Tuesday, July 31, 2012

Irfan dan Puasa

Hari ni dah masuk hari ke sebelas berpuasa (sebab kami puasa sehari awal). Alhamdulillah, diberi peluang berada di bulan yang mulia ini walaupun menjalani puasa dalam tempoh yang agak panjang dan berada di negara orang :)

Dah lama nak update pasal puasa Irfan. Tahun ni adalah tahun kedua dia belajar berpuasa. Hari pertama puasa, saya lupa nak kejutkan dia bangun sahur. Bukan main marah lagi dia di waktu pagi sebab tak kejutkannya sahur. Bukan apa, kesian pulak nak kejutkan bangun sahur pukul 2 pagi... saya kata, "Irfan puasa 13 jam jer la... lepas makan pukul 8 ni, nanti berbuka dengan ummi pukul 9.30 malam". Susah jugak nak yakinkan dia, tapi akhirnya dia bersetuju. Hari pertama puasa Irfan bertahan hingga pukul 4.00 petang.

Hari kedua pula memang lupa nak kejutkan Irfan masa sahur. Irfan juga langsung tak puasa hari yang kedua :(

Hari ketiga juga saya masih tak kejutkan Irfan sahur. Tapi, Irfan tetap juga puasa penuh pada hari yang ketiga. Masa tu dah rasa bersalah sebab tak kejutkan Irfan sahur tapi dia berpuasa. Maka Irfan mula puasa penuh pada hari yang ketiga. Tanda reward pada Irfan sebab puasa penuh hari tu, saya tanya dia nak berbuka dengan apa. Jawab Irfan, "Maggi". Nak tergelak pun ada dengan jawapan Irfan, tapi saya turutkan saja :)

Pada malam keempat, baru saya kejutkan Irfan sahur. Irfan sangat mudah dikejutkan bangun sahur dan dia makan dengan berselera sekali. Begitulah pada hari-hari yang seterusnya sehingga ke hari ini. Irfan masih lagi puasa penuh :)

Irfan yang dah besar rupanya....
Selalu rasa dia masih kecil :)

NuKilaN:
 

Saturday, July 28, 2012

Blackcurrant picking

Aktiviti kami pada petang Rabu lepas
Minggu lepas agak sibuk dengan tugasan dari penyelia
Bersengkang mata lapan jam depan komputer jer
Penat tak payah nak kata

Kebetulan ada kawan ajak picking blackcurrant ni kat belakang uni
Elok jugak, boleh hilangkan penat
Balik dari sekolah pukul 6.30 petang terus ke sana
Lepas tu telefon abah suruh bawa anak-anak
Banyak jugak buahnya
Tapi masa tu tak boleh nak rasa manis ke tak - sbb puasa
Ada seorang minah salleh yang join sama masa kami tengah picking tu kata manis
Tapi kena pilih buah yg besar2

Ni pokoknya.. memang sedang berbuah dgn lebat
Abang dan kakak baru memulakan operasi
Danish pun join sama

Ni lah hasil tuaian kami
Banyak jugak
Lepas berbuka, baru boleh rasa buah ni
Ada yang manis dan ada yang masam
Sah-sah anak-anak tak habis nak makan semua
So minta tolong Puan Google untuk carikan resepi jus blackcurrant
Ingatkan boleh blender terus, rupanya kena rebus
Hasilkan, dapatlah dalam 1.5 liter jus blackcurrant :)

NuKilaN:
 

Wednesday, July 25, 2012

WW :: Witch???

Costume witch dari carboot
dengan face painting butterfly


Garang tak saya????

NuKilaN:
 

Saturday, July 21, 2012

Nak adik?

Hari ni nak kongsi dialog kami pagi tadi....

Danish memang dah pajak saya untuk dia seorang. Hanya dia boleh peluk dan cium umminya. Orang lain (abang, kakak atau abah) tidak dibenarkan sama sekali dekat dengan umminya. Bila Irfan cuba juga peluk umminya dan dimarahi Danish, terjadilah dialog ni...

Irfan: Ummi dah tak sayang abang ke? Nak peluk ummi pun tak boleh.
Ummi: Mestilah sayang. Abang kena la mengalah dengan adik. Hari tu Abang jugak yang mintak adik.

Kemudian saya cuba menguji Irfan....
Ummi: Agak-agak, Abang nak adik lagi ke? Nanti kena kongsi ummi dengan ramai adik...
Sedang Irfan fikir jawapan, Aisyah menyampuk...
Aisyah: Kakak la tak de adik lagi. Tu adik Abang.

Kemudian Abah pula menyampuk...
Abah: Tu adik kakak jugak la. Bukan adik abang seorang.
Aisyah: Tak, tu adik abang. Adik boy adik abang la. Kalau adik girl baru adik kakak...
Abah: Jadi kakak nak adik lagi la?
Aisyah: Yea la... Kakak nak baby girl. Boleh la ummi.... bagi sorang lagi adik utk kakak.

Saya dah malas nak layan. Soalan yang memerangkap diri sendiri pulak!

Cukup la dgn adik ni dulu buat masa ni...
Tu pun saya kesian tengok danish dah mcm kurang kasih sayang jer...
Especially bila ummi sibuk kejar dateline dari supervisor, huhuhu

NuKilaN:
 

Friday, July 20, 2012

Marhaban Ya Ramadhan


Selamat berpuasa kepada semua kenalan
Alhamdulillah, kami sekeluarga mula berpuasa hari ni
Kali pertama berpuasa di perantauan :)

Semoga kita sama-sama melipatkan gandakan ibadah di bulan yang mulia ini
Untuk mendapatkan rahmat dan seribu keberkatan dari Nya, Insya Allah

NuKilaN:
 

Wednesday, July 18, 2012

WW :: Danish

Ada juga yang rindukan si Danish
Ni gambar Danish minggu lepas
Ada majlis hari lahir yang disambut di Sport Centre, Uni Bradford
Saya pun kali pertama melangkah kaki ke sana

Jom layan aksi Danish

Ni muka sibuk nak main
Tengok apa tu?
Buat senaman perut pulak
 Maaf, yer... saya sibuk ni.... Itu kot kata danish :)
 Agak-agak boleh capai tak palang tu?
 Eh, sampai la...
 Posing dgn belon pulak..
 Cheese!
 Balik rumah, terus pengsan!
Tak sempat buka sweater dan kasut, dah tertidur kat dapur :)
Harapnya, entry ni dapat hilangkan rindu kak Tini pada Danish :)
Mana boleh tinggal si kecik ni kat kampung, hehehe

NuKilaN:
 

Tuesday, July 17, 2012

Alton Towers :: Runaway Mine Train

Saya naik ride ni dengan Aisyah
Keretapi ni pusing dua kali
Masa pusingan pertama, Aisyah macam nak nangis juga bila keretapi pusing ke bawah
Tapi bila pusingan kedua, Aisyah dah berani...
Well done Aisyah!

Posing sebelum train gerak
Panjang juga beratur nak naik ride ni
Baru rasa mcm duk negara mat salleh
Kalau kat Bradford, macam duk negara Pakistan
Tapi untungnya senang nak dapat makanan halal
Senang dan murah, hehehe

Eh dah melalut pulak
Dua gambar ni menutup entry hari ni



Nota: Bila la nak habis liputan pasal Alton Towers ni... maaf la kalau mommies boring pulak, saja nak buat catatan sebagai kenangan anak-anak. Terima kasih datang blog saya :)

NuKilaN:
 

Friday, July 13, 2012

beg dicuri?

Ni kisah pagi tadi.

Kelmarin cikgu Irfan dah pesan tak perlu pakai uniform pergi sekolah hari ni. Tapi dia macam tak confident pula nak pakai baju biasa pergi sekolah. Saya ingatkan sebab hari Jumaat Irfan biasa ada pendidikan jasmani. Maka dia cuma bawa baju dan seluar dalam bag sack yang macam ni:

Bila sampai ke kelas, semua kawan-kawan Irfan pakai baju kemeja dan jeans biasa sahaja. Irfan dah refuse nak bawa beg (sebab dalam tu berisi seluar dan baju sukan). Dia berikan pada saya untuk bawa balik ke rumah. Saya cuma sangkutkan beg tu di atas stroller danish.

Saya ingatkan, tak de la orang berkenan kat beg tu. Memang beg tu masih baru. Lagipun bukannya beg mahal pun. Saya beli dalam £2 sahaja (£2 = RM10). So masa hantar Aisyah ke dalam kelas, saya tinggalkan beg tu bersama dengan Danish di luar kelas. 

Bila keluar, saya belum perasan yang beg tu tiada. Keluar dari pagar sekolah, baru perasan beg tu tiada. Saya pun patah balik ke kelas Aisyah dan memang beg tu takde. Dalam hati saya dah halalkan beg tu pada si pengambil dan berdoa agar dia tidak mengulanginya lagi... Tapi memang saya pelik, beg £2 pun ada jugak orang berkenan!

Tapi sekarang dah dapat balik beg tu. Mommies nak tahu tak, siapa yg ambil?
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Budak ni la yg ambil balik beg tu...
Hahaha, mesti dia pergi ambil kat kelas Aisyah. 
Macam mana dia boleh ubah fikiran, saya belum selidik lagi...
Alahai Irfan!

NuKilaN:
 

Tuesday, July 10, 2012

Al-Fatihah

Salam semua....

Seorang bapa sepupu saya telah kembali ke rahmatullah dua hari lepas akibat kemalangan jalanraya. Sama-sama kita sedahkan Al-Fatihah kepada arwah.

Berita penuh kemalangan boleh baca di blog saya yang lagi satu (klik sini - Stereng ketat tiba-tiba).

NuKilaN:
 

Wednesday, July 4, 2012

Learning Superstar

Minggu lepas, Aisyah dapat award "Learning Superstar". Setiap minggu, seorang pelajar dari setiap kelas akan dipilih oleh guru besar untuk menerima anugerah ini dan ia menjadi milik Aisyah pada minggu lepas bagi kelas RSD.

Saya agak terkilan sebab tidak diberitahu oleh cikgu Aisyah tentang perkara ini. Sebelum ni, Irfan dah diberi anugerah ini dan saya berpeluang menyaksikan sendiri bagaimana Irfan diraikan pada majlis tersebut. Seronok dapat berkongsi kegembiraan anak-anak. Kali ini, saya hanya dapat tahu apabila Aisyah bawa pulang medal dan sijil.

Disebabkan tak sempat ambil gambar kat sekolah, sesi bergambar berlangsung kat rumah jer.

Aisyah posing bersama sijil dan medal
 Ni hasil kreativiti Aisyah guna Photobooth
 Sijil yang Aisyah dapat
 Resilient, reciprocal, resourceful, reflective
Because:
Aisyah joined RSD a few months ago and it has been a joy watching her confidence grow. Aisyah has settled well into Reception and now can follow the class routines. We are also so pleased to see Aisyah using English to communicate with her friends and during carpet time. Aisyah is so happy and never fails to put a smile on  Miss Day's and Mrs Ahmed's faces. Well done Aisyah!

Tahniah Aisyah!

NuKilaN:
 

Tuesday, July 3, 2012

lagi buku Solid Food

Untuk penghabisan stok
Buku tepakai
RM25 sahaja (RRP: RM65)
Condition (9/10)

Resepi makanan pejal dari baby to toddler
Ada juga weekly planner (rujuk gambar)

(klik untuk paparan lebih jelas)


Berminat boleh hubungi Puan Fadzilah -  0199158184
Boleh juga cuci mata di blognya: 

NuKilaN:
 

Monday, July 2, 2012

Buku Solid Food (Used)

Untuk mommies yang sedang cari resepi untuk si manja
Ada buku terpakai untuk dijual 
Buku baru di MPH sekitar RM65 +

Tawaran untuk mommies yang baca blog ni cuma... 
RM20 (tambah RM5 untuk kos penghantaran)
Kalau area Seri Kembangan boleh self pick up :)
Buku hard cover dan condition masih mcm baru
Ada lima sahaja, siapa cepat dia dapat :)

(sila klik gambaran untuk paparan lebih jelas)









 Berminat?
Hubungi Fadzilah 019-9158184

Update: semua dah sold out... Tq semua yang memberi sokongan :)

NuKilaN:
 
Related Posts with Thumbnails