Sunday, September 24, 2017

Cari benda tersembunyi

Semalam masa sedang santai2 dengan anak2, tiba2 dengar bunyi riuh rendah dari luar rumah.
Bila jenguk luar jendela, nampak pokok jambu goyang2.
Kemudian, Aisyah jerit, "Ummi, banyaknya burung!"
Rupanya ada beberapa ekor burung enggang @Hornbill.
Rasanya yg ni spesis Enggang Belulang.
Betulkan saya jika salah :)

Kata Aisyah lagi, "Ummi, cepat la ambil gambar."
Saya layankan ajer.
Terus capai iPad dan snap beberapa gambar.

Mommies yang bijaksana, cuba teka ada berapa hornbil dalam gambar kat bawah?

Semalam juga baru explore fungsi2 bagi dalam iPad bila guna iOS11.
Best tau, gambar "Live" yg kita ambil sebelum ni buat buat video dalam satu saat.


Baru tahu, rupanya gambar pada iPad/iPhone yg guna setting "Live", ia akan rakam gambar 1.5 saat sebelum, da 1.5 saat selepas gambar disnap.
Jadi, kita bukan sekadar dapat gambar yang statik, tapi gambar berserta suara dan pergerakan.
The captured photos come alive.
Totally awesome :)

NuKilaN:
 

Thursday, September 21, 2017

Cheesekut Viral

Orang lain dah lama buat Cheesekut ni.
Saya baru nak buat.

Sebenarmya masa kat Bradford dah pernah buat sekali Cheesekut ni.
Tapi anak2 tak berapa suka.
Mungkin sebab biskut kraker kat sini tak berapa sedap.

Semenjak dua menjak ni, Cheesekut ni macam viral kat Facebook.
Ramai pula kawan2 yang duk share.
Saya pun tekan butang "Share" sekali.

Hujung minggu lepas baru berpeluang buat Cheesekut bersama anak-anak.
Tak sangka, kali ni mereka suka sangat makan Cheesekut.
Sekejap jer habis satu loyang.

Dah anak2 suka, haruslak tempek resepi kat blog sendiri biar senang nak rujuk :)

Cheesekut ni cuma guna lima bahan sahaja:
1/2 tin susu pekat
250 g Cream Cheese
Milo
Susu segar
Biskut Kraker

 Langkah pertama, satukan cream cheese dan susu pekat. Kalau ikutkan resepi asal kena guna 200 gram susu pekat. Tapi saya malas sukat, tuang jer dalam setengah tin susu pekat. Tapi saya tuang tak sampai setengah tin pun.
Kemudian pukul cream cheese dan susu hingga sebati. Nak guna blender pun boleh. Saya lagi suka guna hand mixer. Tugas ni serah kat Danish jer :)
 Lepas dah sebati, tuang susu segar ke dalam mangkuk. Celupkan biskut ke dalam susu dan susun ke dalam loyang.
 Dah penuh satu lapisan dengan biskut, tuang adunan cream cheese tadi.
 Seterusnya lapiskan dengan milo. Banyak benar mereka letak milo... huhuhu
 Lepas tu lapis lagi dengan biskut cicah susu.
 Letak cream cheese dan tabur lagi milo. Begitulah seterusnya hingga habis cream cheese. Rasanya yg kami buat dapat dalam tiga lapisan.
Kemudian sejukkan dalam peti ais. Tak sampai dua jam, terus potong untuk makan.
Tengoklah, Cheesekut anak-anak yang mewah dengan taburan milo :)

Anak2 dah tanya, bila nak buat lagi.
Eksaited mereka nak buat sebab senang, mudah, ringkas dan cepat.

Tapi tak boleh buat selalu.. Cream Cheese kat M'sia mahal la...
Kalau sana, dalam satu pound sebuku cream cheese. 
kat sini rasanya berbelas ringgit.... huhuhuhu

Hahaha, alasan... Padahal umminya takut diet lari :)

Monday, September 18, 2017

Rukah pokok

Panjat pokok atau orang kelate sebut rukah pokok.
Kisah anak dara kecil yang suka sangat panjat memanjat.
Tengok si kakak panjat tangga nak petik jambu, dia pun menyibuk sama..

Jelingan manja dia yang tak tahan tu.
Ni gambar dari mak sedara.
Saya dalam rumah masa kejadian.

Pokok jambu rumah saya ni memang asyik berbuah jer.
Jemput makan... hihihi


Thursday, September 14, 2017

Hari terakhir UPSR

Alhamdulillah, hari ni hari terakhir anak2 Tahun 6 akan berjuang utk subjek Sains.

Semalam kertas Matematik.
Boleh tahan susah kertas 2.
Dengar cerita, terlalu susah hingga ada nak bunuh diri dengan terjun bangunan.
Nasib baik sempat diselamatkan oleh cikgu2.

Apa2 pun, all the best utk Irfan dan kwn2...
Apa pun keputusan, terima dgn hati yg lapang ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š
Semoga Allah permudahkan dalam menjawab soalan Sains pada hari ini...

Monday, September 11, 2017

UPSR hari pertama

Alhamdulillah... 
Irfan selesai jawab dua kertas hari ni.



Esok pula paper BI 1 dan BI 2.
Semoga Allah permudahkan ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Sunday, September 10, 2017

Kelas terakhir

Esok dah mula UPSR.

Hari ni Irfan ke sekolah lagi untuk persiapan terakhir.
Mesti penat sgt Irfan buat persiapan.
Jumaat Sabtu dah buat study group kat rumah kwn dia.
Hari ni kelas tambahan lg.

Kat media sosial, byk juga soalan2 ramalan yg cikgu dan parent kongsi.
Bikin hati mak pula yg nerbes.
Skrang baru faham perasaan mak mak bila anak2 nak exam.

Semoga Irfan dan kwn2 dapat buat yg terbaik dlm UPSR nanti.
Semoga Allah permudahkan.

___________________________________

*ANAK2 MENDUDUKI PEPERIKSAAN*

Kepada yang mempunyai anak/ adik beradik /cucu yg menduduki peperiksaan UPSR/ PT3/ SPM.

1. Allahumma
*Ya Alim Ya Hakim Ya Rosyid* 40x
"Ya Allah, alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anak kami agar dia dapat menjawab dengan baik"

2. Allahumma
*Ya Zohir* 40x
"Ya Allah, Engkau Maha Nampak, ilhamkan & nampakkan jawapan yang betul dalam minda anak kami"

3. Allahumma
*Ya Fatah* 40x
"Ya Allah, bukakanlah minda anak kami seluas langit dan bumi agar dia dapat menjawab soalan2 dengan betul"

4. Allahumma
*Ya Baari'* 40x
"Ya Allah, kami serahkan seluruh jiwa raga anak kami hanya kepadaMu utk Engkau uruskan dengan sebaik2nya sepanjang dia menghadapi exam ini.

Engkau aturkanlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawab dgn pimpinanMu *Ya Haadi*.

Kami yaqin hanya dengan kkuasaanMu *KUN FAYAKUN* kami tiada daya Ya Allah"

Ulang dan ulang. Bayangkan ank2 sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak2 ada dalam keadaan berwuduk semasa hendak pergi ke sekolah. Kalau batal takpe, mak ayah beristighfar sepanjang exam ini juga.
___________________________________

Boleh juga mengamalkan BICARA HATI di bawah ini:

Mulakan dengan Umul Kitab *Al-Fatihah*..

"Allah  Allahurobbi
*Ya Rahman Ya Rahim* (Maha Pgasih & Pyayang)
*Ya Sami'* (Maha Mendengar) 
*Ya Mujib* (Maha Memakbulkan)
Ya Allah *Ya Zohir* (Maha Menampakkan),

Nampakkan kepada anak kami jawapan bagi soalan-soalan peperiksaan UPSR nanti Ya Rabb.

Ya Allah *Ya Haadi* (Maha Beri Petunjuk)
berikan petunjukMu kepada jawapan2 bagi soalan2 peperiksaannya.

Ya Allah *Ya Nuur* (Maha Bercahaya)
pancarkan cahayaMu kdalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala Persoalan Peperiksaan dan Persoalan Kehidupannya.

Ya Allah *Ya Baari'* (Maha Mengatur)
aturkanlah jari-jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaannya.

Allah *Ya 'Alim Ya Hakim Ya Rosyid* (Maha Mgetahui, Bijaksana & Cerdas)
Ya Allah, kurniakan kepada anak kami Kefahaman ilmuMu yang Luas, kebijaksanaan dan kepintaran agar dia menjadi pelajar yang cemerlang Di Akhirat dan Dunia ini.

Semoga anakanda Ahmad Irfan Azahan tenang menjawab peperiksaan dengan jayanya.

*YA BAARI' YA WAKIL* kpdMu kami berserah
*YA SAMI' YA MUJIB* AAMIIN YA ROBBAL'ALAMIN"

Tuesday, September 5, 2017

Majalah DBP

Antara kedai buku yg kami selalu kunjungi adalah Syarikat Muda Osman (SMO).
Anak2 pantang lalu depan SMO, mesti mereka ajak masuk.
Tapi layankan aje permintaan mereka agar suatu hari nanti mereka jadi pencinta ilmu.

Dalam duk belek2 majalah, terbeli majalah2 ni...
Dewan bahasa, dewan siswa, dewan kosmik... 
Dah lupa bila kali terakhir baca majalah2 ni.
Seronok pula rasa dpt baca muka demi muka.
Seronok baca majalah yg suatu masa dulu, sayalah pembaca setia.

Mommies suka tak baca majalah2 ni?

Friday, September 1, 2017

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha buat semua rakan blogger.

Pagi ni Aina tgk lembu korban...

Seekor lembu baru jer tumbang...

Aina pun tak lepaskan peluang tgk lembu disembelih.

Lengkap bersampin nak lapah lembu...




Related Posts with Thumbnails