Friday, August 29, 2014

Lagi gambar sekitar University of Aberdeen











Banyak betul bangunan2 lama kat sini...
Rasanya universiti ni adalah anatra universiti yang tertua di Scotland ni...
Betulkan saya kalau silap....

NuKilaN:
 

Wednesday, August 27, 2014

University of Aberdeen

Alang-alang dah sampai Aberdeen, kawan saya ajak bergambar di university of aberdeen. 
Cantik university ni....
Byk bangunan2 lama...
Tp gambar byk dlm memori kad. Belum sempat transfer lagi.
Nak share dulu telatah anak2 yg seronok mengumpul daun kapal terbang...
Bukan main ralit lagi...
Siap bawa balik bradford lagi... 
Tu yg beria masing mengutip...

Haruslah tempek sekeping gambar anak dara...
Anak2 teruna langsung x heran nak posing2.... Huhuhu

Monday, August 25, 2014

Lobster

Kali pertama pegang lobster hidup....
Irfan cuba pegang lobster...
Tak sabar nak makan ni...
Siput pun ado....
Saiz besar yg amat.... 

Sebenarnya kami kat aberdeen, scotland ni. Drive 9 jam semata-mata nak makan lobster fresh. Tp berbaloi....

Dah nak bertolak balik bradford ni. Doakan perjalanan kami selamat sampai, Insya Allah

Sunday, August 24, 2014

Sabar aje lah..

Terjumpa gambar budak berdua ni selfie dalam komputer...
Tiba2 konfius... mcm muka adik, tp kenapa pakai tudung?

Bila Danish bertudung, nampak macam Aisyah pulak....

Macam si abang punya keje jer... sbb bukan main lagi si abang senyum hingga ke telinga...
Buli adik yer abang???

Adik pula muka pasrah jer....

NuKilaN:
 

Friday, August 22, 2014

Ulangtahun ke 7

Ini gambar lebih kurang tujuh tahun yang lalu...
 Hari ni anak dara saya ni dah tujuh tahun...

Selamat hari lahir yang ke tujuh buat Aisyah...
Rasa mcm cepatnya dia besar.
Dari kecil mmg Aisyah jenis yg banyak cakap (kalau dgn org yg dia kenal lah... kalau dgn orang luar, mmg pemalu yg amat... Anak dara kena lah ada rasa malu, kan Aisyah?).
Dah boleh diharap sangat.
Suka layan si adik, walau kadang2 agak garang dgn Danish (Eh, bab garang ni ikut sape ek?Hurm...)
Kakak, memang kena la tegas sikit yer Aisyah?
Apa-apa, moga terus jadi kakak yang baik utk Danish.
Anak yg solehah utk ummi dan abah.
Juga adik yg mendengar kata kepada abang.

NuKilaN:
 

Tuesday, August 19, 2014

Drive thru safari

Hari ni nak cerita pasal pengalaman kami ke Knowsley Safari Park. Yang menarik ke safari ni, boleh memandu kereta sendiri utk tgk haiwan2 dari jarak yang dekat. Semestinya ia satu pengalaman yang sgt menarik utk kami sekeluarga :)
Mula-mula sekali kami lalui kawasan rusa. Ada dua jenis rusa. Yang ni jenis "Fallow deer".
Yang ni pula jenis "Pere David's Deer".
Dua-dua jenis berbeza dari segi warna bulu dan juga bentuk tanduk.
Pergi ke depan sikit, nampak tiga ekor unta yang sedang sarapan pagi kot...
Selepas melepasi kawasan, boleh tgk harimau.
Harimau ni tak dilepaskan bebas. Garang dan ganas sgt kot. Boleh tgk dari luar pagar sahaja.
Kat sebelah kandang harimau, boleh tgk serigala yg berkeliaran.
Aisyah tanya, "Kenapa wolf ni aktif jer pada masa siang? Kan wolf aktif sebelah malam." Ha sudah, mula la keluar soalan yg mencabar minda. Saya jawab mungkin pihak zoo dah train kot utk dia aktif sebelah siang... huhuhu

Tapii kawasan yang agak lama kami luangkan masa ada kawasan di mana singa-singa ni berkeliaran.
Yang ni jenis "African Lion".
Teruja tau boleh tgk lion2 ni dari dekat. Tgk tu, selamba jer singa jalan tepi kereta kami.
Yang tu lion jenis kecil sikit. Ada lion yg jenis besar, rasanya bapak lion yang berdiri tepi kereta kami mmg sgt besar. Nak sama tinggi dengan kereta. Boleh bayangkan tak perasan kami masa tu. Bercampur baur - terkejut ada, eksaited ada, seram pun yer...
Ini lah bapak singa yg saya maksudkan...
Hah, siap bertentang mata lagi. Mau tak seram...
Tapi seronok jer tgk anak beranak lion yg sedang lepak2 bawah pokok tu..
Tempek juga sekeping gambar pemandu pelancong....
Dia yg akan terangkan, next haiwan apa pula yg kami akan jumpa. Kadang2 tukang ambil gambar bila banyak haiwan yg lepak di kawasan belah Irfan duduk.

Byk lagi gambar haiwan yg nak letak... Next entry lah yer :)

NuKilaN:
 

Monday, August 18, 2014

Message

Sedang saya buat kerja dalam bilik, tiba-tiba muncul Danish dengan bawa message ni...
Amboi, dalam rumah pun main message message yer Aisyah?
Nampak tak exclamation mark kat situ? Don't play-play... 

Danish pula yg jadi posmennya...
Yang si posmen, siap pesan suruh bacakan kuat2 message yg dihantar si pengirim...

Ini lah goodie bags yg Aisyah maksudkan utk birthday nya nanti....
Budak-budak ni, selagi tak dapat apa yg dia nak, selagi itu lah dia duk ulang benda yang sama.
Yer dop?

Wednesday, August 13, 2014

Related Posts with Thumbnails