yang dimasukkan adalah duit penny sahaja (duit ynag kaler gangsa tu).
Duit pound ada juga yang berbentuk syiling iaitu bagi nilai £1 dan £2.
Yang tu tak masukkan dalam mesin sebab boleh guna bila2 nak shopping.

Tugas Danish pula kutip duit yang di"reject" oleh mesin di bahagian bawah.
Syiling yang direject tu kebanyakannya duit syiling euro dan juga duit syiling M'sia.
Tapi ada juga yang syiling pence dan penny yang direject.
Percaya atau tidak, semua sekali dapat dalam £37++.
Mok cik kayo.... 
Kalau convert dengan tukaran mata wang M'sia yang makin jatuh sekarang ni dapat dalam
RM221.63.
Banyak juga, kan?

Bercerita tentang nilai mata wang, sangat terasa kejatuhannya berbanding pound.
Kalau bulan April tahun lepas, kadar tukaran  lebih kurang, £1=RM5.54.
Tapi semenjak bulan Jun, setiap minggu kadar tukaran naik sebanyak 10sen dan nilai tukaran sekarang sudah mencecah £1=RM5.99.
Untuk kadaran tukaran asing menggunakan Maybank, boleh klik di sini.

Phew, pejam mata jer tiap kali buat Telegraphic Transfer (TT) dari bank Malaysia.
Sekarang saya dah tak guna Paypal untuk tukaran wang Malaysia ke Pound.
Baru berjinak jinak dengan TT.
Rasanya TT lebih jimat berbanding Paypal.
Pindah hari ni, esok dah ada duit dalam akaun kalau guna TT.

Friday, June 19, 2015

Sketsa dua hari pertama puasa

1 Ramadhan (Khamis).

Lokasi dapur, jam 8.30 pagi.

Saya: Adik, kakak... turun makan breakfast.

Danish: Abe, ummi? Tak payah breakfast ke?

Saya: Abe tak payah breakfast. Abe puasa hari ni.

Danish: Tak boleh, tak boleh.... Abe mana boleh puasa!

Kata Danish dengan nada yang sangat tak puas hati.Saya pujuk makan burger yang dia minta pun dia tak nak.Beria menangis suruh abang dia pun makan sama. Adoi la, pagi-pagi dah menguji kesabaran ummi...

2 Ramadhan (Jumaat)

Lokasi dalam bilik tidur, jam 8.00 pagi.

Saya: Adik, pagi ni nakk makan burger tak?

Danish: Tak nak, adik puasa.

Saya: Owh, kenapa adik nak puasa?

Danish: Because adik love puasa!

Saya: Ok,..

Tak nak berlakunya drama yang sama macam pagi 1 Ramadhan, jadi saya cuma panggil Aisyah utk turun sarapan. Untuk Danish saya potongkan daging burger kecil2 dan letak sos sikit lepas tu bawa naik dalam bilik. Kesian pula nak biarkan dia pergi sekolah dengan perut kosong. Tapi percaya atau tidak, habis semua daging burger tu dia makan. Tadi bukan main konfident lagi cakap nak puasa... ekekkeke.

Aisyah belum terbuka hati nak puasa. Cikgu marah katanya kalau budak Year 3 berpuasa.
Bila saya balik sekolah semalam, perkara pertama yang dia cerita, "Ummi, you know what... My friend name Osman was scolded by the teacher because he is fasting. Year 3 and Year 4 student not allowed to "poso". They are still small." Hahha, bukan main pandai lagi Aisyah berhujah kenapa dia tak puasa dan dapat "sokongan" dari para cikgu.
Susah juga nak galakkan dia berpuasa dgn persekitaran macam ni. Hurm, harapnya dia belajar puasa bila balik M'sia nanti.

Irfan, Alhamdulillah dapat puasa penuh pada 1 Ramadhan. Untuk pelajar Year 5 and Year 6, mereka boleh hadiri "Ramadhan Club" semasa lunch hour. Jadi tak perlu nak jemput dan hantar ke sekolah semasa lunch seperti tahun2 yang lepas.

Vocabulary: "Poso" is fasting in kelantanese slang...

NuKilaN:
 

Thursday, June 18, 2015

Takwim

Salam 1 Ramadhan,

Tempek takwim puasa kat sini biar senang nak rujuk.

Sah untuk kawasan Bradford, West Yorkshire.
Sumber dari IslamBradford.

NuKilaN:
 

Wednesday, June 17, 2015

WW ::: Kontena





Alhamdulillah, settle angkut barang dlm kontena sblm puasa.
Tuan tanah tak balik lg, maybe awal bulan depan.
Salam Ramadhan buat semua...
Kami pun mula puasa hari Khamis.

Sunday, June 7, 2015

Main air

Tengok cuaca cantik, jadi bawa anak2 ke sungai.
Tapi, tak sangka air masih sejuk. 
Jadi main kat gigi sungai aje lah...
Lagipun air bukannya banyak sangat...
Tak lama lepas tu, siap dgn scooter pun masuk dlm air..
Bukan setakat scooter, skate board pun jadi mangsa...
Meluncur air yer, Aisyah?
Apa2 aje lah... Janji mereka happy...
Dah lama mereka berkurung...
Gara2 ummi sibuk pulun menulis...
Alhamdulillah, bila dah nak selesai baru rasa lega...
Dah boleh packing barang balik M'sia...
Raya kat M'sia tahun ni... Best best!!!

Monday, June 1, 2015

Kisah batang paip

Bila tinggalkan rumah tak bertuan, batang paip pun dicuri orang...
Sabar aje lah kan...
Semoga si pencuri dibukakan pintu hati untuk bertaubat...
Dan batang paip rumah kami ni adalah benda terakhir yang dia curi... huhuhu

Bila tahu kami dah tak lama nak balik, jiran saya a.k.a Cik Rah dah panggil orang utk gantikan batang paip yang baru...
Terima kasih Cik Rah...
Semoga batang paip terus kekal di situ.... sampai bila-bila...

Nota ummi,
Hari ni dah satu Jun... Cepatnya masa skrang ni... Walau musim summer yang siang sangat panjang, tapi tetap rasa cepatnya dah malam.... Lagi beberapa hari akan bertemu dengan Ramadhan... Tahun ni masih sambut Ramadhan di musim panas... Rasanya mcm tahun lepas juga, 19 jam :)
Related Posts with Thumbnails